26 June 2008

AinMaisarah di Singapura : Bahagian V

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga pengunjung Rumah Pink setia mengikuti perkembangan Kak Ain di sini.

Kini sudah tiba detik-detik terakhir Kak Ain di Singapura. Seperti selalu, Kak Ain tentu akan merindui Singapura. Paling rindu tentunya jalan-jalan shopping di sekitar Orchard Road!

Kak Ain suka buat senarai terlebih dahulu sebelum ber"shopping". Walaupun shopping bukanlah antara perkara penting, tetapi Kak Ain sentiasa plan sebelum membuat sesuatu. Sama seperti semua buku siri Aku Mahu, jika mahu sesuatu perkara kita mesti ada senarai plan bagi mencapainya.

Setiap kali ke Singapura, Kak Ain sudah ada senarai barangan yang mahu dibeli. Berpandukan senarai tersebut, Kak Ain akan menyediakan bajetnya. Tahu tak apa itu bajet? Siapa yang tahu sila tolong jelaskan di bahagian komen ya.

Kali ini Kak Ain merancang mahu membeli beberapa barangan. Ada tiga item kesemuanya.

Ini senarai Kak Ain, untuk Kak Ain.

1) Minyak wangi
~minyak wangi Calvin Klein Eternity 50ml sudah tinggal kira-kira sepuluh titisan terakhir.

2) Beg GUESS
~Kak Ain memang pengumpul beg GUESS. Di Singapura, koleksi beg GUESS lebih lengkap. Harga juga lebih murah. Boleh jimat lingkungan RM30-RM40.

3) Kemeja wanita ESPRIT
~Di Singapura, outlet ESPRIT memang macam cendawan tumbuh lepas hujan. Terlampau banyak bilangannya! Koleksi baju kemeja juga lebih banyak. Dari segi harga, sama sahaja dengan Malaysia.


Tetapi pada masa yang sama, Cik Abang juga ada senarai item yang berlainan. Cik Abang banyak kali berkempen supaya Kak Ain membeli item pilihannya.

Ini senarai Cik Abang, untuk Kak Ain.

1) Kasut
~Memandangkan kasut tak bertumit Kak Ain sudah dimamah usia, Cik Abang cadangkan beli kasut baru di Singapura.

2) Beg komputer saiz kecil
~Beg komputer sedia ada Kak Ain besar dan berwarna merah. Kurang sesuai dengan laptop HP Mini nanti. Jadi Cik Abang cadangkan cari beg GOLLA yang stylo dan kecil.

3) Mouse komputer warna kelabu
~Mouse sedia ada warna merah. Tak masuk langsung dengan warna kelabu HP Mini. Mouse baru juga mesti warna kelabu. Kalau boleh cari yang ada motif corak kerawang moden.


Hmm… perhatikan senarai kami. Jauh berbeza macam langit dengan bumi! Ini membuatkan setiap kali berjalan, Kak Ain jeling-jeling beg GUESS, minyak wangi dan kemeja. Cik Abang pula ajak masuk kedai-kedai komputer dan kedai kasut yang dilaluinya.

Kak Ain jadi berbelah-bahagi. Mana yang perlu diutamakan. Mana yang jadi pilihan. Pada hari terakhir di Singapura, Cik Abang beri keizinan Kak Ain membuat keputusan. Fikir punya fikir, tengok punya tengok… Kak Ain akhirnya nekad tidak memandang ke belakang lagi. Kak Ain membeli barangan di bawah:


Inilah dua item hasil aktiviti shopping Kak Ain di Singapura. Dua minyak wangi Salvatore Ferragamo yang dibeli di bahagian kosmetik ISETAN, bangunan Shaw Brothers. Promoter tersebut memberi minyak wangi Calvin Klein bersaiz 5ml secara percuma. Ada juga tiga minyak wangi Davidoff bersaiz mini disertakan bersama. Oh! Pendek kata memang berbaloi pembelian ini! Jika Kak Ain beli barangan yang sama di Malaysia, tentu harganya lebih RM50-RM60.


Kak Ain siap tukar-tukar nombor telefon dengan promoter kaunter minyak wangi bernama Raymond. Katanya, bila datang Singapura jangan lupa telefon. Dia akan beri diskaun dan hadiah-hadiah lebih hebat lagi. Seronok Kak Ain dibuatnya!

Selesai membayar, Kak Ain cari Cik Abang di bahagian seksyen Billabong. Bila Kak Ain tunjuk pada Cik Abang, hasil shopping tahun 2008 ini, Cik Abang cuma pesan satu perkara. “Pastikan pakai perfume ni sampai tahun depan!”

Kak Ain senyum angguk-angguk. Heheh =D (Yeah rite!)

Oleh kerana Kak Ain sudah membeli dua botol minyak wangi bersaiz besar sekaligus, ianya telah menghabiskan bajet shopping Kak Ain di Singapura. Ini bermakna, tiada beg GUESS….. tiada kemeja ESPRIT. Tapi tak mengapa. Kak Ain cukup puas hati dengan pembelian kali ini. Kak Ain juga selalu mengingatkan diri sendiri, mesti berdisiplin berbelanja mengikut bajet yang ditetapkan. Jangan lebih-lebih berbelanja hingga tidak ikut perancangan.

