27 October 2008

Soal Jawab Tentang Peraduan Duta Aku Mahu

Suatu hari, AinMaisarah bertemu dengan dua orang pembacanya di sebuah majlis. Dua pembaca ini telah menghujani AinMaisarah dengan pelbagai soalan tentang Peraduan Duta Aku Mahu. Antara soalan-soalan yang ditanya oleh mereka adalah:

S: Kalau saya taknak masuk peraduan, saya beli saja buku Aku Mahu ke New York di kedai buku pun boleh kan?

J: Memanglah boleh beli saja di kedai buku. Tapi kalau tak masuk peraduan ni... maka terlepaslah peluang nak glamor kerana setiap gambar penyertaan yang diterima, Kak Ain akan masukkan dalam Buku Tahunan Sri Bangsar iaitu buku penutup siri Aku Mahu selepas genap sepuluh siri (ianya buku edisi khas ala-ala majalah sekolah)

S: Tapi saya tak ada rakan sekelas yang rapat nak ambil gambar bersama. Macam mana Kak Ain?

J: Kak Ain telah berbincang dengan PTS One. Beberapa syarat telah dilonggarkan. Gambar boleh diambil bersama rakan sekelas/rakan kelas lain/rakan sekolah lain. Tak mengapa. Kami terima.

S: Ambil gambar mesti pakai baju sekolah?

J: Ya. Hanya boleh pakai tiga jenis baju sahaja:
1) Baju seragam sekolah
2) Baju sukan sekolah
3) Baju beruniform sekolah.


S: Saya dan kawan-kawan taknak pakai baju sekolah. Kami nak pakai baju raya. Bolehlah Kak Ain....

J: Tak boleh. Hanya baju sekolah, baju sukan sekolah dan baju beruniform yang dibenarkan kerana gambar penyertaan akan dimasukkan dalam Buku Tahunan Sri Bangsar. Oleh kerana buku tersebut berkonsepkan majalah sekolah, Kak Ain memerlukan gambar para pembaca semua dalam pakaian baju sekolah.

S: Boleh tak saya dan kawan-kawan ambil gambar di luar sekolah?

J: Gambar MESTI diambil di dalam kawasan sekolah. Kantin, stor, tepi longkang, padang, kelas, surau, bilik guru, bilik pengetua. Oh! Banyak sekali lokasi penggambaran yang boleh dibuat di dalam sekolah. Yang penting, mesti kreatif dan lain dari yang lain.

S: Saya nak edit gambar menggunakan PhotoShop. Saya nak letakkan teks dan dialog-dialog pada gambar. Bolehkah saya berbuat begitu?

J: Tak perlu susah-susahkan diri edit gambar dengan menambah teks dan dialog. Hantar sahaja gambar yang diambil tanpa ada sebarang penambahan. Ini kerana penilaian pemenang gambar paling kreatif tidak dinilai dan diambilkira dari sudut itu.

S: Jadi, apa kriteria nak jadi pemenang gambar paling kreatif?

J: Kak Ain dan pihak PTS One akan melihat ekspresi muka, gaya posing, susunan aturan kedudukan dalam gambar, konsep dan juga keseluruhan tema gambar. Itu adalah kriteria pemilihan pemenang.

S: Satu gambar mesti cukup 40 orang?

J: Satu gambar mesti ada sekurang-kurangnya MINIMUM 20 orang. Paling MAKSIMUM satu gambar 40 orang.

S: Kawan-kawan lelaki kelas saya semuanya tak sporting. Mereka tak mahu bergambar. Boleh tak saya ajak 20 orang rakan-rakan yang perempuan sahaja kesemuanya?

J: Boleh. Tak ada masalah. Yang penting, ada 20 orang dalam satu gambar. Semua lelaki dalam gambar tak mengapa. Semua perempuan dalam gambar pun tak mengapa.

S: Tapi saya boleh kumpul 9 orang kawan sahaja. Bolehlah Kak Ain. Satu gambar ada 9 orang. Please??

J: Tak boleh. Satu gambar mesti ada sekurang-kurangnya 20 orang. Itu bagi mencapai target objektif menjadi DUTA AKU MAHU. Kak Ain mahu para pembaca mewar-warkan tentang peraduan ini dan juga tentang novel berkembar AinMaisarah bertajuk Aku Mahu ke New York kepada 20 orang rakan-rakan lain. Kalau hanya beritahu kepada 9 orang rakan, itu bukanlah bertaraf duta. Maklumat juga tidak tersebar luas.

