21 May 2008

5 Penulis PTSOne di MPH Alamanda Ahad Ini

Assalamualaikum semua,

Malam ini Kak Ain ingin beritahu satu lagi berita gembira! Kak Ain dapat tahu bahawa pada majlis sambutan hari lahir penulis Dear Yayah iaitu Farihah Iskandar @ Kak Yayah.... InsyaAllah tiga lagi penulis PTSOne dijemput sama!


Tiga penulis lain yang akan memeriahkan majlis adalah:

1) Aizam Aiman, penulis novel:
~My Angel
~My Hero
~My Secret

2) Alif Firdaus, penulis novel:
~Hantu Silap Mata
~Orang Kuat
~Rahsia Firdaus
~Bergaduh dan Menari
~Untuk Syampoo

3) Natasya Effyzal, penulis novel:
~Sekolah Menengah?
~Adam Kecil - Terlebih makan
~Sekolah Kampung?

Amboi! Amboi! Amboi! Lihatlah nama-nama penulis yang akan hadir sama. Bukan main meriah lagi suasana! Kak Ain sudah terasa-rasa, acara di MPH Alamanda nanti tentu menyamai kemeriahan ketika Pesta Buku 2008 lalu.

Jadi, tunggu apa lagi? Ajak abang, adik dan kakak. Pujuklah ibubapa. Jangan lupa juga beritahu semua kawan-kawan di sekolah. Datanglah beramai-ramai!

Siapa yang dapat mempromosi dan mengajak 5 orang rakan datang ke Alamanda nanti, Kak Ain memang tabik spring toink toink! :D

Wassalam,
AinMisarah

19 comments:

BalqisBasri (^^,)v said...

Balqis datang ngan ayah Balqis laa Kak Ain....alhamdulillah sangat dapat datang kat sana....x sabar nak jumpa Kak Ain n penulis PTS yang lain.....

AinMaisarah said...

Salam Balqis,
Alhamdulillah boleh datang dengan ayah ye. Jangan lupa promosikan juga pada kawan-kawan di sekolah.

Bukannya selalu penulis-penulis PTSOne boleh berkumpul beramai-ramai seperti ini. Jadi jangan lepaskan peluang.

Jumpa Balqis di sana,
AinMaisarah

Anonymous said...

fatin dtg dengan family kot kak ain..
tak sabarnya nak tunggu ahad ni!!!
ada kek x???
hahaha

Anonymous said...

ola kak ain,...
wow rminye..msti best...
syiqin dtg ngan kawan..hhuhu..dia pon mnt kak ain jugak..huh

AinMaisarah said...

Dear Fatin,

Fatin datang dengan family? Yeay! Itulah semangat yang Kak Ain mahukan! Beramai-ramai lagi kita memeriahkan majlis sambutan hari lahir Kak Yayah (Kak Ain tak pasti ada kek atau tidak. Itu kena tanya Kak Yayah di blognya. Heheh...)

Dear Syiqin,
Datanglah dengan 3-4-5-6-7 kawan-kawan. Promosi habis-habisan di sekolah. Boleh dapat door gift PTSOne bagi 50 pembaca terawal yang menghadirkan diri.

Jumpa Ahad ini,
AinMaisarah

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Mesti gempak kan Birthday Kak Yayah nanti! :)

Hanis nak aja pergi tapi keadaan tidak mengizinkan.
Lihatlah nanti.Kalau Hanis datang,
Kak Ain orang pertama Hanis serbu! :p

Anyway,semoga bergembira di sana!..


TrulyLove,
HanisAqilah

fatinhanani said...

Kak Ain..
yang best tu..
auntie fatin dari langkawi balik kl jugak..
nanti maybe dia sefamily pun ikut sama..
mungkin kami pergi alamanda 2 kereta!!!
tak sabarnya!!!

p/s : takut je x muat mph tu nanti..

AinMaisarah said...

Dear Hanis,
Kak Ain faham situasi Hanis. Tentu ketika ini sudah sibuk membuat membuat persiapan ke Tanah Suci Makkah. Jangan lupa titipkan doa buat Kak Ain dan semua kawan-kawan di Rumah Pink! :D

Dear Fatin,
InsyaAllah MPH Alamanda cukup besar. Tapi kalau tak muat pun tak mengapa. Kita boleh bersenggol-senggolan dengan lebih mesra! :D Terima kasih Fatin kerana sudi promosikan kepada ahli keluarga.

Salam Sayang,
AinMaisarah

MIRA said...

Salam kak Ain,

X sabarnya nak pergi.Mira pergi satu keluarga!Tapi x ramaipun keluarga Mira.Maklumlah,anak tunggal..Minta2lah ada kek.Lagi sedap!!!

