20 June 2008

AinMaisarah di Singapura : Bahagian I

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam dari Singapura! Kak Ain sudah sampai ke kota singa ini pukul 1.15 tengahari. Letih! Bertolak dari KL pukul 5.00 pagi. Singgah Johor sekejap. Kemudian menghala ke sempadan tambak Johor yang penuh dengan kenderaan.

Kami terus ke hotel Ritz Carlton di Marina Bay. Kali ini Kak Ain tidak duduk di Royal Plaza On Scotts berdekatan Jalan Orchard seperti selalu. Hotel kegemaran Kak Ain itu sudah penuh ditempah. Hmmm… tak apalah, tukar-tukar angin sekali-sekala.

Tiba di Ritz Carlton, kami diberi bilik di tingkat 12, level tidak merokok. Itu adalah antara kriteria utama bilik permintaan Kak Ain dan Cik Abang. Kami berdua alergik dengan bau rokok. Kak Ain boleh diserang lelah. Cik Abang boleh pening kepala.


Masuk ke bilik yang diberi, tak sangka saiz di hotel Ritz Carlton jauh lebih besar berbanding bilik hotel-hotel Singapura yang pernah Kak Ain pergi sebelum ini. Walhal kadar sewa biliknya sama sahaja. Itu berjaya mengubat hati Kak Ain yang rindukan hotel berdekatan Jalan Orchard. Di sana mudah nak shopping, turun hotel boleh jalan kaki. Di sini lebih jauh dan perlu naik MRT atau teksi.

Selalunya, perkara pertama yang Kak Ain akan tuju adalah tingkap pemandangan bilik hotel tersebut. Pemandangan kali ini memperlihatkan lokasi persisiran Marina Bay yang sedang pesat ditambak dan dibangunkan. Ikut perancangan, sebuah kasino besar akan dibina di sini. Di bahagian kanan pula, dapat dilihat separuh bulatan Singapore Flyers (ala-ala bulatan Eye on Malaysia di Titiwangsa) Mesti seronok menulis apabila mata dijamu pemandangan cantik sebegini .




Perkara kedua Kak Ain periksa adalah bilik air. Melopong mulut Kak Ain sekejap. Dalam bilik air ini pun pemandangannya cantik juga! Tingkap kaca bersebelahan tab mandi sungguh luas sehinggakan pemandangannya sama dengan tingkap di ruang tamu. Kak Ain juga boleh menulis di sini. Heheh =D Tetapi perlu berhati-hati kerana berkemungkinan aktiviti skodeng boleh berlaku. Kak Ain dan Cik Abang mesti beringat supaya menutup tabir setiap kali menggunakan bilik air.


Sudah menjenguk kawasan tab mandi, Kak Ain pergi memeriksa pula kawasan khas melegakan usus besar dan usus kecil. Isk! Bab ini Kak Ain tak berkenan sungguh! Tak ada paip disediakan langsung! Ini memaksa Kak Ain dan Cik Abang menjadi lebih kreatif dalam memastikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dijalankan dengan sempurna. Bila tengok tandas yang tak disediakan paip air ni, Kak Ain teringat tandas di KLCC. Tandas yang Kak Ain tak akan jejak langsung! Kalau perut buat hal, Kak Ain sanggup menapak ke Masjid KLCC. Di sana lebih selesa dan menjamin kebersihan.


Paling Kak Ain seronok tentunya melihat katil bersaiz King yang sangat menggoda itu. Kak Ain senyum-senyum sendiri. Sudah terniat dalam hati, nak qada’ tidur di sini! =D Maklumlah, sudah dua minggu tidur Kak Ain tak menentu demi nak menyiapkan manuskrip novel yang ke-lapan. Ini bolehlah dikira peluang melegakan minda setelah stress bekerja.



Selain itu, Kak Ain juga teruja melihat botol kristal terisi hablur biru ini. Ini adalah garam spa yang disediakan khas bersama span loofah. Tujuannya supaya digosokkan ke kulit dan membuang sel-sel kulit mati. Produk spa sebegini memang makin popular. Konon khasiatnya boleh licinkan kulit. Kak Ain nak cuba nanti! Kak Ain akan laporkan semula hasilnya.




Ding! Dong! Loceng bilik berbunyi, "Madam, this is complimentary drinks from Ritz Carlton."

Wah, air FIJI! Air ni sama harga dengan air EVIAN dari France (yang selalu diminum oleh Agong dan Perdana Menteri kita]. Tertera di menu, satu botol air FIJI berharga 12 Singapore Dollar, lebih kurang RM24 sebotol.


