13 May 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan!

Assalamualaikum semua,

Entri kali ini Kak Ain tujukan khas buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah yang masih beruniform sekolah. Kak Ain menerima banyak e-mel memberitahu bahawa sepanjang minggu ini kebanyakan sekolah akan menghadapi peperiksaan.

Di kesempatan ini, Kak Ain ingin mengucapkan:

SELAMAT MENGASAH PENSIL
dan
SELAMAT MENJAWAB SOALAN.

Pastikan kesihatan dijaga dan jauhkan minuman berais. Nanti takut duduk dewan peperiksaan dengan hidung merah dan bersin tak henti pula!

Semoga diberikan kelapangan fikiran, kecerdasan menjawab dan ketenangan hati sepanjang tempoh peperiksaan genting ini. Buat sehabis baik dan tawakkal sepenuh hati ye!

Salam Sayang,
AinMaisarah

21 comments:

і ам шно і ам=) said...

salam kak ain,bm nana dapat paling tinggi dalam kelas lah..hehe..bru minggu lpas nana abis periksa.sukur alhamdulillah..memang kurang sihat waktu jawab periksa tu..belom baik lagi demamnye..:)

і ам шно і ам=) said...

bm_bahasa melayu*

Anonymous said...

salam kak ain...
alhamdulillah, esok barulah exam akan habis.... esok periksa seni visual...tertanya-tanya pula saya, kak ain ni seorang yang pandai melukis atau mewarna ke? bagaimana ye hasil lukisan kak ain ye? hehehe...
Walaupun rasa kebanyakkan rakan sekelas saya yang seronok kerana ujian hari ni sudah habis, namun...
UJIAN SEBENAR kan sebenarnya sudah tersenyum sinis kepada kami... Tahun ni, saya dan seluruh pelajar di Malaysia yang lahir pada bulan 1993 & 1992 bakal menghadapi PMR. Jadi, doa-doakanlah kejayaan kami ye...amin...
bye-bye kak ain..

Anonymous said...

* Walaupun, kebanyakkan rakan-rakan sekelas saya yang menjerit keseronokan apabila peperiksaan pada hari ini tamat,...namun....
PEPERIKSAAN SEBENAR kami belum bermula, dan saya seakan-akan boleh nampak senyuman sinis nye...
Tahun ni, saya dan seluruh pelajar di Malaysia yang lahir pada bulan 1993 & 1992 bakal menghadapi PMR. Jadi, doa-doakanlah kejayaan kami ye...amin...
bye-bye kak ain..

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Insya-Allah,esok Hanis akan bermula mid-year exam.
Hanis mengaku yang Hanis suka main-main kat kelas.
Kak Ain doakanlah yang Hanis dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik ye?

Salam Sayang,
HanisAqilah

whotherealmeLUVeaDi said...

salam kak ain...

esok saya akan mula menghadapi peperiksaan pertengahan tahun..
doa kan supaya saya dapat menjawab soalan dengan baik..
doa kan juga supaya saya dapat keputusan yang baik, cemerlang lagi gemilang ya..

AMIN,
salam ikhlas,
Nurhayati Nadhirah

Syifa said...

salam kak ain..
terima kasih...
esok baru kite mula periksa..
wah!!takutnyer macam ujian sebenar...
doakan saya berjaya erk..
amin...
8A's..

FaRah said...

salam kak ain..
minggu depan baru saya mula periksa.terima kasih bagi semangat. lagipun tahun ni saye UPSR.takutnyer!!

IZZ HAZWANI. said...

Assalammualaikum kepadaKak Aindan kawan-kawan,

Sayatak tahu apaperasaan saya sekarang kerana saya perikasa 20MEI nanti.Mungkin sedih sebab RAMAI yang dah habis periksa.Atau , mungkin juga gementar sebab pewriksa nak dekat.Sejak kebelakangan ini,saya tak boleh nak tumpukan perhatian saya.Sebab,ada seorang budak lelaki yang asyik ikut saya je lat sekolah.Rimas sampai tak boleh nak belajar.

BalqisBasri (^^,)v said...

Ok Kak Ain,Balqis akan buat yang terbaik...Terima kasih Kak Ain...

AinMaisarah said...

