25 June 2009

AinMaisarah Tembusi Pasaran Sekolah - Destinasi Pertama SMK (P) Raja Zarina

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini dapat juga Kak Ain kembali menghadap komputer dan memasukkan entri baru tentang kehidupan Kak Ain sebagai penulis.

Sebenarnya, selama dua hari lepas.... Kak Ain berkampung di SMK (P) Raja Zarina, Klang. Kak Ain telah menerima undangan bertemu dengan para pelajar sempena Minggu Perpustakaan sekolah tersebut.


Memang seronok sungguh Kak Ain dapat berjumpa pembaca buku AinMaisarah di sana. Ini pertama kali Kak Ain buat jelajah promosi masuk sekolah. Ianya satu pengalaman dan kenangan berharga yang tak mungkin Kak Ain lupakan!

Kak Ain diberi dua buah meja bersebelahan kantin untuk mempamerkan buku-buku PTS. Kak Ain membawa dan memperkenalkan 9 buah buku AinMaisarah (hanya Aku Mahu Teman Tapi Mesra tidak dibawa kerana sudah habis licin di stor dan masih belum diulang cetak)

Selain itu, Kak Ain bawakan novel-novel remaja PTS yang lain juga. Sepanjang Kak Ain berada di situ, hanya pujian demi pujian tinggi melangit yang menyinggah telinga:

~Novel PTS best!
~Novel PTS sedap (boleh dimakan begitu sahaja.... heheh)
~Novel PTS menarik, tertarik dan DA BOMB!

=D Kak Ain hanya tersenyum sambil mencuri dengar bisikan para pelajar ini. Dalam hati, Kak Ain rasa sungguh bersyukur dan berbangga kerana bernaung di bawah penerbitan PTS. Alhamdulillah!

Bercerita tentang SMK (P) Raja Zarina yang terletak di Pelabuhan Klang ini, ianya adalah sekolah untuk pelajar perempuan sahaja. Ada hampir 1800 pelajar bagi kedua-dua sesi pagi dan petang. Semuanya sporting dan peramah belaka. Apabila bertembung dengan Kak Ain, pasti tersenyum mesra sambil mengucapkan, "Hai Kak Ain."

Mula-mula Kak Ain pelik juga. Takkanlah semua pelajar sekolah ini kenal AinMaisarah. Rupanya sudah ada pengumuman yang dibuat oleh guru ketika perhimpunan sehari sebelum kedatangan Kak Ain ke sekolah tersebut.

Kak Ain rasa, dalam banyak-banyak sesi bertemu pembaca.... sesi kali ini paling meletihkan. Cuba bayangkan, awal-awal lagi Kak Ain sudah bertolak dari rumah di Mid Valley pukul 7.30 pagi menuju ke Pelabuhan Klang bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Kak Ain juga perlu memastikan sampai sekolah pukul 9.00 pagi seperti yang dijadualkan. Sesi berjumpa pembaca pula berlanjutan hingga pukul 3.45 petang.

Sebaik sahaja sampai, belum sempat buku-buku disusun rapi.... Kak Ain sudah dikerumuni para pelajar yang baru selesai aktiviti ko-kurikulum.


Belum habis melayan kumpulan pelajar ini, datang pula serbuan para pelajar yang berehat tepat pukul 9.40 pagi, sebaik sahaja loceng berbunyi nyaring.

Waktu itu Kak Ain sudah pening kepala! Ah! RAMAINYA yang perlu dilayan!


Akhirnya Kak Ain ambil pendekatan menerangkan buku-buku AinMaisarah secara berceramah kepada para pelajar yang berkumpul. Memang mustahil mahu melayan seorang demi seorang.


Setelah buku dibeli, barulah Kak Ain menandatanganinya pula. Ketika itu, sempatlah Kak Ain beramah mesra dan bertanya khabar dengan para pelajar SMK (P) Raja Zarina ini.


Selain sesi tandatangan, seperti biasa gambar diambil sebagai kenang-kenangan.


