01 May 2009

Kedai Pink AinMaisarah Dibuka Sekarang.

Assalamualaikum semua,

Akhirnya, Kedai Pink AinMaisarah dibuka secara rasminya hari ini. Anda boleh membeli buku, novel comel dan produk Sekolah Sri Bangsar melalui laman web ini dengan harga PROMOSI yang hebat.

Kak Ain terangkan sedikit cara untuk membuat pembelian di sini ya. Sila luangkan masa membaca maklumat ini. Kak Ain nasihatkan agar pembelian ini dilakukan oleh ibubapa atau orang dewasa.

Mula-mula sekali, pergi ke laman web Kedai Pink AinMaisarah. Klik >>SINI<<

Kemudian anda akan nampak buku-buku AinMaisarah dan juga pakej-pakej yang Kak Ain tawarkan di situ.

LANGKAH 1 : PILIH PRODUK DAN BILANGAN PRODUK

Kemudian anda boleh memilih produk yang anda ingin beli. Semuanya tersenarai di jadual produk seperti di bawah :

Anda perlu klik pada butang kotak di kanan jadual untuk memilih produk yang anda ingin beli.

Kemudian masukkan bilangan yang anda ingin beli. Jika mahu beli satu, maka taip 1. Jika mahu beli dua, maka taip 2.


Setelah memilih pelbagai produk yang anda ingin beli. Setelah puas dengan barangan yang hendak di beli. Akhirnya klik butang BELI! Anda akan dibawa ke muka surat lain.

LANGKAH 2 : PASTIKAN PRODUK DAN BILANGAN PRODUK BETUL


Di muka surat ini, kami telah mengira keseluruhan jumlah yang perlu dibayar termasuk dengan kos penghantaran.


Kini anda telah mengetahui berapa jumlah yang perlu dibayar. Sekarang, bagaimana pula hendak membuat pembayaran?

LANGKAH 3 : BUAT PEMBAYARAN DAHULU

1) Jika anda memilih membuat bayaran secara bank-in, sila ke kaunter Maybank ataupun cari mana-mana ATM Maybank. Masukkan wang ke dalam akaun ini :
Rev Teen Enterprise - No Akaun Maybank : 514712301053

2) Jika anda memilih membuat bayaran online atau melalui Maybank2u. Masukkan wang online ke dalam akaun ini :
Rev Teen Enterprise - No Akaun Maybank : 514712301053
Sila masukkan e-mel ini : kedaipink@gmail.com ketika membuat bayaran online tersebut.

3) Jika anda memilih untuk membuat bayaran menggunakan wang pos. Sila ke pejabat pos berhampiran. Beli wang pos yang sama nilai dengan jumlah yang perlu dibayar. Tuliskan nama Syaizul Amal Zulkaffly di ruangan "bayar kepada". Kemudian hantarkan wang pos tersebut kepada kami di alamat :

Ain Maisarah
6-14-1,
Kondo Danau Permai,
Taman Danau Desa,
Off Jalan Klang Lama,
58100, Kuala Lumpur

LANGKAH 4 : MASUKKAN MAKLUMAT PEMBELI DAN KAEDAH PEMBAYARAN

Selepas membuat pembayaran, anda perlu mengisi borang ini, untuk memaklumkan bayaran telah dibuat.



Akhir sekali ialah memasukkan kod keselamatan. Ini adalah untuk mengelakkan berlaku penghantaran borang 3-4 kali ke e-mel kami.

Pastikan perkataan yang tertera dan masukkan ke bahagian kod keselamatan.

LANGKAH 5 : E-MEL BUKTI PEMBAYARAN ANDA

Sekiranya anda membayar melalui ATM atau Online ke akaun Maybank. Sila hantarkan maklumat bayaran kepada kedaipink@gmail.com  . Kak Ain cuma ingin mengetahui maklumat seperti jumlah bayaran, masa bayaran dibuat dan tarikh bayaran dibuat. Itu sahaja.

Jika anda memilih membayar melalui cek ataupun wang pos. Kami akan maklumkan apabila menerima cek dan wang pos tersebut melalui e-mel anda.

Setelah menerima bukti pembayaran, Kak Ain akan menandatangani buku dan menghantar melalui pos laju. Kak Ain akan kumpul dan menghantar tempahan pada setiap Isnin dan Khamis.

InshaAllah, anda akan terima keesokan harinya.

Itu sahaja proses pembelian buku dari AinMaisarah. Selamat bershopping.

