19 February 2009

Top 20 Novel Remaja di MPH Alamanda - Jan 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kak Ain baru sahaja mendapat data jualan ini dari laman web www.universitipts.com

Ini adalah carta jualan bagi novel remaja di MPH Alamanda, Jan 2009:

1. Aku Mahu Ke New York (Boxset)
2. Sarah dan Bunga Mawar
3. Bacakan Saya Satu Cerita
4. Aku Mahu Ke New York 2
5. Dear Yayah The Diary
6. Si Manis Amni: Operasi Penculik Miang
7. Adam Kecil: Sakit Gigi
8. Aku Mahu Buli
9. Dunia Sains Aiman 5: Alam Ria Cuti Sekolah
10. Ketua Bilik LA 101
11. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi
12. Aku Mahu Popular
13. Adam Kecil: Hampir Kena Tangkap
14. Dua Dunia
15. Aku Mahu Saiz S
16. Impiana
17. Sekolah Menengah?
18. Dear Yayah 3
19. Mengapa Aku Jadi Pengetua?
20. Dunia Sains Aiman 4: Diari Ramadan Aiman

Alhamdulillah, enam buah buku Kak Ain masuk carta. Alhamdulillah dan syukur yang teramat juga apabila boxset Aku Mahu ke New York berada pada kedudukan pertama. Heheh. Terasa macam menang Juara Lagu pula! =D

Tapi Kak Ain rasa sedikit pelik bin ajaib. Buku Aku Mahu ke New York 2 berada di kedudukan ke-empat. Buku Aku Mahu ke New York 1 tiada langsung dalam carta pula!

Apa yang berlaku sebenarnya? Telahan Kak Ain kepada corak pembelian ini adalah:

A) Pembaca membeli terus buku kedua bagi mengetahui kesudahan cerita.

B) Pembaca meminjam buku Aku Mahu ke New York 1 dari kawan. Kemudian membeli sendiri buku kedua.

Okey... Kak Ain ingin buat tinjauan dan survey kali ini. Sila beritahu samada anda membeli:

A) Buku Aku Mahu ke New York 1 sahaja
B) Buku Aku Mahu ke New York 2 sahaja
C) Boxset Aku Mahu ke New York
D) Secara berasingan buku Aku Mahu ke New York 1 & 2
E) Meminjam dari kawan buku Aku Mahu ke New York 1 & 2
 
Harapnya semua menjalankan tanggungjawab sebagai pembaca + pengundi ya! =D

Terima kasih Kak Ain ucapkan atas kerjasama semua.

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kak Ain ada merancang nak menulis buku berkembar lagi. Kali ini mungkin tajuknya Aku Mahu Jadi Romeo & Aku Mahu Jadi Juliet. Tetapi Kak Ain perlu menyiapkan manuskrip-manuskrip yang sudah dijanjikan terlebih dahulu untuk tahun ini. Doakan Kak Ain berjaya ya!

59 comments:

mania said...

Saya beli boxset AKMKNY ...
Sokong!Sokong!
Usaha Kak Ain nak wat novel berkembar tue...

c h i n g w e i said...

Jas bli boxset Aku Mahu Ke New York..
Kak Ain..Kat skolah Jas..
Mmg rmi gilew bawa buku Aku Mahu Ke New York !!
Semua kata "Best tau citer ni"..
HAhaha...Tahniah Kak Ain !!
Jas menunggu Aku Mahu Jadi Romeo & Aku Mahu Jadi Juliet !!

anis scha said...

saya beli boxset AMKNY...!!!
hE hE hE...
ramai kwn2 sye ckp buku2 kak ain PLING BEST..!!!
wehuu~~

nurina;) said...

saya beli boxset AMKNY....
saya suker semua buku kak ain..=)

LolLy CHoc GiRLs said...

saya bli boxset AMKNY...
kan sy bli dgn kk ain..hihi...
sy xsaba nak bacer AMJ Romeo &AMJ Juliet.

Hanani :) said...

Saya beli boxset AMKNY.

Bila kawan-kawan saya di sekolah dapat tahu saya beli boxset AMKNY, semua kata nak pinjam.

Tahniah Kak Ain! =D

wanie :) said...

Assalamualaikum Kak Ain

Saya beli boxset Aku Mahu Ke New York!!Cita ni BEST Kak Ain.Kawan2saya cakap macam ni juga.

Saya akan terus menyokong Kak Ain!~

TAHNIAH KAK AIN!!!!~

і ам шно і ам=) said...

nana bli boxset jugak..kq ain reply emel nana pliz..bezzt sesangat! kt PSS skowl nana ade byak pbk pts ..bk k ain pon ader..

