06 June 2009

Laporan Perjumpaan Pembaca Di MINES

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam bersantai di hujung minggu bersama keluarga.

Kak Ain baruuuuuuuu sahaja balik dari kenduri kahwin sepupu di Rawang. Hari ini Kak Ain jadi gadis pembawa dulang hantaran =D

Bila sampai rumah ini, walaupun penat.... Kak Ain mesti tunaikan janji nak berkongsi gambar-gambar ketika Pesta Buku Read Malaysia '09 semalam. Terus buka komputer dan Cik Abang pula sangat baik hati tolong editkan semua gambar. TQ Mr. Manager! =D

Seperti yang dijanjikan, sesi bertemu pembaca ini diadakan di Pentas 1 Dewan MIECC. Kak Ain dan Cik Abang datang pukul 5.00 petang, awal setengah jam dari masa yang ditetapkan.

Sampai sahaja, Cik Abang terus susun segala keperluan komputer, projektor dan wayar-wayar. Sementara Kak Ain dan beberapa staff PTS (thank you soo much for helping!) pula memasang bunting AinMaisarah di atas pentas.

Ketika Kak Ain pasang bunting, ada beberapa pembaca yang sudah hulur buku minta ditandatangan. Puaslah Kak Ain minta tunggu. Tetapi ramai yang kata lambat sangat nak tunggu hingga pukul 5.30 petang.

Tepat pukul 5.30 petang, acara berlangsung dengan pengenalan Sekolah Sri Bangsar. Buat pengetahuan semua, kini pelajar Sri Bangsar sudah mencapai angka 1701 orang! Memang ramai. Memang meriah!

Cik Abang juga beri sedikit penerangan tentang Sekolah Sri Bangsar kepada para pembaca yang hadir di MINES pada hari itu tetapi masih belum lagi mendaftar. Jom-jom-jom semua! Kita mendaftar di Sekolah Sri Bangsar!


Selepas sesi penerangan, Kak Ain dan para pembaca semua duduk dalam bulatan. Ketika ini, para pembaca boleh bertanya apa sahaja soalan kepada Kak Ain. (Yang Kak Ain pangku itu namanya Aida. Kakaknya di sebelah memakai tudung pink itu juga bernama Aida. Sungguh baik duduk atas pangku dan tak nangis pun!)


Sambil-sambil itu, Cik Abang bahagi-bahagikan coklat dari UK pemberian Brother Asif. Ramai yang puji coklat ni sedap. Memang sedap sangat sebab ianya coklat dari kilang Cadbury Birmingham. Tiada coklat itu di Malaysia. (Biskut dalam gambar hanya hiasan semata-mata kerana ianya sudah selamat berada dalam perut Kak Ain pada hari pertama ia tiba di Malaysia lagi)


Selesai sesi bermesra dalam bulatan, semua pembaca yang hadir diminta bergambar bersama-sama. Kami juga menyanyikan lagu Sekolah Sri Bangsar ala koir. Merdu-merdu sungguh suara pembaca AinMaisarah ni! =D Nanti Kak Ain masukkan videonya ya.





Oh! Dalam ramai-ramai, ada seorang pembaca bernama Ikmal yang memakai baju kuning. Senang sahaja mencari orangnya. Dia satu-satunya pembaca lelaki buku AinMaisarah yang hadir. Kata Ikmal, dia melihat iklan di Berita Harian tentang sesi AinMaisarah bertemu pembaca. Itu sebabnya Ikmal datang ke MINES nak berjumpa Kak Ain. Bila Kak Ain tanya Ikmal, buku apakah yang paling digemarinya.... jawapannya adalah Impiana I dan Impiana II =D



Selepas itu, barulah sesi tandatangan buku dibuka. Ketika itu, seperti biasalah.... Kak Ain akan mengerah sepenuh tenaga tangan untuk menandatangan semua buku-buku yang dibeli pembaca.


Sambil-sambil menandatangan buku, tak sah sekiranya tidak mengambil gambar bersama.

Ini gambar Kak Ain bersama Cik Adik Adilah. Cik Adilah juga bertanya tentang Impiana III. Alahai, ramai sangat tanya sambungan Impiana III.... sampai Kak Ain stress dibuatnya! Heheh.... jangan risau. Kak Ain sebenarnya sedang peram cerita Impiana III. Kak Ain mahu Impiana III menjadi buku yang memuaskan hati semua. Jadi sabar menunggu ya!


