26 August 2009

Hadiah Pembaca

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti dijanjikan, Kak Ain kongsikan bersama gambar-gambar hadiah yang diberikan pembaca buku AinMaisarah ketika majlis berbuka puasa tempohari.

Kak Ain memang menghargai segala pemberian pembaca. Terharu sangat sampai rasa macam nak menangis! Ceh ceh ceh! Emosi sungguh AinMaisarah ni! =D

Kali ini secara kebetulan dan seperti berjanji-janji, tiga orang pembaca memberi hadiah berupa soft toys.

Gambar di bawah adalah hadiah pemberian Hana@Aleena. Teddybear comel ini didatangkan dengan dua keping gambar peribadi Hana@Aleena sebagai kenang-kenangan.


Hana@Aleena juga menghadiahkan tiga jenis brooch kepada Kak Ain. Haaa.... nanti bolehlah Kak Ain gunakan ketika hari rayai! =D TQ dear!


Ini pula teddybear pemberian Syafiqah. Warna pink gitu! Sesuai dengan Rumah Pink AinMaisarah! =D Terima kasih juga atas pemberian ini.


Gambar itik comel berwarna kuning ini pula hadiah pemberian Arina. Siap ada kad raya + bekas plastik berisi dessert enak. Ketika gambar ini diambil, dessert tersebut sudah selamat dihadam dalam perut AinMaisarah.


Ini pula key chain kayu berbentuk love pemberian Alyia Farzana.

Sebelah keychain tertera nama 'Alyia'

Sebelah keychain pula tertulis 'Miss You'. I miss you too dear! =D


Last but not least, Kak Ain menerima hadiah pemberian tiga sekawan iaitu Maryam - Maisarah - Arina. Secara peribadi, Kak Ain suka gambar di bawah (itu sebabnya ulangtayang sebanyak dua kali!)

Maryam terjelir lidah penuh comel.
AinMaisarah dagu berlapis.
Yup! Picture perfect! =D


Seluk punya seluk, inilah hadiah pemberian tiga sekawan. Nama 'Kak Ain' diformasi menggunakan batu permata pink bling-bling. Kak Ain suka! =D


Kesemua hadiah soft toys yang diterima sudahpun Kak Ain letakkan di atas pangkuan Sha Bon Bon iaitu teddybear Kak Ain yang berumur 7 tahun. Kalau nak tahu, Sha Bon Bon adalah teddybear pemberian Cik Abang pada tahun 2002.


Bercerita tentang hadiah, teringat lagi Kak Ain sewaktu Cik Abang nak hadiahkan Sha Bon Bon. Cik Abang sengaja buat suprise. Ketika tercari-cari teddybear di KLCC, Cik Abang kata nak belikan untuk adik angkatnya (fakta tambahan: Cik Abang memang ada 27 adik angkat di UKM!)

Oh, sungguh Kak Ain jeles! =(

Apabila menyangka bahawa teddybear itu bukan untuk Kak Ain.... maka Kak Ain tunjuk dan syorkan teddybear berharga di bawah RM100. Kak Ain cadangkan teddybear Pooh yang comel. Cik Abang tak setuju. Katanya kecil sangat. Mana boleh beri teddybear bersaiz kecil untuk adik angkat yang istimewa.

Waktu itu telinga Kak Ain sedikit lagi nak terbakar!

'Adik angkat yang istimewa???'

Cis! Menyampah! Meluat! Sakit hati Kak Ain dengar!

Tetapi waktu itu, walaubagaimana kroniknya sakit hati yang dirasai.... Kak Ain tetap tersenyum kelat mengawal diri.

Sehinggalah akhirnya, cari punya cari.... Cik Abang membuat keputusan membeli teddybear besar di kedai Teddy Tales. Saiznya hampir sama besar dengan kanak-kanak berusia sepuluh tahun! Aduh! Memang sakit dan remuk redam hati Kak Ain!

Kak Ain terasa tak adil sungguh. Cik Abang nak beri adik angkatnya teddybear besar. Kak Ain sendiri tidak pernah diberikan sebarang hadiah sehebat itu!

Selepas teddybear dibeli, barulah Cik Abang serahkan pada Kak Ain.

Katanya, "Suprise! Teddybear ini untuk Ainlah! Bukan untuk adik angkat!"