S: Bolehkah saya mengambil gambar menggunakan telefon bimbit?

J: Tidak boleh. Gambar perlu diambil menggunakan kamera bagi memastikan imej yang dihasilkan adalah terang dan jelas.


S: Bagaimana saya mahu menghantar gambar yang sudah diambil?


J: Gambar perlu dihantar beserta borang peraduan di atas ini. Klik pada gambar borang, isikan borang peraduan, sertakan gambar dan poskan ke alamat:

PTS ONE: PERADUAN DUTA AKU MAHU,
No 3, Jalan Industri Batu Caves 1/6,
Taman Perindustrian Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.


S: Saya malas nak pos penyertaan. Bolehkah saya e-melkan sahaja gambar saya kepada Kak Ain?

Boleh juga. Hantar bersama borang penyertaan yang lengkap diisi ke alamat e-mel Kak Ain di maisarah_ain@yahoo.com. Tetapi perlu dipastikan attachment saiz gambar adalah besar dan failnya adalah 600KB ke atas.

Okey! Harapnya semua soalan sudah terjawab. Sekiranya ada yang keliru dan mahu kepastian, sila letakkan di bahagian komen. Kak Ain akan jawab secepat mungkin, InsyaAllah.

Selamat Mencuba,
AinMaisarah

51 comments:

Anonymous said...

K.Ain...
Sy nak masuk peraduan ni... tunggu abis exam. jerk. sy akn kumpul kwn2 kelas.. takde masaalah punyer.. mmg kami rapat sgt.

hrpnyer kelas kami blh hasilkan gambar paling unik & menang buku aku mahu ke new york.. nk sgt buku tue!!!!

mmmm.. mcm pertandingan kelas-kelas satu malaysian pulak!

Alya said...

Assalamualaikum, Kak Ain..

Kiranya, semua gambar yang diterima, akan dimuatkan dalam majalah Sekolah Sri Bangsar. Begitu?

Wassalam,
| Alya Chan |
WonderBuster.Blogspot ~

AinMaisarah said...

Dear Misz Qiqin,
Kak Ain tunggu penyertaan Qiqin tu. Sekarang ini tumpukan dulu perhatian ketika peperiksaan ya! Kak Ain cadangkan, Qiqin ambil gambar sekelas ketika jamuan akhir tahun. Itulah waktu paling mudah nak mengumpul semua orang.

Dear Alya,
Memang itulah perancangannya. Semua gambar penyertaan akan dimasukkan dalam Buku Tahunan Sri Bangsar. Kak Ain sedang mengumpul isi-isi nak buat majalah sekolah ni. InsyaAllah kalau ada bajet lebih, ianya akan jadi edisi majalah berwarna.

Salam Sayang,
AinMaisarah

Alya said...

Kak Ain ini geniuslah!
Memang betul kata Kak Ain.
Sewaktu jamuan akhir tahunlah
waktu yang paling sesuai untuk
mengumpul semua orang! =D

Anonymous said...

salam kak ain,

lame x dgr psl cite kak ain...
ain rindu taw...
mcm best jerk..
nak masuk lah..

hmm...kak ain,ain ade satu soklan
1)kalau gmbr ain menang(ni contoh)mcm mne kak ain nak kasik novel tu?

FaRah said...

kak ain..
kalau saya ambil gmbar dengan kawan-kawan saya sambil pegang buku-buku terbitan PTS one boleh? Ataupun posing sahaja tanpa memegang apa-apa?

AinMaisarah said...

Dear Alya,
Kak Ain nantikan gambar dari Alya. Suruh kawan-kawan kelas posing maut ye... Hah! Boleh masuk buku PTS One tau! =D

Dear Ainzz,
Kak Ain pun rindu dengan Ain. =D Pembaca yang sama namanya dengan Kak Ain ni.

