24 August 2009

Pengumuman Penting 1-2-3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini, Kak Ain beberapa pengumuman penting yang mahu diberitahu kepada semua.

(1) (Updated) Sekolah Sri Bangsar sudah beroperasi semula.

Dengan sedihnya, Kak Ain mengumumkan bahawa sekolah kita telah ditutup buat sementara waktu. Penutupan ini bukanlah kerana virus H1N1. Bukan juga kerana mengikut kalendar musim cuti persekolahan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penutupan dua hari ini adalah disebabkan laman web tersebut sudah melebihi had penggunaan. Pihak teknikal Sekolah Sri Bangsar akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

(Updated) Alhamdulillah, hari ini Sekolah Sri Bangsar sudah beroperasi seperti biasa.


(2) AinMaisarah & Farihah Iskandar di Pesta Buku Popular

Haaa.... ini satu lagi pengumuman penting lagi genting! InsyaAllah Kak Ain dan Kak Farihah akan menemui para pembaca di Pesta Buku Popular (Popular Book Fest) yang berlangsung di KLCC Convention Centre.

Ini adalah butiran sesi yang diperuntukkan kepada kami:

Tarikh: 26 Ogos 2009 (Rabu)
Masa: 3.00 - 4.00 petang
Tempat: Reading Room, Hall 5, Pusat Konvensyen KLCC

Jadi kepada pembaca-pembaca yang ingin mendapatkan bahan bacaan PTS sempena cuti sekolah minggu ini, apakata datang ke Pusat Konvensyen KLCC. Bolehlah berjumpa Kak Ain dan Kak Farihah di sana ya!

(3) Laporan Majlis Berbuka Puasa Nukilan Alyia & Syafiqah

Kak Ain juga ingin mengumumkan dan mewar-warkan kepada para pembaca AinMaisarah supaya melawati dua blog di bawah. Klik sahaja link yang diberi:



Dalam kedua-dua blog tersebut, ada laporan dan gambar-gambar ekstra yang diambil dari sudut lensa kamera Alyia dan Syafiqah ketika majlis berbuka puasa di MPH. Boleh juga baca pengalaman dan persepsi penceritaan dari pihak Alyia dan Syafiqah. Jadi kepada semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah, mari kita serbu blog mereka beramai-ramai! =D

Sekian pengumuman penting kali ini. Jangan lupa sahur esok pagi!

Salam Sayang,
AinMaisarah

8 comments:

alyiafarzana said...

Hihihi...Kak Ain, saya tak tahulah dapat tak pergi untuk pengumuman yang ke-2 tuh...huhuhuhu...Tak apa2 sebab masa tuh pun dah cukup dapat jumpa kak Ain...hihihi...◕‿◕
Yang pengumuman ke-1 tuh, tak bestlah...huhuh...harapnya dapat berfungsi lagi seperti biasa!Yang pengumuman yang terakhir, thanks sangat taw kak Ain!◕‿◕
Harapnya kita dapat berjumpa lagi di lain hari!◕‿◕

pRiNcEsS yAnIe said...

Rasenye saya tak dapat jumpa lagi dengan Kak Ain kat Pasta Buku tuh... tak pe tak pe.. coz hari ahad baru je jumpa..

ain said...

saya harap saya dapat pergi. Kak, boleh saya tahu bila nak siapkan BSB nombor 2. Dan bila sekalah sri bangsar boleh dibaiki?

The Writer Of This Blog said...

kak ain.. masalah skolah sri bangsar tu bile boleh berfungsi semula? sye dh mule aktif.. terasa boring pulak tk melawat bsb..

alah.. mak saya tk bg pergi lah kak ain... untuk yg pengumuman no2 tuh.. sebab puasa. nanti karang penat pulak die kate..

Ainur Najwa Story said...

Insya-Allah Najwa pergi...ade peluang ni..nak jugak jumpe Kak Ain..

pRiNcEsS yAnIe said...

Kak Ain, saya pun ada buat entry pasal Berbuka Puasa tuh... Nanti Kak Ain lawat lah blog saya and kalau boleh tinggalkan comment... hehehe

Qt~Me0w said...

1-Ramai kawan me0w daftar bsb berjemaah,,sebab tulah tak boleh buka kot..hehe..antara kawan me0w yang sudah mendaftar:
1-Aku Mahu Warna Merah
2-[Qt~Me0w](saya)
3-ez
4-new rule
5-azfar
6-nazim_brian007
7-@-mzar
8-ozie
9-fara_zaty
10-freaqboyz
11-khai
12-backspace
13-eer_fun
14-hafiz maula
15-whda
16-syafiq zainal
no.9-no.16 semua daftar berjemaah..

2-me0w mungkin pergi pesta buku klcc tu..harap dapat jumpa Kak Ain..

3-bestnye dapat berbuka puasa dengan Kak Ain..=D

ain said...

kak, sye dah cube tapi maseh x leh bkk. knape yerk. dye tlis ssb kene block dengan SMC router.