09 March 2009

AinMaisarah ke Deer Land, Kuala Gandah: Bhg 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Kak Ain ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430 Hijrah. Marilah kita perbanyakkan berselawat pada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Moga-moga kita diberi syafaat.

Okey, kita sambung semula cerita tentang pengalaman lawatan pendek Kak Ain ke Kuala Gandah. Buat pengetahuan semua, Kak Ain mendapat informasi tentang Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah pada sekitar awal tahun 2008. Ketika itu Kak Ain menonton dokumentari di TV. Bila melihat betapa seronoknya para pengunjung boleh mendekati mamalia terbesar itu, Kak Ain memang teringin sangat nak pergi dan merasai sendiri pengalaman tersebut.

Setelah lama bercita-cita nak pergi Kuala Gandah, akhirnya tercapai juga hajat Kak Ain ke sana. Alhamdulillah!

Kami bertolak dari rumah pukul 8.30 pagi. Memang excited tahap melangit nak jumpa gajah-gajah comel di Kuala Gandah. Kami singgah dahulu di Hotel Traders dan menjemput rakan bisnes Cik Abang dari London yang nak ikut sama ke Kuala Gandah. Rakan bisnes Cik Abang bernama Asif Bashir atau boleh dipanggil Brother Asif. 

Sebelum pergi ke Kuala Gandah, Kak Ain nasihatkan... sebaiknya telefon dahulu pejabatnya untuk menempah tempat. Ini kerana, hanya ada terhad 120 tiket sahaja yang disediakan setiap hari. 60 tiket untuk tempahan melalui telefon. 60 tiket lagi untuk walk-in visitor.

Kami sampai pukul 11.30 pagi. Ambil dahulu tiket di Pusat Gajah Kuala Gandah dan kemudian terus ke Deer Land yang terletak 4km sahaja jaraknya. Ini kerana persembahan gajah hanya bermula pukul 2.00 petang.

Nak cari Deer Land memang senang saja. Ada papan tanda besar. Inilah rupanya pintu masuk Deer Land. Tiket masuk hanyalah RM5 untuk orang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.


Memasuki Deer Land, perhentian pertama adalah ladang rusa. Ada hampir 50++ ekor rusa di kawasan tersebut. Kak Ain terus diberi bakul merah berisi keledek. Itulah makanan kegemaran rusa-rusa tersebut. 

Sungguh Kak Ain tak sangka, sebaik sahaja Kak Ain pegang bakul merah tersebut... rusa-rusa itu terus mengekor Kak Ain ke hulu-hilir! Sila lihat video AinMaisarah ketakutan dikejar rusa! Ada seekor dua yang siap gigit-gigit lagi baju Kak Ain! 



Pelik sekali, rusa-rusa ini memang tak takut orang langsung. Kak Ain pula jadi ngeri tengok tanduk-tanduk rusa yang besar dan menakutkan saiznya! Kak Ain juga hanya berani pegang dan duduk dekat rusa yang kecil sahaja.

(Apa masalahnya? Cuba cerita. Kena buli dengan rusa besar ye? Sian dia!)

Setelah seronok kena kejar rusa, Kak Ain ke tempat beruang pula. Sila lihat cara beruang ini duduk. Tersangatlah comelnya! Siap ada batang kayu tempatnya nak berpeluk!

(Okey, nganga mulut besar-besar!)

Kak Ain juga beranikan diri mengusap dan memeluk beruang hidup ini. Merasa juga Kak Ain peluk teddy bear yang betul-betul. Ianya hidup dan bernyawa! Memang seronok. 

Hmmm.... tetapi bau badannya busuk. Lain kali teddy bear pakailah minyak wangi jenama David Beckham ya! Barulah berkeyakinan dan pengunjung makin suka! 

(Alaaaa..... manja-manja busuk!)

Ini video AinMaisarah dengan teddy bear hidup. Ianya adalah spesies beruang honey bear. Beruang ini diberi nama Alam Muda kerana dijumpai di Hutan Alam Muda, Pahang. 



Selesai melihat beruang, Kak Ain ke kawasan burung kasawari pula. Para pengunjung dibenarkan memberi makan burung kasawari. Apa makanan kegemaran burung kasawari? Ianya adalah daun petai! Burung kasawari ini akan makan dengan begitu rakus sekali!




Kata pekerja yang bertugas di situ, burung kasawari ini hanya hidup 'berseekoran' (ganti perkataan = berseorangan) 

Tetapi pemilik Deer Land sudah berura-ura membeli seekor lagi burung kasawari pada musim panas nanti. Okey, Kak Ain harap burung kasawari ini akan hidup bahagia dengan pasangan barunya! Amin.


Ada beberapa lagi haiwan yang menarik perhatian Kak Ain. Antaranya adalah tupai terbang, monyet minum susu botol dan ular sawa batik. Kesimpulannya.... memang seronok sangat ke Deer Land, Kuala Gandah ini!