Ini pula Cik Adik Maisarah. Berumur 12 tahun. Alaaa... comel kecil orangnya tetapi sangat peramah mulutnya! Haaaa.... Cik Adik Maisarah juga bercerita pada Kak Ain, ramai pelajar di kelasnya yang bertukar-tukar membaca buku AinMaisarah. =D Tersenyum Kak Ain mendengar petahnya Maisarah bercerita.


Ini pula gambar Khairunisa, Nur Aqilah dan adiknya. Terima kasih ya kerana sudi hadir berjumpa Kak Ain!


Ini pula gambar Kak Ain bersama Cik Adik Izzati. Izzati membeli buku Impiana I dan Impiana II. TQ dear!


Ini pula gambar Kak Ain bersama Cik Adik Amalina yang asyik tersenyum manis setiap ketika =D


Ini gambar pembaca AinMaisarah lagi dan lagi dan lagi. Berapa banyak gambar daaaa........

=D


Cik Adik yang seorang ini comel memakai anting-anting. Waaa.... lawa sangat! Kak Ain rasa macam nak pinjam!


Cik Adik Hidayah dan Cik Adik Syifa juga hadir ketika majlis di MINES. Tetapi kami tidak sempat bergambar bersama. Ini gambar yang Kak Ain ambil ketika berjumpa Dayah di Mid Valley sempena menyambut harijadinya yang ke-12. Happy belated birthday Dayah! Kepada Syifa.... good luck for PMR! =D


Dalam ramai-ramai, keluarga pembaca inilah yang menunggu Kak Ain hingga selesai mengemas segala-galanya. Sudahlah datang dari Seremban, sanggup pula tunggu hingga ke akhirnya =D Terima kasih sangat-sangat Kak Ain ucapkan. Terharu sangat rasanya.


Bila sudah tiada orang lain, kami siap naik ke pentas dan main posing-posing! Hahah! Selamatlah tak ada mata memandang. Kalau tidak, memanglah segan!

Ini gambar Cik Adik Alyia Farzana dan AinMaisarah yang tergelak besar. TQ SO MUCH DEAR sebab sudi kirimkan gambar yang dirakamkan kepada Kak Ain malam tadi juga. Memang tangkas Alyia bekerja! Susah payah attached semua fail gambar yang diambilnya. Jasamu kukenang sampai bila-bila!

Ini pula gambar adiknya, Sheqah. Sila lihat betul-betul pada tudung Sheqah. Ada sesuatu yang menarik di situ. Ada tersemat lencana Sekolah Sri Bangsar! =D

Ini pula bersama adiknya yang kecil sekali. Ahaha! Jangan tak tahu! Kak Ain yang ajar si kecil ini berposing sambil bercekak pinggang. Comel kan? =D

Inilah gambar terakhir yang Kak Ain ingin kongsikan bersama para pengunjung semua. Gambar ini gambar Kak Ain bersama Kak Ann iaitu editor PTS yang memeriksa manuskrip Kak Ain sebelum ianya diterbitkan menjadi buku.

Haaaa.... kalau nak tahu, inilah orangnya yang selalu menelefon Kak Ain dan bertanya:

Bila nak hantar buku?
Bila nak hantar buku?
BILA NAK HANTAR BUKU?????

Heheh.... inilah guru disiplin AinMaisarah dalam bidang penulisan. Mujur Kak Ann tak garang macam Cikgu Amnah Jambul Kembang! =D


Okey, habis juga laporan bergambar AinMaisarah di MINES kali ini.

Sekali lagi, Kak Ain nak ucapkan terima kasih kepada para pembaca yang hadir. Kepada yang tidak dapat hadir... tak mengapa. InsyaAllah akan ada banyak lagi sesi bertemu pembaca yang akan diaturkan untuk anda semua.

Apa yang penting, setia menjenguk laman web Rumah Pink AinMaisarah ini ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah


25 comments:

BalqisBasri (^^,)v said...

Wohoo.. Jeles laa juga ;)
Hehehe.. Balqis tak dapat pergi, ayah ada hal..
Soo, bertuah siapa yang dapat pergi tu :D

M E Z said...

Betul tu Balqis, Jelesnye..
MeZ tak boleh pi sebab MeZ tinggal dekat KeDah..
Syoknye Kalau dapat pergi.. :D

M E Z said...