Bagus sekali soalan Ainzz. Kepada pemenang peraduan ini, Kak Ain akan pergi sendiri ke sekolah dan menghantar buku-buku yang dimenangi. Kak Ain akan berjumpa duta peraduan dan menyerahkan buku-buku tersebut. Tak mainlah pos-pos buku kepada pemenang. Kak Ain nak beri hadiah secara 'live' kepada pemenang bertuah! =D

Harap jawapan Kak Ain membantu dan memberi semangat lagi kepada Ainzz dan rakan-rakan bagi menyertai peraduan ini.

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Ainzz kirim salam Addina ye.

AinMaisarah said...

Dear Farah,
Itu adalah salah satu tema nak bergambar. Boleh posing pegang buku PTS One. Nak posing pegang senduk periuk pun Kak Ain tak halang. Asalkan unik, menarik dan tertarik.

Kak Ain serahkan sepenuhnya kepada kreativiti Farah dan rakan-rakan! =D

Anonymous said...

kak.....
borang tu boleh dpt kat ne?
bila tarikh tutup penyertaan?
sy nak ambil gmr masa jamuan sklh blh x?

itu sahaja hari maklum

alasammualikum

Anonymous said...

sekom kak..~

bila tamat tempoh yerh kak..? bukan 24 ker..??

FaRah said...

kak ain..
lagi satu, kenapa borang peraduan tu tak boleh bukak? saye dah download..

Zaimin said...

1)Kak Ain,kalau sekolah nya jauh macam kat Perlis,Kak Ain pergi juga ke?


2)Bila saya cakap tentang hal ni kat kawan-kawan saya,mereka tak sabar nak bergambar.

Saya harap saya dapat menang peraduan ni.

AinMaisarah said...

Dear NurulNuha,
1)Borang boleh download di www.pts-one.blogspot.com ye.
2)Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 November 2008.
3)Gambar boleh diambil waktu jamuan sekolah, waktu rehat di kantin, waktu lari lompat-lompat di padang, waktu buat rombongan ke tandas. Apa-apa sahaja, asalkan mudah pada NurulNuha dan menarik di mata pengadil PTS One.

Dear Nadhirah,
Tarikh tutup peraduan adalah 24 November 2008. Ada 3 minggu lagi. Cepat! Cepat! Cepat! Kak Ain tunggu gambar Nadhirah. =D

Salam Farah,
Borang tak boleh buka? Hmm... borang ini disediakan oleh pihak PTS One. Kak Ain sendiri sedang cuba cari jalan permudahkan proses download borang. Nanti ada link download borang yang baru, Kak Ain akan letakkan di laman web Rumah Pink ini ye.

Dear Zaimin,
Kali ini Kak Ain akan turun padang serahkan sendiri hadiah peraduan. Tak kiralah pemenang berada di Perlis, Johor, Kelantan...

Kak Ain harap boleh serahkan buku di sekolah sebab Kak Ain nak jumpa satu per satu wajah yang tertera dalam gambar yang menang nanti. Kalau tak dapat jumpa semua orang, Kak Ain akan serahkan kepada duta peraduan.

Oleh itu Zaimin mesti berusaha bersungguh-sungguh nak menang peraduan ini ye. Kak Ain tunggu gambar =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

Anonymous said...

kak ain..kak ain..!!

Boleh tak saya tangkap gambar kawan saya time kelas saya ada jamuan...?? Time tuh saya boleh tangkap gambar kawan-kawan saya yang tengah makan..boleh tak..?? boleh..??

Anonymous said...

slam...
kak ain sy nak taw brapa pemenang erk??

Nina said...

Salam Kak Ain,

1) Pakai baju beruniform boleh? Kiranya kalau pakai baju uniform PBSM, Pengakap, ST John dll boleh lah ya?

2) Kalau pakai Panorama boleh tak? Maksud Sara, gambar 20 orang yang diambil tidak muat dalam 1 klik. Panorama berfungsi untuk 'mencantumkan' dua atau lebih gambar menjadi satu gambar yang agak besar. Boleh ke?

3) Ada berapa orang pemenang?

Mungkin itu sahaja soalan Sara. Insya-Allah ada rezeki Sara masuk peraduan itu. Susah juga sebab buka sekolah hari Khamis nanti Sara periksa sampai 6 November. 7 November, pelajar tingkatan 1 & 2 sekolah kami dah bercuti :(

Nina said...

