Salam buat pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,
Apa khabar semua? Harapnya sihat sejahtera dan ceria sentiasa. Kak Ain sendiri sihat, cuma tak cukup tidur dan sedikit berdebar kerana dalam masa beberapa hari lagi Kak Ain perlu menghantar manuskrip yang ada di tangan.
Walaupun ini merupakan novel ke-lapan dalam pembikinan, Kak Ain masih sekali-sekala terkena penyakit mental block. Apa itu mental block? Sesetengah penulis mengalami mental block kerana tak tahu nak meneruskan plot cerita. Kak Ain pula sedikit berlainan. Plot sudah ada. Tapi entah kenapa Kak Ain tidak berjaya meluahkan plot cerita yang direncanakan kepada bentuk penulisan yang sempurna. Serasa ada yang tidak cukup. Seperti ada yang tidak kena.
Itu membuatkan minggu ini Kak Ain sedikit tak ceria. Kak Ain banyak kali cuba menaikkan semangat diri bagi meneruskan penulisan novel ke-lapan ini. Kak Ain sendiri pening kepala kerana setiap kali menulis satu perenggan cerita, timbul perasaan tak puas hati. Ketika itu laju dan gatal jari-jemari nak menekan butang delete. Akhirnya mukasurat tak bergerak. Penulisan terbantut. Kak Ain jadi tak bersemangat langsung!
Cik Abang menyedari perubahan 'angin' Kak Ain ni. Lalu senyap-senyap Cik Abang merangkap manager Kak Ain tu cuba mencari jalan menaikkan semula semangat menulis Kak Ain. Cik Abang beritahu ada hadiah istimewa khas untuk Kak Ain.
Hai! Ketika itu muka yang hilang seri terus tersenyum hingga nampak gusi! Apa agaknya hadiah yang Cik Abang beri sampai Kak Ain seronok sangat ni?
Inilah dia!
Tiga buku ini dihadiahkan sebagai menaikkan semangat dan mengembalikan keyakinan Kak Ain supaya terus menulis. Pesan Cik Abang, "Believe in yourself. Ain boleh jadi penulis tersohor seperti Sophie Kinsella. Kuncinya, mesti terus berusaha dan jangan kenal putus asa."
Sedikit demi sedikit, nasihat itu meresap dalam hati. Kak Ain mula kembali yakin. Di mana ada kemahuan... di situ ada jalan. AKU MAHU MENULIS DENGAN JAYANYA!!
Malam tadi Kak Ain luangkan masa membaca karya Sophie Kinsella. Kak Ain mahu kembalikan semula semangat menulis yang tiba-tiba main sorok-sorok pula. Tak apalah, malam tadi sahaja Kak Ain berehat. InsyaAllah, Sabtu dan Ahad ini, Kak Ain akan mula menulis semula. Kak Ain berazam, novel ke-lapan ini akan jadi novel terbaik berbanding yang ada, InsyaAllah!
Doakan Kak Ain ye! (Bercakap tentang doa, marilah kita semua di Rumah Pink AinMaisarah ini mendoakan kesejahteraan Hanis Aqilah dan Darina. Dua Cik Adik ini sekarang berada di Tanah Suci Mekah menunaikan umrah, semoga selamat menjalankan ibadah umrah dan selamat pulang.)
Salam Semangat,
AinMaisarah
AinMaisarah
p/s: Kak Ain minta jasa baik pengunjung semua agar dapatlah kiranya meninggalkan kata-kata semangat untuk Kak Ain di bahagian komen ini. Kak Ain sangat-sangat memerlukannya di saat ini. Thanks everyone!
28 comments:
salam kak ain,
wahh, hebat juga cik abg kak ain dpt menaikkan semangat kak ain..
fazlin sekarang dh x sedap badan sbb dh lame x bace novel akk.
dh banyak kali fazlin merayu untuk membeli novel akk tp ttp x blh...
novel akk sekarang makin lame makin banyak..
fazlin makin ketinggalan...
dh lar novel akk x blh bace..
nk jumpe kk yayah kat kb mall pon x blh..
nape mama fazlin x sporting ahh??
kak ain..teruskan perjuangan akk.
fazlin akan sentiasa mendoakan akk...
jangan putus asa...
akk pasti boleh...
salam kak ain..
sy nia...
akk..
sy dh baca novel akk..
bes lar..
akk...
sy teringin sangat nk tengok cik abg akk..
sy tahu semua ini keterlaluan..
sorii..
assalamualaikum kak ain,
wah!!! bestnya kak ain dapat buku ...
pandai betul cik abg naikkan semangat kak ain....
saya harap kak ain dapat menyempurnakan novel terbaru kak ain dengan baik..
adik-beradik saya(termasuk saya sekali) tak sabar nak tunggu dan baca novel kak ain yang best bangat!!!
saya harap kak ain dapat meneruskan perjuangan kak ain.. supaya impian kak ain tidak terkubur atau berhenti separuh jalan saja.. dalam membuat novel baru...
caiyo!!caiyo!! caiyo!!
