29 March 2010

Berakhirlah Pesta Buku 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam, 28 Mac 2010, secara rasminya tamatlah sudah 10 hari Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. 10 hari berpenat lelah, bertungkus-lumus dan berkampung di gerai... segalanya betul-betul terbayar apabila dapat berjumpa para pembaca yang sudi bertemu Kak Ain.

Inilah gambar terakhir Kak Ain di hadapan Kedai Pink AinMaisarah.




Berposing dengan Kartunis Ubi yang bertanggungjawab melukis watak-watak tujuh The Wannababes (Kartunis Ubi berdiri di sebelah Kak Ain) Sempat juga bergambar dengan Kartunis Tembakau yang glamor dengan siri Kartini (memakai baju merah dan berdiri sebelah Cik Abang). Terima kasih Kartunis Tembakau kerana sudi singgah menjadi pengunjung terakhir gerai kami.

Sebenarnya banyak sangat kisah dan cerita menarik yang Kak Ain mahu kongsikan bersama. InsyaAllah Kak Ain akan tuliskan laporan panjang lebar tentang Kedai Pink AinMaisarah di PWTC.

Tapi malam ini Kak Ain dan Cik Abang sudah berjanji mahu merehatkan diri. Treat ourself after all the hard work. Jadi malam ini mahu makan ketam butter dan kemudian tengok wayang! Yeay! =D

Hmmm... Cik Abang kata mesti keluar rumah pukul 8.30 malam. Kak Ain curi masa sekejap masukkan entri baru ini.

Kak Ain masukkan dahulu gambar-gambar ketika mengemas gerai ya. Sedih sungguh melihat papan tanda gerai diturunkan.




Buku-buku juga mesti dikemaskan dan dimasukkan ke dalam kotak supaya senang diangkat.




Paling susah adalah membawa meja-meja dan kerusi-kerusi yang berat sekali.




Segala kerja-kerja mengemas perlu dilangsaikan dalam masa lima jam. Kami diberi masa pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang bagi mengosongkan gerai. Dalam pada kami mengemas, datang pula kumpulan kontraktor yang mahu mencabut segala dinding-dinding dan wayar-wayar gerai.




Inilah keadaan dewan pameran di PWTC setelah semua gerai-gerai siap mengemas barang-barang dan segala dinding pemisah sudah diturunkan.




Selepas selesai segalanya, barangan dimasukkan dalam lori. Oh! Kak Ain tiada lori jadi lori perlu disewa. Segala barangan kemudiannya dihantar ke rumah Kak Ain. Haih! Sekarang ini rumah Kak Ain memang penuh dengan segala jenis buku!

Malam ini... entah kenapa, rasa lega kerana segala urusan Pesta Buku sudah selesai ini turut bercampur-baur dengan rasa sedih yang tidak terhingga. Kak Ain terfikir-fikir sendiri, adakah tahun depan Kak Ain patut meneruskan Kedai Pink AinMaisarah ketika Pesta Buku 2011?

Memang seronok berjumpa pembaca dan mempunyai gerai sendiri ketika Pesta Buku. Tetapi bukan sedikit modal, tenaga dan masa yang perlu dilaburkan. Mujur Kak Ain ada sokongan kuat Cik Abang, Kak Izanor Sharif dan adik-beradik Cik Abang yang membantu sepanjang 10 hari.

Tahun hadapan, tahun 2011, adakah para pembaca AinMaisarah masih mahu bertemu Kak Ain di Pesta Buku? What say you?

Salam Sayang,
AinMaisarah

26 comments:

yaya said...

sedihnya saya kak ain. tak dapat pergi. bapa saya tak kasi pergi.

kak ain buatlah tahun depan. Insya Allah tahun depan saya datang borong semua buku kak ain

yaya dari sekolah sri bangsar

Nurul Atiqah said...

Mestilah nak!!

fh said...

Salam Kak Ain,

Kedai Pink Ain Maisarah wajar sangat diteruskan tahun hadapan. Melihatkan sambutan yang bukan sedikit daripada pembaca-pembaca Kak Ain dari pelbagai usia, membuatkan Fatin bertambah-tambah yakin dan berharap agar Kedai Pink dibuka lagi pada pesta buku yang seterusnya.

Lagi pun, Fatin tak sabar nak laga-laga pipi lagi dengan Kak Ain. Wah, seronoknya. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Ain dan tak dilupakan Kak Izanor kerana layan Fatin dengan baik sangat. (Kak Ain perasan tak Fatin pakai tudung Pink masa hari terakhir PBAKL? Itu sebab Fatin sokong Kak Ain la tu. Hehehe)

p/s : Kalau perlukan tenaga kerja tambahan, Fatin sedia membantu! :)

salam,
Fatin Hanani Adnan

~fAtIn ZuL@iKhA~ said...

salam kak ain..

kesian kak ain sebab letih sangat..
fatin rasa kak ain memang patut buka gerai pink di pesta buku pada tahun2 berikutnya..saya rase amat seronok dapat bertemu kak ain pada hari pertama pesta buku haritu..

dan kak ain,,
jangan lupa ye datang ke sekolah saye untuk program jelajah sekolah..sekolah saye di SMK Seri Bintang Utara..

fati zulaikha.

Nurul Farhanah said...

Mestilah nak jumpa Kaka Ain lagi tahun depan!

