07 November 2008

AinMaisarah & Sesi Fotografi PTS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Lama Kak Ain tak masukkan cerita terbaru. Minggu ini sibuk sangat melangsaikan pelbagai hutang kerja-kerja penulisan. Ada lagi satu hutang iaitu menulis novel comel yang akan mengiringi novel Aku Mahu ke New York. Selepas itu InsyaAllah Kak Ain merdeka sekejap sebelum memulakan kembali proses menulis buku baru iaitu Aku Mahu Bergaya dan Impiana III.

Minggu ini juga, Kak Ain telah menjalani sesi fotografi dengan tim PTS. Sesi fotografi bermula pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Kak Ain sampai pejabat PTS pukul 2.30 petang. Terus disolek oleh make up artist. Hampir satu setengah jam baru selesai proses solekan. Habis merah-merah mata Kak Ain sebab ditenyeh dengan pelbagai warna pembayang mata.

Buat pertama kali sepanjang hidup 26 tahun ini juga, Kak Ain dipakaikan dengan bulu mata palsu. Sekali tengok macam bulu mata unta! Aduh! Seksa! 15 minit Kak Ain perlu pejamkan mata bagi memastikan bulu mata palsu yang digam itu lekat sempurna.


Selesai solekan, Kak Ain memulakan sesi fotografi. Susah rupanya nak beraksi depan kamera. Nak tersenyum seorang diri depan mata-mata yang memerhati. Pada Kak Ain, ini adalah pengalaman yang sangat berharga. Terima kasih kepada pihak penerbitan PTS yang memberikan peluang sebegini kepada penulis baru seperti Kak Ain.


Sepanjang penggambaran, ada tiga baju yang dibawa bersama. Kak Ain kongsikan gambar satu baju sahaja dengan para pembaca semua. Dua lagi baju boleh dilihat gambarnya dalam box set novel berkembar Aku Mahu ke New York.


Jadi jangan lupa dapatkan novel terbaru AinMaisarah bertajuk Aku Mahu ke New York yang akan berada di pasaran bulan Disember 2008 ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

23 comments:

Anonymous said...

wah..cun nye kak ain..mcm ank dara..anyway, sy nak bg taw. bkn nye nak kutuk tp kebenaran..sbgi sorg islam, kak ain sepatutnye xbole pki blu mate palsu or rerambut lain yg palsu..haram di sisi agama kita..harap kak ain x tersinggung, sy hanya insan yg lemah ttp baek hati utk m'perbetulkan prkra.. yg kadang2 org xtaw hukumnye..insyaallah kte dpt pengajaran..drpd apa yg tlah berlaku.

Anonymous said...

salam kak ain..

lawalah kak ain!
Kak ain , lain kali kalau pergi mana-mana kak ain make up lah mcm ni..
mesti kak ain popular habis punye..

Nina said...

Salam Kak Ain,

lawanya Kak Ain make up..
tak sabar nak tengok gambar Kak Ain nanti. hehehe =D

BalqisBasri (^^,)v said...

wah wah wah...
Kak Ain sngt laa VOGUE !!
Hehehehe...
:DD

Imma Belieber said...

insya-Allah saya tak kan terlepas untuk membeli novel 'Aku mahu ke New York' :)

Anonymous said...

K.ain!
akhirnya k.ain masukkan juga entri baru..

mmg comel k.ain kite ni.. selamat dah kawen dgn cik abg,,,klu x sy kenalkan dgn abg sulung sy..umur die 28 thn.. dulu-dulu mase sy mule bukak blog k.ain, die nampak gambar k.ain... terus die tny byk2 psl k.ain. bile sy ckp k.ain dah kawin, terus die diam xckp ape..... hihih.. kesian!

sy xsabar nk tunggu buku baru k.ain...

Alya said...

Aku Mahu ke New York!
Kak Ain, rasanya Alya tak boleh
nak masuk pertandingan duta aku mahu
sebab memang cikgu tak bagi bawa
kamera ke sekolah. Peraturan sekolah Alya memang sangat ketat.

Boleh kak Ain tolong simpankan satu set novel berkembar Aku Mahu Ke New York untuk ALya?? =D

Anonymous said...

salam kak ain,
cntk la bju kk ain tu... :D

oh ye kak ain, saya nk tnye ni,
kalau nnt saya beli novel aku mahu ke new york kt kedai pun akan dpt novel comel skali ke?

