29 May 2009

Selamat Bercuti! =D

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Haaaa.... hari ini Kak Ain rasa semua pembaca yang bersekolah sedang tersenyum simpul. Hari ini hari terakhir persekolahan sebelum bercuti selama dua minggu kan? Wah! Seronoknya bercuti! =D

Kak Ain pula tiada cuti. Hari-hari yang Kak Ain lalui semakin lama semakin sibuk =( 

Stress makin menjerut sehingga dua biji jerawat sudah bertakhta kukuh pada dagu Kak Ain. Ketika para pembaca menikmati cuti sekolah ini juga.... Kak Ain sibuk mengejar dateline buku ke-11 AinMaisarah iaitu BSB: Perang Rumah Sukan. Minggu ini juga sibuk melayan business partner Cik Abang yang datang dari London iaitu Brother Asif.

Ingat lagi  kisah Kak Ain membawa Brother Asif ke Kuala Gandah


Ketika itu memang Brother Asif seronok sangat kerana pertama kali memegang dan menunggang gajah. 


Ketika akhir lawatan juga, kami telah basah kuyup kerana dihumban ke dalam air sungai oleh gajah yang ditunggang!


Sesungguhnya memang seronok melawat Kuala Gandah. Kepada yang mahu ke sana, telefon dahulu 09-2790391. Buat tempahan tiket sehari sebelum ke sana. Ini bagi memastikan anda mendapat tiket menunggang gajah yang terhad kepada 120 pengunjung yang membuat tempahan sahaja. 

Haaa.... kalau nak tahu, Kak Ain memang suka sangat melawat tempat-tempat binatang. Dulu waktu zaman kanak-kanak, Kak Ain pernah melawat Zoo Johor hingga empat kali! Memang suka sangat! =D

Kali ini apabila Brother Asif datang ke KL lagi, Kak Ain sudah merancang mahu membawanya melawat Terengganu pula. Selain menikmati pantai dan pulau yang cantik, boleh juga melihat secara live penyu spesies Belimbing di Terengganu. Mesti seronok! 

Namun malang sekali, kedatangan Brother Asif kali ini sudah dipenuhi jadual mesyuarat yang berpanjangan. Tak sempat kami nak bawa berjalan-jalan lagi. Walaubagaimanapun, Kak Ain dan Cik Abang sentiasa mahu memastikan setiap kali lawatan Brother Asif ke KL... kami membawanya ke tempat yang unik dan menarik.

Kali ini kami mengajak Brother Asif makan malam di Restoren Saisaki. Ianya memang sebuah restoren terkenal yang menghidangkan pelbagai jenis sushi dan makanan jenis Jepun. 


Kalau di London, nak makan sushi, udang tempura, ketam dan tiram memanglah harganya mahal sekali! Brother Asif selalu bercerita.... makanan laut yang segar di London dianggap sebagai luxury food (makanan mewah) 

Itu sebabnya kami bawa Brother Asif ke Restoren Saisaki yang menghidangkan makanan secara bufet. Ambil sahaja sebanyak mana udang, ketam, tiram dan sushi. 


~Ketam Goreng Garing Berkeju~
~Deretan Sushi Pelbagai Warna~
~Abalone & Cendawan~
~Tiram & Perahan Lemon~

Memang pelbagai jenis makanan ada di sini. Semuanya sedap-sedap belaka. Tapi apa yang penting sekali, apabila mengambil hidangan jenis bufet ini..... ambil secukupnya sahaja. Apabila sudah habis, boleh ditambah lagi. Janganlah ambil makanan bertimbun-timbun dan kemudiannya tak habis. Apabila makanan terbuang begitu sahaja, itu membazir namanya. Nanti Tuhan tak beri rezeki lagi. 

Okey.... ketika menjamu selera di Saisaki, sebenarnya sejak azali lagi lidah Kak Ain memang tak boleh menerima sushi. Sudah mencuba. Sudah merasa. Tapi memang tak suka! Jadi apabila Kak Ain mengelilingi deretan makanan yang dihidangkan, Kak Ain tak sentuh sushi langsung!


