24 March 2010

Kedai Pink AinMaisarah di PWTC ~ Ada 5 Hari Lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya Kak Ain penat dan letih sangat. Sudah lima hari berkampung di PWTC. Tahun ini buat pertama kalinya, Kak Ain ada gerai sendiri di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Dicelah-celah semua penerbit buku dan penjual buku, AinMaisarah menjadi penulis novel yang membuka gerai sendiri.

Bermula 19 Mac 2010 sehinggalah 28 Mac 2010, Kak Ain akan setia menunggu kehadiran pembaca di PWTC. Walaupun letih terus-terusan berada di PWTC selama 5 hari lepas, Kak Ain masih mampu tersenyum gembira.

Melayani para pembaca, berbual mesra, memasukkan sendiri buku yang dibeli ke dalam plastik... adalah sesuatu yang sangat 'satisfying' dan 'rewarding'. Tak dapat Kak Ain gambarkan perasaan ini!




Bercerita mengenai Kedai Pink AinMaisarah, Kak Ain menyewa dua buah gerai. Gerai itu dihias dengan warna padanan putih dan pink. Buat pengetahuan, semua langsir putih dan pink, Kak Ain gantung sendiri! Huh! Memang terasa macam nak menyambut hari raya di PWTC!

Kedai Kak Ain juga dinobatkan sebagai gerai paling pink di Pesta Buku! Ini sedikit gambar sneak preview, rupa Kedai Pink AinMaisarah di PWTC.



Mahu lihat rupa keseluruhan gerai? Mestilah datang PWTC sendiri! ;D

Selain hiasan gerai berwarna pink, Kak Ain juga menyediakan hadiah-hadiah comel berwarna pink juga. Seahorse pink memang menjadi kegilaan semua kerana kecomelannya yang berada pada tahap maksima. Ramai benar pengunjung lalu-lalang yang mahu membeli seahorse tersebut. Tetapi Kak Ain memang tidak menjualnya. Ianya diberikan secara percuma kepada pembeli bertuah yang resit pembeliannya terpilih. Setakat ini, Kak Ain sudah membebaskan enam ekor seahorse kepada pemilik baru. Moga-moga semua seahorse dijaga dengan baik! Jangan buli-buli seahorse itu ya!




Selain seahorse, ada 10 ekor teddybear Jepun yang menanti untuk dimenangi. Setakat ini, sudah ada dua orang pemenang yang berjaya membawa teddybear kepala besar ini pulang. Sedih juga Kak Ain mahu berpisah dengan teddybear kerana sebelum ini semua teddybear tidur dengan Kak Ain. Huhuhu =(




Apalagi yang menarik? Di Kedai Pink AinMaisarah kali ini, Kak Ain memperkenalkan barisan merchandise barangan The Wannababes. Ada profail The Wannababes. Keychain dan button badge The Wannababes. Ada juga semua koleksi lengkap novelcomel.

Paling-paling ditunggu semua tentulah... IMPIANA III. Ya! Impiana III edisi manuskrip asal boleh didapati secara eksklusif di Gerai Pink AinMaisarah. Tetapi hanya ada 500 manuskrip sahaja. 500 pembaca yang menerima manuskrip ini juga mestilah membantu Kak Ain dengan memberitahu perasaan sebenar mereka apabila membaca manuskrip terakhir siri IMPIANA itu. Sekarang Kak Ain sedang berdebar-debar menunggu dan mengumpul respons para pembaca mengenai IMPIANA III.




Setiap pembelian RM50 ke atas juga akan menerima kotak eksklusif lagi elegan berwarna hitam ini. Kak Ain hanya tempah 1000 kotak. Hampir separuh sudah habis. Jadi jika mahu memilikinya, datang cepat-cepat Gerai Pink AinMaisarah!




Inilah gambar kotak hitam yang cantik itu. Amirah dan Afiqah, dua pembaca AinMaisarah berbelanja lebih RM100 nampaknya di Kedai Pink AinMaisarah kerana mereka mendapat dua kotak hitam tersebut!

