17 August 2009

AinMaisarah di Sarawak : Melawat Semenggoh Orang Utan Wild Life Centre

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat hari Isnin semua!

Seperti dijanjikan, Kak Ain sambung entri tentang kisah di Sarawak pula. Selesai Cik Abang beri ceramah Mobile Content Challenge yang bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 5.00 petang, kami bergegas ke lapangan terbang.


Penerbangan ke Kuching pukul 8.00 malam. Masa memang suntuk sangat hingga tak sempat nak makan malam!


Ketika diberitahu bahawa kapal terbang MAS yang dinaiki adalah jenis pesawat Fokker, Kak Ain terbayang kapal terbang kecil yang kipasnya berpusing di depan. Ingatkan kapal terbang sama seperti yang dinaiki oleh kumpulan The Wannababes dalam buku Aku Mahu ke New York! =D

Rupanya apabila kapal terbang sampai, ianya masih lagi pesawat yang sama cuma saiznya kecil sedikit berbanding pesawat boeing yang biasa. Alaaaa.... tak dapat Kak Ain merasa pengalaman menaiki kapal terbang kecil macam The Wannababes! =(


Di Sarawak, kami menetap agak lama. Hari Isnin hingga Khamis. Program Mobile Content Challenge peringkat negeri Sarawak dijadualkan pada hari Rabu. Jadi Kak Ain dan Cik Abang mempunyai masa hari Selasa untuk jalan-jalan.

Kak Ain memang teringin sangat nak pergi ke Semenggoh Orang Utan Wild Life Centre yang menjadi tempat perlindungan orang utan.

Alhamdulillah, kali ini impian tercapai! Terima kasih Cik Abang kerana sudi ikutkan kehendak isteri yang suka sangat nak melawat haiwan-haiwan! =D

Inilah muka AinMaisarah yang happy tahap maksima apabila melihat kelibat orang utan liar di tengah hutan! Memang pengalaman yang sangat berharga!



Buat pengetahuan semua, Semenggoh Wild Life Centre ini jaraknya setengah jam dari bandar Kuching. Kak Ain menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke sana. Tambang yang dikenakan adalah RM100 (pergi dan balik)

Yuran kemasukan pula hanyalah RM3 seorang.

Kepada yang berminat mahu pergi, pergilah ketika waktu feeding time orang utan. Ada dua masa yang ditetapkan iaitu:

9.00 pagi - 10.00 pagi
3.00 petang - 4.00 petang

Sekiranya datang waktu lain, orang utan belum tentu muncul. Orang utan sudah terbiasa datang ketika waktu makan sahaja. Rugi datang jauh-jauh dan bayar mahal-mahal tetapi tak dapat lihat orang utan! Jadi pastikan masa ke Semenggoh itu menepati masa feeding time yang ditetapkan.

Apabila sampai, para pengunjung diminta memasuki lorong denai berjalan kaki sejauh 200 meter ke dalam hutan.


Semakin menghampiri tempat memberi makan, Kak Ain sudah terdengar bunyi orang utan bersahut-sahutan. Apabila memandang ke atas, Kak Ain boleh nampak seekor orang utan bergayut-gayutan di dahan pokok.

Isk! Comel sangat!


Mendekati pangkin tempat makan yang dilambakkan buah-buahan, Kak Ain dapat lihat dengan jelas, ada tiga ekor orang utan sedang makan di situ.

Paling hebat apabila Kak Ain berpeluang melihat Ritchie (nama orang utan yang duduk bersila itu)


Ritchie merupakan orang utan jantan dominan. Badannya besar dan hampir menyamai saiz manusia! Memang menakutkan!

Ritchie ini sangat dominan dan kehadirannya di situ membuatkan orang utan jantan lain tidak berani menghampiri.


Kak Ain sempat mengorek rahsia biodata Ritchie daripada renjer bertugas.

Ritchie lahir tahun 1981. Umurnya 28 tahun iaitu tua setahun dari AinMaisarah. Heheh... maknanya Ritchie berpangkat abang pada Kak Ain. Haaaa..... Kak Ain kena panggil Abang Ritchie! =D

Ritchie juga hanya sekali-sekala menjenguk Semenggoh Wild Life Centre. Ritchie lebih suka duduk di dalam hutan kerana mempertahankan kawasan jajahannya. Tetapi dua minggu sekali, Ritchie datang juga ke Semenggoh untuk menjamu selera dengan hamparan buffet buah-buahan.

Sekali Ritchie datang makan, sampai terbaring-baring nak habiskan buah-buahan!


Semua pengunjung tertunggu-tunggu Ritchie habis makan. Kak Ain sendiri teringin melihat Ritchie bangun. Macam manalah agaknya Ritchie nak bergerak dengan badan sebesar itu?

45 minit menunggu, akhirnya Ritchie berhenti mengunyah. Dia bangkit lambat-lambat dan beredar dari pangkin. Ritchie juga boleh bergerak dan berayun dari satu dahan ke satu dahan! Wooo.... memang hebat!


Apabila sampai di satu dahan pokok yang tinggi, Ritchie duduk bergayut lama di situ. Ritchie bagaikan berposing dan memberi peluang kepada para pengunjung untuk mengambil gambar dirinya.


Ritchie sempat menjelir lidah ke arah lensa kamera Kak Ain! =D



Apabila Ritchie sudah menjauh pergi, barulah orang utan yang lain datang menghampiri pangkin. Salah satunya adalah pasangan ibu dan anak ini.



Kak Ain suka gaya posing baby orang utan yang ini! =D Fleksibel sungguh sendi-sendi kakinya!