Kepada pengunjung Rumah Pink AinMaisarah, waktu Kak Ain kecil dahulu Kak Ain memang sukakan minyak wangi. Selalu juga Kak Ain guna minyak wangi jenis spray jenama IMPULSE. Kadang-kadang guna minyak wangi kakak jenis ENCHANTUER. Minyak wangi Kak Ain yang pertama adalah minyak wangi BODYSHOP. Kak Ain tidak mampu nak beli minyak wangi yang berjenama. Selepas berjumpa Cik Abang barulah Kak Ain dapat minyak wangi berjenama Ralph Lauren, Kak Ain masih lagi simpan botol kosong minyak wangi tersebut yang menjadi nostalgia hingga sekarang.

Siapa nak kongsi cerita mengenai minyak wangi? Kak Ain pun nak tahu perfume favourite atau perfume pertama anda.

Di bawah ini Kak Ain senaraikan jenis minyak wangi kesukaan Kak Ain.

Perfume favourite Kak Ain:
~BodyShop, MoonFlower
~BodyShop, Amorito
~Kenzo, Flower
~Salvatore Ferragamo, Incanto
~Calvein Klein, Eternity
~Ralph Lauren, Romance

Yang benar,
AinMaisarah


Kita kongsi-kongsi cerita di bahagian komen ye!

Salam Sayang,
AinMaisarah

24 comments:

IZZ HAZWANI. said...

Hrm..bajet ??
saya pun tak ingat lah.
erm..merancang bukan main banyak lagi.
tapi,beli sikit.
ok lah tu.
KAK Ain,hari ni,hari jadi bestfriend saya.Nama dia Afiqah.
Kalau Akak nak wish die,ini friendster dia:
www.friendster.com/sweetcaiyo

urm..
saya pun tak tahu saya suka minyak wangi apa.
entah apa nama botol minyak wangi tu pun saya tak tahu.
yg saya tahu,dia wangi
Kak Ain beli barang-barang tu semua,tak ajaks aya.
Saya nak shopping juga.
Tapi itu bukan hobi saya sebab family bukannya kaya pun.
Setiap kali saya nak beli buku Kak Ain,mesti orang kat kedai buku tu kata,dah habis.
Patah hati sy.Buku Kak Yayah pun sama.
Eh,ni dah lari dari topik asal nih.
Sorry ye Kak Ain??

Alya said...
This comment has been removed by the author.
Alya said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam kak ain,

Sara takde walau satu pun minyak wangi. Teatpi kadang-kadang tu pakailah juga minyak wangi mak. Ada juga nak beli, tapi tak tau nak beli yang mana satu.tANYA MAK PON MAK TAK TAU NAK PILIH YANG MANA. heheh =)

Pasal cerpen raya tu memang Sara dah tau sejak dari minggu lepas di blog kak yayah.

Tapi kan kak ain, Sara tak tau nak buat pasal apa. Dah lama Sara berfikir, tapi idea tak muncul-muncul.

Dua tiga hari lepas, Sara terlupa nak fikir pula pasal sibuk sangat. tidur pun pukul 2-3 pagi.

Sekarang ni otak Sara memang dah lebam-lebam nak fikir idea.

Kak ain, boleh tak kak ain cakap dekat kak ain panjangkan sikit tempoh dia. Sara rasa macam tak sempat jer nak buat.

Sabtu ahad ni Sara dah rancang nak sempurnakan semua kerja kursus sara.

bolehlah kak ain ya ?

p/s : esok ada merentas desa. so sara dengan senang hatinya buka internet. Kalau tidak, memang sara tak akan buka pun internet.
terlepas beberapa postg kak ain masukkan. pasal cover buku impiana, cover 3 tu sara rasa macam cantik juga ya.

ehh, panjangnya komen sara.

Anonymous said...

salam kak ain...

minyak wangi???
saya ada beberapa koleksi minya wangi antaranya ialah:

~DKNY-apple
~thierry mugler-voilette angel
~elle
~jenifer lopez-still
~tommy girl
~davidoff-cool water
~212(carolina herrera)
~212 SEXY(carolina herrera)

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Wahwah , kak Ain penggemar minyak wangi ye?
Hanis ada lar jugak kumpul cketcket :)
Hanis ada

-Salvatore Ferragamo,IncantoShine
-BodyShop,Eau de Toilette
-Bodyshop,NeroliJasmin
:)

SalamSalam,
Hanis

MIRA said...

Perfume kegemaran saya:-

~Silkygirl
~Icanto
~Bodyshop
~Paris Hilton and Britney Spears(perfuma Paris harganya yg termahal yg Mira pernah ada)
~Sweeet Dolly
~Sweet Seventy
~Impulse
~Izzi
~Enchater(wangi juga...)
~Tommy girl

MIRA said...

Lagi satu kak Ain,suka x perfume Estee Lauder?Mama saya penggemar perfume tu...Saya pun...boleh tahanlah..