FaRah said...

salam kak ain..
ahad ni saya datang tapi bukan dengan keluarga tapi dengan kakak dan lagi 3 orang kawan saya..
boleh ke? diorang semua pun peminat2 kaka ain dan penulis yang hadir pada hari itu.harap kak ain dapat menyambut kedatangan kami ye!

Anonymous said...

kak ain,kenapa pts one tak sambut birthday kak ain? Kak ain bagi hadiah apa kat Kak Yayah? Kak ain ada dapat hadiah tak dari peminat atau penulis2 pts yang ingat birthday kak ain?
Itu jer,bye and harap kak ain jawab soalan saya.

-zafirah-

Anonymous said...

haha kak ain,..
3-4-5-6-7 je boleh..
baru plan nak ajak satu kelas tuh..huhu

Nina said...

salam kak ain,

sara nak tisu lagi..
sobs..sobs...

sara balik kampung nun jauh di seberang perai lah kak ain.
sepupu sara kahwin.

sedih kak ain. sobs..sobs...
uwaaaa..........

urmm.jealouslah dengan diorang semua yang dapat hadir. sobs..sobs..

p/s : bilik sara dah banjir dengan air mata ni. tolong-tolong.. hehe

MIRA said...

Salam kak Ain,

Agaknya apa ya goodies 50 org pertama tu?Yg tu kena beli buku PTS ONE dulu ke atau akn disambut tetamu yg dtg nanti??

AinMaisarah said...

Dear Mira,
Kalau tak ada kek pun, ada banyak buku-buku yang sedap dibaca. Kak Ain harap jumpa kali ini Mira jangan malu-malu kucing. Nanti tunggulah kedatangan Balqis, Fatin, Farah dan Syiqin. Boleh berkenal-kenalan. Maklumlah, selama ini kenal di alam siber sahaja.

Salam Sayang,
AinMaisarah

AinMaisarah said...

Salam Farah,
Ikutkan hati... Kak Ain nak menyambut kedatangan semua pembaca dengan hamparan permaidani merah dan taburan kelopak mawar! Ceh.. ceh.. ceh! Tapi apakan daya, Kak Ain adalah penulis jemputan pada hari itu dan bukanlah penganjur majlisnya. Jadi akhirnya Kak Ain merancang mahu menyambut pembaca dengan senyuman ikhlas dari hati. Jangan malu-malu tegur Kak Ain ye!

Dear Zafirah,
Hari lahir Kak Ain sudah lepas pada 5 Mac lalu. Kalau ada rezeki, tahun depan mungkin kita boleh sambut bersama. Impian Kak Ain, nak kumpulkan semua ahli Kelab Teman Tapi Mesra. Tentu meriah, kan?

Dear Syiqin,
Ajaklah satu kelas! Buat rombongan Mak Ikin ke MPH Alamanda! Heheh.

Dear Sara,
Janganlah sedih-sedih. Kak Ain tak ada tisu ni. InsyaAllah di masa akan datang Sara boleh sertai perjumpaan pembaca dan penulis seperti ini lagi. Have a safe journey to Seberang Prai!

Salam Mesra,
AinMaisarah

Anonymous said...

salam k.ain

wah lme x tls kat komen ni..
maklum la bz ngan exam..
hehehe..

ala..x dpt pegi r k.ain
jauh bebeno..

x per la..nasb bek dh penah jmpe akk.so x r kempunan sgt..
hahaha..

kim slm kat penulis2 tu yer..

Anonymous said...

fatin pun nak sangat jumpa ngan mira..
hehehe..
=)

Anonymous said...

salam kak ain..
samapi ke saat ini, syiqin x caya gak penah jumpa kak ain.ceh, ckp mcm jumpa fasharina tan sri hisham yg hanya wujud di helaian kertas warne putih tu je...utk pengetahuan kak ain(KAK AIN CANTEK SANGAT TADI..KECIK JER..DLM GAMBAR CHUBBY SIKET..BETULLAH ORANG CAKAP,CAMERA MEMANG SAKIT JIWA..HEHE)..seronok sgt td..dpt jumpe kak yayah,kak ain,ngan abg alif..cik abang kak ain pon dah jumpe..hehe//
kak ain, dah 15 juzuk novel impiana II habis dibace..tggl separuh je lagi.blk rmh je trs cmpk tudung..lps asar start bace..brhnti for mghrib..pastu smbg blk..dah nak meletup air-cond dlm bilik tu psg dr petang td..hehe...
k lah...saje nk citer kat kak ain..xde keje lah kate kan..bye..nk smbg bace..oh ya! nanti ye syiqin hntr gmbr kite td..sbb card reader dan u.s.b syiqin dah melancong ke utara sian..kene panggil balik umah nih..hehe..lg satu..utk pengetahuan minda kak ain yg luas btl fikirannye tuh..the poison tu name geng syiqin lah..aimi pon the poison jugak..


salam penat taip..
syiqin