AKU MAHU NOVEL AIN MAISARAH...
yang setia menunggu novel kak ain,
~kyna~
Salam Kak Ain,
Saya akan berdoa semoga akak terus berjuang sedaya upaya menyiapkan novel untuk kami....
Akak banyak-banyakkanlah berdoa semoga penulisan akak berjalan lancar dan sempurna....
Saya akak tetap menyokong Kak Ain....
Kak Ain ada ramai peminat...Kak Ain jangan takutlah....
Tenangkan diri Kak Ain dan mulalah menulis....
Itu sahaja dari Balqis....
Ada romantik lagi tu..
Kak Ain,di sini ada secebis ucapan yang tak seberpa untuk KAK aIN:
Orang selalu kata;
di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.
Saya kata;
di mana ada keinginan,di situ harus kita mulakan dengan berusaha bersungguh-sungguh.
Orang selalu kata;
Berakit-rakit dahulu,berenag-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.
Saya kata;
berjumpa Pak Kaduk dahulu,berjumpa Mak Minah kemudian,Ber-mental block lah dahulu,ber-lengah-lengah pulak jangan
haha..pelik betullah apa yg saya tulis.ye la..sebab saya tengah tergesa-gesa ni nak buat kerja.oklah..
semoga berjaya walau apa pun yang KAK AIN lakukan..dan semoga berbahagia dengan Cik Abang yang Kak Ain sayang.
salam kak ain!
waa.. rupenye sumber semangat kak ain slama nie ialah buku2 penulis buku shopahilic tu rupenye!
bagus2 klau ada sumber semangat!
caiyookk caiyook kak ain! you can do it. dah buku kelapan. pasti boleh bwt smpai 100 buah buku.
eheheh
insya-allah.
:))
sy menanti hasil buku akak yg seterusnya. ;DD
Salam kak Ain,
Saya dah tak sabar nak baca buku terbaru kak Ain.Teruskan perjuangan.
Saya pasti kak Ain boleh jadi penulis yang berjaya seperti Enid Blyton,Jacqulena Wilson,J.K Rowling dan sebagainya.
P/S:Kak Ain tengah menulis manuskrip apa ni???
assalamualaikum kak ain...
alhamdulillah, dapat juga kak ain meneruskan kejayaan kak ain yang sangat besar ini. saja saya mengucapkan syukur kerana apa-apa yang jadi kita perlu juga ingat kepada Allah.
anyway, kak ain tolong ucapkan terima kasih kepada 'cik abang' kak ain tu ye sebab dengan baik hati dan tulus ikhlas berusaha menaikkan semangat kak ain(president rumah pink)semula..
SYABAS dan TAHNIAH!!!
Saya ada beberapa tips untuk kak ain...
1)setiap kali menulis kak ain kena ingat tujuan utama kak ain menulis novel ini.
2)ingatlah muka adik-adik di rumah pink ni yang sangat comel dan cute sehingga tiada tolak bandingannya. hehehe...
anyway....tatata kak ain..
(saya harap ada anugerah 'acedemy award' versi buku pula. nanti bolehlah kami tengok kak ain berjalan di red carpet sambil memegam trofi kemenangan. fuyooh!!)
salam kak ain,
kak ain,jgan cepat puuts asa,jgan risau kami semua kat sini sentiasa menunggu utk membaca buku2 kak ain,keluar saja buku tu nana pasti akan beli.ok?ape tajuk novel ke -lapan tuh?x dgar cite pown.:p
putus*(ehaks..tersilap eja plak)
Ain Maisarah,
Tahniah atas kejayaan Ain. Semoga terus sukses.
Teruslah menulis. Anak saya sedang menanti novel terbaru Ain. Dia dah kebosanan tanpa buku baru.
Bagus juga cadangan Nurul, lepas ni kena ada anugerah versi buku popular/terbaik.
Saya juga belajar dari Ain. Terima kasih.
Salam Fazlin,
Terima kasih atas kata-kata sokongan. Kak Ain pun nak berikan sokongan semangat buat Fazlin yang akan menghadapi UPSR. Tabahkan hati, fokus pada pelajaran dan korbankan seketika perkara-perkara lain (contoh perkara-perkara lain ialah novel AinMaisarah, berjumpa Kak Yayah dan menonton TV) Nanti selesai hadapi UPSR, Kak Ain yakin mama Fazlin akan bertukar sporting semula.