Pada penghujung lawatan, ada disediakan tempat sumbangan khas untuk binatang-binatang dan pekerja Deer Land. Sumbangan dapat membantu membeli bekalan makanan yang mencukupi untuk haiwan di sini. 

Kak Ain akan sambung entri kisah tentang haiwan-haiwan lain pula.

Kak Ain juga akan masukkan video ular sawa batik yang Kak Ain pegang. Haaa.... nantikan ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Dalam banyak-banyak binatang, Kak Ain suka sangat pada KUCING dan takut sangat pada LIPAS!
Pada pengunjung lain, binatang apakah yang paling disukai dan ditakuti? Jom kongsi cerita!

28 comments:

♥J-A-S♥ said...

Wah,seronok nya ke sana.
Jas pun dah teringin nk pergi !!
Comel sungguh semua haiwan yg ada di sana.
Dan Jas org pertama komen kew ?
Huhuuh..
Best3 !!

Salam sayang
-J[a]s-

Annan_97 said...

cute nyer.. yg rusa tuh best la.. cute..

asyiqin@ikin said...

best nyer kak ain dpat pegi ker kuala gandah...kuala gandah tuh kat pahang kan?syiqin pon dulu mmg nak pergi tapi dah tak sempat sebab nyer dah pukul 6 petang....

mmg best la kak ain dapat pergi kuala gandah...
syiqin teringin pulak nak pergi..

salam sayang,
AsYiQiN....

Shasha said...

Wah seronoknya,
saya pun teringin sgt nk pg sana :D

kak ain xbg mkn kt gajah ke?

f@ original said...

best nyer kak ain...
:))

~aien~ said...

sy pown pnah g sne..
tp last year la..
bes towl bgmba ngan haiwan2 kt sne tuh..hehe..
sume cute2..
kak ain x bgmba dgn ular ke?he..

ainin sofiya said...

saya paling takut cicak dgn lipas..=p

Nur Diana Syahira.. said...

wow.. what a wonderful land! Diana tkut kepada haiwan yang liar seperti ular...

ieyra said...

suka kucing
xsuka katak!

mesti besh an kt sne tuh!
;p

ainin sofiya said...
This comment has been removed by the author.
Nur Ameera Sharmine said...

wahh...
seronok nye...
mcam di luar negara plak....
kak ain npe tak ambil gamba bersama
cik abang???'

eyrah said...

wah bestnya........ehee cemburu la plk.......heheheh......sy x suka katak.........dan suka sangat kt kucing x pi takut nk pegang....hahaha

marjan said...

wah best nyer
kak ain psl rusa tu
sayer x nmpk pon due ekor rusa ggt baju kak ain
psl beruang nih
kak ain x tkt ker maser kak ain bg dier honey
sayer tengok jer dh tkt
tkt nnti die ggt tgn sayer
aduh sadis sungguh
psl burung ostrich nih plak
samer jer lah ngan beruang tuh
nnti dier ngap trus tgn sayer
x dpt amik upsr taun ni
kak ain nak tau suker binatang aper n x suker aper
ok
sayer suker sesangat ngan burung
"N"
rabbit dan tkt sangat ngan
kucing lipas n many2 more

slm syg
Marjan

ayunidiyana said...

Best nyer......... pegi sana
sya teringin nak pegi sana nanti saya sarankan tempat tu pada ibu ngan ayah.

bunga yang harum said...

tgk kak ain kat sne pon dh nmpk best...

Kak ain...
Sye rasa.. rusa tu lebeyh kpd pengikut kak ain drpd kejar kak ain lah... cute sgt...

Bear 2 mmg jinak ye? kak ain nmpk cam x tkt pon! Cam bruang tu teddy kak ain jer.. kalo sye.. dh lame lari!

AinMaisarah said...

Dear JAS,
Yup! Memang haiwan-haiwan di sana comel-comel belaka. Kak Ain terasa nak bawa balik masuk dalam beg pula! =D

Dear Annan,
Secara peribadi, pada awalnya Kak Ain rasa rusa-rusa itu menakutkan. Lama-lama baru Kak Ain okey. Paling comel, tupai terbang! Nanti Kak Ain keluarkan video tupai terbang pula ye!

Dear Syikin,
Lain kali kalau nak pergi Kuala Gandah, datanglah waktu pagi ya. Ini kerana masa pengunjung boleh beri makan gajah bermula pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang sahaja.

Dear Shasha,
Kak Ain memang ada beri makan pada gajah. Siap beli tiga paket kacang Cap Tangan! Nanti Kak Ain masukkan video dan gambar tersebut ya!

Dear f@,
Seronok sangat Kak Ain ke Kuala Gandah! Berbaloi! Memang berbaloi! =D

Dear Aien,
Kak Ain tak bergambar dengan ular, tetapi ada mengambil video dengan ular sawa batik. Nanti Kak Ain masukkan di dalam Rumah Pink ini ya!

Dear Ainin Sofiya,
Alahai! Sama spesies dengan Kak Ain rupanya. Kak Ain memang takut dengan lipas sangat-sangat! Lebih-lebih lagi lipas terbang!

