19 August 2008

Laporan AinMaisarah di MPH Mid Valley: Bhg 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini bertarikh 20082008.

Hari ini juga genaplah 200 entri yang telah dimasukkan dalam Rumah Pink AinMaisarah. Harapan Kak Ain, pengunjung di sini terus setia menjenguk dan mengekalkan hubungan baik sesama sendiri.

Bagi entri kali ini, seperti dijanjikan, Kak Ain memasukkan gambar-gambar pula. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Firdaus Ariff dan Cik Adik Ira Hazira atas ihsan gambar-gambar yang dihantar.

Inilah gambar Kak Ain sewaktu memperkenalkan diri. Bagi sesi pengenalan diri AinMaisarah, Kak Ain gunakan bantuan multimedia slide show presentation. Isk! Rasa macam buat presentation depan pensyarah zaman muda-muda dulu! =D




Ini pula antara penonton yang hadir. Alhamdulillah kerusi yang disediakan pihak MPH penuh. Ramai yang terpaksa berdiri. Lain kali kita duduk atas lantai sajalah, lebih seronok!



Ini gambar yang diambil ketika permainan berlangsung. Lihat sahaja aksi-aksi pengunjung yang hadir dan turut sama mengambil bahagian dalam permainan. Masing-masing bersemangat mahu menang!



Seperti semua sedia maklum, Geng Kak Ain kalah. Kami telah didenda ketuk ketampi lima kali. Memang gamat semua orang ketawakan kami! Tak apa... tak apa. Ada lori ada bas, ada hari boleh balas. Lain kali Geng Kak Ain akan menang punya!


~nota gambar: Amboi! Ada pakcik di belakang gambar yang gelakkan kita!~

Setelah selesai permainan, Kak Ain menandatangani buku-buku yang dibeli.


~nota gambar: Kepada Azyan, tolong kirimkan salam Kak Ain pada ibu yang sangat sporting menunggu hingga habis majlis~

Selesai sesi tandatangan, kami bergambar pula. (Tudung Kak Ain tak betul, hampeh sungguh!) Ini adalah beberapa gambar yang sempat diambil. Kak Ain betul-betul menghargai semua yang sudi hadir. Kepada ibubapa yang setia menunggu hingga majlis berakhir, ribuan terima kasih diucapkan!


~nota gambar: Siapa adik lelaki paling kiri ni? Adik Hanis ye?~


~nota gambar: Semua orang berdiri tegak. Kak Ain seorang senget semacam. Demi nak menyeimbangkan ketinggian~


~nota gambar: Mengapa muka Balqis berkerut semacam ni? Hanis tersenyum sentiasa. Aimi kekal serius~


~nota gambar: Cik Adik IraHazira datang membawa 4 orang kawan ke Mid Valley. Jasamu dikenang!~

InsyaAllah di lain kesempatan, Kak Ain harapkan kita semua dapat berjumpa lagi. Sekiranya boleh, Kak Ain mahu lebih ramai yang hadir. Kita gamatkan lagi MPH! Kita tunjukkan kepada pengurusan MPH, sesi acara buku penulis Melayu juga boleh mendapat sambutan.

Salam Sayang,
AinMaisarah

21 comments:

sayalah! said...

Suka gambar yang kedua dari atas! =D sweet aje..

Anonymous said...

argh!!!
jelesnya saya...

Anonymous said...

K.Ain,
terima kasih masukkan gambar!
sy mmg sedih tk dpt pergi,...tp bile dpt tgk gambar terubat skit hati.

K.Ain lain kali wat lagi majlis mcm ni... wat kat alamanda. Sy mesti dtg!

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Hehe . Tu adik Hanis .
Dia sebok je nak tangkap gambar bersama .

Aduh , malulah gambar Hanis ada turut serta ! :p

Anonymous said...

Wah, mesti seronokkan gathering tu kak ain,

Sara tak dapat datang ...

MIRA said...

Gambarku popular sbb ketuk ketampi!Hehe..

- said...
This comment has been removed by the author.
BalqisBasri (^^,)v said...

Apsal muka Balqis mcm masam je...
Mrah kan sape laa tu...
Hehehehehe...

Anonymous said...

kak ain,saya nak tanya..salah satu gambar kat atas ada yang part kak ain tandatangan tu...saya nampak ada buku impiana...dh jual ke?

