28 March 2010

Hari Terakhir Pesta Buku 2010 ~ Hari Terakhir Kedai Pink AinMaisarah di PWTC

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Just a short entry. Kak Ain letih sangatlah. =(

Buat pengetahuan semua, hari ini adalah 28 Mac 2010.

Hari Ahad ini merupakan hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Ini bermakna, hari ini hari terakhir Kak Ain akan berkampung di PWTC. Hari terakhir juga Kedai Pink AinMaisarah boleh dilawati. Alaaaa.... sedihnya!

Kepada para pembaca di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, janganlah lepaskan peluang ini. Kak Ain sendiri tidak tahu, bila lagi Kak Ain boleh buat promosi secara besar-besaran begini. Bila lagi masanya boleh berjumpa dengan para pembaca dan mengadakan sesi bertemu begini.

Kak Ain nak jumpa seberapa ramai pembaca AinMaisarah. Kak Ain mahu ambil gambar kenang-kenangan yang akan menjadi memori hidup kita sampai bila-bila.




Oleh itu... jomlah semua! Singgah ke PWTC buat terakhir kalinya. Jumpa AinMaisarah di PWTC. Cari Kedai Pink AinMaisarah ya!

Mesti salin info gerai supaya memudahkan pencarian:

Gerai C20
Dewan Tiga
Tingkat 1
Berhadapan SASBADI

Pada esok hari juga... hadiah paling utama iaitu TEDDYBEAR GERGASI akan dilepaskan. Siapakah pemenangnya? Kak Ain sendiri berdebar mahu tahu.

Teddybear ini memang gergasi sungguh! Hinggakan duduk di dalam kereta, teddybear ini kepalanya mencecah bumbung!




Harganya pula RM1000! Haaa... jangan lepaskan peluang. Datanglah esok ke Kedai Pink AinMaisarah. Buat pembelian buku, cabut ang pow pink AinMaisarah dan manalah tahu... boleh bawa balik teddybear ini!

Esok juga hari terakhir para pembaca berpeluang memiliki koleksi merchandise AinMaisarah dan The Wannababes. Koleksi ini teramat istimewa kerana ianya tidak dijual di mana-mana kedai buku. Hanya ekslusif boleh didapati di Kedai Pink AinMaisarah PWTC. Dan esok adalah hari terakhir bagi mendapatkannya!




Paling menjadi kegilaan adalah kotak hitam The Wannababes. Sebenarnya Kak Ain tempah 1000 kotak. Tetapi sekarang tinggal 250 kotak sahaja. Itupun Kak Ain akan simpankan 100 kotak kepada pembeli-pembeli online di luar KL dan Selangor (jualan hanya akan dibuka apabila diberitahu kelak ya)




Memang macam-macam perkara best yang menanti di Kedai Pink AinMaisarah.

Esok hari terakhir untuk semua para pembaca bertemu Kak Ain. Esok Kak Ain akan berada di gerai pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam.

Jumpa Kak Ain di PWTC!

Salam Sayang,
AinMaisarah

16 comments:

Aina Yasmin said...

I'm coming kak ain!
I'm coming!

Oh, and Kak Ain.
Boleh tak kak ain baca and delete komen siti fatihah mohd ali.
Spoilers kepada orang yang tak baca lagi.
Saya dah terbaca sikit.
Dah tak best dah!

M E Z said...

kak ain simpan set box tu untuk org beli online. yes... Sayang kak ain. hehe. mez tak dapat pergi sebab banyak aktiviti kena datang ke sekolah. lagipun mez tinggal dekat kedah ;(

siti fatihah mohd ali said...

kak ain, saya nak fasha hidup!!!!
sampai hati delete comment saya!!!

Syaza Aziz said...

kak ain,
sy la yg jumpe kak ain ari tu,
HEHE..
time akak pkai pink2 kaler tu,
akak akak,
mcm ne nk jd follower akk ye?
bole la sy follow prkmbngan akk :)

Farahani said...

Sedihnya ! =(

Tak dapat pergi sebab ayah dan ibu pergi umrah.

Tapi, yang set box tu kalau sekitar Selangor yg tak dapat datangpun boleh beli ke Kak Ain?

SetiaUsaha IT said...

saya tak boleh pergi langsung kak ain. ayah langsung tak bagi.
huwaa.... sedihnya....

~syakirah~ said...

kak ain...........
saya nk pegi, tp
takder saper nk bawak sayer gi sane...........
tahun depan ader lagi x pesta buku camni???????

~syakirah~ said...

kak ain........
set boxtue kak ain ader jual kat memaner x sekitar kl?

~syakirah~ said...

kak ain,nak tanyer lagi satu,
macammaner nk dapat kan novel comel?
sayer dah cuber pegi sumer kedai buku,
tp takder pon

αииɛ ƨαм said...

Salam Kak Ain.
Saya baru balik dari jumpa Kak Ain.
Seronok sangat dapat teddy bear.
Nanti bila saya dah dapat nama untuk teddy tu saya bagi taw Kak Ain.
Terima kasih Cik Abang sebab bagi ang pow tu.

Sayang Kak Ain.
Semoga Kak Ain terus maju.
Saya tak akan ketinggalan membeli buku-buku Kak Ain.

Anonymous said...

kak ain,
dlm set box tu ade ape je eh?

kak ain, simpan kan utk farah satu pleaseee. pleaseee :)

-violette-nur arina said...

best..

Batrisyia said...

saya tak dapat ang pow...

Anonymous said...

saya nak kak ain tulis tentang amir dan fasha. they deserve a little attention. Saya teruja nak tahu macam mana FASHA BERUBAH HANYA UNTUK AMIR.

FAHSA LOVE AMIR 4EVER!!!!!!!!

hitomi said...

salam...
akak ain...
saya nk brgmbr ngn akak....
ari tu tak dpt brgmbr...huuuu

Modishoppe said...

Kak Ain...

Saya nak suruh Kak Ain simpan sedikit untuk saya (Set Box The Wannababes tu) plizzzz