Kak Ain catik + cute la..
terutama yang pembawa dulang tu. :p

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

tahnks sbb latak gamba dayah . Thanks sgt3 for wish!!!! Heheh

luv u,

chika said...

bestnya.....gambar saya ada masuk lagi dailam blog kak Ain..

chika said...

sebenarnya dalam SSB nama saya Sheqah....Nama betul Nur Shafiqah

Anonymous said...

bestnya sape yg pi 2.....sy x dpt pi la....huhuhu....

Alyia Farzana said...

Hihihihi, thanks kak Ain sebab letak gambar kai adik-beradik!!!

Fatihah N. said...

Huhuhu, sedihnyer xdpt pegi
Ayah saya keje
huhuu

Anonymous said...

posing nmpk!boleh jadi model tudung gak k.ain ni!=D seronoknye yg bleh pegi tu..=(

Bintu Qist said...

BESTNYER!! muka saya masuk...

Farahani said...

Salam Kak Ain,

Wah!Cantik dan bergaya Kak Ain ya ! :D

Haha.Comellah adik yang Kak Ain ajar dia cara berposing cekak pinggang.Cemburu gila tak dapat pergi!Huhu.

Alyia Farzana said...

Hahahahaha

Unknown said...

woohoo.....jelesnye:(
Dini tak dpt pergi sebab tak ada transport,ayah keje,mak pun sama.
Bertuahnye sape yg dpt pergi.
Ni mak punya.

Salam,
Dini Fathinnajwa

Unknown said...

Huhuhu

Unknown said...

Huhuhu

Aina Yasmin said...

hmm..
sedih nya tak dapat datang..
sob..sob..
hehehe

twxs said...

yg sepupu kak ain kawin tu, dia kawin ngan org klantan ke?

AinMaisarah said...

Dear Balqis,
It's okay. Kita dah selalu jumpa kan? ;D

Dear MeZ,
Nanti bila-bila Kak Ain buat sesi bertemu pembaca di Kedah... harap dapat jumpa MeZ ya!

Dear Dayah,
Alaaa... gambar Kak Ain dengan Dayah sebenarnya ada banyak kan... kan... kan. Tapi sekali-sekala sangat dapat masukkan dalam blog bila ada kaitan dengan entri. By the way, Kak Ain suka beg yang Dayah pakai!

Dear Sheqah@Shafiqah,
Sheqah kena ucap terima kasih pada Kak Alyia Farzana yang gigih hantar e-mel attachment gambar pada Kak Ain. Sampai pukul 1 pagi menghantar e-mel!

Dear Eyrah,
Tak apa.... banyak lagi buku Kak Ain nak tulis. Maknanya banyak lagi sesi bertemu pembaca yang akan diaturkan. =D Kita jumpa juga nanti!

Dear Alyia,
Kak Ain yang sepatutnya ucapkan terima kasih banyak-banyak-banyak. Sudi datang berjumpa Kak Ain buat kali kedua. Sudi bergambar posing bersama-sama. =D Hope to see you again dear!

Dear Fatihah,
Tak mengapa tak dapat berjumpa kali ini. Kak Ain pasti ada kesempatan dan ruang waktu lain untuk kita berjumpa. =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

Batrisyia said...

Bestnya....kenapa la mak bapak asyik busy je?? Kalau dapat pergi, mesti syok.. Air liur siap meleleh lagi bila tengok gambar coklat Cadbury tu...... Bertuahnya sesiapa yg dapat pergi tu.......=(

M E Z said...

Huray....
10 Q kak Ain

chika said...

kak Ain.....masa Alyia tulis tuh saya pun ada kat sana juga...saya tolong tengok sampai habis.....lepastuh hantar kat cik abang suruh bagi kat kak Ain...Tapi kak Ain jangan buat perjumpaan kat Kedah pulak...Nanti saya tak dapat gi sebab jauh sangat...hehehe..kalau setakat gi kat Kuala Lumpur tuh takpe juga...nanti kak Ain buat dekat-dekat kat Seremban boleh tak??Kak Ain nanti tanya cik abang tau..

from,
Shafiqah@Sheka@Sheqah

Ihdini said...

sorry kak ain..

saya x dapat hadir kerana masa kak ain kat situ saya kat dalam kapal terbang ke madan..

HR by HaziqRidzuan said...

sedihnye sensangat zackg tak dapat join perjumpaan ni...
sekarang zackg bergelar mahasiswa di UiTM...
sibuk sikit la...banyak assignment...
waaaa,nak join!!!

PeAcE said...

semakum..
buku kak ain bestlah.
sye nk beli buku Aku Mahu Saiz
xpi x jumpa..
anyway congratullations