27 May 2009

AinMaisarah Setia Memakai Lencana Sekolah Sri Bangsar

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Kak Ain menerima sepucuk surat dari Cik Adik Siti Aishah Mohd Ali. Sebenarnya bila menerima surat pembaca, Kak Ain rasa seronok sangat. Terasa macam terima surat cinta! =D

Sebelum ini, Cik Adik Aishah sudah membeli buku terus dari Kedai Pink AinMaisarah. Alhamdulillah, buku dan lencana yang ditempah sudah selamat sampai pada hari Sabtu lepas. Kali ini Aishah membeli lagi buat kali kedua. Selain menempah buku Impiana dan Impiana II, Aishah juga membeli EMPAT lencana Sekolah Sri Bangsar.

Kak Ain dan Cik Abang jadi pelik. Ish! Beli sampai empat lencana? Banyaknya!

Apabila membaca surat yang disertakan bersama oleh Aishah, barulah Kak Ain faham mengapa Aishah membeli sehingga empat keping lencana Sekolah Sri Bangsar.

Inilah suratnya. 


"Untuk pengetahuan Kak Ain, lencana Sri Bangsar yang saya dapat... saya pakai ke mana saja saya pergi... sekolah, tuisyen, jalan-jalan. Bila saya pakai lencana Sri Bangsar di sekolah.... ramai kawan-kawan saya tanya beli di mana... sebab lawa dan comel. Jadi diorang suruh saya belikan. Saya juga mengajak kawan-kawan saya join jadi pelajar Sri Bangsar."

Alahai! Nampaknya Aishah memang sehati sejiwa dengan Kak Ain. Pergi ke mana-mana pun, mesti sematkan lencana Sri Bangsar pada tudung. Sekarang ini, Kak Ain memang tak beli lagi brooch yang berkilau-kilau. Sakit hati bila beli brooch mahal-mahal tapi pinnya selalu tercabut dan terbengkok. 

Alhamdulillah, pin pada lencana Sri Bangsar ini tahan lama. Tak rosak langsung walaupun Kak Ain memakainya setiap hari semenjak satu bulan yang lepas.


Kak Ain ingat lagi, sewaktu Kak Ain ke UiTM Segamat... Kak Ain berjumpa dengan Afiqah Nadzirah. Ini kali kedua Kak Ain berjumpa Afiqah. Kebetulan ketika itu, Kak Ain menyematkan dua lencana Sri Bangsar pada tudung. 


Kak Ain berikan satu lencana dan satu business card AinMaisarah pada Afiqah. Harapnya itu memberi semangat untuk Afiqah berusaha sehabis mungkin menghadapi peperiksaan UPSR ya!


Kepada para pembaca lain yang sudah memiliki lencana Sri Bangsar, apakata ambil gambar anda memakai lencana tersebut. Boleh posing-posing di rumah, sekolah atau pusat membeli-belah. 

Kemudian hantarkan gambar vogue tersebut kepada Kak Ain di maisarah_ain@yahoo.com

Kak Ain akan siarkan gambar tersebut di Rumah Pink AinMaisarah sebagai tanda penghargaan ya! Glamor gitu! =D

Kak Ain tunggu gambar anda semua!

Salam Sayang,
AinMaisarah

 

20 comments:

nurulbalqis said...

Eceeyhhh.. Nanti Balqis nak ambil gambar laa.. Hehehe.. Letak kat Sri Bangsar..

Lencana tu Balqis bawak jalan jee..
Kat sekolah tak pakai..
Kawan Balqis yang pakai ;)
Diaa cakap comel!

MeZ said...

Nanti MeZ nan kasi gambar juga...
MeZ pakai kat tudung kalu pi jalan-jln..
Kalau kat sekolah pakai kat beg je...
Takut kena rampas& dimerit...
MeZ sayang sangat dengan lencaa tu..

EyRaH said...

wah bestnya...sy p0n nk business card kak ainmaisarah!!!!

AinMaisarah said...

Salam Balqis,
Cepat-cepat! Kak Ain tunggu gambar Balqis berposing dengan lencana Sri Bangsar. Boleh posing macam Balqis posing dengan Lip Ice =D

Dear MeZ,
Baguslah ambil langkah berjaga-jaga macam tu. Kak Ain pun menjaga lencana yang tersemat di tudung Kak Ain. Bahaya kalau hilang. Kak Ain kena tempah yang baru sebab 300 lencana Sri Bangsar dah habis dibeli orang!