Cis! Cis! And double cis! Tertipu Kak Ain! Buat penat sahaja cemburu tahap maksima, padahal hadiah itu akhirnya untuk Kak Ain juga! =D

Sampai sekarang, Kak Ain mesti tersenyum lebar melihat segala jenis spesies teddybear. Kak Ain juga sangat menghargai dan menjaga dengan baik hadiah-hadiah soft toys yang diberi. Enam bulan sekali, Kak Ain hantar Sha Bon ke kedai dobi.

Selepas ini, nampaknya ada lagi 3 ekor teddybear dan 1 ekor itik kuning yang akan ikut sama ke kedai dobi!

=D

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Jangan lupa sesi berjumpa Kak Ain dan Kak Farihah, hari ini pukul 3.00 petang di Pusat Konvensyen KLCC. Sesiapa nak jumpa kami, jom datang KLCC ramai-ramai hari ini!

20 comments:

Qt~Me0w said...

salam Kak Ain,
me0w mungkin akan pergi pesta buku kat klcc tu..
harap dapat jumpa kak Ain..

DJ Farahani said...

Salam Kak Ain!


Haha.Cik abang sengaja nak menyakat Kak Ain.:DD

InsyaAllah,nanti kalau ada masa,Farah berjumpa dengan Kak Ain!

Farah sebenarnya nak bagi surat kat Kak Ain.Tapi ayah jawab acuh tak acuh,tak jadi la.Hehehe

Miss Alisa said...

Salam . Wah ! Romantiknya Cik Abang . Hahaha . ;DDD

Aradolly said...

Salam Kak Ain :)
wah3, presents! mesti seronok dapat semua hadiah tu! :D

www.tiadaidentiti.blogspot.com

Misz Purplez said...

Salam Kak Ain!

Mesti best! kalau peluk Sha Bon Bon tu!!!! =D

Aim said...

Besarnya Sha Bon Bon milik Kak Ain!
:)

kaptennajihah said...

salam kak Ain =)
npe Kak Ain bg nme teddybear 2 Sha Bon Bon???

myRA said...

kak ain,comelnya sha bon bon tu!

-maryam

Aida Nursheila said...

Comellah sha bon bon tu :)
untung kak ain .

Rashidah's w0rld said...

salam kak ain..
sh0mel nyer sha b0n bon 2..
geram lar tg0k..
=)

dee is me . said...

eh share hadiah boleh :P ?

Laura The Kitty said...

Romantik cik abang nih..

haha.. manaknya teddy bear kak ain tuu ada kawan larr erk,,

alyiafarzana said...

Hahahaha...Cantik semua hadiah yang kawan-kawan bagi masa tuh...saya bagi kecik jer...hahahaha...harapnya kak AIn suka yer!!◕‿◕
Wah, pandai betul Cik Abang menyakat kak Ain yer!!Hahahaha...
Harapnnya kita dapat jumpa lagi yer kak AIn!!!◕‿◕

izzah said...

Kak Ain, saya nak tanya kenapa saya masih belum menerima buku novel comel saya. Saya dah pun email kat Kak Ain tapi email saya masih belum dibalas.

Nadiee said...

Salam,

Kak Ain nk tanya buku yg saya beli hari tue bila nk sampai?

Fatihah Ory said...

Wah.. Bertambah teddy bear Kak Ain :)

Anis Farzana said...

Salam,

wah..makin bertambah la koleksi teddy bear kak ain yeh?
Sha Bon Bon dan teddy bear lain tu macam bapa dan anak!:P

Aradolly said...

Salam Kak Ain :)

Terima kasih sebab sudi drop by ke (" ,)dokitteen(" o)[my blog] Farah appreciate it. :D
Ouh, panjat bumbung tu... Hehehe. Insyaallah tak buat. :P

Ha, untuk pengetahuan Kak Ain, Farah memang dah rancang dah nak tulis satu novel. Sedang merangka watak2 dalam minda. Semoga dapatlah siapkan. Untuk suka-suka je.

Okay, have fun at the Pesta Buku! Sayang Farah tak dapat pergi, rumah jauh. Selamat berpuasa!

Salam,
Farah

P/s: Farah ada balas (respon) dengan lebih lanjut dalam blog Fara. :D Hope u can read it.

Umm! @sif@ said...

Wah..
romantiknya cik abang..
=D

nurin adleena said...

hai,assalamualaikum,Kak Ain,nama saya Nurin Adleena bt Hj Adamulhasza.
saya berusia 8 tahun.tetapi saya cukup suka membaca novel remaja.saya juga suka membaca buku Kak Ain.hobi saya ialah membaca dan bersenam.
okeylah Kak Ain.Assalamualaikum.