:)

Puteri said...

kesian kak ain... ari tu jumpa kak ain, sy tengok kak ain mmg comel sgt... first time sy jumpa penulis ain maisarah.. hehehhe... warna tema kedai kak ain pun warna favourite sy.. sk sgt!! tp syg tul.. x dpt nk amik seahorse n teddybear.. atleast ade la jugak buah tgn dr kedai pink ain maisarah... tp x pe la.. dpt la juga novel comel... ahakz..

MeZ said...

Kak Ain buat la thn depan.Manala tahu ada rezeki, mez boleh dtg.hehe

Adibah said...

salam kak ain...
saya rasa kak ain patut buat tahun depan..
sbab?
saya tak puas hati sebab tak dapat jumpa ngan kak ain.
saya harap,,tahun depan saya dapat bertemu dengan kak ain...
=)

siti fatihah mohd ali said...

Kak Ain, sayalah yang menang Seahorse pink tu!! mula dapat warna hijau tapi saya tukar nak warna pink. saya namakan dia FASHA. sebab cute dan glamour macam Fasha. semua orang pandang saya bila saya Dapat Fasha. Fasha memang glamour. Rumah Pink harus diadakan tahun depan. saya akan datang lagi, walaupun tahun depan saya berumur 18 tahun!! Saya suka kisah Fasha dan Amir. cute couples!! GO WANNBABES 4EVER!!!

Adasy said...

salam kak ain..haa ingat lagi tk saya?syuhada saleh..hahahaha

Nur Ameera :) said...

buat la lagi Kak Ain .
senang kitorang nak jumpa Kak Ain

mana lah tahu , tahun depan lagi ramai orang yang hadir :)

siti fatihah mohd ali said...

Kak Ain buatlah tahun depan, Insya-Allah saya borong semua buku kak Ain!! Pastikan juga ada Sea horse lagi! Boleh jadi kawan sea horse pink saya ni a.k.a Fasha! dan kalau kak ain kekurangan pekerja, saya sedia membantu memandangkan tahun ni saya SPM, tahun depan dah free! doakan saya 11 A+ ye Kak Ain, saya ambil Bahasa Arab sebagai subjek tambahan. Al-lughotul Arabiyah, Al-lughotul Jannah!!

ADSHA :) said...

kak ain kena teruskan jugak Kedai Pink femes kak ain tu! kena teruskan kena teruskan!

siti fatihah mohd ali said...

kak Ain, boleh tak tolong list kan semua buku kak ain yang ada kena-mengena dengan The Wannababes? Saya minat gila dekat WB. Boleh ye kak Ain? TQ!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hanan said...

salam. Kak Ain. Wah! seronoknya ada pesta buku. Tapi, saya tak dapat pergilah sebab dah duduk perantauan kan. Kak Ain, boleh ke kalau saya beli buku Kak Ain daripada luar negara? kalau boleh macam mana ya?

sayza said...

salam kak ain...
kedai pink ain maisarah perlu diteruskan lgi...nnti saya boleh jumpa kak ain yg cantik nie lagi hehe...kak ain baik sgt..saya ttp akn sokong kak ain...!! chayok!!

adleena said...

buat la lgi tahun depan!
sy x dapat pergi pown tahun ni..
harap2 kak ain buatlah utk tahun depan..
n hoping mak n ayah dapat bawak pergi.. hehehhee

Nurin Qistina said...

0k

are-fifah said...

sayer setuju 100% utk dibuat kedai pink tawun depan...nanti nak borong sumer buku yg blom dibeli..nak pastikan rumah sayer penuh ngan buku kak ain!!!

Firah mydream said...

Salam....

Mestilah nak!

Tahun depan kak Ain buatlah lagi!

Best sangat dapat jumpa Kak Ain dan Kak Izanor!

Dapat cakap dengan kak ain....

Cuma satu aja nak komen.Kak Ain buatlah gerai Kak Ain tu besar sikit.Booklah dalam 4 gerai macam tu.Kecil sangatlah!

Oklah,bye.Rehat cukup-cukup ya!

-Firah

Fugu said...

kak ain buat la lagi taun depan. mesti lagi ramai akan datang

Huda Ib said...

Kak Ain , Buatlah tahun depan. Please..Pleasee.. tahun ini saya tidak ada sebab masalah kesihatan .tahun depan saya nak borong satu kedai. hehehe.

Izzah said...
This comment has been removed by the author.
Izzah said...

buatlah Kak Ain...
InsyaAllah nanti saya beli buku Kak Ain banyak2...

just me and me said...

salam kak ain...nme sye pon maisarah...hehe....just nk ckap...wat la lg thun dpan...thun nie xsmpat nk sggah grai kak ain...sdih pon ade gak...sbb bratur kat sasbadi lme sgt...kn rmai org...

kalu bleh dtg la skola sye...smk bndar bru slak tggi...

siti maisarah shaharum,
sepang.

just me and me said...

salam kak ain...nme sye pon maisarah...hehe....just nk ckap...wat la lg thun dpan...thun nie xsmpat nk sggah grai kak ain...sdih pon ade gak...sbb bratur kat sasbadi lme sgt...kn rmai org...

kalu bleh dtg la skola sye...smk bndar bru slak tggi...

siti maisarah shaharum,
sepang.