Kalau perfume artis2 antarabangsa mcm mana?COntohnya Paris Hilton,JLo,Britney Spears dan sebagainya....Fuh!!Wangi..

Kalau Enchanter,saya lebih suka bedak..Bedak dia wangi sangat...

Anonymous said...

hellow kak ain...

minyak wangi kegemaran sy ialah :-

~ silkygirl(rest n relax n be mine)
~ bodyshop(whitemusk)
~ JLO n PARIS HILTON(yg paling mhal prnah sy pakai)
~ fruity peech
~ calvin klien


tp bgi sy perfume aper pun guna jelah even minyak atar yg dr mekah tue pun sy guna [asal yg wangilah]...sy jenis yg x memilih minyak wangi tp kekadang rambang mata...huhu...

Anonymous said...

Kenapa semua org menunjuk-nunjuk ni?Weh,x yahlah menunjuk-nunjuk..

Setakat perfume begitu,aku pun mampu...Korang ni GEDIK arr....GEDIK..GEDIK...

Kenapa farhannajwa punya Paris Hilton dan JLO sama dgn Najwa?(yg paling mhal prnah sy pakai)..Heh!!!Bohonglah!!!CIs!!!Semua ni GEDIKSS...GEDIK!!!

GEDIK...GEDIK...GEDIK...

Anonymous said...

Hai Fieza...

Sara ngan Izzati tak menunjuk pun.
Tahulah ko tu jeles kan??

Anonymous said...

Heh!!!Perasanlah korang semua!!!Ingat hairan sangat dengan perfume yg murah2 tu?Hoi!!!AKu anak DATO' lah.....

Alah mcm Fasha The Wannababes...Korang ni GEDIK mcm Fasha...

Jadilah ganas sikit mcm lelaki..Taklah girly sangat...Ni...semua nak GEDIK!!!

singahensem said...

salam kak ain.

sebenanye syarah tak slalu sangat pakai perfume ni sbb umi syarah ckp perempuan tak boleh pakai sangat perfume..nanti dose...sbb die ade tapi syarah malas nk tulis..

eh kak ain perfume Calvin Klein tu kan(yg kat dalam gamba tuh)mak saudare syarah ade..die dpt hantaran..okla akk assalamualaikum

A. Izzati said...

salam kak ain,

huh sedey nye saye, sye x de perfume, sye cume ade satu je

*Chanel (Paris) one and only*

tp x pe, sye pon bukannya minat minyak wangi ni pon... mungkin suatu hari nanti kot...
tunggu dan lihat saje...

Farah Hanum said...

salam kak ain....
yang saye tau bajet tu...kira-kiraan duit ye kot tak tau sangat...
perfume yang saye suka....ialah:
*body shop vanilla(pinjam mak punye...)
*izzi
erm tu..je yang saye suke....erm tapi syarat minyak wangi ialah halal dan wangi tapi tak boleh terlampau wangi...dosa...boleh dibuat fitnah orang...hehehe berceramah pulak...

wassallammm...
farah_hanum.

Anonymous said...

salam kkAinMaisarah....

bajet sye kadang2 tuh....YA ALLAH...cketnya....tp kalo kadang2 pula...Alhamdulillah...bley arr shopping gak..

tpi sye slalu beli minyak wangi kat klcc / pavilion / sarawak / klia.....kat situh best2

antara minyak wangi yg sye adeww:-

1*incanto charm salvatore ferragamo
2*incanto heaven salvatore feragammo
3*incanto shine salvatore ferragamo
4*semua jenis minyak wangi di body shop
5*jlo

aIn HaFiZaH said...

HEBAT2 KN SUMER ORANG K.AIN...
bli perfume mahl2....
sy xske sngt pkai perfume ni kecuali ada event@nk pg sklh...kla..]erm lg 1 kn klo k.ain ada fs add la ain k emel ain.....ain_ija@yahoo.com..

Anonymous said...

Hai Fieza,

saya rasa kalau awk ckp mereka berlagak,
awk pun same jugak...

buktinya, saya rasa awk sendiri ade jawapannya...

Syafira Saufi said...

salam kak ain,
minyak wangi kegemaran ye?
saya selalunya pakai:

*calvin klein eternity
*disney princess: cinderella edt (hehe :P)
*bodyshop
*sweetheart (silkygirl)
*hope (silkygirl jugak)
*dgn adidas

tu je :))

Unknown said...

kak ain,, mse pg singapore x pg ke lucky plaza ke? kt situ lg murah perfumenya dari tmpt2 lain tau.

Unknown said...

kak ain,, mse pg singapore x pg ke lucky plaza ke? kt situ lg murah perfumenya dari tmpt2 lain tau.

Unknown said...

kak ain mse pg spore xpg ke lucky plaza ke,,, kt stu lg mrh2 perfumenya..

Unknown said...

kak ain mse pg spore xpg ke lucky plaza ke,, kt situ lg mrh2 perfume

Unknown said...

saya suka perfume
midnight fantasy
lancome tresor midnight rose
dkny be delicious

nak perfume original murah singgahla di laman web ini

aromaperfume2u.com