23 August 2009

Laporan Berbuka Puasa di MPH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini seperti yang dijadualkan, Kak Ain menghadiri majlis berbuka puasa bersama pembaca. Majlis kali ini dianjurkan oleh pihak MPH di Subang Parade.

Sesi buka puasa kali ini, Kak Ain digandingkan dengan penulis tersohor.... Kak Lily Haslina Nasir!

=D


Kak Ain dan Kak Lily Haslina Nasir bagaikan berjanji pula apabila tiba di depan pintu MPH betul-betul tepat pukul 7.00 malam.

Sampai-sampai, kami terus menuju ke bahagian Book Cafe.


Uiskkk.... ketika itu meja sudah penuh dengan para pembaca. Katanya ada yang datang seawal pukul 5.00 petang!


Ketika berbual-bual sementara menanti masuknya waktu berbuka puasa, Kak Ain diminta menandatangani buku seorang pembaca yang hadir semata-mata untuk dapatkan tandatangan Kak Ain.

Cik Adik Lauren pertama kali membaca buku 'Aku Mahu ke New York'. Selepas itu terus melekat membeli Impiana dan buku-buku Kak Ain yang lainnya. Thank you and good luck for your UPSR exam next year, dear!


Selepas menandatangi buku Lauren, Kak Ain didekati pula oleh pembaca memakai baju merah ini. Apabila memperkenalkan diri, barulah Kak Ain tahu bahawa inilah rupanya Cik Adik Izzyani! =D


Sedang Kak Ain menandatangani buku untuk Izzyani, staf MPH memberitahu bahawa azan Maghrib sudah berkumandang menandakan tibanya masa untuk berbuka puasa.

Ketika itu semua menyerbu meja deretan buffet yang pelbagai. Terima kasih pihak MPH Book Cafe kerana menyediakan juadah berbuka puasa untuk kami semua!


Inilah suasananya apabila kami makan bersama. Ada 15 pembaca terpilih yang makan bersama Kak Ain dan Kak Lily. Meriah sungguh suasana!


Sambil-sambil makan, kamera turut dikeluarkan untuk merakamkan kenangan bersama. Kak Ain rasa semua orang lebih banyak bergambar berbanding menyuap makanan! Iskk... iskk... iskk! Kak Ain takut ada yang tak kenyang berbuka puasa tadi!


Selesai makan, Kak Ain diminta memberi satu soalan pop kuiz kepada semua pembaca. Hadiahnya adalah satu buku percuma AinMaisarah bertajuk BSB: Kini Berwajah Baru. Soalan Kak Ain mudah tahap kacang putih sahaja.

"Berapakah jumlah buku AinMaisarah yang sudah berada di pasaran?"

Cik Adik Arina memberi jawapan yang paling tepat dan paling pantas!

"10 buku!"

Hah! Memang betul, betul, betul! =D

Inilah gambar pemenang iaitu Arina yang berposing bersama novel BSB dan penulisnya sekali.


Arina hadir bersama rakan-rakannya iaitu Maryam dan Maisarah. Mereka bertiga bersekolah di SMK TTDI. Mereka membawa hampir 10 koleksi buku AinMaisarah untuk ditandatangani. Alaaa.... berat-berat bawa dari rumah ya! Thank you everyone!


Selain berbuka puasa dengan juadah yang disediakan pihak MPH, Cik Abang juga membelikan aiskrim kepada semua pembaca. Baik sungguh hati pihak Book Cafe kerana memberikan diskaun 20% ke atas setiap aiskrim yang dibeli (heheh.... macam diskaun beli buku pula!)

Kak Ain tak makan aiskrim kerana Kak Ain ada asthma dan berpantang tak makan benda-benda sejuk. Tapi boleh tanya Izzyani yang nampaknya begitu menikmati aiskrim ini =D


Apabila selesai makan pencuci mulut, maka bermulalah sesi tandatangan dan gambar bergambar. Ini gambar Kak Ain dengan Arina (ya.... ada dua pembaca bernama Arina dalam majlis ini!)


Kak Ain ucapkan terima kasih kepada Arina kerana sudi meluangkan masa datang ke majlis ini. Harapnya ada rezeki untuk kita berjumpa lagi ya!

Selain bergambar di meja makan, kami juga bergambar secara berdiri di hadapan MPH (ini bagi membuktikan kami semua masih mampu berdiri walaupun perut sudah penuh dengan makanan!)

Kali ini Kak Ain mengabadikan kenangan bersama Cik Adik Syafiqah Ridzuan yang sudah dua kali berjumpa Kak Ain. Kali pertama sewaktu di Pesta Buku PWTC dahulu.


Kak Ain suka sangat baju Shafiqah! Bajunya bercorak kotak-kotak. Warna merah jambu dan hitam. Syafiqah beli di mana ya? Turut comel bergaya adalah adik sepupu Syafiqah. Namanya Izyan. Umurnya 8 tahun dan memakai anting-anting! Harapnya apabila Izyan sudah besar nanti, Izyan akan jadi pembaca buku AinMaisarah ya! =D

Terima kasih tak terhingga juga Kak Ain ucapkan kepada Hana@Aleena (bertudung hitam) dan Alyia Farzana (bertudung pink) kerana sudi datang dari jauh untuk berjumpa Kak Ain.