Dear Nia,
Nak tengok Cik Abang? Cik Abang sentiasa teman Kak Ain di mana-mana juga. Datanglah ke promosi Pesta Buku 2009 nanti. Mesti Cik Abang ada sekali.
Dear Kyna,
Semua adik-beradik Kyna baca buku Kak Ain? Alhamdulillah! Kak Ain hargai sangat-sangat Kyna sokongan sekeluarga. Bila nak jumpa Kak Ain? Boleh Kak Ain berkenalan dengan seluruh ahli keluarga Kyna. Jomlah! Buat date dengan Kak Ain! =D
Dear Balqis,
Kak Ain suka nasihat Balqis. Tenangkan diri. Memang itu antara kriteria penting nak menulis. Kak Ain sekarang asyik susah hati. Jadi mungkin itu sebabnya penulisan terganggu. Tetapi buku perlu disiapkan, walau dengan apa cara sekalipun! (Huh! Guna tagline IMPIANA!)
Dear Izzati,
Kak Ain suka sungguh peribahasa moden yang diubahsuai itu. Sangat menarik! Berjaya membuatkan Kak Ain tersenyum di saat-saat genting ini. Thanks dear!
Dear Aimi,
Ini Aimi yang Kak Ain jumpa di Alamanda, kan? Atau Aimi yang lain? Apapun, Kak Ain harap doa Aimi supaya Kak Ain berjaya menulis sehingga 100 buku itu dimakbulkan Allah. Amin...Amin. Ya Rabbal Alamin.
Dear Mira,
Impian Kak Ain memang nak jadi penulis setaraf Sophie Kinsella dan J.K Rowling. Itu sebabnya Kak Ain sangat memerlukan sokongan dan semangat pembaca semua. Kak Ain sangat hargai sokongan Mira yang kekal bersama Kak Ain sejak buku pertama Aku Mahu Popular lagi. Thanks dear!
Dear Nurul,
Kak Ain memang sentiasa membayangkan wajah-wajah pembaca comel ketika menulis. Kak Ain juga harapkan hasil penulisan novel ke-lapan ini menepati citarasa semua. Ah! Risaunya! =( Tentang cadangan ada Academy Awards Penulis, memang ianya angan-angan yang indah sekali! Kak Ain jadi berangan sama sekejap! Heheh...
Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah
Dear Nana,
Kak Ain memang sengaja rahsiakan dulu tajuk novel ke-lapan ini. Biar ada unsur misteri sikit =D InsyaAllah Kak Ain akan umumkan tajuknya kepada semua sebaik sahaja tim grafik PTSOne siap mencipta kulit muka hadapan buku tersebut. Jadi sabar menunggu ye!
Dear Saudari Ayda,
Alhamdulillah dan terima kasih atas sokongan. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, buku ke-8 ini akan menjenguk pasaran bulan Julai/Ogos 2008. Saya juga dalam proses belajar menulis dengan lebih berjaya. Mari kita belajar bersama-sama ya! =D
Salam Sayang,
AinMaisarah
Salam Kak Ain,
Saya br di sini dan saya harap kak Ain dan rakan2 menerima saya!
Saya memang tak sabar sgt2 nak bc buku kak Ain yg br tu.. Bnyk buku kak Ain yg saya dh bace!Semuanye besh2! caiyok! caiyok!
Semoga kak Ain terus membuat novel untuk peminat2 kak Ain ni!
Kak Ain kene kuatkan semangat dan sentiasa berdoa!
Jgn risau, kami semua di sini sentiasa menyokong kak Ain!
Syg kak Ain!
~Nur Nadzirah,
Seremban, Negeri Sembilan
salam kak ain..
Farah pun selalu jadi macam Kak Ain ni..
terutamanya nak dekat2 UPSR ini..
tensionnya hanya tuhan sahaja yang tahu..
Pecah kepala bila menghafal formula Matematik yang kelihatan seperti cacing kerawit.
Terburai otak bilamana membuat experiment Sains yang merapu.
Terputus urat-urat otak ketika berjumpa dengan perkataan2 yang pelik dalam Bahasa Inggeris.
Berpusing kepala bila hendak bermain dengan ayat dalam Bahasa Melayu.
penat-penat.