Okey.... kali ini Kak Ain mulakan sesi cuci-cuci mata melihat koleksi gambar pembaca AinMaisarah dengan gambar di bawah ini. Ianya gambar Kak Ain bersama Cik Adik Saadiah. Saadiah adalah pelajar tingkatan enam di sekolah bersebelahan. Mendapat tahu berita kedatangan Kak Ain ke SMK (P) Raja Zarina melalui adiknya. Habis waktu persekolahan, Saadiah terus ke SMK (P) Raja Zarina. Excited sangat kerana sudah membaca semua buku karya AinMaisarah! Kak Ain pun excited jumpa Saadiah yang peramah sekali =D


Ini gambar Kak Ain bersama Cik Adik Izyani. Izyani menghadiahkan Kak Ain sebuah button badge yang tertulis "Yanie & Kak Ain - Always Remember Me in SMKRZ" Terima kasih Izyani! Kak Ain doakan Izyani berjaya melepasi proses menjadi pengawas percubaan. Jadilah pengawas yang cemerlang, gemilang dan terbilang ya!


Kak Ain juga terima surat cinta yang diberikan oleh Cik Adik Iliyin (heheh.... Cik Abang jeles tak?) Terima kasih atas pemberian kad dan surat yang sungguh sweet itu ya! =D


Ini pula bersama Cik Adik Fatin. Gambar ini diambil pada hari pertama Kak Ain di SMK (P) Raja Zarina. Pada hari kedua, Fatin sudah mencuci gambar yang diambil bersama Kak Ain dan meminta Kak Ain menandatanganinya. Fatin beritahu, ibunya menghantar ke kedai foto bagi mencuci gambar kami berdua. Alaaa.... terharu sungguh Kak Ain!


Selain bergambar berdua, Fatin juga berposing dengan Laila dan Sasha. Ketiga-tiganya pengawas yang berkaliber!


Seorang lagi pelajar yang setia menjenguk Kak Ain waktu pagi, waktu rehat dan waktu Kak Ain nak balik adalah Cik Adik Edlyn (kiri dalam gambar) Edlyn sudi tolong Kak Ain susun-susun buku di atas meja. Terima kasih ya!


Kak Ain juga bergambar bersama Husna dan Zenaida. Terima kasih kerana membeli buku AinMaisarah! Jangan lupa mendaftar jadi pelajar Sekolah Sri Bangsar!


Okey.... sesi bergambar bersama pengawas lagi. Kali ini bersama Nadia dan Ain.


Ini pula Cik Adik Wani, pelajar tingkatan lima di SMK (P) Raja Zarina. Sempat bergambar dengan Kak Ain sebelum bergerak menghadiri kelas tuisyennya. Good luck for SPM'09!


Haaa.... ini gambar kumpulan vogue yang boleh melawan populariti The Wannababes! =D Heheh. Mereka berempat sungguh kecoh! Kak Ain ingat nama Fatin Khalisa, Sheryll, Melissa dan Nurul. Mereka juga sudah menggayakan lencana Sri Bangsar sebaik sahaja membelinya!


Ini pula bersama Ain (kiri) dan Husna (kanan). Ain sudah mendaftar menjadi pelajar Sekolah Sri Bangsar. Sungguh aktif Ain di sana. Sudah mencatat hampir 50 mesej! Tentu sekejap sahaja lagi Ain boleh naik jadi pelajar tingkatan lima Sekolah Sri Bangsar =D


Gambar Kak Ain bersama seorang lagi Ain. Hai.... ramainya yang bernama Ain!


Ini pula Cik Adik Rafaa yang cool orangnya. Kak Ain suka cermin mata Rafaa. Rafaa juga sudah mendaftar di Sekolah Sri Bangsar. Lepas ini ajak kawan ramai-ramai serbu laman web Sri Bangsar ya!


Cik Adik Natashah juga pembeli buku AinMaisarah. TQ so much dear!



Kak Ain juga tentu ingat Cik Adik Zuhaili. Kami kecoh berbincang tentang gaya berposing mengambil gambar yang sesuai =D


Selepas itu, bergambar beramai-ramai bersama kawan-kawan Zuhaili pula. Erk? Kenapa tangan Kak Ain macam tangan penyanyi nasyid???


Ini pula Aini, Diba dan dua lagi rakannya. Mereka ini begitu selamba berposing sakan. Ini posing gaya A.


Ini pula posing gaya B. Peace no war gitu!


