05 March 2010

Hari Ini AinMaisarah 28 Tahun! =O

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini 5 Mac 2010. Hari lahir kembali menjelma. Kak Ain semakin meningkat usia dan tahun ini genaplah 28 tahun Kak Ain merasa hidup di dunia.

Terima kasih Kak Ain ucapkan kepada semua pembaca novel AinMaisarah, rakan industri buku juga kenalan lama dan baru yang sudi menitipkan doa buat Kak Ain hari ini.


Laman Facebook AinMaisarah sejak dua hari lalu mula dibanjiri dengan beratus-ratus ucapan selamat. Kak Ain sememangnya cuba membalas satu per satu ingatan tersebut, namun nampaknya tidak terkejar. Oleh itu, Kak Ain ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga secara umum kepada semua. Segala ucapan yang diberi memang membuatkan Kak Ain tersenyum dan tersentuh. Terasa amat disayangi. Terasa amat dihargai. Huhuh... rasa mahu menangis pun ada!

Kepada insan yang bertanggungjawab melahirkan AinMaisarah ke dunia, inilah wajah ibu Kak Ain yang sangat-sangat Kak Ain kasihi. Kak Ain sentiasa berdoa semoga Allah panjangkan umurnya dan berikan kesihatan berpanjangan untuknya. Moga Kak Ain dapat membalas segala jasanya melahirkan dan membesarkan Kak Ain. Kak Ain tak sempat melakukannya untuk arwah abah, malah arwah abah tidak sempat melihat buku pertama AinMaisarah iaitu 'Aku Mahu Popular' diterbitkan. Moga arwah menerima pembalasan jasanya membanting tulang sebagai ayah di akhirat kelak. (Hmm... sudah mood sedih pula entri ini)


Kepada tulang belakang jenama AinMaisarah iaitu Cik Abang, suami merangkap pengurus Kak Ain... TQ SO MUCH FOR EVERYTHING.



Cik Abang adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Kak Ain seorang penulis dan memberi semangat supaya terus berkarya. Alhamdulillah, sehingga entri ini ditulis, Kak Ain sudah ada 12 buah novel yang dipamerkan di rak-rak buku seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Novel-novel AinMaisarah sudah dijual melebihi 100,000 naskah. Itu semua nikmat kurniaan Ilahi yang tidak terperi.

Kak Ain sememangnya mengharapkan doa semua agar AinMaisarah terus bertahan dalam bidang penulisan ini. Menulis beribu-ribu perkataan selama beberapa tahun lagi. Jauhkan perasaan bosan dari hati. Tingkatkan produktivi dan kreativiti.

InsyaAllah, Kak Ain sasarkan sebelum umur 30 tahun... Kak Ain sudah ada 20 buah novel di pasaran. Harapnya tercapailah impian Kak Ain ini. Doakan bersama-sama ya!

Terima kasih sekali lagi atas doa, ucapan, ingatan dan harapan. Moga-moga dimakbulkan.

Salam Sayang 5 Mac 2010,
AinMaisarah

19 comments:

Farah Hanum said...

salam kak ainn
sya akan doakan untuk kak ain supaya:
*boleh menulis beribu-ribu perkataan :)
*panjang umoo
*dimurahkan rezki
*sihat slalu =P
*always happy go luckyy

harap kak ain trus berkaryaa dan membuat buku2 novel yg lbih best lgii :]

~Farah Hanum

shhh. said...

WAH! Kak Ain ada awet muda la! Saya tak tahu pun Kak Ain skrg 28. nmpk cam 22 je . huhuhu ..

anywy, HAPPY BIRTHDAY ^^

Entri Kak Ain hari ini mmg ada sikit tachink laa .. about Arwah Ayah Kak Ain tu :')

Semoga beliau aman disana.
Al-Fatihah ..

Anonymous said...

semoga heppy sokmo! xDD

*buku kak ain best!

fatinhanani said...

Salam Kak Ain,

Walaupun Fatin dah post dekat Facebook, tapi Fatin nak juga tinggalkan jejak di sini. Selamat Hari Lahir yang ke 28. Semoga Kak Ain terus berkarya dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam bidang penulisan.

Kak Ain, terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi Fatin selama ni. Fatin amat amat menghargainya. Disebabkan semangat yang kak Ain selalu beri pada Fatin, Fatin mula menulis. Sikit demi sedikit, akhirnya terlahirnya buku Gelagat Si Kembar. Terima kasih yang tidak terhingga juga sebab memberikan Fatin peluang yang jarang-jarang boleh didapati. Fatin tak boleh nak gambarkan macam mana perasaan Fatin baca emel tu. :)

Oh ya, tak lupa buat arwah ayah Kak Ain, semoga dia aman di alam sana. Amin.
Al-Fatihah.

fzamazlan said...

Yea..salam, kak ain,
semakin bertambah tahun dalam hidup kita, semakin dekat kita dengan azali ciptaan Allah..hehe..
smoga pjg umur dan diberkati. byk2 lagi tulis citer kak ain. Fiza nk jadikan kak ain idola..hihi..nak jadi penulis gak nih..sedang berusaha.! :-)

Aqilah Suhaizam said...

Selamat Hari Jadi Kak Ain :D
mayAllahblessyou

Ikin said...

Happy Birthday Kak Ain....
Happy Birthday Kak Ain....
Happy Birthday-Happy Birthday...
Happy Birthday Kak Ain!!!

Semoga Sukses dalam kerjaya!!!
Semoga Panjang Umur!!!
Semoga Hepi Selalu!!!!

0-0

sheera said...

Semoga Kak An terus sukses dalam bidang penulisan...

Dimurahkan rezeki
Dikurniakan idea - idea yang menarik untuk terus menulis buku untuk kmai semua.
Panjang umur.
Sentiasa sihat walafiat.
Hidup bahagia bersama suami tercinta.




~Nur Shaheera~

M E Z said...

pasti impian kak ain akan tercapai.. selamat hari lahir kak ain...
sayang kak ain..
kak ain lah guru bahasa melayu dan guru disiplin kami di dekolah SB. =)

Anonymous said...

kak ain! sorry lambat, memang saya nak wish dari semalam lagi, tapi tak sempat :P

so anyways, HAPPY BELATED BIRTHDAY KAK AIN! SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI DAN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH!

Qilazati said...

epi bezday...kak ain...
PERHATIAN>>>!!!
Anda tidak digalakkan untuk menggunakan bahasa seperti ini...
Gunakan lah bahasa melayu....

Selamat Hari Jadi KAk AIN MAISARAH..
daripada CIK QUILA

αииɛ ƨαм said...

Salam Kak Ain..
maaf sebab terlmbat untuk wish birthday Kak Ain..
Happy Birthday ye..
semoga Kak Ain dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan ditambah2 idea untuk terus menulis.
Happy Birthday ye.

-violette-nur arina said...

happy b'lated b'day kak ain..
moga panjang umur & di murahkan rezeki..

Hazirah Anuar said...

happy birthdaay !!

Unknown said...

kak ain, sorry wish bufday kak ain lambat... :)
sya doakan kak ain:
* panjang umur
* dmurahkan rezeki
* sihat selalu

HAPPY BIRTHDAY KAK AIN!

Liya said...

Salam, kak Ain...
Nak tanye sikit bleh?
Novel 'Impiana III' keluar bila?

halim said...

hepi belated birthday:)
may allah bless u..
ima always jd ur pembace yg setia:)

said...

hepi bzday!!
yr bzday same wif me la k.ain!!

BalloonChan said...

long live kak ain!