Okeylah, Kak Ain sudah penat bercerita. Nak minum air FIJI pula. Nanti Kak Ain sambung lagi. Kak Ain akan buat laporan jalan-jalan cari makan di sekitar Singapura pula. Tunggu gambar-gambar seterusnya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

p/s: Entri ini Kak Ain masukkan lewat 3 hari kerana di hotel ini caj internet terlalu mahal. Tak berbaloi langsung. Kak Ain terpaksa ke STARBUCKS bagi memasukkan entri.
p/s: Air FIJI tu rasa macam air biasa sahaja. Entah apa yang mahal sangat, Kak Ain pun tak tahu.

20 comments:

whotherealmeLUVeaDi said...

wa...
amat berbaloi..
harga yang biasa, namun infrastukturnya sungguh... (erm.. ape nak cakap ek??)
sungguh best!!!
(ha~~ thats the one)
sure lagi bersemangat Kak Ain nak menulis lepas nie kan??
mungkin, boleh dapat ilham juga..
wa...
terpegun sungguh

whotherealmeLUVeaDi said...

p/s: cannot understand why the FIJI water is so expensive one..
macam Kak Ain cakap, rasanya macam air biasa jer kan??
huh..
still cannot understand

Anonymous said...

best nye kak ain dpt pergi singapore!
saye pernah pergi...tapi sekali aje.
kwn skolah saye dah 3 kali pergi.
seronok tak pergi singapore?
gi shopping tak?
beli barang ape?

yg banyak bertanye,
SHAIKHA

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Lama Kak Ain menyepi , rupanya caj internet mahal di sana.
Terubat hati Hanis melihat gambar di Singapura.
Hanis belum pernah ke Sinagpura lagi.
Teringin pulak :D

Semoga selamat menulis , tulis banyakbanyak tau Kak Ain , ngee :)
dan selamat pulang .

Fazlin Ibrahim said...

salam kak ain..
besnya kak ain...
dpt pi singapore..
fazlin x pernag pergi pon lg...

IZZ HAZWANI. said...

Hai Kak Ain.
Ingat saya lagi tak?Tak ingat pun tak pe..
(yg layout teddy bear kat blog saya tu..)

Sebenarnya,rindu kat Kak Ain..
Ni kira 2in1 kan?
Kerja+holiday=tetap ke Singapura.
Saya suka pergi hotel.
Tapi,yang takutnya bila nak mandi.
Takut tiba-tiba pintu tak boleh nak buka.
Mahalnya caj internet.
sAYA tak pernah pergi Starbucks.Tempat apa tu Kak AIn?
Kalau ada masa terangkanlah ya?
Air FIJI?
FIJI tu pula apa?
Tak penah dengar.
Semoga rindu ini berkurangan dengan entri2 azkan datang KAK aIN.

nota:Kak Ain masih nampak cantik.

Aimi Nadhrah. said...

hebatnya hotel tu.
lagi best dapat jejak kaki ke kota singa.
dah 17 tahun pun sekalipun tak pernah ke sana
lagi sedih, johor pun tak pernah pergi.
huhu

agaknya satu hari nanti bila kak ain nak bawak saya ke sana?
ehehehehe :PPP

FaRah said...

salam kak ain..
minggu lepas Farah ke Singapura di Orchad Road. Farah tidur di hotel..apa namanya ye? lupela.. seronok shopping kat situ. bilik die pon besar macam kak ain punye bilik tu tapi lain sikit design die. kitorang shopping sampai tak ingat dunia..mula2 mase dalm kapal terbang kitorang adik beradik termasuk mama Farah dah berjanji dengan papa yang takkan shopping lama2 kat situ. lagipun papa pergi untuk urusan kerja..tapi, bile dah sampai situ, mata kami bengkak serta terbeliak memandang barang2. semuanya kami sapu. nasib baik papa tak marah. Mama selalu kata kat papa "alah..sekali-sekala pergi singapore..takkan tak boleh kot..brg2 ni boleh buat kenangan kat sana.."papa pon malas nak ckp ape2 biarkan je la..moga2 kak ain dapat ilham yang banyak di singapore ya..

p/s: air tu mama farah kata, mahal sebab punca air tu susah nak cari..tapi air die macam air tapis kat rumah farah jugak..sama je

.imah. said...

salam kak ain
wah...seronoknye...
kalaulah saya boleh ke singapore....
takpe...lain kali kak ain bwk saya sekali...hehehehe...

MIRA said...

Salam kak Ain,

Kak Ain tinggal di hotel Ritz Carlton?Saya pun pernah tinggal di hotel itu!!!

Hotelnya memang cantikkan?Kak Ain naik x Eye On Singapore?Kalau x naik pun x pe,sbb saya rasa sama je dgn Eye On Malaysia.

Haritu,saya tinggal di hotel Ritz Carlton,saya mcm x nak keluar je dari hotel!!!Seronok berendam dlm bath tub yg besar tu...Huhu..