Haaa..... ini dia seorang lagi pelajar bermulut kecoh yang meneman Kak Ain iaitu Astry Amami. Di belakang pula adalah Amelia, pelajar berbangsa Cina yang membeli buku AinMaisarah.


Selain buku-buku novel remaja, Kak Ain juga bawa merchandise Sekolah Sri Bangsar iaitu buku latihan dan lencana. Habis licin diborong semuanya!


Akhirnya..... selesai waktu rehat pukul 3.45 petang tadi, Kak Ain sudah berkemas balik. Sebelum ke kereta, sempat lagi bergambar buat kali terakhirnya!


Kepada semua pelajar SMK(P) Raja Zarina yang sudi membeli buku, beratur meminta tandatangan, bergambar dan bermesra bersama.... ribuan terima kasih Kak Ain ucapkan.

Harapnya tahun hadapan adalah lagi jemputan untuk AinMaisarah ke SMK(P) Raja Zarina. Bolehlah Kak Ain ke sana lagi. Buat semua yang sudah berjumpa, selalu-selalulah menjenguk Rumah Pink AinMaisarah dan jangan lupa mendaftar diri sebagai pelajar Sri Bangsar di www.buletinsribangsar.com ya!

Selepas ini Cik Abang iaitu Pengurus AinMaisarah sudah merancang mahu merangka program Jelajah Sekolah AinMaisarah. Kak Ain cukup teruja mendengarnya! Rasa tak sabar nak pergi ke sekolah-sekolah lain pula dan berjumpa dengan para pembaca.

Nanti Kak Ain akan umumkan perancangannya di Rumah Pink ini. Doakan semuanya lancar dan berjaya =D Amin!

Salam Sayang,
AinMaisarah

25 comments:

-tirah- said...

kasihan k.ain,,rehatlah banyak2 kat rumah ek?insyaallah,kalau saye ada masa,saya daftar jadi plajar sri bangsar!he,he..

Nuraqilah Izzati said...

Alar k.Ain niey..
daa alang p Klang..
terus je lar p SMK(P)Kapar..
Plezz..Ramai gler yg minat k.ain taw,,,
pergilah....

zaharahanum said...

Assalamualaikum wbt.,

Sebagai pembaca setia blog ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana puan kini telah bejaya menggempur tembok sekolah.

Membaca catatan puan kali ini, saya mencadangkan agar puan mengadakan program 'Sehari Bersama Ain Maisarah'. Saya pasti program ini berupaya menjadi medan terbaik bagi puan untuk beramah mesra bersama peminat2 puan.

Program kerjasama dengan sekolah2 ini juga boleh dikembangkan lagi kepada program-program hujung minggu atau kem cuti sekolah.

Semoga bermanfaat.

AinMaisarah said...

Dear Tirah,

Kak Ain tak boleh rehat lagi, perlu siapkan buku pula. Selain itu nak bungkus buku untuk para pembeli online.

Kak Ain dah pening lalat =(

Dear Aqilah Izzati,

Memang Kak Ain nak ke sekolah Izzati jika ada jemputan. Jika ada minggu Perpustakaan atau Minggu Kerjaya.. mungkin cikgu sekolah boleh jemput Kak Ain. Emel Kak Ain jika ada maklumat guru, Kak Ain akan pass pada Pengurus AinMaisarah ye.

Salam Cik Puan Zaharahanum,

Semoga sihat dan ceria di pagi Jumaat ini. Terima kasih kerana setia membaca blog ini yang kurang diupdate =D

Alhamdulillah saya sendiri cukup teruja memasuki pasaran sekolah. Bernaung di bawah penerbit PTS juga adalah satu kelebihan. Semua guru-guru percaya jenama PTS. Malah mereka yang menggalakkan para pelajar membeli novel! =D

InsyaAllah saya memang mahu terus bekerjasama dengan pihak sekolah. 'Program Sehari Bersama AinMaisarah' juga begitu menarik kedengarannya.

Terima kasih kerana sudi berkongsi idea ya! =D

MeZ said...

minta-minta sekolah MeZ pun tersenarai la ye.. amin..
Sekolah MeZ dekat SMK Kulim,Kedah..
rasa-rasa kak Ain boleh datang tak?

