08 March 2009

AinMaisarah & Hadiah Cik Abang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Kak Ain masukkan cerita 'birthday girl' menyambut harijadinya. Terima kasih kepada penaja utama iaitu Encik Syaizul Amal bin Zulkaffly @ Cik Abang yang membuatkan impian ini jadi nyata. Ceh.

Selalunya pada tahun-tahun lepas, Cik Abang akan hadiahkan beg pada Kak Ain. Ini kerana, Kak Ain & Cik Abang sudah berjanji setia bahawa hanya ada SATU sahaja beg dibenarkan dibeli dalam tempoh setahun. Inilah caranya nak mengawal kemahuan perempuan yang memang lemah lutut dibuatnya melihat deretan beg-beg tangan yang bersinar-sinar dan memanggil-manggil.

Tetapi tahun ini sedikit berlainan. Cari punya cari, jalan punya jalan... Kak Ain tak berjumpa beg yang berkenan. Jadi Cik Abang pun tak tahu nak berikan hadiah apa untuk harijadi tahun ini.

Cik Abang beri kelonggaran. Tahun ini Kak Ain boleh beli apa sahaja, dengan syarat ianya masih dalam lingkungan bajet harga sebuah beg. Kiranya semacam diberi kebenaran shopping spree dengan sesuka hati. Hohoho!
 
Oleh kerana tidak ada beg yang berkenan, Kak Ain akhirnya membeli barang-barang keperluan dan bukanlah barang-barang kehendak. 

Ini adalah senarai barang-barang AinMaisarah Perlu... bukannya AinMaisarah Mahu! =D

1) Kasut formal yang memang diperlukan bagi menghadiri majlis-majlis buku selepas ini. (Nota tambahan: Kasut AinMaisarah bersaiz 9! Memang jenuh nak mencari!)


2) Baju dress motif batik bagi menambah kuota baju yang boleh dipakai ke majlis perkahwinan. Kak Ain memang tak banyak baju kurung dan baju kebaya. Asyik-asyik sarung seluar jeans dan t-shirt panjang. (Nota tambahan: Kak Ain baru sahaja memakainya hari ini ketika menghadiri majlis perkahwinan di Gombak!)

(Kenapa Kak Ain berdiri senget?????? Macam lalang kena tiup angin! Haish!)

3) Beg laptop yang dicari-cari sejak awal tahun 2009. Kak Ain akhirnya memilih dan membeli beg PUMA hitam berzip oren ini. 


Ianya bersaiz agak besar berbanding laptop Kak Ain. Tapi tak mengapalah. Memang tak ada beg laptop kecil yang wujud di Malaysia ini. Percayalah. Kak Ain dah cari merata-rata.



Selain menaja shopping spree di atas, Cik Abang juga ajak makan malam ala-ala romantik gitu di Tony Roma's, Mid Valley. Makanannya... hmmm... tidak berbaloi dengan harga. Lebih sedap lamb chop di Pizza San Francisco. Burger steak yang Cik Abang makan pun kata Cik Abang... lebih sedap di Chili's. Itu kata lidah Kak Ain & Cik Abang. Orang lain mungkin berbeza seleranya. Tetapi buat kami berdua, kami tidak lagi teruja nak makan di situ buat selama-lamanya. 

Bye-bye Tony Roma's! Tiada jodoh nampaknya kita! =(


Selain perkara-perkara di atas, Cik Abang juga sudah berjanji nak bawa Kak Ain ke Kuala Gandah pada hari Khamis iaitu 5 Mac 2009 sempena harijadi Kak Ain. Tetapi pada pagi hari tersebut, Cik Abang ada mesyuarat dengan MIDA. Petang pula ada mesyuarat lagi dan lagi dengan MAXIS.

Hmm... masa tu Kak Ain sikit lagi nak merajuk. Tetapi memikirkan ini semua sebahagian tugasan dan bisnes Cik Abang, hati Kak Ain jadi sejuk kembali. Tak apalah, Cik Abang mesyuarat dengan MIDA dan MAXIS. Bukannya mesyuarat dengan Marlia, Markonah dan Monalisa. 

Oleh kerana itu, rancangan ke Kuala Gandah tertunda dan dijadualkan semula pada hari Sabtu, 7 Mac 2009 (iaitu semalam!)

Memang seronok sangat ke Kuala Gandah. Kak Ain boleh katakan, ianya lawatan dan pengalaman terhebat pernah Kak Ain alami. Pergi Zoo Singapura dan Night Safari pun tidak sebest ini!

Ini salah satu gambar Kak Ain dengan gajah yang kecil dan comel. Macam gajah dalam cerita kartun Dumbo kan?


Macam tak percaya... setelah 27 tahun hidup di muka bumi, akhirnya Kak Ain boleh pegang badan gajah! =D Seronoknya!!

Kak Ain akan masukkan cerita dan banyak lagi gambar dalam entri seterusnya. Tunggu ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

11 comments:

hiDayah said...

wah best syoknye.....
setakat ni saye still x pernah tgk gajah kat depan mata..huhu..
by the way,
happy belated birthday kak ain..
kita share birthday bulan sama la
teehee.

Nur Diana Syahira.. said...

sy ingat 2 kude.. hehehe

DJ Farahani said...

Wah bestnya!


Naik gajah ya?Hehehehe..



Anyway,salam maulidurasul kak ain

eMiko.Life said...

ahahh..
beshnyew....
slmt ulangtahun ke-27 kak ain...
semoga panjang umur, murah rezeki dan boleh mencipta lebih byk buku pd masa akan dtg!!!



luv youuuuu

marjan said...

wah bestnyer
mknn dier pon nmpk mcm sdp jer
lain kali ajak Marjan yer

princessfrogy said...

salam kak ain..
wah nape x cakap nak g kuala gandah..kalo x boleh sy suruh kak ain singgah umah saya..makan ikan patin masak tempoyak ker...
dekat jer ngan umah saya..
sy duk di temerloh..sejam yer dari kuala gandah..
kalo kak ain nak pergi lagi kuala gandah...boleh singgah umah jap..hehe
kak ain da pergi deerland berdekatan dengan tempat gajah tu..kat situ lagi menarik...
tapi sian prince frog xde lah plak..

star dazzle said...

bestnya klu saya belanja sampai habis duit tu.bukan setakat habis tambah lagi duit sendiri

♥ FaRiSaH AdRiAnA ♥ said...

Hye Kak Ain....
Bshnyew dpt g jln2 kat Kuala Gandah...
Nak pegang jugakk....
Tp...geli lorhh..bdn dye berbuluh..
hehe...
Kak AIn nek x gajah tuh???

Shasha said...

Bukannya mesyuarat dengan Marlia, Markonah dan Monalisa.

hehe, pandai kak ain pilih nama :P

Zulaikha said...

eh, eh, pengantin perempuan tu jiran depan rumahku...hmm.

atirah;D said...

beraninye k.ain pegang gajah!
saya duduk dekat pon x sampai hati..=>he..