Selain itu, tentulah ketika Pesta Buku ini... Kak Ain akan memenuhi permintaan menandatangan buku-buku para pembaca. Jangan tak tahu, sejak 5 hari lepas... jari-jemari Kak Ain boleh kurus dibuatnya kerana sudah menandatangan beratus-ratus buah buku!




Mujur ada Kak Izanor Sharif. Kak Izanor, penulis bersama AinMaisarah untuk novel Aku Mahu Superbibik turut turun padang. Sama-sama lenguh jari-jemari menandatangan buku pertamanya bersama Kak Ain. Jadi para pembaca juga boleh berjumpa dan berkenalan dengan Kak Izanor Sharif.




Paling menyeronokkan, kita boleh bergambar kenang-kenangan seperti ini:




dan begini:




Pendek kata, bergambar dengan bermacam-macam jenis gaya posing pun tak mengapa. Kak Ain sanggup untuk pembaca semua! =D

Sememangnya setiap gambar bersama pembaca membuatkan Kak Ain berasa amat bersyukur memilih kerjaya penulisan sebagai laluan hidup AinMaisarah. Kak Ain rasa sangat-sangat disayangi. Kak Ain rasa sangat-sangat dihargai. Terima kasih kepada semua pembaca AinMaisarah yang sudah datang memberi sokongan dan berkenalan dengan Kak Ain.

Kalau boleh, Kak Ain mahu bertentang mata dengan RAMAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAI lagi pembaca buku AinMaisarah. Kak Ain mahu dengar komen semua. Kak Ain mahu mendekati semua pembaca dengan lebih mesra. Oleh itu, datanglah ke PWTC. Ada 5 hari lagi Kak Ain akan terus berkampung di sini.

Jika mahu datang, catitlah info tentang Gerai Pink AinMaisarah. Nanti jika tidak jumpa atau sesat, bolehlah bertanya kepada pengawalselia yang bertugas di Pesta Buku.

Gerai C20
Dewan Tiga
Tingkat 1
Berhadapan SASBADI

Selepas ini, jika mahu berjumpa AinMaisarah... hanyalah di sekolah-sekolah yang terpilih dalam Program Jelajah Sekolah AinMaisarah. Sebelum ini ramai marahkan Kak Ain kerana memilih sekolah tertentu sahaja. Sekarang ini, semua orang boleh jumpa Kak Ain. Kak Ain memang ada di Kedai Pink AinMaisarah di PWTC selama 5 hari lagi.

Okeylah, dalam penat-penat... panjang juga jadinya bila AinMaisarah mula menaip.

Kak Ain harap sangat dapat bertemu dengan ramai lagi pembaca. Kak Ain tunggu di PWTC ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

22 comments:

MeZ said...

ish² sedihnya x dpt jumpa..
sekarang ni mez dok pujuk kakak untuk tolong belikan untuk mez. hehe. mez nak sangat beli impiana 3 tu.

sekolah mana yg terpilih kak ain?

nursyamimi said...

kak balqis kan kat atas nun? esok baru pegi dgn sekolah. :)

ZARIFAH said...

kak Ain!
sya tinggl d`kedah..
jauh sgt laa..
lgipon..
syabru ja blik dri bercuti ke luar ngra..
tringin sgt2 nk pegi sna!!!!!!!
:((
:((
:((

Nur Aufa Sofea said...

kak ain tak bley buat kat kulim,kedah ke???kalau tak boleh takpe tapi,buat kat kedahla.saya sanggup pergi kesana tapi kalau mama saya taknak pergi saya ponnnn tak bley prgi.kesiankan.uwwwaa!!!!!!

miss whatever said...

