15 November 2006

SEJARAH JENAMA FESYEN

SEJARAH LV

Kenapa ya terlalu ramai benar yang menyandang bangga beg Louis Vuitton? Siti Nurhaliza penyanyi tersohor negara memilih beg jenama itu untuk dipamerkan di atas dulang hantaran. Paris Hilton pewaris rangkaian Hotel Hilton seluruh dunia juga seringkali membimbit beg jenis tote berlambang LV ke majlis-majlis gala glamor. Louis Vuitton nyata menjadi jenama yang teramat sinonim dengan kehidupan glamor selebriti. Ianya juga dinobatkan sebagai jenama paling “ngetop” pilihan para VIP dan hartawan.

Wanita-wanita biasa hanya mampu bermimpi di siang hari untuk memiliki beg LV. Jenamanya eksklusif. Harganya pula?? Bisa membuatkan manusia yang sihat sejahtera diserang penyakit jantung! Mahal sungguh!

Ironinya, mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa pada permulaan era beg LV, pengasasnya hanya memfokuskan kepada pembuatan bagasi pakaian sahaja. Bukannya tas tangan!

Jenama terkenal Louis Vuitton mengambil nama sempena nama pengasasnya, Louis Vuitton. Beliau seorang warga kelahiran Perancis. Vuitton mula menjadi anak murid Monsieur
Marechal seawal umurnya 13 tahun. Dalam usia setaraf minda pelajar tingkatan 1, Vuitton tekun mempelajari cara dan teknik membuat bagasi pakaian.

Kesungguhannya mula membuahkan hasil bilamana Vuitton berjaya membuka kedai bagasinya yang pertama di Paris, tahun 1854. Rekaan bagasinya mendapat sambutan hangat seperti pisang panas sehinggakan Ratu Perancis ketika itu bernama
Empress E
ugénie juga menjadi pelanggan setia kedai Vuitton!

Atas permintaan yang semakin memberangsangkan, Vuitton mula membuka kilang bagasinya sendiri pada tahun 1860. Vuitton semakin berani mengorak langkah dan membuka cawangan luar negaranya yang pertama di London.

Sejak itu LV mula dikenali sebagai jenama antarabangsa. Setelah 38 tahun berusaha membina nama dan empayar, Vuitton meninggal dunia ketika usianya 71 tahun. Empayar perniagaan kemudian diambil-alih oleh anaknya, Georges Vuitton.

Sejurus selepas kematian Louis Vuitton, Georges mula memperkenalkan koleksi beg tangan jenama LV.

Kini setelah 100 tahun berlalu, jenama LV masih gah di seluruh dunia. 100 tahun berlalu, nama LV semakin kukuh menjadi obsesi wanita hari ini. Termasuklah AinMaisarah juga!


4 comments:

burgergirl96 said...

mesti mahal kan LV nih?

Anonymous said...

memang mahal cik adik...
ada beg LV edisi khas...harganya mencecah RM40,000 tau!

Anonymous said...

tapi kenape nampak macam old fashion jer?

Lya Dina said...

Assalamualaikum Kak Ain,

Rasanya aneh pula ya? Ramai yang sukakan beg LV ni. Padahal coraknya tak nampak begitu cantik. Mungkin ianya mahal sebab materialnya bagus. Betul tak Kak Ain? Saya pernah lihat seorang wanita membawa beg LV sampaikan ke pasar! Hehehe..