18 August 2007

Ke Mana Menghilang?



Assalamualaikum semua,

Kak Ain minta maaf banyak-banyak kerana sudah lama tidak menulis dan menjenguk rumah Kak Ain ni.

Macam-macam pula yang terjadi di sini. Harapnya semua yang datang ke rumah ini dapat berkawan dan mengeratkan silarturahim. Barulah Kak Ain sayang! Jadikanlah rumah ini meriah dan tempat berkongsi pendapat.

Nak tahu ke mana Kak Ain menghilang? Kak Ain baru sahaja keluar daripada hospital. selama lebih 2 minggu Kak Ain berada di dalam keadaan yang tidak sihat sehingga terpaksa berulang alik ke hospital.

Minggu lepas Kak Ain ke Jakarta, kerana mengikut kata doktor, keadaan Kak Ain sudah stabil. Namun takdir telah menentukan, Kak Ain pengsan di pusat membeli belah Mangga Dua, Jakarta.

Kak Ain di bawa ke Rumah Sakit Husada di Jakarta, dan dimasukkan ke dalam wad untuk pembedahan. Alhamdullilah, Kak Ain baru pulang dari Jakarta malam semalam dan sekarang diminta berehat di rumah.

Boring juga asyik menonton TV di rumah. Nasib baik hari ini cik abang bawakan laptop. Ada sesiapa dah pergi ke kedai buku untuk melihat buku Aku Mahu Saiz S? Kak Ain sudah melihat bukunya.. cuma belum di atas rak di kedai.

Okay. Itu sahaja buat masa ini. Masa makan ubat!

Yang merindui adik-adik,

AinMaisarah

3 comments:

Anonymous said...

hi akak,actually saya baru je beli dan baca buku AKU MAU SAIZ S..mmg menarik sanatg citer die..saya doakan akak cpt sembuh dan boleh menulis novel2 yg gempak dan cool..
sbnrnya saya ada idea untuk novel terbaru akak..(mgkin boleh dijadikan idea)plzz..sy rasa kisah cam ni mesti seronok..
saya ada menyertai pertandingan HIGH SCHOOL MUSICAL DANCE COMPETITION-MY SCHOOL ROCKS anjuran DISNEY CHANNEL ASIA.
tp mcm2 hal berlaku yg menyebabkan geng kitowang ni berpecah dan mmg mencabar la..
saya x nk tulis kt sini apa kata kak Mai bagi alamat email kak mai pd saya lps tu saya akan tulis pd kak mai sinopsis yg berlaku pada saya.ending dia mmg menarik.
ni alamat email saya:ct_satu@yahoo.co.nz
yg ikhlas dan akn trus menyokong ka mai:
SITI AMINAH a.k.a AMIE JIM

Anonymous said...

sis ain,,,,saye pon baru je kuar hospital,,,,coz apendix,,,semoga kak ain sihat,,,dulu saye pergi hospital malam malam bute,,x tahan sakit,,,saye dah pon suruh my sis beli aku mahu saiz s tu,,,harap ade la,,,bye sis ain

iLa

cheetahgirls said...

kesian Kak Ain..hrp2x Kak Ain sihat slalu..


-Iman-