Anonymous said...

wah!
ader gambar den la...
huhuhuhu...
popular den...
wakwakwakwak...

solehah kd said...

wah2!! diri ini sungguh jeles ngan kamu2 skalian!!

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,


ishhh...ruginye dayah x dpt pergi..mse tu kat kampung!!:D

x pe2 nanti klau ade majlis penulis jumpe pembaca dayah mesti nak dtng!!:D


wasalam,
~dayah~:P

p/s:Kak ain nanti balas mel dayah tau pasl bungkusan tu....ade yang terbaru..dayah hantar...bals dengan segera tau!!:D:D

Alya said...

Hoho.. happening nyer!

Anonymous said...

aik? gmbr ketuk ketampi ade? nasib baik gmbr saye x masuk....kalau x... aduhai...malunye!!! hehehe...:p

harap kak ain buat aktiviti mcm 2 lg.

demi lovato said...

kakak ain gmbr yang kiter kn denda tu kan aderr gmbr orang lelaki tu bapak ala tomei lah . ni kak ain sy nk ckp kak ain ckp sayer dpt hadiah sebab jawab soalan tu ala yang jwb tanpa tulah k lah buye buye

Miss said...

salam kak ain,

bes bace blog akak :)

gamba kawan saya,hanis ada lah!
besnye!
hr tu, nk pergi, tp ada hal lain.
ruginya x g ;((
nnt buat lah lg akk,

im looking for ward to it.

fyi,
semua buku akk,
sy dh bace,
semuanya besbes belaka!
:)

buku terbaru akk nanti apa? :)

anis scha said...

20082008....erm....
birthday saya....
he6...^.^

Anonymous said...

Cantiklah baju Kak Ain.Saya suka padanan mini skirt and seluar.Cantik sgt. Saya x pergi masa hari tuh.Kalau dah bagitau je dah jeles,
letak gambar terlebih dos jeles.

Irah aka Zafirah

demi lovato said...

kak ain ni alamat umah cayer klu nk antar hadiah atau paper pon x kesah
lot 430 krg a5 kg cheras 56100 kuala lumpur


kak ain jgn lp g blog sayer aderr citer gemapak untuk kak ain hu3

farah~amira said...

Salam kak ain.....
farah telah berdukacita selama 47 hari 7 malam tau......namun , gambar dan berita menghilang kedukaaan......

yang sedeh kerana x dapat pergi...
FaRaH AMIra

Anonymous said...

assalamualaikum...
actually nak bagi message direct to you..but i couldn't find it here plus time constraint...sorry

saya cume nak beri pandangan ikhlas sbb memandangkan saya juge ader membace buku anda and its good to read it. saya juge rase ramai adik2 diluar sane yg gemar membcenyer..

cume saya nak beri cadangan disini, kirenya anda membuat kajian dahulu sebelum menulis novel anda kerana sya dapati terdpt beberapa info yang anda beri tidak tepat. saya tidak pasti anda menulis buku impiana bile namun untuk pengetahuan anda, panggilan bagi maktab perguruan telah lama ditukar kepada institut perguruan. disamping itu, anda perlu lebih tajam dalam membuat tulisan dimana kelayakan memasuki institut perguruan mengkehendaki pemohon mempunyai semua a untuk program ijazah(cikgu skola rendah juga semua akan dinaikkan kepada ijazah jika anda maklum).ini bertentangan dengan tulisan anda dlmbuku impiana.

sebenarnya banyak lagi jika diteliti. cuma kekangan masa tidak membenarkan saya lama disini. saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya mempelbagaikan genre dlm novel tulisan anda dan yang penting ia amat menghhiburkan.
tetapi diharap anda dapat membuat sedikit research sebelum membuat penulisan. ini kerana yang membcanya adalah golongan kanak-kanak dan remaja. penulisan anda sedikit sebanyak memberi informasi kepada mereka.

saya tidak pandai menulis namun saya suke membace dan novel anda begitu menarik untuk dibace tanpa saya sempat untuk menyuap mknan ke mulut. tahniah...semoga anda meneruskan penulisan anda =)

jika anda rase kite boleh berinteraksi@berdiskusi...boleh hubungi saya di nurhamizahrahmat@yahoo.com