OHHHHH!!!!! Thanks kak ain sebab masukkan gambar Tasya!!!!!! (Yang bertudung merah)

Ғαяαн Ħαиʋм said...

salam kak ainn
heee x jumpa kdai pink kak ainn
jumpa kak ain pun dah ok dahh
cemburu tgok seahorse tuhh grr >.<
harap dpt jumpa kak ain lagi akan dtg :)

-Hanum-

marjan said...

kak ain..Marjan pegi ari sabtu niey..
harap kak ain ingat marjan!

sweet_teddy:) said...

salam kak ain...

akak masih ingat lagi dgn saya, natasya? saya datang ke gerai akak hari Rabu 24 Mac.

saya betul-betul terkejut bila ternampak akak semasa saya sedang berada di kaunter sasbadi. habis saja saya bayar buku, saya terus bergegas ke gerai *pink* akak yang comel sangat tu sebab nakkan tandatangan akak.

saya tak sangka dapat jumpa akak secara live. seronok tak terhingga. tapi sayang, saya tak dapat nak beli set kotak esklusif tu sebab saya dah belanja buat beli buku lain. huhu... sedih T_T terpaksalah tunggu sampai bulan Jun nanti untuk beli Impiana 3. tapi ada gambar kak ain pun tak mengapalah.

saya harap penjualan novel-novel kak ain bertambah banyak. maaflah saya komen panjang sangat di sini. semoga akak terus maju jaya! ^_^

p/s: saya sudah baca sedikit Aku Mahu Superbibik dan setakat ini memang best!

Nurul Atiqah said...

Kitaorang peminat Kak Ain pon terasa dihargai sebab Kak Ain tak sombong.Sudi nak tangkap gambar ngan borak2.Tu yang best tu..go kak Ain!

izzati said...

salam...
saya ada tempah novel comel ngan kak ain... tapi kenapa tak dpt2 agi?

dah seminggu saya hantar wang pos pada kak ain.. :(

mmmm... saya tak dpt pegi pesta buku tu la... sedihnyer!

saya nak bagi cadangan boleh tak kak ain dtg skolah saya. (semua pompuan) sma tengku amalin aishah putri, kota bharu, kelantan.

Zala Wajik said...

tak pasal-pasal kena marah, saya simpati ;D uhuk3

[Qt~Me0w] said...

Salam.
Hai Kak Ain.
Kak Ain kenal saya tak?
Dah dua kali saya jumpa Kak Ain di PWTC.
Hari Jumaat saya datang dengan dua orang pelajar SSB Aqilah dan Shidah.
Hari Sabtu saya datang jumpa Kak Ain di Chit Chat SSB.
InsyaAllah hari ahad saya datang lagi.

✖Mizz Yasmin✖ said...

Wow!
Manuskrip Impiana III?
Kira macam ARC lah?
Adoi!!!
:(

Ieka Way said...

assalamualaikum..hye kak..ni ieka ni. ingt lagi tak ?? yang pergi pwtc ptg tadi tuh..

Mimi ! said...

kak ainnnnn~~

sy bkn tanak jumpa kak ain..
nakkkkk sgt! smpai nangis tak boleh pergi taww.
tp yalah~ sy tinggal di klantan.
bukan senang nk pegi KL.
ramai yg pergi kedai pink kak ain kan?
tp sy yakin,, raaaaaaaaaaaaaaamai lagi yang peminat kak ain yang tak dapat pergi.
wlau apapun yg terjadi,
sy tetap sokong kak ain.

btw~ WOW! balqis puna de! hehe

-violette-nur arina said...

saya pun dah pergi dua kali..
sekali dengan kawan..
sekali lagi bawak geng-geng sekolah..
best..dua kali jumpa kak ain..

afiqaH =) said...

Kak Ain ,
Terima kasih banyak banyak , ye !
suka sangat hadiah tu =)
Tapi , jealousnya tengok kotak hitam tu . Nak jugakk =(

hidayah said...

ala....saye teringin sangatlah nk memiliki Impiana 3 and Aku Mahu Superbibik.Perasaan ingin memiliki buku tu makin membuak-buak!

(^.^) said...

kak ain, buku impiana 3 manuskrip asal tu dijual di pwtc saje ke?

arabell said...

kak ain ! knp akk tak buad kat jb ? hm ..

e y k a f a z i r a ! said...

says : dear ain maisarah!
eyka peminat akak!novel terbaru yang eyka beli aku mahu SUPERBIBIK.it was nice~but eyka ade difficulty untk beli novel yg laen.parents ta galakkan eyka with malay novel.then how?huhuhuhu

e y k a f a z i r a ! said...

mao kotak itam tuh!
jeles2!