Dan kalau hantar sampai dua penyertaan boleh ker? hehehe

Aimi Nadhrah. said...

assalamualaikum kak ain..
sy ada baca soal balas kak ain kepada mereka yang mengomen di sini..

saya ada satu benda nak tanya..
kak ain kata akan beri secara 'live' hadiah kepada semua orang dalam gambar yang menang..
tapi macam mana kalau andaikata gambar yang menang tu, adalah budak tingkatan lima kesemuanya pada tahun ini dan tidak bersekolah lagi pada tahun hadapan.

bagaimana kak ain nak beri pada mereka ye? jumpa wakil guru eh?

Anonymous said...

kak ain,berapa org pemenang ye?









~SITI~

Anonymous said...

wah!!kak ain akn turun padang!!!
hmm...best3(upin N ipin)
ain keliru la...bila kak ain nak beri hadiah kepada pemenang??

demi lovato said...

kak ain klu lah sy x nk masuk tk pe kan!!
sbb nya kwn sy dudok jaoh jaoh cikgu mana lah kasi bawak kamera ker barang kemas ke . alah lagi pula ckg kitowang tu x supporting lansung
_____________________________________

kak ain klo nk beli buku tu kat umah pink ni leh x ?
pastu klo nk ckp yang taon dpn ramai pengunjung blog akk ni umor 11 taon
n taon dpn diorang pekse upsr
iaitu upsr paling getir skli hope sgt kk ain x kuar buku baru yerp

Anonymous said...

Kzk Ain wajib ke 20 org jlau kurang xpe sbb kak ain kata pts bg kelonggaran n hanya satu pemenang saja ke????????????????????????

Anonymous said...

Satu lg Kak ain kata penutup 24 oktober dh lmbt blh lg ke msk????????????????????????

Anonymous said...

Last klauorg pkai baju lain2 xpe ke mcm ada yg pkai baju sukan ada yg pkai baju seragam n ada yang pkai baju uniform????????????????????????

halim said...

Kak Ain turun padang sendiri untuk memberikan hadiah kepada pemenang??Wah..bestnye...emm..buat ape pihak pts one nak nama guru kelas ek???

Anonymous said...

Last confirm mana blh bwk kamera gi sek so cam ne nk abl gmbr klau xde kamera????????????????????????

Anonymous said...

Last jaminan 1000% dlm borang peraduan alamat surat menyurat tu pe n knp kena ada wakil guru sbbsaya malu nk minta ckg jd wakil guru????????????????????????

Anonymous said...

salam kak ain...

kak ain, kalau nk msk ptandingan ni kne minta kbnrn pengetua/cikgu skola ke?

Anonymous said...

salam kak ain..
sy umur 17 taun..
leh msuk tak pertndgn nih?
tp 27.11 saya dh last skola..
hik3..
sy tak wat jamuan kt skola la kak..
ssh nk tngkp time skola..
tp sy leh join tak bnde nih?
;PP

eleen

anis scha said...

erm...
thnx kk ain krn sdh mnjwb soalan2 sy..
erm...tp sy ade lg satu soalan...
nk sent mnggunakn email cam ne?
tlng bg sy cara2 nya...
plez....

yang menunggu,
anis

MIRA said...

Kak,

Kalau nak hntr lebih dri 1 gmbr blh?

Anonymous said...

kak ain...
nama duta tu nak letakkan nama sape??nama diri sendiri ke kak ain..??
tolong jawab ekk kak ain..

Yang Benar,
Wani

Anonymous said...

assalamualaikum kak ain..

sy ade 4 perkara nk tanye...

1)Gambar tu nk 1 je ke??
2)Kalau gmba kami nnt pki topeng ke boleh x?
3)Akk kte "Kepada pemenang peraduan ini, Kak Ain akan pergi sendiri ke sekolah dan menghantar buku-buku yang dimenangi. Kak Ain akan berjumpa duta peraduan dan menyerahkan buku-buku tersebut. Tak mainlah pos-pos buku kepada pemenang. Kak Ain nak beri hadiah secara 'live' kepada pemenang bertuah! =D"...ermm sy tinggal di srwk...ade peluang ke nk menang dan berjumpa dgn akk??
4)Gambar itu berukuran 3R,4R atau 5R??

lain-lain soalan da ditanya oleh rakan-rakan yg lain..harap akk reply le yee....