Hana@Aleena dari Batu Pahat. Alyia Farzana dari Seremban. Tak dapat Kak Ain ungkapkan betapa terharunya Kak Ain apabila para pembaca di luar KL turut sudi hadir bertemu Kak Ain. Terima kasih kepada ibubapa yang sanggup memberi keizinan juga!

Ini pula gambar Kak Ain bersama Arina (berbaju merah) dan Afidatul (berbaju hitam) Kak Ain harap dapat berjumpa anda berdua lagi. Baru nak warm up dan kenal-kenal, majlis sudah tamat pula! =(


Tidak dilupa, Kak Ain berposing secara berdiri juga dengan Arina, Maryam dan Maisarah. Haaa.... silalah lihat baju-baju vogue yang digayakan mereka bertiga! Kak Ain suka! =D


Tiga sekawan ini juga sempat memberikan hadiah kepada Kak Ain. Haaa.... nak tahu apa hadiahnya? Mesti tunggu entri Kak Ain selepas ini pula! (Kak Ain turut menerima hadiah pemberian Hana, Alyia dan Syafiqah. Terima kasih sangat-sangat! Semua hadiah akan Kak Ain ceritakan dalam entri blog selepas ini)


Sebelum berpisah, kami semua bergambar beramai-ramai di hadapan pintu kedai buku MPH. Ini bukti kita berbuka puasa sama-sama! =D


Kak Ain ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang sudi hadir. Kak Ain seronok sangat kerana pertama kali dalam sejarah dapat berbuka puasa bersama pembaca semua.

Sungguh teramat manis pengalaman kali ini! Terima kasih semua! Moga-moga kita jumpa lagi ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s:
1) Kepada semua yang mengambil gambar kenangan ketika majlis berbuka puasa tadi... Kak Ain mohon jasa baik menghantarkannya kepada maisarah_ain@yahoo.com
2) Gambar-gambar dalam memori kamera Kak Ain sangat terhad. Cik Abang tidak banyak mengambil gambar kali ini kerana sibuk melayan dan menghidang makanan.
3) Kak Ain sedih sangat kerana gambar bersama Sheqa (Adik Alyia Farzana) sangat blur hasilnya =( Itu sebabnya Kak Ain tidak dapat mengeluarkan gambar tersebut. Kak Ain harap sangat Alyia dan Sheqah menghantar gambar kepada Kak Ain ya! Nanti Kak Ain siarkan gambar Sheqah di dalam entri seterusnya ya!

14 comments:

myRA said...

wakakakakkaaka!kenapa saya tunjuk lidah?? ngahahahahha

nurulbalqis said...

Waahh.. Bestnyaa :D Balqis tak dapat pergi sebab kena berbuka dekat rumah nenek..
Hehehehe.. Tapi takpa, kan dah banyak kali jumpa Kak Ain..
Soo, takda rasa terkilan sangat..
Apa-apa pun, harap tahun depan MPH ada buat lagi macam ni!

Anis Farzana said...

best nye..teringin nk jumpa kak ain..mesti kenyang kan?:P

Fatihah Ory said...

Syoknya!

Natasha Amer said...

wah wah wah..seronok semuanya..Tasha nak juga terpilih..Tapi di sebabkan Tasha dah lama tak lawat blog kak Ain, Tasha xtau ada penyertaan untuk jumpa kak Ain dgn mudah..InsyaAllah, lain masa nanty Tasha nak juga jumpa kak Ain..
untuk kwn2 semua, lwt tasha di www-natasha.blogspot.com
thanks yeah!

DJ Farahani said...

salam kak ain!


bestnya.:D mesti itu kenangan termanis buat mereka yang telah berjumpa kak ain!

insyaAllah farah akan jumpa dengan kak ain lagi.:)

e-qah said...

betuak kak Ain saya punya gambar macam blur??tapi takpe....nanti asistant saya bhantarkan...hihihihi...takdelah..

pRiNcEsS yAnIe said...

Gamba sy tengah mkn ice cream pun ade... hahahaha

Batrisyia said...

Beznya diorang!! Bertuah sape yg dpt terpilih tuu.............

star dazzle said...

kak ain,nape tak leh bukak ssb?

alyiafarzana said...

Kak Ain, saya dah buat post dekat blog saya pasal nih, nanti kak Ain pergilah yer!

Misz Purplez said...

uih........sedapnya ais-krim tuh.....dah la tgh puasa nih....terliur terus...

Syafiqah R's said...

hye
kak ain,
seronok jumpa kak ain,dan kak lily semalam.

baju tu lawa kan?hehe.
baju tu saya beli kat jusco mid valley,
under harajaku brand.
beli lah.
nanti boleh pakai sama-sama.
hehe :)

hopefully,dapat jumpa kak ain lagi :)

hj. nor said...

salam ain,
anak saya nurkhairina 10 tahun,baru belajar membuat blog.khairina 'die hard fan' ain maisarah.smua novel ain dia ada. sila masuk dan komen blognya di http://khairina-happy-go-lucky.blogspot.com/
semoga diberikan ilmu yg bermanafaat.