18 April 2009

Laporan Pelancaran Buku ke-10 AinMaisarah: Bhg 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain baru sahaja sampai rumah.

Alhamdulillah! Selesai sudah majlis pelancaran buku ke-10 AinMaisarah bertajuk Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru.

Kak Ain ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada semua pembaca yang sudi hadir. Memang bilik seminar Kedah/Johor di PWTC penuh, padat, sesak dan rapat dengan pembaca-pembaca buku AinMaisarah! Kak Ain sendiri tidak menyangka, sebegini hebat sambutan para pembaca semua! =D

Sebanyak 100 kerusi disediakan di dalam bilik seminar itu. Pada jam 12.30 tengahari sahaja, semua kerusi sudah penuh!

Apabila kerusi sudah tiada, para pembaca duduk di lantai pula. Mula-mula sedikit....

Lama-lama, makin ramai terpaksa duduk di lantai.

Ramai juga yang tidak dapat masuk dan tersekat di pintu sahaja =(

Kak Ain mohon maaf kepada para pembaca yang tidak dapat memasuki bilik seminar tersebut. Di lain masa, Kak Ain akan pertimbangkan mengadakan acara dan majlis sebegini di kawasan yang lebih besar lagi ya!

Selesai majlis pelancaran yang habis tepat-tepat pukul 2.00 petang seperti yang dirancang, para pembaca mula menyerbu meja jualan. Masing-masing mahu mendapatkan 3 novelcomel terbaru AinMaisarah, lencana Sri Bangsar, buku latihan Sri Bangsar dan buku terbaru AinMaisarah bertajuk Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru.


Bersesak-sesak. Berhimpit-himpit. Sampai Cik Abang pun jadi ketakutan!

Kak Ain pula melayan barisan beratur yang panjang bagi mendapatkan tandatangan dan bergambar. Tulang sendi jari-jemari Kak Ain memang bekerja keras ketika itu!

Okey! Harapnya gambar-gambar ini menjadi pengubat duka kepada para pembaca yang tidak dapat menghadirkan diri. Kak Ain akan update gambar-gambar lain pula bila sudah hilang penat ya!

Kak Ain nak pergi makan malam dahulu!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kak Ain mohon jasa baik semua yang mengambil gambar dan video ketika majlis pelancaran buku tadi, mengirimkannya kepada syaizul@meta-dome.com 


27 comments:

BalqisBasri (^^,)v said...

Siapa budak baju biru ngan tudung biru tu ??
Hahaha..
Sara comel laa :D

mImAmI said...

Wah...
Meriahnya!!Rugi tak dapat pergi..
sob..sob..sob..
Kak Ain,tak sabar nak beli buku Kak Ain esok!!

IzzhRsln said...

kak ain!!! tak aci lah macam ni semua orng belah kanan je dapat saye dok kat belah kiri berebut2 dapatkan n. tu x dapat pon :(
lain kali kak ain buat lah tengah 2 soo sume bley dapat... jngan buat 100 je buat 200 UP!!UP!! harap kak ain balas saye sdng sedih :(

LovelyGurl said...

waaa... memg penuh sesak la td!! best gile dpt pegy.. walaupown hampir ketinggalan bas! hikhikk..
best giler sape yg dpt teddy bear tu! comey+gebu!
ouh balqis! baru saya nmpk awk td! hikhik!

AinMaisarah said...

Salam Balqis,
Alahai... control ayu ye! Tahu kamera fokus pada Balqis agaknya!

Salam Mimami,
Tak apa. Lain kali bila ada gathering pembaca lagi, Kak Ain akan sentiasa beritahu di Rumah Pink AinMaisarah ini. Jadi Mimami mesti sentiasa datang ke sini ya!

Salam Izzah,
Kak Ain sendiri tak jangka seramai itu pembaca yang sudi hadir. Memang mencecah 200++. Kak Ain ingatkan, nak kumpul 100 orang pembaca pun susah. Tak apalah. Kali ini mungkin bukan rezeki Izzah. Datang lagi gathering AinMaisarah yang lain. InsyaAllah ada banyak lagi hadiah menarik yang menanti. Kak Ain sendiri tidak dapat mengawal pembahagian nombor cabutan bertuah tadi kerana berada dalam toilet menukar baju =D

Hasanah Najiihah said...

kak ain best nye dpt pegi...saye x de rezeki..ari isnin tu spe nk g ari isnin waktu sklh...tgklah dulu tp mak kate suruh la kak ain pos profile 6ixth sense dan mak kate leh beli on9...seronoknye sye nk beli sklai ngn buku BSB dan Buletin ye kak ain!

Hasanah Najiihah said...

alah trlambat skit kak ain dh balas komen..syg nyer tak pelah

Aina Yasmin said...

sebenarnya, saya nak jumpa kak ain tadi tapi ramai sangat yang beratur..

takpe lah..
sebelum tu kita dah jumpa kan kak ain?

tu pon dah memadai..
bagi laluan pada yang lain..