Anonymous said...

sy pon beli boxset AKMKNY..
mmg best la cite tu...
novel comel pon best jgk....
kwn2 sume nk pinjam..
but,sy x kasi coz takut rosak..huhu...
sy mmg suke sgt2 bace buku2 yg kak ain tulis..
u are the BEST kak ain...

whotherealmeLUVeaDi said...

saya pilih
C) Boxset Aku Mahu ke New York

mestilah beli
bookset lagi.

mane ade class
pinjam-pinjam kawan.
ghee..

di sekolah,
buku AMKNY1&2
sentiasa bertukar tangan.
ada yang cikgu tengah beri ucapan
[perhimpunan]
boleh lagi baca.

btw,
tahniah kak ain sebab
sentiasa menjadi
pilihan remaja remaja
masa sekarang ini.

dan
tak sabar untuk
Aku Mahu Jadi Romeo & Aku Mahu Jadi Julie

thesuraya said...

kter bliy setbox arh,,mner ley bliy asing2,,rugi jew,,kter ny pown jnis org yg tak sker pinjam buku2 org,,Kak Ain nyer buku mmg DA BEST n DA BOMB arh,,tak sabar nak bcer IMPIANA 3 N AKU MAHU JADI ROMEO&AKU MAHU JADI JULIET,,erm,,buku tuh,,dbawah satu buku atau asing2,,??

+PuterY+ said...

Salam..
Saya beli boxset AMKNY..
Kawan sy ade sorg beli,die bwa gi sekolh.Pastu kawan yg lain tengok,semua nk pinjam.
Bile sy da beli dan bwa gi sekolh,ade yg nk pinjam ngan sy plak..
Sebabnyer buku kak ain semua best2.;D

SayaAinaMardhia said...

Kak Ain ..
saya baru jer beli AMKNY1
tapikan kak ain ada lagi set box AMKNY dekat kedai buku berhampiran..
aina tgh kompol duit nih..
hehhehe..anyway..
SAYA SANGAT SOKONG!
kak ain buat novel berkembar lagi.
sokong!sokong!sokong!

~dhira~ said...

saya beliecara berasingan buku Aku Mahu ke New York 1 & 2....
tp rugi sgt....
masa tu tak nampak boxset bila nak bayar baru ternampak....
!!!!!

Aqilah Suhaizam said...

Semue nye beli boxset,,saye pon nak ikut diorangla!~

Cewwah,,saye beli boxset drpada kak.Ain!!

Dee said...

Saya beli boxset AKMKNY jugak!
Tapi sedey la bila da bukak,
borang tu dah tamat tempoh!

Kesian Pa'ie!

ShafiqahKhairulazli said...

saye beli box set AMKNY.... bile pegi skolah semua kwn saye nak pinjam.... tapi diorang slalu mintak AMKNY 2

naan said...

Saya x beli dua2.. Dua2 pinjam kawan.. sorry sbb x beli.. x der duet + buku tuh x ada di kedai buku berdekatan..

sorry,
Annan97

Fatihah N. said...

sye beli boxset trus
kwan sy pnjam sy bku 1 coz die dh beli buku 2

M E Z said...

Mas dah beli boxset aku mahu ke new york... buku kedua lagi best sebab telatah 7 geng wanababes lucu sangat.. ramai kwn mas nak pinjam buku 2.. bila mas beli n bawa buku kak ain kat skolah mesti ada org nak pinjam... nampak je nama ain maisarah terus nak pinjam. kak ain memang popular kat skolah mas..

MAs tunggu buku yg akan keluar terutama Aku Mahu Jadi Romeo & Aku Mahu. mcm best.

Hidayah said...

uh,mesti best en?

saya beli set box sekali,..
dari kak ainlah! =p
erm,x sbr tunggu cite 2!
p/s:uh,anonymous suda lesap!

GREENITEPINK said...

camane nk masok menulis cerpen pts

Ihdini said...

saye beli boxbet buku2 tuh!! tak payah susah2 beli kedua-duanya..

Unknown said...

saya bli AMKNY 2. AMKNY 1 borrow from kwn..time nk bli boxset xdak duit..hee
nyway mmg rock glerr ar sume bku kak ain..
teruskan usaha !


:peanut94

Alya said...

Assalamualaikum, Kak Ain .

Eh , Alya beli yang boxset punya . Siap beli terus daripada Kak Ain lagi !

Hehe =]
Salam ,
Alya .

Faz said...

sy beli boxset

Farisah Adriana ♥ said...

Wa....da lamer x tulis komenn!!
Winduh ngan Kak Ain..
Slamer ny kan sayer dowk kat Maahad Muar(nk bgtau klu Kak AIn x tau!!)
hurmm...bg sayer lorh...
Sayer beli set berkembar AMKNY..
Sya menunggu buku Aku Mahu Jadi Romeo dan Aku Mahu Juliet...
Semoga beshh!!!

Farahani said...

Saya beli Boxset!


Hehehe.....Best yang teramat criter ni!Congrats kak Ain!Do the besttt!