Kak Ain terus sahaja ke bahagian nasi dan lauk-pauk. Ini bukti Kak Ain punya lidah melayu asli. Ambil sayur pucuk paku walaupun sedang makan di restoren Jepun! =D


Selepas itu Kak Ain mengambil salad dan ikan tiga rasa. Makan lauk sahaja tanpa nasi. Macam kucing pula! =D


Tidak dilupa, ambil ketam goreng bercili ini sebanyak tiga ekor. Habis comot-comot Kak Ain memakannya!


Bahagian salad memang pelbagai. Kak Ain rasa semuanya. Hahah... saja balas dendam sebab tak makan sushi langsung!


Akhir sekali, Kak Ain ambil sup tomyam seafood. Boleh tahan juga rasanya. Cukup pedas. Sederhana masam. Kak Ain ingatkan tomyam ini hanya pakar dimasak oleh chef restoren Thailand sahaja. Rupanya orang Jepun pun boleh memasak tomyam.  


Alhamdulillah, majlis makan-makan malam tadi melegakan sedikit perasaan stress yang Kak Ain hadapi kerana perlu menulis, menulis dan menulis ini. Sebenarnya itulah resam manusia. Perlu berehat bagi melepaskan tekanan.

Kak Ain harap para pelajar yang bercuti selama dua minggu ini akan mempergunakan sebaik mungkin cuti yang ada. Rehatkan minda. Tenangkan hati. Lakukan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan. Paling utama, enjoy yourself as much as possible!

Jadikanlah cuti dua minggu ini sebagai waktu melepaskan segala tekanan. Nanti apabila sudah kembali ke sekolah semula, fokuskan minda untuk membuat yang terbaik dalam akademik pula! InsyaAllah tentu berjaya!

Salam Cuti Sekolah,
AinMaisarah
p/s: Apa perancangan cuti sekolah para pengunjung semua? Jom kongsikan sama-sama! =D


27 comments:

alyiafarzana said...

Hello kak Ain.Bestnya nampak tengok kak Ain pergi cutu.Hihihihi...Saya dalam minggu pertama tak ada pergi mana-mana sebab adik dan abang sibuk pergi kelas tambahan untuk persedian UPSR dan PMR.=(.Minggu kedua tak tahu pergi mana tapi mesti pergi jalan jauh-jauh sebab nak balas dendam untuk minggu pertama yang memerap kat rumah ajer.=).

Nadhirah said...

wahh..sedapnyer abalone and cendawan..nak cikit! kak ain,,tapaukan larh..!! =D

nurulbalqis said...

Balqis nanti pergi PD ;) Hehehe..
3 hari 2 malam jee kat sanaa..
Lepas tu, minggu terakhir cuti, Balqis pergi JB, rumah makcik..
Tu saja aktiviti cuti Balqis..
Banyak masa dekat rumah kot =D

aLyaLya =] said...

Rasanya tak pergi mana2 kott xP First week ada kelas tambahan UPSR, kakak pulaa ada kelas tambahan SPM. Kalau pergi pun, rasanya yang dekat2 saje. Ayah kata kat Alya, " Baca laa buku masa cuti-cuti ni, baru tak boring. " Alya jawab balik, " Novel PTS semua dah habis baca. Hehehe, nanti ayah beli yang baru ekk! "

Tak laa boring sangat bila dapat novel baru =p Lagipun, banyak buku yang belum beli. Kan haritu masa pesta buku banyak novel baru PTS yang keluar.

Nurul 'Atiya said...

saLam kaK aIn..
terliur saya tengok makanan tu.
cuti ni saya nak pegi makan angin dengan family..
tp belum tau lagi kat mane..
: )

ihdinimj said...

kak ain, saya akan ke Medan selama 4 hari. doakan selamat datang balik ye!

mimi said...

tak leh,first week mimi ada kelas tambahan.boringlah kan best klu cuti jer terus!

MeZ said...

sedabnye kak ain makan...
lapar la pulak..
MeZ duduk kedah jadi semalam ialah hari terakhir sekolah untuk bln 5. :p

n0r ma@~heE~rraR a~FweE~QuaH said...

salam kak ain,semoga bejaye ngan buku ke-11 yer

Shasha~Acha said...

saya pergi kelantan....4 hari 3 malam
minggu 1 je free pastu minggu 2 tak boleh sebab ade perkampungan UPSR at skolah....