Orang utan jantan yang lain juga mula muncul. Kasihan juga makan dalam keadaan takut sambil memandang kiri dan kanan. Mesti bimbang sekiranya Ritchie memunculkan diri!



Selesai melihat kawasan pangkin, kami bergerak ke pusat pemberian makanan di bahagian hadapan pula. Renjer di situ memperkenalkan orang utan yang bergayut itu. Namanya Delima. Delima sukakan ubi keledek dan begitu pandai mengopek kulit menggunakan taringnya.



Delima juga sangat nakal kerana kencing dari atas pokok sebaik sahaja habis makan ubi keledek. Isk! Tak berdisiplin sungguh!

Renjer bertugas juga sentiasa mengingatkan, jagalah baik-baik beg tangan masing-masing. Beg tangan mestilah diletak di bahagian hadapan. Ini kerana orang utan boleh meragut beg pengunjung. Sekiranya beg kita diragut, lepaskan sahaja dan jangan bergelut kerana itu lebih bahaya.

Selain itu, jangan sesekali memberi makanan kepada orang utan seperti yang diingatkan pada papan kenyataan. Ini kerana orang utan boleh bertindak secara agresif pada bila-bila masa.



Renjer juga menunjukkan sarang tempat tidur orang utan. Sarang ini dibina menggunakan daun-daun kering.



Selain mendapat maklumat daripada renjer yang bertugas, para pengunjung juga boleh membaca informasi di papan kenyataan. Nasihat Kak Ain, bacalah informasi yang ada supaya menambahkan ilmu pengetahuan.



Itulah catatan memori Kak Ain ketika melawat Semenggoh Orang Utan Wild Life Centre. Sesungguhnya ia adalah pengalaman paling manis di Sarawak. Terima kasih kepada Cik Abang kerana merealisasikan impian melihat orang utan. TQ so much!


Kak Ain memang suka mengalami sendiri pengalaman mendekati haiwan liar. Dahulu sudah dapat melihat gajah di Kuala Gandah. Kali ini menyaksikan orang utan di Semenggoh pula.

Ada beberapa lagi haiwan yang Kak Ain ingin dekati. Antaranya:

1) Harimau jinak yang boleh dipegang-pegang di Tiger Temple, Thailand. Alaaaa.... seronoknya boleh usap harimau macam tu!



2) Koala pemalas dan lembab di Australia.
3) Panda gemuk gedempol di China.
3) Kanggaro melompat di Australia.
4) Penguin godek-godek kaki pendek di Antartika

Harapnya impian Kak Ain nak berjumpa haiwan-haiwan seperti tersenarai di atas akan termakbul hendaknya! Amin.

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Haaa... Kak Ain nak tahu juga, haiwan apakah yang anda semua teringin nak jumpa?

15 comments:

aLyaLya =] said...

Harimau dah banyak kali jumpa.. Tapi tak boleh usap2 macam dalam gambar tu laa..

Teringin jugak nak pegang2 harimau ;p Alya dah pernah pegang anak orang utan. Comel! Dia siap cium lagi =p

Miss Alisa said...

Haha . Saya pun nak jumpa panda dan peluk2 dia juga !

clever girl said...

Najwa nak jumpa koala dan panda =)

Fatihah Ory said...

Cute lah pose2 orang utan tuh..
Pandai bergaye jugak dorang

Nak jumpe ape yek?

Anis Farzana said...

teringin nk pegang harimau dan koala..comel la anak orang utan tu!:D

putera said...
This comment has been removed by the author.
Aim said...
This comment has been removed by the author.
syerah z. said...

koala dan kanggaru mmg comel :)
geram je tengokkk hari tuu.
and sya anak jumpa panda pulakk :D

farihah said...

Riha nak tengok sangat-sangat dan nak pegang penguin gemuk dan comel. Kanggaru pun boleh juga. Lagi satu, Riha nak tengok dan pegang teddy bear yang real punya. fuyoo...

Riha pernah jumpa orang utan tapi tak pernah pegang. takut sebab dia pernah tarik rambut riha sampai putus :(.. tapi anak monyet Riha pernah pegang. siap bagi minum susu dalam botol lagi!

nurul atiqah said...

Bgos la kak Ain ni.Pencinta haiwan..saya teringin gak nak jmpa panda yg terlebih comel 2 dgn penguin yg terlebih lemak!Btw,terima kasih sbb sudi kongsi info psl orang utan ni :D

adlin sofia said...

bestnya kak Ain dapat gi Sarawak.Fia belum pernah ke sana

pRiNcEsS yAnIe said...
This comment has been removed by the author.
-atirah- said...

bestnyer k.ain..tahniah kerana impian k.ain dah tercapai..he,he..atirah teringin sangat nk jumpa ngan panda mcm dlm cerita kungfu panda tu..:(

PelangiNature said...

assalamualaikum kak ain .

alaa.
jeleznya .

seronok dapat jumpa orangutan.
comel . harimau tu teringinnya nak pegang pegang macam tu.

kak ain,
bercakap tentang orangutan saya dan kawan-kawan ada masuk pertandingan membuat blog tentang orangutan. tujuannya untuk menyelamatkan orangutan daripada pupus.
pertandingan ini dianjurkan oleh tv9. mereka datang ke sekolah kami pada tempoh hari.

saya harap kak ain dapat menjadi followers kami.

www.pelanginature.blogspot.com

saya harap kak ain juga dapat memberitahu kawan-kawan kak ain yang lain.

terima kasih. (:

Nazaruddin said...

Nak tengok blue whale kak..Bleh jadi PINOCCHIO