~jun~

Anonymous said...

BELUM..KAK AIN BOLE X NAK BELI BUKU TU TERUS KAT KAK AIN..XYAH MASOK PERADUAN TU..BOLE?

Anonymous said...

Kak ain pertandingan tu terbuka kepada umur berapa? lepastu macam mane nk bawak kamera pergi sekolah?

Siti Nazirah said...

Assalamualaikum Kak Ain,

boleh tak kalau guru kelas pun turut serta dalam gambar kami??
manalah tahu,cikgu pun nak 'glamour' juga..hihi

Anonymous said...

sahira..
sy cdgkan camera tuh awk ltk dlm kotak..pastu balut cun2..
cm nk bg hadiah..klu ckigu tnye ckp la bg hadiah besday kt kwn..
hikhik

AinMaisarah said...

Salam semua,
Masih banyak lagi soalan-soalan yang perlu Kak Ain jawab.

Okey, Kak Ain akan jawab semuanya. Tapi Kak Ain akan jawab dalam entri supaya senang semua membacanya.

Tunggu entri 'Soal Jawab Bhg 2'

Salam Sayang,
AinMaisarah

Hidayah said...

kak ain,mana boleh bawak camera gi sekolah!macam mana ni kak ain???

Munzir said...

kalau nak print borang . kene print saiz ape?

Anonymous said...

Assalamualaikum kak Ain..ini beberapa soalan saya

1.Kak Ain,boleh tak kalau pakai baju kelas(warna biru muda)tapi baju kelas tu sedondon la,semua sama,macam baju sukan jugak
2.Kak Ain nak datang kat tempat saya ke,tempat saya kawasan pedalaman?
3.Kak Ain nak jumpa dengan cikgu saya juga ke?
4.cikgu kelas saya nak pergi menunaikan haji,nak bagi no tel. dia juga ke?
5.Bila kita dapat tahu siapa pemenangnya?
6.Berapa orang pemenang peraduan ini?



~Husna~

Unknown said...

kak ain,kalau bukan remaja bolehtak?macam 12 tahun kebawah.boleh?

Anonymous said...

saya nak tanye,kertas peraduan tuu dalam buku aku mahu ke new york keee?

Anonymous said...

kak ain, bole saye tanye x? yang borang tu nak dapat dari mane? kalo print je borang tu dari internet boleh? pelik.. pelik.. kata kak ain klik gambar borang tu boleh isi kat situ, tapi tak leh pon? saye cuma copy gambar tu dan tunggu dari kak ain boleh tak print gambor borang tu...

Anonymous said...

nama duta tu nak bubuh nama siape???
borang tu kena ambik dari blog kak ain ke tulis dalam kertas lain???

Anonymous said...

assalamualaikum..

saye nak tanye, perlu kah nama guru wakil dan no telefon???

Anonymous said...

kak ain......
kalau nak hantar ikut emel,borang tu nak bagi macam mana???
kan nak tandatangan guru???
kalau nak pakai baju PJ tapi pakai kain batik macam sampin..boleh ke????
kak ain plis jawab..
harap menang...

Aina Yasmin said...

ASSALAMUALAIKUM KAK AIN!

Saya tengah ready nak ambil gambar untuk peraduan ni. Tapi ada satu kemusykilan.

Boleh tak kalau nak letak nama & no. tel. ibu saya pada ruangan no. tel. guru & nama guru kelas tu...

Ibu saya mengajar di sekolah saya. Senang lah sikit.

Tolong jawab ye, nak hantar peraduan nie cepat-cepat. Takut tak sempat..

Aina Yasmin said...

Ooops..
Kak, ade soalan yang tertinggal..

Kalau nak hantar penyertaan sebanyak yang mungkin pun, boleh?

Perlukan 1 borang ke mengikut jumlah gambar yang nak dihantar?

harap kak Ain boleh menjawab semua soalan penting saya nie..

Banyak kemusykilan lah!

Assalamualaikum...

Anonymous said...

kalau nak hantar gambar lebih dari lima boleh tak???
tapi hantar semua guna satu borang je..boleh tak???

plis jawab.....

Syazwina said...

kak Ain.
Saya nak masuk peraduan duta aku mahu.Tetapi sempat lagikah hantar gambar melalui emel???