BalqisBasri (^^,)v said...

Hahaha.. Balqis masa tu nak elak dari kamera.. Malu kalau tunjuk muka kat kamera :P

Nina said...

Ishh.. siala lah budak baju pink sebelah Balqis tu. Aishh, waktu tu tak sedar ada kamera. Balqis cakap baru rasa nak gelabah. Tak sempat nak elakkan diri :P

IzzhRsln said...

salam kak ain,
tak pe lah mmng bkan rezeki saya ='(
tapi tdi saye sangattt GEMBIRA sbb jmpew kak ain!!!! =D
kak ain ade n.phone x?
nak boleh x?

IzzhRsln said...

lagi satu kak ain saye mintak maaf sngat2 sebab tadi mak saye terAMBIL buku tulis sekolah sri bangsar...mintak maaf banyak2 Izzah harap kak ain halal kan senaskah buku tulis tu <:( (takut!!!)

Alyia Farzana said...

hai kak Ain.....cantik la gamba saya yg pakai tudung warna coklat.....hihihi....yg namanya alyia.....hihihi.....ermm kak Ain kalau gamba saya ngan kak Ain nak antar jugak ker kat syaizul@meta-dome.com...?????k la tub jer bye kak Ain.....

Haha ^-^ said...

ramainya orang yang
datang kak ain.
masa yg beli
buku tu cik abang
kata,tidak mengapa jgn berebut-rebut banyak lagi buku.lepas itu,
ade sorang budak ni kata,
memangla berebut,sebab nak dapatkan lencana.
heheh ^_^
farhaniza

asyiqin@ikin said...

kak ain, bila boleh beli buku tu ngan online yerk???syiqin nak beli online nie...kak ain camne nak beli guna cara online???asyiqin tak tau dan tak pandai lah......hope kak ain balsa ari nie jugak... plesss kak ain...pless...

Alyia Farzana said...

kak ain....dari tadi saya register sekolah sri bangsar tapi tak dapat juga...............macam mana ni kak ain nak register

Alya said...

Assalamualaikum, Kak Ain.
Wah, bestnya tengok gambar-gambar gathering tu. Eh, eh. Comellah gambar candid Kak Balqis dengan Kak Sara. Hahaha =p

Aisyah Sophia. said...

Assalamualaikum Kak Ain,

first sekali,saya nak ucapkan tahniah kepada kak Ain kerana berjaya melancarkan buku ke-10.Saya suke sgt baca buku kak Ain semuanye best2.Dan yg paling best 2,bila Kak Ain buat mcm karakter 2 benar2 wujud..saya rase x de penulis yang bt cam 2 lg kn.InsyaAllah cita2 kak Ain nk jadi jutawan tercapai..Amin!!Assalamualaikum..

cikadlynn said...

Kak Ain!!!!Sayalah Adlina Hanisah yang dapat hadiah cabutan bertuah tu,dapat pen pink putih tu dengan buku latihan Sri Bangsar!Dan saya juga yang bertanyakan soalan kepada kak ain,"Apakah pengalaman pahit kAK Ain"

Semata-mata hendak dapatkan buletin sri bangsar!=)

Saya punya nombor ialah, G59

Kak Ain,tahun depan buat lagi BESAR!Saya nak datang lagi!Kat PWTC tau!

Saya nak jumpa Kak Ain lagi sekali!Tak puas jumpa sekali je!!


JuMpa Lagi Tahun Depan(Kalau jumpalah),
Adlina

Anonymous said...

kak ain!!

ade x mse ari rabu nih..

nbilah g ikut rombongan sklh

klau smpai..

kak ain tgk tgklah nbilah

pkai tudung sk wane pink

:)

Anonymous said...

bestnya.....rugi x hadir....sedih b0tol....x pi x sabar jugak nk beli buku kak ain nanti...

Qilazati said...

k.ain....
so cute....
cantik baju k.ain...

Anonymous said...

kak ain cute :DDD

DoRaeMoN_LoVeR said...

best sgt pelancaran semalam (walaupun sesak sangat2!). sy tetap berebut ngan pembaca lain ut beli novel terbaru kak ain walaupun hampir ketinggalan bas sekolah!! sy harap kak ain akan terus berjaya!! ganbatte!!

Ira said...

bestnye...
rugi x pegi..
huahuahua...

truemax said...

Salam Puan AinMaisarah,

Terima kasih kerana menyinggah di blog saya ohana-kami.

Terlajak sampai, tinggalkan 'komen' juga.

Pelancaran tersebut amat 'menjadi' :), dan maaf kerana perlu keluar awal sebelum majlisnya tamat.

Gambar yang ke-6 dari atas, itu gambar keluarga saya. :)

Terima kasih, wassalam.
::truemax

Nurul Nabilah said...

sokong kak ain