Farah Hanum said...

salam kak ain...
saya beli boxset dari kak ain...yang buku set yang kak ain racankan tu memang best...tapi sape yek yang jadi watak utama???wannabes ke?the saiz xl ke?ataupun the saiz s???harap kak ain buat mnuskrip tu dengan cepat...erm drama aku mahu saiz s bila nak kuar kak ain???harap kak ain jawab...:)

wassallam...
farah hanum

shhh. said...

saya pinjam dari kawan,kedua-dua sekali.dalam satu hari saya dapat habiskan!!!and,buku aku mahu ke new york 2 lagi mantap!!!best giler!SYOK!

She is Afiqah Zakiyah said...

saya baru jer beli novel aku mahu ke new york 1& 2.best lah cerita dia.boleh dikira 'best novels ever'!!!

Hanisah said...

Salam Kak Ain,

Saya beli BOX SET AKU MAHU KE NEW YORK BERKEMBAR tu..

Sabrina Maisarah Mohd Sopian said...

Assalamualaikum Kak Ain.Saya Sabrina Maisarah.Saya membeli boxset aku mahu ke new york 1 dan 2

Hello Kitty said...

Saya Beli Yang BOX SET a.k.a BUKU NEW YORK 1 DAN 2 BERKEMBAR...

{yAnA_cAdBuRy} said...

Hai Kak Ain saya beli boxset.kat sekolah yana, yana tanya semua orang,hampir satu kelas budak perempuan beli boxset.dorang semua cakap best sangat cerita AMKNY.ada kawan yang pinjam kat yana,tapi baru je baca separuh buku,terus die beli boxset.die cakap bes sangat and die akan terus sokong Kak Ain.....

Anonymous said...

sy beli boxset AMKY...best giller!!!

sayalah! said...

Saya tak beli lagi sebab Kak Ain cakap nak bagi hadiah =( Jadi sekarang saya tak tau sama ada saya perlu beli AKMKNY 2 dulu sementara menunggu hadiah untuk pemenang, ataupun tunggu sehingga kesemua stok setbox habis dijual, baru menyesal sebab tak beli awal-awal.

.....

HR by HaziqRidzuan said...

saya beli dua-dua buku tu..tapi buakn boxset, asing-asing. apapun very interesting! sedang menunggu impiana III

Unknown said...

Saya beli setbox AMKNY.Semoga kak ain berjaya membuat buku Aku Mahu Jadi Romeo&Aku Mahu Jadi Juliet!

Anonymous said...

kenapa Kak Ain dah lama tak masukkan entri baru.


yang merayu,
ayuni

HR by HaziqRidzuan said...

salam, kak ain. Nak tanya, Kak Ain tak ada myspace ke?

Amaliaa said...

kak haritu sye baru je beli novel boxset aku mahu ke new york ! dpn2 dea dah bce best gile2 :DD tpy tak jmp cari aku mahu buli . dtglah mph jj maluri :(

star dazzle said...

saya sentiasa menyokong kak ain ,kan saya beli terus dari kak ain set berkembar!!!!!!!

EYZA said...

Saya beli boxset .
Best gylee !
GO kak ain ! xD

M E Z said...

terima ksaih Kak Ain =D

Unknown said...

Salam kak Ain.. :D
adk Ummi beli mesti beli boxset AMKNY
rugi woo kalau tak beli.. :D

p/s
gambar kak Ain dlm kalendar tu comey lar.. :)

marjan daud said...

sayer bli setbox aku mahu ke new york
gempak

Unknown said...

eiyla beli berasingan new york 1 & 2 !

Khazinatul Yusra said...
This comment has been removed by the author.
Khazinatul Yusra said...

salam kak ain.
saya beli boxset aku mahu ke new york.mula mula saya pun macam the wannababes ingat kota new york rupanya kampung new york.saya habis baca buku yang pertama 2 hari tapi buku yang kedua 9 hari.hhehehe.saya doakan kak ain terus berjaya.

peminat cilik mu :)

Bintu Qist said...

Saya beli Boxset Aku Mahu ke New York!!! Novel yang paling gempak & best..Tahniah Kak AinMaisarah kerana mencipta satu novel yang unik dan menarik...

ain soofiyah said...

Sye bli Boxset.

ain soofiyah said...

sye bli boxset

ain soofiyah said...

Sye bli Boxset.

Dira ;) said...

hai kak ain .. novel2 kak ain sume best .. ske novel2 akak .. n the wanababes ..

CraZY rAIN DRops said...

Askm,saya beli boxset coz senang la nnti x pyh susah2 nk ulang alik g Popular bookstore,Taiping....

Cik Gadis Pink (Cik Pinky) said...

saya pinjam buku Aku Mahu ke New York 1 daripada rakan saya. dan Aku Mahu ke New York 2 saya beli sendiri... hehe :)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

saya baru nak berjinak-jinak dengan penulisan akak ain. baru tadi saya beli buku diari super 3G & hero rebut popular. nak beli buku aku mahu ke new york 2 .tapi,dah kehabisan stok. Pilunya hati ,apabila mengenangkan nasib badan yang tidak dapat beli buku aku mahu ke new york ini!!