06 July 2008

Pemenang Bantal Pink Bulan Jun 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Rumah Pink.

Selamat hujung minggu dan semoga ceria! Ribuan maaf Kak Ain pinta kepada semua kerana terlewat memasukkan entri ini. Seperti dijanjikan, hari ini Kak Ain akan mengumumkan pemenang bantal pink bagi bulan Jun 2008.

Kali ini cara cabutan tidaklah melalui balingan ke udara. Kak Ain gunapakai cara gaul dan menang pula. Terima kasih kepada penaja tempat penggambaran iaitu Metadome Sdn. Bhd.

Nak tahu pemenang bertuah kali ini? Sila tonton video di bawah.



Seribu tahniah diucapkan kepada pemenang bertuah bulan Jun iaitu:

Nama: Farah Amira bt Ab. Hamid
Umur: 13 tahun
Alamat: Kuarters 312, Sek. Men. Teknik Slim River, 35800, Slim River, Perak.
E-mel: jajaungu@yahoo.com

Semoga bergembira dengan hadiah ini. Tunggu Encik Posmen menghantar bungkusan bantal pink pada minggu hadapan. Congrats dear!

Kepada yang kurang bernasib baik, jangan sedih-sedih. Ada tiga lagi bantal pink yang boleh dimenangi. Kepada yang belum menghantar borang penyertaan, cepat-cepat berbuat demikian! Kak Ain tunggu penyertaan anda semua!

Salam Sayang,
AinMaisarah

14 comments:

Alya said...

SLm k ain ,
sbnarnya alya dh tengok
vid tu kat youtube time slps 43 min kak ain boh .. hehe..

nama youtube alya : aikawagolucky ...

nyway congrats!

Anonymous said...

x der rezeki lg..

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Nampaknya nasib tidak menyebelahi Hanis kali ni . Tapi , takpa lah.

Insya-Allah , nanti nasib Hanis lain kali pula kot :)

AinMaisarah said...

Salam Alya,
Amboi! Cepat dan tangkasnya dia bertindak! Heheh...

Salam Fatin,
Ada tiga bantal pink lagi. Ada tiga cabutan bertuah lagi. Tak mahu sedih-sedih... nanti Kak Ain pun sedih =( Ikutkan hati, Kak Ain nak semua orang menang. Tapi apakan daya. Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah.

Salam Hanis,
Itulah semangat positif yang Kak Ain mahu. Teruskan berdoa bagi cabutan bertuah yang akan datang!

Salam Sayang,
AinMaisarah

farah~amira said...

Salam Kak Ain....Alhamdulillah...syukur sesangat..tp, farah x bley la nak tgk youtube tu...
Yang seronak giler,
farah amira
http://www.farahamira.blogspot.com

Anonymous said...

nak tanya entri setiap bulan tukar ke tidak

MIRA said...

Wah,tahniah buat kak Farah!!

Ayoo,nasib Mira lambat lagi lorhh!..

AinMaisarah said...

Salam Farah Amira,
Hah! Inilah dia pemenang bertuah bulan ini! =) Congrats! Kak Ain tumpang gembira! Guna bantal pink itu elok-elok ye! Jangan jadi bantal busuk sudahlah! Heheh.

Dear Lola&TheGeng,
Entri bertukar setiap bulan? Adakah Lola maksudkan soalan kuiz Peraduan Bantal Pink yang bertukar setiap bulan? Jika itu soalannya, Kak Ain ingin memberitahu sekali lagi kepada semua bahawa soalan kuiz bantal pink KEKAL begitu dan TIADA perubahan. Harap maklum ye!

Dear Najwa Amira,
Farah Amira = Najwa Amira.
Dekat-dekat namanya.
=)
Mungkin rezeki Najwa lain kali. Jangan putus asa!

Salam Sayang,
AinMaisarah

Farah Hanum said...

salam kak ain...
nampaknya takderezki lagi erm..tapi walauapa pun tahniah buat kak Farah Amira!!...

CreepieNisa said...

akhirnye... kak ain letak pun entri terbaru... doa saya termakbul, alhamdulillah... kak ain, suara kak ain comel sangat... :D

Anonymous said...

kak ain,,no comment ke pd entri 'Ain Maisarah Kembali ke Kuala Lumpur'?

~yg mengharap..(isk3..),,,,

PUTERI SARAH said...

salam kak ain,
nak tanya sikit boleh???
bila AKU MAHU BERGAYA akan keluar???
P/S: sedihnyer menang bantal pink... huhuhuhuuu...

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

Bestnyer!!Tahniah kak amira.:):)
Mintak2 nanti dayah plak yang menamg.Kak ain pasal keropok tu nanti dayah hantar yek~!heheheh......:):)

wasalam,
~dayah~

farah~amira said...

kak ain , farah x terima lg bantal pink tu....kak ain dah pos ke blum???
bila la nak sampai bantal nie...tido x lena!!!