01 May 2008

Pantun II - Promosi Novel AinMaisarah

Assalamualaikum,

Kak Ain ingin berkongsi satu lagi pantun yang mempromosikan novel AinMaisarah. Kreatif juga pantun ini. Memang Kak Ain tak sangka pembaca-pembaca buku Kak Ain amat kreatif orangnya.

Apa kata lepas ini buat cerpen pendek mengenai Sekolah Menengah Sri Bangsar? Mungkin kisah Makcik Sarepah pemilik kantin. Boleh juga reka kisah tentang kucing KenotKenot, si penunggu setia kantin. Kak Ain nak kumpulkan cerpen pendek mengenai Sekolah Menengah Sri Bangsar. Kak Ain juga merancang cerpen pendek ini dibukukan.

Okey semua. Semoga pantun ini menjadi penghibur di hari cuti.

Dari utara sampai selatan,
Barat dan timur di tempat lain,
Buku kak ain mendapat sambutan,
Begitu juga diri kak ain...

Buat kerja sungguh lama,
Melihat tengok, simpati kasihan,
Aku mahu popular buku pertama,
Saiz S pula menyusul kemudian

Jika diri membesar matang,
Jangan pekak mesti peka,
Impiana kisah 10tahun mendatang,
Aku mahu buli pula asas kisah mereka

Berasa sedih guru kesayangan bersara,
Sayu di hati hanya dipendam,
Perihal rakan di teman tapi mesra,
Impiana 2 pembalasan dendam

Dalam hotel terasa sejuk,
Kurangkan sejuk buka tingkap,
Tak bisa memilihmu menjadi tajuk,
Kumpulan 6ixth sense menjadi pelengkap

Hati baik berniat murni,
Mendapat pahala tiada rugi,
Sekian saja pantun saya kali ini,
Ada rezeki saya tulis lagi.

Pantun ini kiriman kreatif:
Cik Adik Nurhayati Nadhirah
atau MeLUVE
Emel: yati.muhamad@yahoo.com.aug

9 comments:

Anonymous said...

memang semuanya kreatif!
Good Job MeLuv..

MIRA said...

Memang kreatif pantun kawan-kawan kita ni!!

Aqilah Suhaizam said...

yeye...memang...sayer pun same...huhu.....

Anonymous said...

TAHNIA MELUVE!!!!!!:)

whotherealmeLUVeaDi said...

salam kak ain..

terima kasih sebab mem'publish' kan pantun yang saya cipta itu...

salam ikhlas,
Nurhayati Nadhirah a.k.a. meLUVe

nurul hidayah roslan said...

salam kk nad,



pandai akk reka pantun...:):)



wasalam,
dayah

Anonymous said...

assalamualaikum....
bila buku impiana 2 nak keluar..
saya dah tak sabar -sabar nak baca...

~kyna~

Anonymous said...

kreatif lah pantun yang meluv buat...

~ kyna ~

AinMaisarah said...

Amboi!

Kembang-kembang meluve@hayati apabila dipuja-puji! Terima kasih Kak Ain ucapkan kerana susah payah memerah otak memikirkan pantun untuk Kak Ain. Pantun yang indah sekali!

Kepada Kyna,
Novel Impiana II memang sudah berada di pasaran. Cuma Impiana III masih dalam perangkaan plot cerita. InsyaAllah ikut jadual akan berada di pasaran penghujung tahun 2008.

Cik Adik pembaca semua mesti dapatkannya!

Salam Sayang,
AinMaisarah