Salam Nana,
Tahniah dapat markah tertinggi subjek bahasa. Usaha lebih lagi supaya cemerlang dalam semua subjek ye.

Dear Nurul,
Kak Ain dari dulu lagi memang tak pandai melukis. Tangan jenis keras kejung! Anyway, good luck for your PMR! Buat sehabis baik!

Hanis,
Janganlah main-main dalam kelas. Nak main pergi padang okey! Apapun, Kak Ain doakan Hanis jawab peperiksaan dengan tenang.

Yati@meluve,
Semoga menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Amin!

Syifa,
Usaha tangga kejayaan,
InsyaAllah 8A berada dalam tangan!

Farah,
Walaupun peperiksaan mula minggu depan, harapnya minggu ini Farah sudah mula buat persiapan. Persiapan awal itu membantu menenangkan hati dan mententeramkan emosi. Jangan takut-takut dengan UPSR.

Izzie,
Isk? Cerita Izzie ni sama macam cerita Kak Ain di sekolah agama dulu. Masa tu Kak Ain darjah satu. Ada seorang budak lelaki yang berhingus hidung asyik ikut Kak Ain. Kata nak berkawan. Mula-mula Kak Ain buat tak tahu. Lama-lama sebab menyampah, Kak Ain lari pecut laju-laju setiap kali dia nak balik sama. Hahah! Jahat betul Kak Ain dulu! :D

Balqis,
Buat yang terbaik,
Jadi yang terbaik!

Salam mendoakan untuk semua,
AinMaisarah

Anonymous said...

thanks kak ain..
masa exam ni fatin tak boleh bukak computer lah kak ain..
ni yg tau lambat ni..
kak ain..
ibu fatin kata, kalau fatin lulus dgn cemerlang..
ibu fatin nak beli satu set buku kak ain untuk fatin..
hehehe

Anonymous said...

satu lagi kak ain..
kat entri kak ain tu kak ain tulis..
'selamat mengasah pensel'
tp kitaorang kat skolah menengah ni guna pen lah kak ain..
hehehe
=>

FaRah said...

salam kak ain..
minggu ni fara tak boleh nak buat persiapanlah sebab minggu ni fara terpaksa memerah otak menghafal tentang pelajaran sekolah agama sebab minggu ni fara periksa sekolah agama.kalau markah bawah dari 79 tangan akan menjadi mangsa rotan setebal ibu jari!!.tension lah sikit. dengan kerja sekolah berlambak,nak hafal bende yang farah sendiri tak faham,petang pergi sekolah agama,malam pulak ada kelas malam.hari Sabtu bukanye boleh rehat,saya ade tusyen dari pagi sampai petang.Ahad pulak ada tusyen sekolah agama.kerja sekolah kadang-kadang siap kadang-kadang tak.seminit pun tak boleh nak berehat.huh!! penat. wayar otak macm nak terputus. walaupun macam tu, saya akan berusaha merompak masa saya sikit untuk buat persiapan untuk pelajaran sekolah kebangsaan.

MIRA said...

Salam kak Ain,

Semalam saya dah periksa Pemahaman dan Penulisan.Setakat ini yg saya tahu,pemahaman saya salah 2!Tadi,periksa English.Taklah susah sangat.Esk,paling mendebar-debarkan sampai nak tercabut jantung!Esk periksa Maths.Pts tadi sekolah agama ada periksa.Fuh!Pening2..

Anonymous said...

Najwa Amira..
Gud Luck ya!

Dee said...

Hari ni [khamis] Rina kena amik ujian kat skolah ptg.
Minggu depan Rina kena amik ujian pertengahan tahun kat skolah pagi!

Dee said...

Kak Ain,Wish me Good Luck okay!

MIRA said...

Thx Fatin.Good luck Rina!!!

Nina said...

salam kak ain,

thanks atas nasihat kak ain.
sara mula exam hari rabu lepas and habis rabu minggu depan..

betul cakap fatin, kami pelajar sekolah menengah guna pen.hehehe..

eh..guna jugalah pensel..yang jawab atas kertas OMR tu, guna pensellah..hihi =)

okay..bye..

Salam,
~ Sara Imanina ~

Nina said...

eh silap.. habis khamis minggu depan..