Farah bagi satu kata-kata semangat buat Kak Ain
Kalau buat sesuatu tu, jangan takat separuh jalan je. habiskan sampai tamat garisan penamat. Walaupun susah tahap melawan askar-askar Amerika, usahakan. Kalau kita rasa benda tu tak kena pada gaya, salah ubah sahaja dan buat yang terbaik. fikir sebaik mungkin. jangan berasa tension. Kalau kita usaha, pasti berjaya. tanamkan dalam hati, setkan dalam minda aku boleh! Aku Mahu ke garisan penamat! Aku Mahu Berjaya!
itulah sedikit kata-kata semangat yang boleh saya bagi kat kak ain.
moga-moga Kak Ain berjaya dalam semua penghasilan novel. Jangan tension-tension. tak usah berubah angin.
Salam kak ain,
Sara doakan kak ain supaya kak ain sentiasa bersemangat nak siapkan buku.
Insya-Allah Sara akan sentiasa support kak ain dari belakang.
Okay, mungkin pesanan Sara pendek sahaja berbanding kawan-kawan yang lain, tapi Sara nak kak ain tahu yang Sara tetap menyokong kak ain. InsyaAllah..
sampai di sini sahaja..
yang ikhlas,
~ Sara Imanina ~
assalamualaikum kak ain..harap2 kak ain sihat lah hendaknyer...sy hgcg...hehe..kak ain truskan prjuangan akak..novel kak ain mmg best....buat btul2...x sbr nak baca buku trbaru akak..hehe... cai yok!!!cai yok!!!
Assalamu'alaykum w.b.t. Kak Ain =D
Setiap hari saya bertandang ke blog akak untuk melihat entri terbaru.tapi saya tak komen pon.hehe.
tapi untuk entri Kak Ain kali ini, saya rasa nak bagi sokongan setelah lama saya hanya melihat dari jauh.
saya doakan Kak Ain akan diberikan minda yang tajam dan banyak idea keluar supaya Kak Ain dapat siapkan novel kali ini.
harap Kak Ain dapat kuatkan semangat dalam menempuhi pelbagai cabaran sebagai penulis.
ramai pembaca Kak Ain yang menyokong Kak Ain dari belakang.
selamat maju jaya kepada Kak Ain .
'Majulah Kak Ain untuk dunia penulisan novel remaja'
Ganbatte Kundasai!Aja Aja Fighting!=D
Wassalam.
Salam kak ain,
Jangan sedih-sedih kak ain...:):)dayah pon pernah juga jadi mcm kk ain.Mase tu dayah dapat 'B' dalam mata pelajan Bahasa Inggeris..dayah sedih sgt!!!:( pastu Ayah ngn ibu Dayah bagi nasihat dan kata-kata semangat dekat dayah.Dayah pon terus berusaha dengan GIGIH!!!Dayah cakap kat diri dayah sendiri,YOU CAN DO IT DAYAH!!! CEEE WAH!!!!:):)...mse peperiksaan Akhir tahun Dayah dapat'A'!!!::D dayah happy gile mse tuh...pastu ayah dayah bawa pergi ke Alamanda,putrajaya..(kami sekeluarga jalan-jalan!!)
cerita ni terjadi semasa dayah tahun 4...:):)so ,kak ain GOOD LUCK
YOU CAN DO IT!!!!!:):):):):)dayah akan doakan kk ain berjaya...
wasalam,
~dayah~
salam kak ain..
wa~..sukenye kak ain ek..hehehe..
kak ain,
solehah hrp, kak ain sentiase bersabar kerane Allah itu As-Sabur..
dan kak ain selalulah berdoa supaye diberi kekuatan drpd Al-Qawwiy...sesungguhnye..Allah itu Maha Mendengar!..jdk..Solehah nih nak doakan moge2 kak ain akn sentiase bersabar menghadapi dugaan..hehehe..k..tuh jek kot..sori x bnyk idea le nak bg semangat nih..bab2 nih solehah x reti sangat!..sori..k take care! hope u always hepi!
Kak Ain..
lagi satu fara nak tambah..
janganlah Kak Ain berubah angin..
kalaulah kak ain berubah angin.. perkara2 dibawah mungkin terjadi
1) Kak Ain MUNGKIN tak nak layan orang yang masuk Rumah Pink ni dah..(sedihnya...:( )
2) Novel yang dihasilkan Kak Ain MUNGKIN tak best dan boring(gerenti best selamanya)
3)Kak Ain akan tak seceria dulu..(harapnya tak begitu)
kesimpulannya, Kak Ain jjanganlah berubah angin dan tension. Nanti perkara2 diatas akan berlaku. Tak dapat nak dibayangkan perkara tu berlaku. TAKUT!!!!!!!!! dan penat nanti cik abang kak ain nak pujuk.
saya yakin dan teamat-amat yakin yang pengunjung rumah pink sentiasa dan selamanya akan menyokong kak ain dan berdoa supaya kak ain sentiasa berjaya termasuklah saya sebab kami semua peminat setia kak ain..
p/s: semoga kak ain membalas kedua-dua komen yang saya berikan
Dear Nur Nadzirah,
Kak Ain ucapkan selamat datang ke Rumah Pink AinMaisarah. Jenguk-jenguklah selalu. InsyaAllah walau sesibuk mana Kak Ain menulis buku, Kak Ain tetap mengemaskini entri baru buat tatapan para pengunjung. Semoga Rumah Pink ini berjaya menjadi rumah kedua buat Nadzirah ye!
