01 July 2009

Perjumpaan Jana Tiga Idea Novel Serentak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini, Kak Ain masukkan gambar-gambar aktiviti yang berlaku di rumah Kak Ain. Alhamdulillah... hari ini begitu produktif sekali. Bermula pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang, empat penulis telah berjumpa dan berkumpul bersama.

Kak Ain ucapkan terima kasih kepada Kak Rose Harissa (bertudung merah), Cik Miz Mia (bertudung gaya Ekin) dan Kak Lily Haslina Nasir (bertudung putih) kerana sudi datang ke rumah Kak Ain dan berbincang tentang plot novel-novel kerjasama antara kami.


Terima kasih juga kepada Cik Abang kerana sudi luangkan masa mengetuai perbincangan ini. Memang Cik Abang pengurus yang sungguh dedikasi. Nanti Kak Ain nak bayar bonus lebih bila dapat royalti tahun 2008! =D

Haaa.... nak tengok kerja-kerja belakang tabir seorang penulis?


Inilah situasinya. Pizza tak bersentuh. Papan putih penuh berconteng dengan belon-belon idea. Komputer dan internet jadi rujukan. Buku nota berjela-jela mencatat segala idea yang terlintas di sepanjang tempoh perbincangan.


Sebenarnya inilah sebahagian perancangan kareer penulisan Kak Ain. Tahun ini Kak Ain memulakan konsep menulis novel bersama penulis-penulis lain. Kerjasama ini amat bermakna kerana semua penulis yang sudi berkerjasama adalah penulis yang berpengalaman. Kak Lily dan Kak Rose memang terkenal dengan novel-novel yang telah diterbitkan dengan penerbit Alaf21. Cik Miz Mia pula dengan penerbit Karnadya.

Buat pertama kalinya, Kak Ain bekerjasama dengan Kak Lily Haslina Nasir bagi menghasilkan novel berjudul 'Projek Fesyen AinMaisarah'

Kak Rose pula adalah penulis bersama bagi novel 'Projek Diet AinMaisarah'

Cik Miz Mia sahaja sedikit berlainan kerana meneruskan penulisan siri Aku Mahu yang akan keluar dengan judul terbaru iaitu Aku Mahu "Super Bibik"

InsyaAllah, ketiga-tiga buku ini akan menjenguk pasaran dalam tahun 2009 ini juga.

Pada masa yang sama, Kak Ain masih meneruskan penulisan solo bagi novel-novel yang dijanjikan sebelum ini. Sekarang sudah ada tiga siri yang perlu dipastikan terus berkesinambungan iaitu siri Aku Mahu, siri Impiana dan siri Buletin Sri Bangsar.

Kak Ain amat bersyukur kerana dipertemukan dengan tiga penulis berkaliber yang sudi bekerjasama menulis bersama AinMaisarah. Kepada Kak Lily, Kak Rose dan Miz Mia.... harapnya usaha kita ini membawa berkat yang berkekalan dan berpanjangan hendaknya.

Chaiyok Kak Rose!
Chaiyok Kak Lily!
Chaiyok Miz Mia!

and last but not least.... CHAIYOK-CHAIYOK AINMAISARAH!

Salam Sayang,
AinMaisarah

19 comments:

ADSHA :) said...

yeah caiyooook kak ain !

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ said...

aja aja fighting Kak Ain!

Nur Iman said...

ye2!!!
IMPIANA III akan kembali!!!
fuyoo!!!
sure saye bile 3-3 buka 2 skali...
anyway,good luck Kak Ain!!
syg Kak Ain!!!

MeZ said...

Go!Go Kak Ain. MeZ akan beli buku Kak Ain ( Melalui secara terus dari kak Ain). Chiyok!!!

ann said...

Goog luck Ain. Semoga bertambah murah rezeki. Tapi nanti jangan lupa hantar buku untuk Ann juga ya. tengah menunggu ni....

DJ Farahani said...

Wah!

Sangat maju Kak Ain sekarang ya!Harapnya dapat keluar dengan elok ketiga2 buku yang dirancang tu.insya-allah...:)

aida nursheila said...

chaiyok2 !!!

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

hhehe.. go go kak ain. You can do it.

Semoga berjalan dengan lancar. Amin!

alyiafarzana said...

Salam kak Ain,

Berusaha, berusaha dan berusaha yerk kak Ain!!

Saya akan tunggu kak Ain punya novel-novel sampai ada dekat pasaran!!!

Salam sayang dari saya,
alyiafarzana

najwaamira said...

Hey Kak Ain:)
Dah lama Mira x jenguk blog akk:)
Dah bnyk perkembangan baru kan?

najwaamira said...

Hey Kak Ain:)
Dah lama Mira x jenguk blog akk:)
Dah bnyk perkembangan baru kan?

Natasha Amer said...

Salam kak Ain...
Huh....sbnrnya sush jgk jd seorg penulis???
Baru memasang angan2..hehe..
Tak per...
Berkat usaha kak Ain dan doa2 pembaca...
InsyaAllah...
Semua novel yg kak ain rancang akan berjalan dengan lancar...
Kami sebg pembaca akan sentiasa sokong kak ain dr belakang..(cuba kak Ain pandang belakg...kami ada sokong kak Ain) hahax...
Chaiy0k2!!
XP

+Fatihah+_+Ory+ said...

Chaiyok!

~t-ra~.. said...

chaitok!~~
chaiya la k.ain..
t sye bli sme skali..
huhuhu..
chaiyok la k.ain!!~~

Maryam Kamal said...

~Salam..

Kak Ain, kena siapkan Impiana III!

WAJIB!

=D

Best of luck Kak Ain!

Good luck all!

~Wslm.

Aqilah said...

GOOD LUCK KAK AIN..
KAK AIN PUNYA NO PHONE DLM BLOG NI DAH X GUNE KE...?
SAYA ADE MASALAH DLM PEMBELIAN BUKU..
DAH BYR TP X DAPAT LAGI...

Adlina said...

Kak Ain, dah baca entri Serbu SMKPRZ tu. Serbu SKDP pulak!

EyRaH said...

caiyoook kak ain!

p/s sy dh bace buku BSB:KINI BERWAJAH BARU....best sangat...disamping itu sy juga dpt serba sediki pengetahuan...

atyn bella blog said...

salam kak ain,..

aii x sabarnye nak bace buku "AKU MAHU SUPER BIBIK"..
arap cpt2 arr kluar smua buku kak ain..

salam.
atyn_bella