20 April 2009

Laporan Pelancaran Buku ke-10 AinMaisarah: Bhg 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf semalam Kak Ain menghilang langsung. Semalam Kak Ain asyik melayan forum di Buletin Sri Bangsar. Seronok membaca semua mesej kreatif para pelajar. Lagipun, Kak Ain perlu memantau mesej-mesej di sana. Yalah, Kak Ain diberi jawatan sebagai salah seorang guru disiplin. Tetapi jangan risau dan jangan bimbang. Kak Ain tak garang macam Cikgu Amnah yang berjambul kembang! =D

Okey, kepada sesiapa yang belum mendaftar, mesti... mesti... mesti... mesti.... mesti.... mesti..... klik www.buletinsribangsar.com sekarang juga!

Sekarang ini, sudah ada 442 warga Sri Bangsar yang sudah mendaftar. Hai! Ramai sungguh! Jadi kepada pembaca semua, jangan tunggu lagi. Register now and join the crowd! 

Di sana juga, Kak Ain sedang hebat merancang dan berbincang mahu mengadakan aktiviti terbesar tahun 2009 bagi pelajar Sri Bangsar. Nak tahu apa aktivitinya? Sila klik di >>>SINI<<<




Pada masa yang sama, Kak Ain masih menerima gambar-gambar yang dikirimkan oleh pembaca yang menghadiri majlis pelancaran buku pada hari Sabtu yang lepas. Di sini Kak Ain kongsikannya juga dengan pengunjung Rumah Pink yang lainnya. 

Ini gambar Kak Ain dan Cik Adik Ihdini. Comel kecil molek orangnya. Ihdini membeli buku Impiana II tetapi tidak dapat memiliki Impiana I kerana sudah kehabisan stok. Ingat pesan Kak Ain ya! Jangan lompat baca Impiana II. Mesti dapatkan Impiana I dahulu. Kalau tidak... hilang suprise!

Ini pula gambar Kak Ain bersama Cik Adik Rain or Shine. Kak Ain suka sangat belitan tudung yang digayakan. Hah... lain kali boleh ajar Kak Ain pakai tudung cara begitu ya!


Ini gambar yang dihantar oleh Cik Adik Siti Noor Aqila bersama sepupunya. Gambar ini memperlihatkan wajah kami bertiga yang bercahaya. Terlebih flash pula!


Entri kali ini, Kak Ain ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa nama yang sudi hadir memberi sokongan dan galakan pada Kak Ain. 

Pertamanya, buat rakan penulis yang sudi hadir iaitu Tuan Imran Yusuf. Tuan Imran Yusuf turut menulis laporan pelancaran buku ke-10 Kak Ain ini di blognya www.bicarapenulis.blogspot.com 

Turut hadir juga adalah novelis Puan Saridah Hamid yang terkenal dengan buku-buku Siri Young Aisyah. Puan Saridah boleh dijenguk di blognya iaitu www.saridahhamid-kuinginbicara.blogspot.com

Kak Kusyi Hirdan iaitu penulis novel yang terkenal dengan buku-bukunya yang pelbagai genre antaranya "Siri Hafiz", "Urana Exham" dan "Mengapa Aku Jadi Pengetua?" juga turut hadir sama.

Kak Kusyi siap bawa hadiah lagi! Nak tahu apa hadiah yang Kak Kusyi bawa? 

Inilah hadiahnya. Kek coklat cair di mulut yang sedap tak terkata!


Siap ada kad lagi dari Kak Kusyi dan Abang Zul.

Alaaa.... sweet sangat! TQ Kak Kusyi dan Abang Zul. Tak tahu bagaimana Ain nak membalasnya! 

Kak Ain memang tak sempat makan tengahari pada hari Sabtu ketika majlis berlangsung. Setelah Kak Ain selesai sesi tandatangan pukul 3.30 petang, Kak Ain terus ke Restoran Riverside. Hanya memesan teh tarik dan membuka kek yang dihadiahkan oleh Kak Kusyi. Kak Ain tak tunggu sampai ke rumah... di Riverside lagi Kak Ain dah bedal kek coklat sedap itu!


