06 March 2010

Aku Mahu Superbibik di Pesta Buku PWTC 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini, Kak Ain ingin kongsikan buku terbaru yang bakal menjenguk pasaran. Buku kesinambungan siri Aku Mahu akhirnya disambung kembali.

Kak Ain harap para pembaca ingat lagi buku-buku terdahulu dalam siri Aku Mahu seperti Aku Mahu Popular, Aku Mahu Saiz S, Aku Mahu Teman Tapi Mesra, Aku Mahu Buli dan Aku Mahu ke New York 1 & 2. Kali ini Kak Ain bergabung tenaga dengan Kak Izanor Sharif untuk menghasilkan Aku Mahu Superbibik! =D

Sebaik mendapat kulit bukunya, Kak Ain terus jatuh suka. Kak Ain harap pembaca juga menyukai buku ini.



Kali ini watak utamanya Ina dan Fasha The Wannababes. Harap nukilan cerita Aku Mahu Superbibik mampu memikat hati pembaca untuk mendapatkan novel terbaru yang akan keluar betul-betul ketika Pesta Buku PWTC nanti.

Jom... jom... jom! Kita baca sedikit sedutan sinopsisnya!


“Saya mahu bibik yang pandai gubah bunga, baiki paip, fasih cakap bahasa Inggeris, boleh menjahit dan ada lesen memandu serentak!” Beritahu Ina yakin.

“Amboi, tingginya impian awak! Bibik pun manusia biasa macam kita semua. Bukannya Superman!” Farah tersentak.

“Superman?” Ina mengulang perkataan itu. “Betul cakap awak, Farah! Bibik memang manusia biasa. Tapi saya tak mahu yang biasa-biasa. Saya mahu bibik yang hebat dan luar biasa! Saya mahu seorang Superbibik!”

Itulah impian Shazarina! Memiliki seorang bibik sempurna. Demi mencapainya, dia sanggup melakukan temuramah ala-ala mencari peserta rancangan realiti TV. Hanya yang benar-benar layak akan diambil bekerja!

Demam pencarian bibik juga tersampuk kepada kumpulan The Wannababes. Tambah lagi, Shasha kini mempunyai tiga orang bibik serentak. Itu membuatkan Fasharina bt Tan Sri Hisham, ketua The Wannababes rasa tercabar. Fasha yang punya dua orang bibik bertekad menyamai kehebatan Shasha! Fasha mesti mempunyai tiga bibik juga! Itu trend terkini orang kaya-kaya!

Apakah kesudahan pencarian bibik oleh Ina dan Fasha? Ketahui kesudahannya dalam novel Aku Mahu Superbibik!


Haaa... macam mana? Okey tak cerita ini? Mesti dapatkan kerana di dalamnya ada banyak kisah-kisah lucu yang membabitkan Ina, Farah dan Fasha The Wannababes!

Buat pengetahuan semua, buku ini akan mula dijual di Kedai Pink AinMaisarah sempena Pesta Buku Antarabang PWTC pada 19 Mac - 28 Mac. Kak Ain dan Kak Izanor juga akan berada di Kedai Pink AinMaisarah setiap hari dari jam 9 pagi hingga 9 malam untuk menandatangani buku ini.

Oleh itu, Kak Ain ingin menjemput semua pembaca Rumah Pink AinMaisarah ke PWTC, carilah dewan 3 dan booth bernombor C20. Ini adalah peta di dalam dewan 3, PWTC.




Jangan lupa pujuk ibubapa, rakan-rakan sekelas untuk datang bertemu Kak Ain di Kedai Pink AinMaisarah. Inilah masanya mahu jumpa Kak Ain dan Kak Izanor! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

27 comments:

nursyamimi said...

Insya-Allah nnt sy ikut 'menyerang' pesta buku nanti dgn rombongan sekolah.hehe :)

See Wunny said...

Sedihnye wani mungkin tak dpt pergi
Kesian ,
'Izzati Hazwani
:(

pRiNcEsS yAnIe said...