Garam Spa tu memang baik untuk kulit kak Ain...Mama saya pun selalu guna garam jenis tu...Wangi pun ya...

Air FIJI tu mahal sebab ia adalah air gunung...Sebab tu mahal...Masa saya pergi Switzerland,harga air begitu 1 Euro.1 Euro sama dgn berapa??Sama dengan RM8..Itupun dah mahal.....

p/s:BAgitahu cpt2 perkembangan kak Ain tentang garam tu ya!!!KAk AIn masih di Singapura ke?

MIRA said...

Air gunung tu dari gunung oversea seperti Switzerland...Airnya memang tulus suci+fresh...

KAk Ain,nanti kak Ain ambillah gambar kak Ain beli apa kat Orchard Road...Belilah handbag Guess ke?Saya selalu beli brg2 hiasan+beg di sana...

Anonymous said...

wah!!!!!!!!bestnye kak ain...yg garam spa tu kan ...kak ain bungkus la untuk saya...hehehe...blh sy buat spa kat umah....mesti selesa....hmm...toilet tu ...kak ain baik2 tau...nanti org skodeng!!!

Anonymous said...

Salam,

wah, bestnya kak ain pergi singapore.

kak ain jarang masukkan entri sekarang ni pun sara tak kisah, sebab sara sibuk lah sekarang ni. so, jarang-jarang sara buka page kak ain..

tapi harapnya bila menjelan cuti sekolah panjang, janganlah hampakan sara yang tiap-tiap harri cek buka page kak ain pulak eh ??

hehe.. kak ain takde apa-apa ker untuk sara ?

ohh, ain gunung ker mira. patutlah. tapi Sara pernah minum air gunung yang tak mahal punya. free jer. hekhek...

tu air gunung pergi ambil satu tong sendiri. so takdelah mahal sangat kan. hohoh

Anonymous said...

emm...salam kkAinMaisarah.. di sni fara nk bg satu cadangan yg amat bernas lg baik....:D...fara rse laa kan..stiap kali kkAinMaisarah melancong pi m2 pownn, akk beli laa somthing 4 ahli kelab teman tapi mesra..pastuh anta kat alamat umah...best nyerr.

Anonymous said...

Hi!!
Saya peminat Kak AIn...Saya ada beberapa koleksi buku Kak Ain..

Btw,Kak AIn di Singapura??Saya tinggal di Singapura.Saya selalu ke Johor untuk membeli buku Kak Ain...

Anonymous said...

Salam kk ain

wah seronoknya...nant tasha nak ajak papala.....cntiknye bilik dia...tasha org jb tp x prnh ke singapura....

Farah Hanum said...

salam kak ain.....
erm....cantik jugak kak ain punya bilik tu....saye tak pernah pergi Singapura ayah tak pernah bawa....saye rasa kan....air FIJI tu...mesti ade keistimewaan die....ok sini je...nak tulis...harap-harap kak ain berkeadaan ok di sana...good luck!!!

wassallam....
farah_hanum.

Alya said...

Salam utk K ain,Sara Imanina, and semua..
Sara kata air dari gunung ek?
Kalau air dari gunung tu air sungai .. tapi kan sekarang sungai kita dah tercemar? kihkih...

anyway, alya pernah pi jugak singapore.. tapi tak beli papew langsung. harga dia 2 kali ganda dari harga malaysia.

Harga hotel dia pula sama dengan boleh tidoq 8 hari di malaysia.
padahal takdew la besar sangat bilek dia.. rasanya pasal dia ada swimming pool kot.. ermm..

dahla diorang kedekut air..
eeeeeeeeeeeeee..
geram.. wahaha..

kalau nak tau harga singapore kan, duit singapore tu kali ngan 2.3 baru dapat harga malaysia.

eye on singapore tu alya pernah tengok tapi tak naik lagi pasal time alya pi tu dok ada construction .. nasib nasib...

pastu kat singaproe cuaca dia asek hujan.. takdew la sejuk sangat.. and lagi satu, kalau NAK PI RESTORAN, LEBIH BAIK ORDER 1 SAHAJA NASI GORENG OR NASI BRIYANI PASAL DIORANG SELALU BAGI SATU PINGGAN BESAR!!! hehehe...

k lah salam..

Anonymous said...

wah kemas nyer ek best lak tuh sayer ske g singapore best kan kk ain pnh g restoran donat J,Co x sayaer pnah sdp donat die dah byk kali dah kkk sayer blikan j.co tuh.



salam.....
nuha

Anonymous said...

Kak Ain,
Wow! Bestnyee bilik tu!
Besar dan luas.
Saya selalu ke singapore, tapi tidur rumah sedara.