08 October 2007

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum wrh wbt,


Sedihnya!! Bulan Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Tinggal beberapa hari
sahaja lagi. Kak Ain harap adik-adik semua memanfaatkan penghujung waktu
begini dengan amalan-amalan kerohanian. Jangan asyik merenung baju raya dan kasut raya sahaja ya!

Di kesempatan ini juga Kak Ain ingin menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan.Jika ada salah dan silap, harap dimaafkan. Mungkin ada kata-kata Kak Ain dalam Rumah Pink, email atau CBOX yang menyinggung perasaan adik-adik.Mungkin ada yang berkecil hati bila Kak Ain lambat membalas email atau mesej-mesej. Itu semua adalah kelemahan yang datang dari Kak Ain sendiri.

Kepada semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah, sudilah kiranya menerima kad raya elektronik sebagai pengganti diri. Kak Ain harap Ramadhan dan Syawal tahun ini membawa seribu sinar keberkatan dan kebahagian kepada semua.



Salam Sayang,
AinMaisarah

Eh, Jangan lupa bila dah berbaju raya nanti, ambil gambar dengan buku Aku Mahu Saiz S, dan hantar kepada Kak Ain. Ajak sepupu dan rakan-rakan sekali bergambar.

3 comments:

Anonymous said...

Kak Ain,

Sy nak ucap selamat raye jugak. Minta maaf sbb lama tak kunung laman web kak ain ni.

Sy dah beli buku raya kak ain, best citer tu. kak ain ni kelakar orangnye yer... :-) kaylah, celamat pulang ke kampung yer.

wafa

Anonymous said...

kak ain!!!!!!!!!!!blog kita.......da ada gmbar raya!!!

Anonymous said...

kak ain!!!!!!!jgn lupa........tgk blog kita..ni laman web yer...syifaleo.blogspot.com