AinMaisarah said...

Salam semua,

Terima kasih kepada Anonymous kerana memberi komen beserta nasihat itu. Kak Ain pun terkejut juga apabila telah disolek tebal macam tu sekali. Tapi bagi sesi fotografi, memang solekan tebal diperlukan supaya gambar nampak menyerlah.

Seperti yang Kak Ain nyatakan dalam entri, ini kali pertama mata Kak Ain digam-gam dengan bulu mata yang macam kaki labah-labah tu.

Kak Ain tak tersinggung dengan komen tersebut. Bahkan, Kak Ain terus Google sekejap bagi mendapatkan pengesahan mengenai hukum memakai bulu mata palsu. Rambut palsu Kak Ain tahulah hukumnya. Bulu mata palsu Kak Ain tak pasti kerana tak pernah memakainya.

Apabila Kak Ain google tentang hukum memakai bulu mata palsu, ini adalah hukumnya:

Tersebut dalam sebuah hadis daripada Ibnu Mas'ud yang bermaksud:(Allah Ta'ala mengutuk sekelian wanita yang mengukir badan, dan yang minta diukir, wanita yang merubah bulu mata (memakai bulu mata palsu), mengikir gigi dengan sengaja untuk kecantikan dan sekelian yang merobah apa yang telah dijadikan oleh Allah) (H.R. Bukhari/Muslim)

Okey. Jadi sudah pastilah, memang haram hukumnya dalam Islam.

Kak Ain harap kita dapat ambil pengajaran bersama.

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Fatin Hanani, Sara, NurulBalqis, Lolipop manis-syud, misz qiqin dan Shasha.. Terima kasih atas pujian. Lain kali Kak Ain upah gula-gula =D

p/ss: Alya, nanti Kak Ain simpankan satu set buku berkembar untuk Alya. Kepada Shasha, novelcomel akan disertakan sekali dalam box set Aku Mahu ke New York.

Anonymous said...

kak ain..simpan novel berkembar ..hana kan skrg dh tak gi sekolah sebab doktor suruh bnyk rehat..kak ain novel berkembar tuh nnti hana bayar ok
kak ain memang cantik...lawa la macam dah terlebih popular dari artis\

kak ain dah baca emel hana lum~nabeelakamal@yahoo.com

Nina said...

Lupa pula Kak Ain,

Kak Ain tolong simpankan satu set berkembar Aku Mahu Ke New York untuk Sara ya. Dan novelcomel Remaja@PTS One. Pikat di Aidilfitri tak silap? :)

Sara tak dapat nak sertai peraduan itu. Sara baru habis periksa semalam dan minggu depan kami hanya bersekolah hari Selasa dan Khamis sebelum bercuti panjang.

p/s: Esok harijadi Sara yang ke-13.. hehehe.. nak gula-gula? =D

Anonymous said...

selamatlah bini org... kalau tak...

hahah!

cikadlynn said...

Cantiknya Kak Ain....Tapi melentik sangatlah.

Farahani said...

wow!kak ain!bergaya betul.

.imah. said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Tak pakai pula tudung kegemaran Kak Ain pulak yer.Apapun you look great

Dearie Ira said...

Hey...bolehla....palsu2 nih..asalkan bende tuh bukan drpd haiwan2 yg haram...btw,kak ain cunlaa...like artist!!

Anonymous said...

eh tak boleh la palsu-palsu ni...tak kira la dari haiwan ke tak..tapi kalau kita menambah-nambah ciptaan Allah swt,dah kira berdosa dan mengubah ciptaan..kan Kak Ain kan..
maaf la kalau apa saya cakap ini tak betul..

Anonymous said...

kak ain saye nak tanye boleh tak,
kak ain ni sebenarnye pakai spek ke tak ????

Anonymous said...

Kak Ain awek muda tu!!!!!
Kalah saya...he he he
(n_n) (+_+) (x_x)

Abdullah Ghani said...

Pakai bulu mata palsu,tapi amik gambar pakai cermin mata...

Double layer punya lawa ni....

Anonymous said...

KAK AIN LAWANYA KAK AIN. MACAM NING BAIZURA BULU MATANYA !!!

unknown said...

salam kak ain,

wah cunnye kak ain..mata kak ain kalah mata siti nurhaliza!!tu bru mate kak ain..tak sabar nak tgk diri kak ain yg sebenar..

dri peminat setia,
Izzlin.