18 August 2009

Berbuka Puasa Bersama AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain doakan semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah berada dalam keadaan sihat selalu.

Seperti semua sedia maklum, bulan Ramadhan semakin dekat tarikhnya. Kak Ain dan Cik Abang sendiri sangat bersyukur kerana dipanjangkan umur. Alhamdulillah, dapat berpuasa bersama lagi pada tahun ini.

Tahun ini juga buat julung kalinya, Kak Ain akan merasai pengalaman baru lagi berbeza.

Tahun ini Kak Ain dijemput menghadiri 'Majlis Berbuka Puasa Bersama Penulis' yang dianjurkan oleh MPH.

Wah! Seronoknya apabila Kak Ain dapat tahu bahawa beberapa orang pembaca yang bertuah akan dipilih untuk berbuka puasa bersama Kak Ain! Kak Ain juga tidak berseorangan. Kak Ain akan ditemani oleh penulis hebat, Kak Lily Haslina Nasir.


(sila klik imej untuk paparan lebih besar)


Tarikh: 23 Ogos 2009 (hari Ahad)
Masa: 7.00 pm - 8.00 pm
Tempat: MPH Subang Parade (bahagian Book Cafe)

Bagaimana caranya untuk berbuka puasa dengan Kak Ain dan Kak Lily?

Caranya mudah sahaja. Para pembaca yang ingin berbuka puasa bersama Kak Ain bolehlah menghantarkan butiran diri seperti di berikut kepada pihak MPH:

"Saya ingin berbuka puasa bersama AinMaisarah dan Lily Haslina Nasir pada 23 Ogos 2009 di MPH Subang Parade. Pilihlah saya! Terima kasih MPH!"

Nama:
Umur:
No. IC:
Alamat:
No. Tel:

Butiran diri ini bolehlah dihantar melalui e-mel kepada marketing@mph.com.my

Mudah bukan? Haaa.... kepada sesiapa yang nak beramah mesra dengan Kak Ain ketika berbuka puasa sambil makan kurma, bolehlah hantarkan e-mel tersebut secepat mungkin.

Dengar-dengarnya, hanya LAPAN ORANG PEMBACA akan terpilih untuk berbuka puasa dengan Kak Ain.

Jadi, jangan buang masa! Hantar e-mel anda sekarang bagi memastikan tempat duduk khas di sisi AinMaisarah dan Lily Haslina Nasir. Dapat buka puasa percuma. Dapat sembang lama-lama.

Jangan lepaskan peluang ini ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kak Ain memang tertunggu-tunggu sangat.... siapalah pembaca bertuah yang akan berbuka puasa bersama Kak Ain nanti! =D

20 comments:

M E Z said...

MeZ nak berbuka dengan Kak Ain, tapi MeZ tinggal dekat Kedah... :(

♥Yanie♥ said...

Saya dah hantar email kat pihak MPH. harap2 terpilih lah yer.

Иʋяιиα Ħαʏαиι:) said...

wau bestnye..saya nak tapi tak boleh lah!>...
:(..
syg nye!
-hehehe-..:)

Anonymous said...

Kak Ain, macam mana ktorang nak tau bile ktorang terpilih atau tidak? Sebab tadi MPH ada hantar confirmation untuk berbuka puasa bersama Kak Ain dan Kak Lily. Nanti dia hantar emel lagi ke kalau ktorang terpilih?

AinMaisarah said...

Salam Mez,
Alahai... nanti bulan 10 Kak Ain datang UUM. Mungkin Kak Ain akan cuba cari masa buat satu perjumpaan pembaca di bahagian utara. Jadi Mez doakan Kak Ain ada masa ya! =D

Salam Yanie,
Terima kasih kerana menghantar e-mel dan sudi mahu berbuka puasa dengan Kak Ain. Harapnya pihak MPH pilih Yanie ye! Dulu jumpa di PWTC kejap sahaja. Harapnya buka puasa nanti boleh sembang lama-lama!

Salam Nurina,
Kenapalah tak boleh tu? Apa halangannya? Cerita sikit dengan Kak Ain.

Salam Fira,
Nanti Kak Ain dapatkan kepastian dari Kak Dila... pihak marketing PTS atas soalan Fira ini. Sememangnya MPH yang memilih pembaca bertuah yang akan dapat berbuka bersama Kak Ain dan Kak Lily. Nanti bila sudah ada kepastian, Kak Ain akan beritahu di sini ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

Hasanah Najiihah said...

Kak Ain asyik 2 kat KL je..benci larhh!! bile kak ain nak dtg putrajaya..huhuhuhuuh....saya nak anta email tu tapi saya tinggal kat putrajaya bukannya kat Subanggggg!! huhuhuhu...dtg la putrajaya lak....tau k.ain...balas yerrpp..kak ain....saya baru sekali jumpa k.ain...itupun bukan nye ade kenangan ...sbb k.ain tak tangkap gam,bar..huhuhuhhuhyuuhyuhy

marjan daud said...

kak ain
knaper kak ain slalu buat kat situ
naper x wat kat melaka
kak ain x pernah dtg melaka
dtg ler melaka kak ain
arituh skali jer marjan jumper kak ain
tuh pown kak ain mcm x lyn jew
huhuhu sdh

iklansebentarbersamabuku said...

Erm.. mesti tak dapat pergi! =(
Jauhnya!

Anonymous said...

hmm..atirah lg jauh..
kt dungun!camne la nk jumpa k.ain yg kiut miut tu??...:(

Farahani said...

Salam Kak Ain,


Farah memang mahu sangat berbuka dengan penulis kesayangan.Tapi apakan daya.

Farah pun takut sangat tak terpilih!:(

Hum,mungkin Farah akan ikut serta.Insyaallah.Kak ain doakan sahaja ya!

PS:Farah sekarang sedang menduduki ujian!Memang tak boleh tahu bagaimana perkembangan kak ain.:(

Fatihah N. said...

tak tahula boleh join ke tak..
huhuhu

aifaa said...

nak.tapi aifaa duduk kedah:(

Alyia Farzana said...

Kak Ain beritahu siapa yang terpilih taw secepat mungkin taw kak Ain!!!!

♥Yanie♥ said...

Nanti Kak Ain bagitahu saya tau saya dapat atau tidak. Saya harap saya terpilih.

aleenastory said...

Kak Ain saya terpilih dalam sesi berbuka puasa bersama Ainmaisarah!

Sangat excited!

- Nur Aleena Nabilah Bt. Kamal Bahrin
(Hana)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kak ain,saya terpilih! --maryam

M E Z said...

Okay Kak Ain...
MeZ doakan... :)

RaRa aZHYieRa said...

alah k.AIN budak-budak takleh ker??
tak bestlah,nak buka puasa dengan kak Ain..*-*

c h i n g w e i said...

Kak Ain.
Kak Ain akan pergi ke UUM untuk apa ?
Sebab kakak saya belajar di situ.
Hehehehe.
Bilalah ching wei boleh jumpa Kak Ain lagi ye ? :)