Dear Cicakgirls@Aminah,
Lama tak dengar khabar berita wahai adinda! Heheh! Sibuk belajar ye? Kak Ain pun faham dan tahu. Ramai pengunjung di Rumah Pink ini adalah pembaca sepi yang tidak meninggalkan jejak. Kak Ain sudah cukup bersyukur kerana Cicakgirls@Aminah sudi dan selalu datang ke sini. Thank you soo much dear!
Dear Farah,
Ribuan terima kasih Kak Ain ucapkan kerana memberikan kata-kata semangat yang sangat Kak Ain hargai. Oh! Farah sangat ada bakat menjadi pakar motivasi berjaya! =D Jangan risau, walaupun Kak Ain berubah 'angin', ianya perubahan yang kecil sahaja. 'Angin' Kak Ain hanya sepoi-sepoi bahasa. Bukan 'angin' tsunami yang membinasakan semua. InsyaAllah, Kak Ain akan memastikan buku yang dihasilkan itu hasil paling baik berbanding 7 novel lain. InsyaAllah juga Kak Ain akan sentiasa ceria seperti sedia kala.
Dear Dayah,
Terima kasih atas doa itu. Kak Ain pun mendoakan Dayah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang lalu. Nanti dapat keputusan baik, boleh jalan-jalan ke KLCC dengan kakak-kakak jururawat lagi! =D
Dear Solehah,
InsyaAllah Kak Ain akan selalu berdoa. Itu yang sering Kak Ain lakukan supaya idea tak kering dan gaya bahasa tak hilang. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan Kak Ain ye!
Dear Sara Imanina,
Kak Ain tahu Sara sentiasa berada di belakang Kak Ain. Kalau Kak Ain jatuh, Sara akan sambut, kan... kan.. kan? Walaupun Sara ini sendiri sangat kecil comel orangnya! =D Terima kasih atas kata-kata sokongan yang pendek tetapi amat bermakna.
salam kak ain..
betul ke fara ada bakat nak jadi pakar motivasi? tapi fara bercita-cita nak jadi pensyarah. kak ain tolong doakan saya berjaya menjadi pensyarah ya?
wa... gembiranye kak Ain bls comment saya!
thank u kak Ain!
Buat cite besh2 lg k!
~Nur Nadzirah,
salam kak ain..
fatin dah baca buku can u keep a secret tu..
best sgt!!!!
kisah dia dlm kapal terbang n ceritakan semua rahsia dia kat orang lain..
insya-ALLAH satu hari nanti , kak ain akan jadi penulis tersohor mcm penulisnya juga..
CHAIYOK , CHAIYOK!!!
Salam kak Ain,
Semalam saya ke MPH.Saya tengok ada mcm2 buku Sophie Kinsella.Saya pun baca Shapolic BAby dan Can u keep a secret.Hmm,memang penulisannya chic-lit.
Saya harap kak Ain jadi mcm Sophie KInsella..
Salam Kak Ain yang diminati,
Sy ni x berapa pandai nk bagi nasihat, tapi sy akan memberi kata-kata semangat untuk Kak Ain.
Teruskan usaha Kak Ain dalam bidang penulisan ini kerana sy akan sentiasa menunggu hasil tulisan Kak Ain..
Saya paham nak jadi penulis memang sukar tapi saya tahu yang kak ain ada bakat yang semulajadi..
Jangan putus asa...
Saya akan sentiasa menyokong Kak Ain... Paling penting, saya akan sentiasa menanti hasil terbaru kak ain...
Salam drpd peminat,
<~Aqma~>
assalamualaikom...saya sangat suka baca buku yg kak ain tulis.ia berkisarkan alam remaja,so bila bebudak sk baca,tentu mereka x nak kehidupan begitu kan?so,mereka cepat sedar dengan membaca novel kak ain...tu jelah saya nak cakap, hope,kak ain x tension lagi...ok!!
pesanan ini dibawakan oleh...
afiqah the pink gurlzzzzz......
Post a Comment