06 March 2009

AinMaisarah & Hadiah Harijadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Okey! Seperti dijanjikan, entri kali ini Kak Ain nak kongsikan bersama hadiah harijadi yang diberikan oleh Encik Jalaluddin, Puan Ila dan keluarga.


Keluarga ini mempunyai tiga orang anak dara yang semuanya pembaca buku AinMaisarah. Dari kanan adalah Abby, Zana dan Alyn.


Kepada sesiapa yang ingat lagi, tahun lepas Kak Ain ada menulis entri tentang keluarga bahagia ini di sini.

Kali ini Kak Ain bertemu dengan mereka lagi di Pesta Buku PKNS, Bangi. Terharu rasanya kerana mereka sanggup datang dari Cheras ke Bangi semata-mata nak bertemu Kak Ain. Memang Kak Ain sangat menghargainya!

Habis majlis tandatangan di Pesta Buku, Kak Ain ajak makan tengahari sama-sama. Bolehlah bercerita panjang. Maklumlah, lama sangat tak berjumpa.

Encik Jalaluddin dan Puan Ila sebenarnya nak ajak Kak Ain sambut hari jadi bersama-sama dengan puteri mereka iaitu Alyn. Kalau nak tahu, harijadi Alyn jatuh pada hari yang sama dengan Kak Ain iaitu pada 5 Mac juga! Ha ha! Tak sangka kan? Tapi malangnya Kak Ain tak dapat nak memenuhi ajakan tersebut. Pada 5hb Mac, Kak Ain sudah ada temujanji lain =(  

Selesai makan, Kak Ain terpaksa minta diri kerana Cik Abang ada mesyuarat pukul 2.00 petang. Waktu bersalam-salam, sempat pula Alyn menyerahkan hadiah pada Kak Ain. Katanya, nak berikan hadiah happy birthday in advance walaupun tak dapat sambut bersama-sama.  

Dan oleh kerana Kak Ain tak dapat menyambut harijadi bersama Alyn, maka di sini Kak Ain ingin mengucapkan..... 

 Happy Birthday Alyn!

Semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan, dilimpahi kejayaan dan menjadi anak solehah ya! Amin.


Sampai rumah, Kak Ain buka hadiah yang diberi oleh Alyn sekeluarga. Memang tak sangka sungguh! Mereka menghadiahkan Kak Ain comforter jenama AKEMI. Warna merah pula tu! Memang cun!
 

Sememangnya dalam hidup AinMaisarah, hanya dua benda yang paling-paling-paling-paling disukai iaitu:

1) Minyak wangi
2) Comforter

Terima kasih sekali lagi atas ingatan keluarga Encik Jalaluddin dan Puan Ila. Semoga Allah membalas kebaikan ini dengan sejuta kerahmatan pula.

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Sampai saat ini, kadang-kadang Kak Ain tak percaya. Kak Ain masih lagi cubit-cubit pipi nak memastikan diri ini berada di alam realiti. Sekarang AinMaisarah sudah jadi penulis yang ramai pembaca setianya. 

Harijadi tahun ini juga, Kak Ain menerima beratus-ratus e-mel ucapan harijadi. Kak Ain terima banyak komen harijadi di laman Friendster AinMaisarah. Telefon Kak Ain juga asyik berbunyi beep-beep-beep tak henti-henti apabila ramai hantar SMS dan MMS harijadi.

Kepada semua, TERIMA KASIH yang tidak terhingga atas doa dan ingatan kalian. Kak Ain sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat menghargainya!

13 comments:

Aliya Azman said...

Selamat Hari Jadi Kak Ain!
Semoga panjang umur & murah rezeki.
=]

p/s: Sorry lambat wish =]

-fatin- said...

happy birthday kak ain!
hope kak ain dijadikan sebagai contoh dan berjaya dlm bidang penulisan dengan lebih meluas lagi..
=D

nurul huda ibrahim said...

HAPPY BDAY KAK AIN...SEMOGA LEBIH MATANG DAN DEWASA...HEHE

marjan said...

slmat ari lhr kak ain
moga kak ain cpt dpt anak

asyiqin@ikin said...

syikin ucapkan happy birthday sekali lagi tuk kak ain....
happy birthday kak ain!!!!!

ainin sofiya said...
This comment has been removed by the author.
nurul hidayah roslan said...

salam kak ain,

wah! BESTNYEE dapat hadiah!!!! happy belated birthday kak ain!!:D:D

♥ FaRiSaH AdRiAnA ♥ said...

Waa....beshnyew dpt adiah tuh....
Anyway...for the 2nd time..happy bufday...
Hope god bless u
Moga2 dpnjgkn umo n dmurhkn rezeki..Aminn....


Sincerly,
!!..FaRiSaH..!!

♥J-A-S♥ said...

Happy Belated Birthday Kak Ain.!!

Semoga murah rezeki dan gembira selalu.
Semoga Kak Ain akan berjaya dalam bidang penulisan.
=D
Sorry,Kak Ain sbb lambat wish Kak Ain.

aBcDe said...

wahh.. buruknya alyn. haha.. yey, alyn pun bru tgk comferter tu. lawanya. mama n ayah x tunjuk kat alyn pun.

DJ Farahani said...

Wah!


Selamat Harijadi Kak Ain!Semoga dirahmati Allah dan jangan stress-stress ya!

star dazzle said...

bestnya birthday sama dgn kak ain!!!!!

aBcDe said...

thank you so much for the preasent tau kak ain.