21 June 2008

AinMaisarah di Singapura : Bahagian II

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Kak Ain nak tunaikan janji. Entri kali ini, Kak Ain berkongsi cerita tentang pencarian makanan di sekitar Singapura pula. Tepat pukul 8.00 malam, perut sudah berkeroncong. Mulanya Kak Ain merancang nak ke Jalan Orchard kerana Kak Ain teringin nak makan Taco Bell.

Apabila turun ke lobi hotel, bukan main panjang lagi barisan pengunjung yang menunggu teksi. Kak Ain ajak Cik Abang jalan-jalan sekitar hotel dulu. Harapnya dalam masa sepuluh minit, barisan kembali reda. Setelah kaki lenguh sedikit, kami ke tempat menunggu teksi semula. Barisan tak surut-surut. Hampir 30 orang yang menunggu. Muncung Kak Ain dibuatnya. Sudah setengah jam menunggu, masih barisan kekal sepanjang itu. Cik Abang ajak Kak Ain jalan kaki saja. Tak payah buang masa tunggu teksi.

Menyusuri jalan sekitar Marina Bay, kami ke kawasan Singapore Flyers dahulu. Melihat saiznya, Singapore Flyers ini memang nampak lebih besar berbanding Eye on Malaysia. Cik Abang beritahu, Eye on London jauh lebih besar lagi. Tapi fungsinya tetap sama seperti bulatan Ferris Wheel yang berpusing perlahan-lahan supaya penumpang yang berada di dalam kapsul itu dapat menikmati pemandangan.



Kalau nak tahu, kaki teras besi Singapore Flyers ini berjumlah lapan kesemuanya. Di bahagian bawah kakinya, dibina hutan mini. Penuh dengan segala macam flora. Ada air terjun tiruan. Kak Ain tak dapat ambil gambar betul-betul depan air terjun kerana terlalu ramai pengunjung lain yang berposing ala-ala model. Tapi Kak Ain seronok bila melihat ada kolam yang penuh dengan ikan koi berwarna oren. Airnya jernih dan terjaga. Malah ada diletakkan bekas-bekas plastik yang berisi makanan ikan, dijual pada harga 1 Singapore dollar. Kenyang kembung perut ikan-ikan itu apabila ramai pengunjung yang bermurah hati membeli makanan di situ.


Selain itu, ada juga beberapa pintu gerbang gaya bukaan gua. Batu-batu tiruan diletakkan di kiri dan kanan laluan masuk ke hutan mini. Sekali imbas, terasa macam masuk kawasan Gua Batu Caves! Kak Ain sempat ambil gambar di sini.


Hutan mini, air terjun tiruan dan batu-batu gua yang jadi perhiasan di sini adalah bertujuan mewujudkan suasana alam semulajadi. Maklum sahaja, tanah Singapura kecil dan terhad. Itu membuatkan rakyatnya sangat menghargai alam sekitar dan pepohon hijau. Hutan mini di kaki Singapore Flyers ini ditaja oleh syarikat korporat Yakult (minuman kesihatan macam Vitagen tu)

Selesai letih menjelajah hutan, Kak Ain beredar. Perut yang lapar minta diisi. Mulanya Cik Abang ajak ke tepi Sungai Singapura. Di situ memang banyak kedai makan. Tapi jaraknya terlalu jauh. Mujur di tengah-tengah jalan ada medan selera bernama Makansutra Gluttons Bay. Betul-betul sebelah bangunan Esplanade yang bentuknya macam durian tu.



Kak Ain dan Cik Abang tak tunggu lagi. Terus kami menyusuri gerai-gerai yang ada. Hanya dua gerai dimiliki oleh mamak Islam yang bertulis halal. Kak Ain memilih menu mi rebus dan set teh tarik bersama roti bakar. Cik Abang pula membeli nasi goreng.