Dear Diana,
Memang Deer Land seperti Wonderful Land! Ianya milik orang perseorangan. Asalnya pemilik hanya mempunyai sepasang rusa sahaja. Kemudian membiak menjadi sebanyak itu. Kak Ain pun terasa nak membela rusa juga!

Dear Ieyra,
Memang Kak Ain pun tak berapa gemarkan katak. Kucing pula memang sayang sangat!

Dear Nur Ameera,
Macam di luar negara? Percayalah. Itu Malaysia =D Dekat sahaja berlokasi di Pahang. Dua jam perjalanan. Jom! Cuti-cuti Malaysia! =D

Dear Eyrah,
Alaaa... jangan cemburu. Nanti Kak Ain bercadang nak buat lawatan ke Kuala Gandah dengan Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah. Eyrah nak ikut tak?

Dear Marjan,
Rusa-rusa itu memang gigit baju Kak Ain! Cuma ianya tidak dirakamkan dalam video.
Beruang tak menakutkan sebab ianya lebih pentingkan ngap-ngap-ngap nak makan sepanjang masa! =D Lagipun Kak Ain percaya, selagi kita mendekati haiwan-haiwan itu dengan kasih sayang... InsyaAllah tak merbahaya.

Dear Ayuni,
Boleh sarankan ibubapa pergi ke sana. Tiket ke Deer Land RM5 dewasa/ RM 3 kanak-kanak.

Pusat Perlindungan Gajah pula tidak dikenakan bayaran apa-apa.

Kak Ain sendiri rasakan... lebih berbaloi ke Kuala Gandah berbanding ke zoo!

Dear Bunga Yang Harum,
Isk... memang rusa-rusa asyik ikut Kak Ain. Walaupun Kak Ain tak pegang bakul merah berisi keledek, rusa-rusa itu tetap hidu-hidu dan menghampiri. Kak Ain rasa sebab Kak Ain pakai minyak wangi Kenzo yang baunya macam bunga. Rusa-rusa tu ingat Kak Ain makanan agaknya! =D
Beruang tak menakutkan... memang Kak Ain bayangkan beruang tu macam teddybear di rumah =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

Aisyah said...

Hi kak ain
im aisyah.
i bace buku2 u .
tp,your latest buku xbeli lg aa..
kat uk xde buku tu
heheh..
nice yeah tengok rusa+gajah+another animalss..

Batrisyia said...

salam kak ain...

best-nyer kak ain!!!
teringin pulak saya nak pergi sane....

najwaamira said...

Suka:Haiwan yg comel
X suka:Tikus:D

AinMaisarah said...

Dear Aisyah,
Terima kasih kerana sudah membaca karya AinMaisarah. Buku terbaru Kak Ain bertajuk Aku Mahu ke New York 1 & 2. Aisyah di London ye? Alaaa.... itulah satu-satunya tempat yang Kak Ain nak pergi sangat-sangat! Harapnya dapat jejakkan kaki juga ke sana. Boleh jumpa Aisyah ye? =D

Dear Batrisyia,
Kak Ain pun rasa sangat berbaloi ke sana. Ada masa waktu cuti sekolah, bolehlah ajak ibubapa cuti-cuti Malaysia! =D

Dear Najwa,
Najwa tak suka tikus? Kak Ain masih lagi okey dengan tikus yang warna putih. Heheh... memilih betul!

Salam Sayang,
AinMaisarah

Aida Nadiah said...

Wah....,seronoknya dekat sana...rasa macam nak pergilah..

awin said...

akak,saye penah gi sane ngan sedara
bes giler,tapi kat tempat parkir tu ade anjing,saye ngan sedara mandi ngan gajah,pegang anak landak dll
saye ade bukti die,kuala gandah tu kat pahang kan?!!!!!!!!

Amira Zyrin said...

sye pown baru pergi kuala gandah minggu lepas.. pada 8 mac 2008..
hehe..

binatang yang paling sye suka tentulah kucing..
binatang yang paling sye takut
lipas terbang..=D

Amira Zyrin said...

sye pown baru pergi kuala gandah minggu lepas.. pada 8 mac 2008..
hehe..

binatang yang paling sye suka tentulah kucing..
binatang yang paling sye takut
lipas terbang..=D

♥ FaRiSaH AdRiAnA ♥ said...

Hye Kak Ain...
Bshnyew dpt g saner...
Haiwan2 dye semua comel2
Lg bear tuh...
Untung teddybear tuh...
Sebab dpt pelukan dr Kak Ain...
hehehee....

sarah said...

wah,bestlah kak ain sebab dapat pergi sana.saya pun tak pernah pergi tau.....
datu dahlah kak ain banyak peminat...
okeylah.....



sayang

kak

ain

sarah said...

kak ain bolehtak buat gambar kak ain tak pakai cermin mata.......

atirah;D said...

bestnye..rasa teringin nk sentuh
bear tu..x gigit ker??gerun menengok!X)