Dear Eyrah,
Kalau nak business card AinMaisarah, kenalah datang berjumpa Kak Ain =D InsyaAllah Kak Ain berikan pada Eyrah nanti.

Salam Sayang,
AinMaisarah

nurul hidayah roslan said...

Salam Kak ain,

Hehehhe.... Nanti pun kalu dayh dah dpat lencane Sri Bangsar tu.
Dayah akan posing habis!! =)

WAsalam,
~dayah~:P

zainina said...

wah bestnyer..dpt bergmbr ngn kak ain,dpt lencana n bussnies card lagi..jelesnyer..cam ner nk hntr srt kt kak ain??ap ek almtnyer??klw nk beli lncana jer bley ker??kak ain tolong tnjk kn cm ner cra2 nk bli lncana jer dan hrga sayu lncana brapa??..plieze!!!kwn2 syer dan syer..mmg teringin!!sgt2 nk lncana tu..

DJ Farahani said...

Salam Kak Ain,

Farah pun nak pakai.Samalah dengan Farah.Sentiasa pakai.:D

Warna button badge tu cantiklah Kak Ain.Hehe.Sentiasa puji button badge tu.Pernah bawa pergi jalan-jalan.Nanti nak cakap dengan ayah Farah nanti.:)

Kak Ain pandai reka logo sekolah!!Sungguh cantik!!:D

eyfahzana said...
This comment has been removed by the author.
+Fatihah+_+Ory+ said...

hehehe
saye penah pakai kat skola
kengkawan suma tnya tuh skola sape?
;) tp tak pkai sllu, tkut GB nmpak+mara

Hana_Fadz said...

kak ain!!!!! saya nak kad kak ain comey larrhhh...nnti kak ain anta la kat umah saya...saya nak tau...klu leyhh.... saya tunggu.! banyak buku saya yg kak ain tak anta lgi... emmhhh(tarik muka)

Hana_Fadz said...

allllaaaaaaa...susah la cam tu...kak ain bg lew kad...one pleaseee..

Shasha~Acha said...

kak ain,saya dah terima buku t 2 hari lepas...gembira ta terhingga betul

kak ain....terima kasih banyak2 sebab kasi........{dot...dot...dot}
rahsia lah,kak ain pun tahu kan kak ain kasi saya apa....bangganya=D

kak ain,saya memang suka buku ke=10 kak ain tu...dah nak habis baca,{saya saje baca lambat2 biar feel}

afiqaHNadzirah said...

Alamak!Kak Ain..
terKembang la pula dah masuk blog Kak Ain nie pula.Ha3..! :p
Nak poselah cepat2!
Kak Ain tunggu tau!
Lencana special tuuu..Kak Ain bagi :]

nabilah said...

kak balqis,saya dh log in,nk msuk bsb,tpi x dpat...:(

Ain Nadhirah said...

Hi kak Ain,saya sngt sukakan awk kerana awk pndai.Saya harap Kak Ain tris berjaya dlm bidang seni ini.

Ain Nadhirah said...

Hi kak Ain,saya sngt sukakan awk kerana awk pndai.Saya harap Kak Ain terus berjaya dlm bidang seni ini.

Ain Nadhirah said...

Hi kak Ain,saya sngt sukakan awk kerana awk pndai.Saya harap Kak Ain terus berjaya dlm bidang seni ini.

siti fatimah said...

kak ain belilah brooch kat akak saya...
saya jamin tahan lama...
kawan dia punya adik belajar kat korea akak saya beli dari dialah.
brooch dia mmg tahan.kalau kak ain nak beli brooch, belilah brooch buatan korea. jgn beli buatan china, nnti cpt rosak...

beela said...

kak ain kenpa laman web sekolah sri bangsar tak dapat bukak???

Amirah Diyana said...

Saya teringin nak ada button badge ni.. Tapi dah tak jual :( banyak merchandise yang lama2 yang saya nak tapi dah tak akan direstock... Contohnya Secret Box The Wannababes, Button Badge Sri Bangsar dan The Wannababes, Button Badge design lama2, Keychain Rumah Sukan Sri Bangsar etc.... Saya terlambat membelinya :(