30 April 2009

Proses Membaik Pulih Laman Web Jualan & Buletin Sri Bangsar

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri ini ditulis oleh Pengurus AinMaisarah. 

Pengumuman buat semua pengunjung www.buletinsribangsar.com

Laman web itu sedang diselenggara bagi tujuan upgrade server. Ini bagi membolehkan lebih ramai para pembaca melayari laman web itu secara serentak dan pantas.

Kini sudah ada 767 ahli yang mendaftar di laman web tersebut. Oleh kerana kadar trafik laman web tersebut adalah tinggi, maka proses upgrade server perlu dilakukan sepanjang hujung minggu ini.

Sepanjang tempoh tersebut, pengguna mungkin akan mengalami kesukaran mengakses laman web www.buletinsribangsar.com

Laman web jualan Kedai Pink AinMaisarah juga belum siap sepenuhnya. Sekarang saya sedang memastikan agar laman web jualan tersebut boleh diakses selewat-lewatnya pada hari Sabtu dan Ahad. 

Buat pengetahuan juga, kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan laman web tidak kami lakukan sendiri. Kami membayar seorang freelancer IT bagi melaksanakan segalanya. Oleh itu, harap dapat bersabar sepanjang dua laman web ini menjalani proses penyelenggaraan.

Harap Maklum,
Pengurus AinMaisarah
p/s: Semua jualan buku adalah di bawah pengurusan AinMaisarah. Oleh itu, semua pesanan perlulah melalui pihak pengurusan. AinMaisarah hanya menandatangi buku-buku yang ditempah dan menulis nota untuk pembaca sahaja. 


9 comments:

mImAmI said...

Takpe..takpe..
Saya akan tetap bersabar untuk membeli buku Kak Ain!
Simpankan Pakej RM30 untuk saya ye..

emel:afrcutez@hotmail.com

Hana_Fadz said...

ye! betul kak ain katew mimami tu...saye nak kak ain pakej 30 ringgit... simpankan ye! kak ain setiap 1 harga buku2 kak ain klu beli on9 kan untuk pos laju kne bayar lima ringgit ker SETIAP SATU ...k lah kak ain saye ttp tunggu harap balas

Anis Hamizah said...

Assalamualaikum..
Patutlah berpuluh-puluh kali saya cuba masuk laman web tu..x dapat..xpe..kenelah sabo menunggu..

Hana_Fadz said...

eh lupa lak...nie nama saye
* hasanah Najiihah bt.Mokhsin
* hana_25797@yahoo.com.my


kak ain saye nak beli uku AKU MAHU BULI, AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA, AKU MAHU POPULAR, AKU MAHU SAIZ S,
IMPIANA, IMPIANA II, DAN SUME LAH KECUALI BUKU nEW YORk tau
kak ain leh beli sume tu skali ngn buku BSB kini berwajah baru?? my meant dalam sekali POS anta sume2 buku tu leh??jawabl;ah kak ain...still wait...ngn profile
6ixthsense

wn'a said...

tq pihak pengurusan~
=)

boleh lah tdo ngan lena mlm nie~

huda_cute98 said...

alah..
saye nak masuk sekolah sri bangsar..
rindu pulak dengan sekolah..
menimba ilmu..
ceh3..

DJ Farahani said...

Salam ,

Hmm,Farah nak masuk pun,tak boleh.Patutlah.

Harap web tersebut dapat dibaiki dengan segera.

MeZ said...

betul betul betul

Kak Ain MeZ nak beli Pakej RM30 tau
Ni nama & email MeZ

Mas Erni Zatty bt Mazlan
sakura_blackbutterfly@yahoo.co.uk

aNn NuR ~hYe CaLL said...

huhu...^_^...saya pun akan sabar menunggu..