Wasalam
AinMaisarah

21 comments:

Anonymous said...

ohhhhhhhhhh...

senang jerk..nnti nbilah suruh ayah nbilah blikan ntuk nbilah
x yahla terkejar-kejar nk ke mph

Syafira Saufi said...

salam kak ain,
dlm borang tempahan tu saya tulis nak bayar pada hari selasa (5 Mei),
tapi boleh tak kalau saya nak bayar lebih awal?

Aqilah said...

kak Ain yang bukti pembayaran tu nak hantar mcm mane yg kat emel kedaipin@gmail.com ?? Tak faham.. jelaskan ;)

AinMaisarah said...

Nabila,

Betul tu, suruh ayah yang uruskan.

Shasha,

Lagi awal lagi bagus. Kak Ain terima bayaran, boleh terus bungkus buku tersebut,

Aqilah,

Sekiranya anda membayar melalui ATM atau Online ke akaun Maybank. Sila hantarkan maklumat bayaran kepada kedaipink@gmail.com. Kak Ain cuma ingin mengetahui maklumat seperti jumlah bayaran, masa bayaran dibuat dan tarikh bayaran dibuat. Itu sahaja.

Jika anda memilih membayar melalui cek ataupun wang pos. Kami akan maklumkan apabila menerima cek dan wang pos tersebut melalui e-mel anda.

Wasalam
AinMaisarah

asyiqin@ikin said...

kak ain...x fham lah bleh x kalau tlg jelas kan lagi sekali..??

mImAmI said...

Terima Kaseh Kak Ain..
Kejap lagi saya isikan form tu!
Sekarang mak saya ada di luar, jadi nanti saya tanya mak saya nak buat cara pembayaran yang mana..
Maknanya, kalau dah buat pembayaran kena hantar email (kedaipink@gmail.com) lah ye..??

AinMaisarah said...

Bahagian mana yang tak faham tu?

Anonymous said...

hihihihi
klau kak ain wat buku baru
ex:aku mahu kucing parsi
bleh bli kt kedai pink ainmaisarah jgak erk..

asyiqin@ikin said...

yg kena hantar emel kalo awt pembyrn ngan msn ATM tuh....

asyiqin@ikin said...

buat yerk...bkn awt

mImAmI said...

Kak Ain..
Saya dah isi form!!
Ayah saya kata malam ni dia masukkan duit secara online..
Tapi ayah saya under Public Bank, so kalau nak sampai duit tu dekat account Kak Ain, ambil masa 2-3 har jugaklah ye!!

ranyzajay said...

abby da anta smua maklumat da...abby pilih bank in..tapi mama byar isnin ni..so xyah buat langkah k5 lg lar lar kN?

Anonymous said...

wow bestnyer :D

Aqilah said...

kak Ain , kalau saya bayar hari isnin ni boleh tak ?? sebab mase kat borang tu saya tulis tarikh hari ni...
boleh tak ?? mesti bolehkan.. :)

Farahani said...

Salam Kak Ain ,

O`oh ! Jualan tu ada lagi tak Kak Ain ?

Sampai bila-bila yek ? Farah takut yang pakej tu habis . Simpankan untuk Farah RM20.00.

Yea!

Jun Ma'mun said...

salam kak ain,

eyhh set box aku mahu ke new york tu daa xde eaa

erm gmba2 duta utk peraduan aku mahu tu ade msk lam buletin ke ?

maybe sy pilih pakej rm 30.. tp sy sdg mengumpul duit ni ..

xsaba nk bli .. =D

nurin roslan said...

semuanya dah selsai ...
tapi kak ain ,,
rasanya berapa hari buku yang kita beli tu boleh sampai ??

Fatihah N. said...

Kak Ain, mane lg senang?
Byar online ataupun masukkan dlam akaun?

Yoo ♡ said...

ohh.....

camtu rupenyer.....
nnt adibah srh mak adibah uruskan ttg ni.......

Amalia Hzrh said...

kak ain x de ker cara lg senng? sbb malia teringn sngt nk dpt kan buku2 kak ain... malia still xphm la dngn cara2 dy tu hrp kak ain ley tunjuk kn lg cara2 yng bdk2 seperti malia ne phm hihi

Zuhayra Nasrin said...

Kak Ain, ni Zuhayra. Erm dah try tekan butang SINI tu, tpi x boleh. Knape ekk? Nk beli novel kak Ain...