Sekejap sahaja... sudah suku kek sedap ini selamat berada dalam perut AinMaisarah. (Oh.... sila lihat lencana Sri Bangsar yang Kak Ain pakai di tudung itu!)

Kak Ain juga sempat berposing dengan Kak Kusyi dan Kak Ann di depan Restoran Riverside. Kak Ain suka gambar ini. Ala-ala riang ria gitu! Para pembaca boleh juga membaca laporan Kak Kusyi di blog rasminya www.jendelaku.com


Selain itu, Kak Ain juga menerima coklat daripada Kak Lita. Bunga coklat (selalunya orang beri bunga telur) itu sangat-sangat unik sekali! TQ so much Kak Lita! =D


Satu lagi coklat yang Kak Ain terima adalah daripada Cik Adik Fadylah atau nama glamornya Fafau. Coklat beserta teddybear pink ini sangat comel dan sangat Kak Ain sayangi! TQ again!

Kak Ain ucapkan terima kasih sekali lagi atas hadiah-hadiah yang diberikan. Kak Ain baru perasan, kali ini semua hadiah yang Kak Ain terima berunsur coklat. Hmmm... nampaknya bertambah lagilah berat badan AinMaisarah yang sememangnya hantu coklat ini!

Okey... Kak Ain mahu menjenguk www.buletinsribangsar.com pula. 

Siapa sudah mendaftar, sila angkat tangan! Fahrin yang kacak juga ada di sana. Nak berkawan dan berkomunikasi dengan Fahrin? Daftarlah segera!

Salam Sayang,
AinMaisarah 

16 comments:

Syafira Saufi said...

saya dah mendaftar! :D

terasa rugi xdpt pergi pesta buku hari tu :/

AinMaisarah said...

Dear Shasha,

Tak mengapa tak dapat hadir gathering pertama. Kak Ain sudah merangka gathering kedua yang lebih hebat dan lebih happening lagi!

Kak Ain harap karnival yang dirancang ini dapat direalisasi.

Harapnya kali ini Shasha dapat sertainya ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

-tirah- said...

wah!!meriah sungguh gathering tu!!
ha,kalau ada gathering kedua
buatlah kat terengganu plak!ok??
he,he...comellah baju k.ain!tirah
pon nak juge..:(

asyiqin@ikin said...

kak ain...bila pembelian buku novel secara online nak dbuka???Syiqin x sabar nak beli buku kak ain...hope kak ain balas
kak ain hope gathering kedua tuh wat kat pahang nih!!!!

asyiqin@ikin said...

kak ain ingat syiqin ngan amirah lagi kan???ngan kak Sheralina....
hari sabtu ari tuh mak amirah meninggal kak ain...mari kita sedekah kan Al-Fatihah semoga roh nya dicucuri rahmat....

Anonymous said...

sy dh daftar dh.....

nisa said...

saya dah daftar!

Anonymous said...

jengkok la blog sy...nadirah-eyrah.blogspot.com

M E Z said...

SAYA PUN DAH DAFTAR

M E Z said...

kak ain bila nak buka jualan buku secara online??

Fatihah N. said...

BESTNYER kak ain dpt adiah2...
nak kek ckit..
tlg pos laju kan.. ehehe
acah sajer ;)

Ihdini said...

kak ain, terima kasih sebab masukkan gambar saya ke dalam blog ni!!

-tirah- said...

dear nadhirah,email awk ape ek?
saje je nk berkenalan..
kite sama age!!tengoklah blog
saye gak.awk minat cite camp rock ker?=)

Chahye said...

visit blod saya...http://mylife-irah.blogspot.com/

Anonymous said...

Gathering kudua saya mesti pergi !
Demi Ain Maisarah ..
hehe.. :D

jaCq said...

naper saya tak dapat daftar??? banyak kali try masih tak dpat. sedey nyerrr ='(