Insyaallah... saya akan datang! :)

Иʋяιиα Ħαʏαиι Ħʋƨиι:) said...

alaaa. knp x bulan lain..
bulan nieh... saya x boleh..
sedihnye;(

Nur Ameera :) said...

oh , hati sudah menjerit tidak sabar :)
nanti kak Ain , saya akan borong satu Kedai Pink :D

[Qt~Me0w] said...

wah Kak Ain..
ni yang buat saya makin tak sabar nak pergi pesta buku..
Aku Mahu Borong Buku Kak Ain!!hehe.

farah9 said...

x sabarnye nk g pesta bku nk bli sume bku baru kak ain!!!^_^

✖Mizz Yasmin✖ said...

Woot! Woot!
Excitednya nak beli!
Excitednya nak baca!
:)

marjan said...

hope so I can go!~
Mama..please send me to PWTC!!please!
haha!

marjan said...
This comment has been removed by the author.
-violette-nur arina said...

ud2..best nyer..tak sabar2 nak pergi PWTC ni hah..jangan lah ada halangan..

zrah said...

best niy !

Nuraqilah Izzati said...

x sabor rasenya...
heheheehh...
tp kene saba......

fatihahORY (: said...

wow , mau pergi .
maybe menyerang pwtc dengan kawan-kawan sekali ..
hehe (:
mesti sesak ~

precious treasure said...

kak ain, insyaallah saya akn dtg la kat booth kak ain nnt....cuma saya nk tahu bile saya bleh dpt novelcomel saya, dah dekat setahun saya order :-) Saya harap kak ain bleh pastikan ye, sbb mak saya dah tanya.

ALYA SABRINA

Halimatus Saadiah said...

insya-allah halim akn datang pd 21 mac;)

AieN SyafiQaH said...

salam kak ain .saya peminata karya kak ain .kebetulan nama kita sama .saya belajar di penang, saya tak sabar sangat nak datang ke pwtc .saya tertarik dengan novel terbaru kak ain (aku mahu superbibik) dan novel berkembar tu.harap banyak lagilah ya bila saya datang nanti .harap2 menjadi lah saya datang ke sana .sebelum ni, saya ada beli buku melaui pos, tapi sampai sekarang tak dapat lagi kat rumah. saya runsing betul .macam mana ya kak ain ?

maisarah said...

susahnye nk pergi ke kedai pink kak ain.mklmlh,saye tinggal di terengganu.mk & ayh xboleh..SIBUK...kak ain pun tlnglh pergi jugak dekat kuala terengganu dengan kdai pink kak ain yg cntk tu...plezzzzzzzzz

Kiromie said...

kak ain..novel comel tu tidk dijual di pasaran ke?? kalau tidk..melepas le saye..T_T

chizah desu said...
This comment has been removed by the author.
chizah desu said...

yea . tp sy x pegi . jd sy suruh kakak sy lah belikan . sebab die ikut rombongan sekolah .

$0F!A NAJ!HAH said...

huhu...x kan lah ta jual kat kedai buku nanti.... huhu =(

aneliss said...

em....what about Buletin Sri Bangsar:Nasyid VS Koir?when it is going to be publish?i tak sabar ni nak baca sanbungan seterusnya!i also will buy Aku Mahu Superbibik!

m!ss l0l-li-p0p said...

ala...lupe la nk tgk blog nie b4 pegi sane ari tu...kalau x mesti da beli buku 'aku mahu superbibik' .....

m!ss l0l-li-p0p said...

ala...lupe la nk tgk blog nie b4 pegi sane ari tu...kalau x mesti da beli buku 'aku mahu superbibik' .....

Nur Aufa Sofea said...

Kak ain buku 'Aku Mahu Superbibik'cuma ada pada pesta buku PWTC sajakah?

ans said...

kak ain best la cite aku mahu superbibik!!!!kini sy tgh menunggu bila buku aku mahu bergaya,romeo and
juliet. x sabar sgt nak tunggu ni. kak ain blh x dtg skola sy sat shah alam sek.7????pleazzzzz....
klu blh skola sy S.K Bandar Anggerik.
>_< pleazzzz blh la. -_-