Dua hidangan ini pada lidah Kak Ain terasa biasa-biasa sahaja. Tetapi harganya memang mahal apabila dikira dalam matawang Malaysia. Kami makan berdua, harganya hampir RM30. Ketika itu, rasa nak balik Malaysia dan makan di kedai mamak Pelita tepi KLCC! Lebih berbaloi. Lebih memenuhi citarasa.


Sebelum balik, Cik Abang sempat berbual mesra dengan tuan punya kedai. Cik Abang nak tahu kadar sewa gerai di Singapura. Tuan punya kedai dengan peramah sekali bercerita. Satu gerai disewa pada harga 18,000 Singapura Dollar. Ini kerana lokasi medan selera ini memang jadi tumpuan. Itu antara sebab tidak ada orang Melayu yang berani berniaga di situ. Hanya golongan mamak yang minat berniaga sahaja berani mengambil risiko menyewa gerai yang sangat mahal harganya. Kak Ain tabik spring kepada peniaga di sini!



Selesai makan, kami berjalan-jalan menyusuri Sungai Singapura. Letih kaki, kami pulang ke hotel. Esok perlu bangun pagi nak ke dewan Ekspo Singapura di Changi.

Kak Ain sambung cerita lain kali!

Salam Sayang,
AinMaisarah

13 comments:

Alya said...

Wohoo alya org pertama komen..
hihi ..
Nampak banyak kan Nasi Goreng tu ?
hehe...

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,
WahWah , seronoknya dapat bergambar di Singapore Flyers.
Mesti seronok kan ?

Nanti , Kak Ain masukkan lah lagi cerita yang menarik k?

SalamSalam,
Hanis

BalqisBasri (^^,)v said...

Kak Ain !!!
Terkejut saya dibuatnya bila tengok harga dia...
Mahalnya....
memang cekik darah betul laa....
Hu3....
Bertuah Kak Ain dapat pegi sana...
Balqis takde rezeki lagi laa....

Anonymous said...

Salam Kak Ain,

wah bertuahnya kak ain. Sara tak pernah langsung keluar dari Malaysia. kesian Sara.

Kak Ain kongsilah lagi cerita yang menarik yer.

Anonymous said...

waa.. best nyer kk ain g saner kan.saye pon nah g singapore gak tp x g pon tmpt yg kk ain g tuh he3




salam......
nuha

Faroro :) said...

wah bestnyer kak ain!!! dapat melancong ke Singapore. Farah tak pernah pergi ke sana tapi farah hanya pegi ke negara arab.. bukan apa... ayah saya kerja di sana selama tiga tahun... :)

Farah Hanum said...

salam kak ain...
erm...singapore flyers tu...lebih tinggi kan dari eye on malaysia tentu lebih tinngi dan gayat..kak ain naik tak singapore flyers???semua kat singapore mahal-mahal nak terkejut buatnye saya dengar harga...ok laa saye tak de rezki lagi mau pegi sane tengok lah dulu rezki ayah saye ade tak nak pegi...

wassallam...
farah_hanum.

Anonymous said...

Salam Kak Ain,

Cantiklah baju kak ain,saya suka sgt.Cantik.

-zafirah-

Aimi Nadhrah. said...

mahalnya belanja kat spore.
eye on singapore nk naik pun dh rm70 .
makan dua org pun dh cecah ,rm30?

i'm soo lucky i'm a malaysian.
ehehehe
;PP

Anonymous said...

hi kak ain,
bestnya pergi singapore. masa saya pergi singapore bln 2 lps tk sempat naik singapore flyers.

MIRA said...

Salam kak Ain,

Dulu pun saya x nai Singapore Flyers tu.Mahal sangat...LEbih bai naik di Malaysia saje kan?

Huhuh...

Anonymous said...

Kak Ain,
Lamanya Kak Ain di singapore...
bila Kak Ain nak balik?
rindulh! :(

salam rindu,
ecah95

Syafira Saufi said...

salam kak ain,
hehehe,
kelakar pulak bila shasha tengok papan tanda makansutra gluttons bay tu,
sbb shasha nampak lukisan tu macam orang yang buncit perutnya akibat kekenyangan :P