20 March 2009

AinMaisarah di Stadium Malawati, Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini, Kak Ain ingin mengumumkan kedatangan penulis-penulis remaja PTS beramai-ramai menyerbu Stadium Shah Alam.

Wah! Meriahnya! Kepada para pembaca, jangan lepaskan peluang ini! Boleh jumpa dengan:

Kak Farihah Iskandar (penulis siri Dear Yayah) 

Abang Faizal Dzasrik (penulis novel Syok! Yong Tau Foo & Ini Satu Cerita)

Kak Majidah (penulis novel Dua Dunia)

Kak Nor'Aini (penulis novel Biskut Ajaib & Garaj Aiman) yang ditemani suaminya Encik Shamsuddin Kadir (penulis buku-buku bisnes PTS)

Kak Ann (editor ngetop PTS & penulis novel Kaki Bola)

dan juga... yours truly, =D

AinMaisarah (penulis siri Aku Mahu, siri Impiana & novel Tak Bisa Memilihmu)


Ini maklumat acara. Baca betul-betul ya!

Tarikh: 22 Mac 2009 

Hari: Ahad

Masa: 12.30 tengahari - 2.30 petang (ini waktu dan slot yang diberikan kepada Kak Ain)

Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam (Gerai no.1, berhampiran pentas)

Sebenarnya Kak Ain baru diberitahu tentang acara ini semalam. Jadi agak terlambat memasukkan info ke dalam Rumah Pink. Harapnya para pembaca sekitar Shah Alam masih sempat memujuk rayu ibubapa supaya hadir ke acara ini ya!

Marilah datang beramai-ramai. Boleh beli buku PTS yang terbaru. Boleh juga berjumpa dan berkenalan mesra dengan TUJUH orang penulis PTS serentak!

Jumpa Kak Ain di sana!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kak Ain baru sahaja merdeka kerana sudah menghantar manuskrip. YA ALLAH! LEGANYA KEPALA! 

23 comments:

IZZ HAZWANI. said...

sedihnya wani tak dapat pergi ,
sbb wani duduk kat kuantan .
:(

Anonymous said...

alamak, jauhnya tempat tu.
kenapa tak nak buat kat Ipoh?
tak dapat pergi.. :(

Farahani said...

Hmm,

Insya-Allah..Farah akan pergi.
Tapi,tengoklah..Farah kena belajar lebih sikit sebab 2 tahun lagi mahu UPSR.

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

Wah! teringinnyeee nak pergi!!!!:D:D

Imma Belieber said...

mungkin boleh pergi :)
kalau ayah tak sebok :)

Aina Yasmin said...

alamak..
ada peluang nak jumpa kak ain lagi tapi tak dapat dilakukan kerena kesibukan yang tak dapat dielakkan..

:(

Huda Ibrahim said...

YES..! walaupun tak dapat gi kompleks PKNS tapi boleh pergi stadium melawati shah alam...

P/S:tapi rumah saya dekat dgn kompleks PKNS..
hehe,saje nak gi jauh sikit boleh pergi enjoy dekat pusat beli-belah..
hehe

Huda Ibrahim said...

YES..! walaupun tak dapat gi kompleks PKNS tapi boleh pergi stadium melawati shah alam...

P/S:tapi rumah saya dekat dgn kompleks PKNS..
hehe,saje nak gi jauh sikit boleh pergi enjoy dekat pusat beli-belah..
hehe

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sy pon same jugak ngan aQMa jauh sangat nape x wat kt ipoh?x dpt la pergi...huhuhu

F said...

salam kak ain ....

kenapa kalau ada promosi ke, pesta buku ke atau apa2 saja berkenaan dengannyer mesti kat kl atau selangor.
buatlah kat negeri lain seperti jb, ipoh dll.

tak acilah macam ni

Ezzaty Emilea said...

alah,saye x dpt gi sbb saye duk kat johor.klu nk gi pun bape jam bru smpi..nape wat kat shah alam jerk...wat lah kat jeebee lak...

flyana said...

insyallah sye g kot..sbb arie ahad kn..ade psr pgi so psr gi tu dkt ngan stadium..heheheh..

Alya said...

lain kali Kak Ain datang Kedah ehh ? Kawan2 Alya ramai yg minat Kak Ain =D Lagipun , dekat sini ada banyak mall2 , pilih saja yang mana suka =p

dream2m!s$ said...

akak..beznyer..tp tu lah farah dok kedah ..caner nk pi.. x best lar dok kedah..kwn2farah suma kat damansara...i misz u all

nur cahaya said...

salam..

yelarh kak ain..
stuju..
wat larh kat jb pulak..
hehehe..
law jaoh2 susah nak pi meyhh..

zuhaidah said...

kak ain, ade award utk kak ain :)

Qilazati said...

aduh..sedew nyer
teramat sedew cause x dpt pergi
masa tuh saya kat Subang jaya..
X dek sapa nak antar..

Fazl said...

semlm lalu seblah Kak Ain tp lidah kelu untuk berkata2...hehe

Aida said...

alah,naper tak wat kat seluruh negara???Kan bagus cenggitu??? Takyah nak bazir minyak... ^_~
Lagipon mak saya mana bagi pergi kat sana...Sedih gila...

Fifiey Azmi said...

Kak Ain...sorry la lari topik tapi tatau nak tulis katner...hehehe...nanti pesta buku antarabangsa kak ain pergi tak?? ;)

Khazinatul Yusra said...

kak ain buat la kat kuala kangsar.=)

dAyah said...

ni lame tak update blog mesti busy gile nih...ish3