-[C]hingWei- said...

Kak Ain!
Datanglah sekolah saya!
Ada seorang cikgu saya mukanya sama macam Kak Ain.
Lebih kurang sama lah. =D
Harap-harap Kak Ain dapat ke sekolah saya! *Cheers!

aLyaLya =] said...

Oh, nanti Alya inform Kak Ain KALAU guru besar ada nak buat minggu perpustakaan ke apa ke. Tapi apa yang pasti, lepas UPSR @ Peperiksaan Akhir Tahun lah =D

DJ Farahani said...

Salam Kak Ain ,

Wah ! Tentu padat aktiviti seharian Kak Ain ! :DD


Kak Ain , kalau Kak Ain tak sibuk sangat(sangatsangat) , Kak Ain lawatlah sekolah Farah , Qilah n Dayah !

Sekolah Kebnagsaan Jalan Tiga , BBBangi . Kawan Farah pun ada yang minat Kak Ain !!

Good Luck Kak Ain !

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ said...

nanti ada minggu perpustakaan..
Kak Ain datang lah ya..
SMK Tengku Mahmud..
tak jauh..
kat Besut, Terengganu je.. =P

saya akan sedaya upaya memujuk cikgu2 perpustakaan supaya menjemput Kak Ain nanti!!

+Fatihah+_+Ory+ said...

wah
ade time dtg Sk Taman Universiti plak.....

alyiafarzana said...

Wah bestnya...harapnya, kak Ain datang sekolah saya kat Seremban!!!!

✖Mizz Yasmin✖ said...

2 dah sekolah yang kak ain lawati..
ke dua dua nya sekolah perempuan ye?
hehehe!

farah syahida said...

kak ain klu dtg kedah jgn lupa p la sklh farah ye...
Maktab Mahmud Alor Star Puteri

farah syahida said...

kak ain klu dtg kedah jgn lupa dtg sklh farah taw...
sklh Maktab Mahmud Alor Star Puteri

Fatin said...

Kak Ain datang la sekolah kitaorang -SK Jelapang Ipoh,Perak

wannababesnajwa said...

kak ain!!!dtgla skolah syer!!sye mohon beribu-ribu mohon pada kak ain sila-silalah dtg ke sekolah sye..sekolah kebangsaan taman paroi jaya,seremban.satu kelas sye baca buku kak ain tau!!plizz..kak ain is the best author in da world!!sye doakan kak ain cepat jd bilionair bukan setakat bilionair tpi trilionair!!ok bye!!

eerapeace said...

Kak Ain yg comel, =D
Datang lah sekolah SMK Seri Serdang..
Harap harap lah boleh...
Amin..

ellyza said...

assalammualaikum..
kak ain terima kaseh sbb masuk kn name ain dlm blog kak ain ni..
n terime kasih kerana bercerita ttg ain juga.
n bnyk2 terima kaseh coz dtg sekolah kami n bergmbr dgn kami...

nnt dtg lg ye..
heheheh
thanx a lot..

t-ra said...

k.ain..
ble nk trun jay bee plak!?
k.ain pnye novel da pop 1 skola..
espclly..
impiana I,II..
k.ain klu kat jay bee snggah2 ler kt s.m.k tasek utara1..
klu k.ain ade msti gmpk pnye!!!

Batrisyia said...

Salam Kak Ain,

Kak Ain datang la pulak kat Bdr Baru Bangi...SK Jalan 3.. Novel PTS terutamanya novel Kak Ain mmg top kat sekolah!

Batrisyia said...

Tak perasan pulak yer....rupanya saya ni sama sekolah dgn DJ Farahani......cuma saya lebih senior....=D

~ n i s a ~ said...

k.ain,
nisa nk tnye, bley x klu nk beli button badges SSB shj ????

latifah said...

akk..buwat la cbox..

Ameera said...

kak ain nnty pegy larh skolaa saya pulak ..
dkt SMK Dato'Ahmad Razali , Ampang ..
msty bestt ..

Filzah said...

kak ain dtglah skola convent taiping.
ramai peminat kak ain kat sini .
nanti kalo kak ain dtg jgn lupe sebot name saya ye .
faten nabilah hehe..
baru famous cket..