28 June 2009

Bantu Kumpul Maklumat Menjayakan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat berhujung minggu semua!

Pagi ini Kak Ain baru sahaja selesai berbincang dengan pihak Pengurusan AinMaisarah. Kami sedang merancang program Jelajah Sekolah AinMaisarah.

Pihak pengurusan sudah menetapkan bahawa dalam bulan Jun dan Julai, Kak Ain hanya akan fokus dan menjelajah sekolah-sekolah yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Ini kerana pihak pengurusan mahu meminimakan masalah-masalah berbangkit seperti tempat penginapan dan kos pengangkutan.

Oleh itu, Kak Ain perlukan bantuan dari para pembaca semua. Kak Ain mahukan maklumat tentang aktiviti-aktiviti sekolah anda yang sesuai dan membolehkan Kak Ain datang ke sekolah anda.

Contohnya, SMK (P) Raja Zarina di Pelabuhan Klang telah menjemput Kak Ain bagi mengisi aktiviti Minggu Perpustakaan.

Antara aktiviti-aktiviti lain yang Kak Ain rasakan sesuai adalah Minggu Bahasa Melayu, Minggu Koperasi, Hari Keluarga, Minggu Kerjaya dan Minggu Kempen Membaca.

Kak Ain minta pertolongan para pembaca yang bersekolah di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur supaya mengumpulkan maklumat berikut:

1) Nama sekolah
2) Nama aktiviti
3) Tarikh aktiviti tersebut
4) Nama guru yang menguruskan
5) Nombor telefon guru tersebut
6) Laman web sekolah (jika ada)

Maklumat berikut bolehlah dihantarkan melalui e-mel kepada maisarah_ain@yahoo.com

Melalui maklumat yang diberikan nanti, pihak pengurusan akan berhubungan dengan sekolah anda. Pihak pengurusan juga merancang membuka gerai menjual buku-buku remaja PTS selama dua hari di sekolah yang terpilih.

Selain menjual dan mempromosi buku, ada juga cabutan bertuah yang akan dilakukan. Seluruh warga sekolah berpeluang memenangi cabutan bertuah tersebut dengan syarat, datang sahaja ke gerai buku PTS.

Kak Ain juga akan datang ke sekolah tersebut terutama ketika waktu rehat bagi mengisi sesi tandatangan dan bertemu pembaca.

Kepada para pembaca yang mempunyai ibubapa yang mengajar di sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Kak Ain juga meminta jasa baik anda. Hantarkan e-mel maklumat tentang aktiviti di sekolah ibubapa anda. InsyaAllah pihak pengurusan akan melakukan perbincangan selanjutnya mengenai tarikh sesuai AinMaisarah ke sekolah tersebut.

Sememangnya Kak Ain begitu teruja mahu melaksanakan program Jelajah Sekolah AinMaisarah ini. Sekiranya anda mahu Kak Ain ke sekolah anda, rebutlah peluang keemasan ini. Pihak pengurusan akan mendahulukan permintaan pembaca AinMaisarah.

Hantarkan maklumat tersebut melalui e-mel maisarah_ain@yahoo.com secepat mungkin.

Siapa cepat... sekolahnya akan terpilih =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

22 comments:

nur said...

bestnya...

alyiafarzana said...

nanti saya hantar...

alyiafarzana said...

teruja sangat....

alyiafarzana said...

kak Ain kalau dekat seremban boleh tak???

mizmia said...

Ain..Ifza ada send mail.urgent.tq.

Shasha~Acha said...

kak ain,buat lah kat johor plak...
buat kat city square ke? ajaklah geng ptsone sekali.... mana tahu,ada rezeki saya bole datang...tapi bagitau saya lah ye?

DJ Farahani said...

Hmm,

Insya-allah Farah akan bagi maklumat tu kepada cikgu Farah.Farah tak rapat dengan cikgu sebenarnya.=D Hehehe..

Adalah kawan Farah yang rapat dengan cikgu.Diapun minat buku PTS One juga.Mungkin dia boleh tolong.

Bandar Baru Bangi di Selangorkan Kak Ain ?

Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga. Heheh.=)

aQ iNs@n Bias@ said...

Kalau xde apa2 hari special x leh ke????SMK pon kak Ain datang kan..????

Anis Farzana said...

Kak ain,kalau tak ade paper minggu BM ker..sume2 tu.Kak Ain boleh ker pergi waktu kokorikulum?Kalau sekolah rendah boleh?Nnti saye hantar nama sekolah.

Anis Farzana said...

kak ain boleh dtg tak masa kokorikulum?Sebabnye sekarang skolah jarang buat Minggu BM sume tu.Kalau sekolah rendah boleh ker?Nnti saye hantar name sekolah.=D

aida nursheila said...

Putrajaya sekali ke?

miera_nasako said...

salam k.Ain...saya nak tanya pasal buku mr.lobak-lobak yang saya tempah pada 1 mei yang lalu...tapi sampai sekarang tak dapat lagi buku tu...bila boleh dapat ekk...k.Ain...

MeZ said...

Ala kat KL & Selangor je ke... Kat Kedah tak buat? ;(

izzah said...

ala kat perak kak ain tak buat ke???

Murni97 said...

best gilerr la kak ain bende ni!
tapi,kalo xde apa2 event tapi nk jemput kak ain gak bleh ker?

ihdinimj said...

bestnye..tapi buat masa sekarang, skolah saya tak ada event..

Aqilah said...

jelesnye.
dah la persta buku antarabangsa x buat kat negeri lain...asyik KL je.
kak ain pun tak leh datang ipoh..
buku yang saya beli dari internet kat kedai pink pun x dapat lagi..dah lebih 1 minggu..

linda_ros said...

wow.best la

zainina said...

arrr!!!kak ain!!!x aci l0rh cam2....yg dpt peluang cmer..klang n selang0r jerK!!!!x aci2!!!alar...kak ain datang larh ker batu pahat j0hor plieze!!

hitomi said...

assalamualaikum..
akak ain..sya nie peminat akak...
bila akak nk gi sek saya??
sek saya kat johor...
harap sgt dpt jumpa dengan akaka...

NUR AQILAH BINTI KAMARUDDIN said...
This comment has been removed by the author.
NUR AQILAH BINTI KAMARUDDIN said...

assalamualaikum, kak ain. saya ingin kak ain datang ke sekolah saya. sekolah saya di SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI, CHERAS, 56000, KUALA LUMPUR. saya harap kak ain dapat datang ke sekolah saya. kalau sekolah kakak saya 'KHAIRUNISA' pula di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MULIA, BANDAR TUN RAZAK, KUALA LUMPUR. saya harap kak ain dapat datang ke sekolah saya dan juga kakak saya.