{Usaha dpt 5A nie...aku rela berkorban}

kak ain doakan sye berjaya 5A UPSR ya.

Shasha~Acha said...

kak ain,sye nak jdi agen pengedar lencana and produk AinMaisarah tapi...

kak ain bagileh potongan harga kat kedai pink tu ye? hek3 =D

+Fatihah+_+Ory+ said...

Seminggu saya kene gi sekolah
Kelas Tambahan ...
huhuhu

xde perancangan menarik
duk umah
no melancong untill UPSR abes
=D

aida nursheila said...

bestnya kak ain :D

aida nursheila said...

Saya buat ulangkaji je .
maklumlah upsr nak dekat :D

intan~emo gurlz~ said...

wah!!!syoknyer k.ain mkn sushi....nk cikit....intan paling suke sushi salmon....sedap sngt!!!cuti ni kami sekeluarga pergi BANDUNG,INDONESIA....dulu dah pergi dah...tapi dulu ngan saudara mara...kali ni kitorang sekeluarga je...dok 5 hari jer kat sana....intan dah tempah dah tiket untk 5 org....kitorang naik kpl terbang air asia....doakan slmt perjalanan intan ke sana yer k.ain....bye2...

regards,
~intan~

noli said...

kak ain saya nak ucapkan SELAMAT BERCUTI PENGGAL 1 !!!.

Rara said...

hai ain maisarah ,
im a sister to afiqah adlina.
she bought a book from you :)
and in the letter u write says that one of book 'novel comel' is still in kilang . so when she will get the book ? TQ :)
anything just replied at my mail queenshira@gmail.com or through my site http://www.raracandyfloss.com/

have a nice day :)

cik imah said...

Ehm, cuti sekolah nanti mungkin duduk kat rumah ataupun balik kampung sahaja~ ;)

eh, Kak Ain oh Kak Ain,
Kak Ain tak ke PestaBukuReadMalaysia di Mines?
29 Mei 2009 - 7 June 2009?

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

huhu...bestnyee naik atas gajah.
Dayah cume pernah naik atas ostrich(eh betul tak ejaannye tuh?)
& kude=)

nurul hidayah roslan said...

p/s : kak ain kite same dayah mmng tak suke sushi. Kadang -kadang kalau tengok adik dayah dan kakak dayah ( syifa) makan rase macam nak makan sekali tapi bile makan ...Bwek!!!! =D hehe

arnalis sweet cupcake said...

thanks kak ain sbb lwt blog nisa.
lwt la blog nisa yg bru,
http://pelangihidupnisa.blogspot.com

noli said...

hai ka ain saya nak ucapkan selamat bercuti.dan saya nak cakap betul ke kak ain akan datang ke pameran buku READMALAYSIA'09!!. untuk sesi bertemu ramah peminat .saya akan datang!!!. kak ain tunggu saya yaa!!!

~saia♥dia♥kamu~ said...

salam Kak Ain...
bestnye prgi kuala gandah..
even Kak Ain bkn budak sekolah,Kak Ain dah bercuti dlu ek!!
Tp ape2 pun,
have a wonderful HOLIDAYZ,keyh!!!

DJ Farahani said...

Salam Kak Ain,

Farah tak pergi mana-mana.Semalam dengan Jumaat lepas Farah ke JB.:D

Umm! @sif@ said...

Salam kak Ain..
Cuti ini Ummi ingat nak pergi Port Dickson..tenangkan fikiran..

Doakan Ummi selamat pergi ke sana yek.. =)

oReyLeu said...

sedapnya ketam berkeju tu...
saya pun sama dengan kak ain..tak boleh makan sushi langsung...
cuti ni tak boleh enjoyla kak ain..kerja sekolah berlambak..
dengan folio lagi....

noli said...

hai kak ain saya ingin ucapkan selamat bercuti panjang !!!.Kak ain
boleh tak kak ain doakan saya dan
keluarga selamat sampai di indonesia
sebab cuti kali ini kami bercuti ke
luar negara.