09 January 2009

Video Promosi Set Box Aku Mahu Ke New York

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semalam Kak Ain terima panggilan telefon daripada Kak Mazlia, editor PTS One.

Bila Kak Mazlia telefon, Kak Ain seram-seram sejuk badan jadinya. Maklumlah, Kak Lia adalah pengutip hutang manuskrip cerita Impiana III yang masih tertangguh tak tahu nak siap bila =(

Rupanya Kak Lia telefon kerana mahu memberitahu berita gembira. Berita gembiranya adalah..........

Buku berkembar Aku Mahu ke New York sudah memasuki cetakan kedua!

Alhamdulillah!

Kak Lia juga memberitahu... bagi cetakan kedua buku berkembar Aku Mahu ke New York nanti, sudah tidak ada set box lagi. Selepas ini, pembaca boleh membeli buku Aku Mahu ke New York 1 dan Aku Mahu ke New York 2 secara berasingan.

Maknanya, tidak dapatlah hadiah percuma kalendar 2009 yang ada muka Kak Ain, novelcomel percuma 'Buaya Darat New York' dan juga door sign PTS One yang diberikan dalam set box.

Sememangnya itulah rancangan pemasaran pihak PTS. Hanya ada 4000 sahaja set box Aku Mahu ke New York yang eksklusif untuk para pembeli terawal buku berkembar ini.

Kak Ain harap para pembaca segera dapatkan 4000 set box yang sudah diedar ke kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Kak Ain sudah menjengah kedai buku MPH di Mid Valley, MPH di Alamanda dan Kinokuniya di KLCC. Bilangan set box makin menyusut hari demi hari! Jadi jangan buang masa lagi. Cepat rebut set box Aku Mahu ke New York yang terhad sebelum ianya kehabisan!

Di bawah ini, Kak Ain sertakan video promosi set box novel berkembar Aku Mahu ke New York. Boleh lihat secara live novelcomel, kalendar dan door sign yang Kak Ain pegang dalam video ini.



Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Hmmm... Kak Ain tersangatlah nak ketuk dahi sendiri setiap kali melihat video ini. Macam mana Kak Ain boleh tersebut 'penanda buku'?????????????????? Sepatutnya 'penanda pintu' .... Maafkan lidah Kak Ain yang tersasul itu ya!

27 comments:

anis scha said...

salam kk ain..
sye dh bli dh,set box aku mahu ke new york..
best sngt.. :)
he he he..

Anonymous said...

Wah K.Ain...
Siap bervideo-video lagi..
Anyway,congrats sebab buku
AMKNY 1 n 2 masuk cetakan kedua!!
Besh sesangat!!

.:Maira:.

Anonymous said...

hai kak ain...saya dah nengok klip tuu...takpe...salah skit jek...saye pon ade buku new york 1 & 2 set...

sayalah! said...

Salam Kak Ain,
Maknanya, set box yang dijual di kedai-kedai buku pun ada novelcomel lah?

sayalah! said...

Kak Ain, saya dah emel Kak Ain berkenaan pihak sekolah.

halim said...

Wah!!Dh masuk cetakan kedua~!

Anonymous said...

kak ain tak buat lagi ke peraduan untuk memenangi hadiah yang menarik????

Farisah Adriana ♥ said...

Hye Kak Ain..!!thx la yerp coz da visit my blog!!eemm...wa!!AMKNY da msk cetakan yg ke-2 ker??HEBAT!!!
Kak Ain cepat2 ler yerp buat IMPIANA3 cepat2..saye da x sabar2 nak bacer niy...!!Emm..tersasul?? biaser ler tuh!!

shhh. said...

Bertemu Kembali Kak AinMaisarah.Comell suara Kak Ain bila bercakap tadi!and mungkin kita bertemu di PWTC kerana kelab sekolah saya iaitu kelab rakan pembaca cadangkan hendak pergi ke lawatan PWTC pada pesta buku antarabangsa nanti,and bertemu di sana!

sayang,
Shila =)

Feeza Mior @ Eteqcute said...

salam kak ain..
feez tertunggu2 bla impiana 2 nk keluar?

Anonymous said...

bila pemenang nak dapat hadiah ek??

salam penantian,
^...^

Anonymous said...

salam kak ain.

suara kak ain comel nyaaaaaaaaa. mcm bdk2. hehe.
haa,saya dah beli set box aku mahu ke new york. saya amik kalendar,adik saya amik penanda pintu dan novel comel.
saya menunggu kedatangan buku impiana 3.

love,
syerah

Aizrul Hmd said...

Assalamualaikum kak ain:)
alaaaaa..saya nak sangat set box aku mahu ke new york:S
cumeee saye ni dari negara yang jauh dan tak tahu menahu tentang cara membeli buku menggunakan pos:/:/ sedih lah jugak..bilalah agaknya set box aku mahu ke new york tu di pasarkan ke negara Brunei Darussalam? teringin sangat nak bace!

Hidayah said...

aaalah.suara kak ain comel sangat.hehehe

Anonymous said...

salam kak ain...
tak apelah kak ain. lain kali sebut betul2 ye.

NA. said...

Assalamu'alaikum Kak Ain,
hehe :D
semoga Kak Ain sentiasa dalam keadaan sihat wal'afiat di samping orang tersayang :D :D
mak saya tanya, lokasi pengambaran video tu di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ke?
Kak Ain, set box AMKNY sudah habis ke kalau di tangan Kak Ain?
saya baru dapat green light daripada mak saya hari ni setelah mak saya tengok video tu ^_^

Majulah Kak Ain untuk dunia penulisan!

Wassalam.

Batrisyia said...

salam kak ain...

huhu....akhirnya ternampak jugak mata Kak Ain yg cantik tu! =D...

Anonymous said...

wah,bru skarag abby bpluang untuk comment di entri kali ni..2009 ni sibuk sikit lar.abby kan upsr.mama x bg abby bli sebarg novel pon...so abby xdapat lar nk bce buku aku mahu ke new york! :(..sedehnye..

HAKIMAH said...

salam kak ain... takpe salh cikit jer...

Anonymous said...

k.ain...sy dh tgk video k.ain tu!
comel sgt sgtzzz!

suara k.ain mcm budak kecik sgatlah... ape rahsia suara k.,ain lembut sgt mcm tu?? kongsilh dgn sy! hihihihi

hurmm,,,sy pon dh dptkn set box aku mahu ke new york..mmg best sgt citer tu,, sy dh baca 3x... tak jemu2 pun

skrg tunggu impiana 3 ... cpt2 kuar buku baru k.ain...sy tunggu niiiii........ sy sokong ckp cicakgirl,

MAJULAH AINMAISARAH UNTUK IMPIANA 3!!

;P ;P
misz qiqin

The Cookies Bar said...

Ain Maisarah,
my 14-year-old sister loves your AMKNY so much. Dia suruh i get all of your novel in your pipeline...so i terpikir if i can meet you somewhere your area. My sis is in JB. So if i could buy directly from you, blh save postage bill :)

Bushra said...

Kak Ain, saya dah beli set box tu....
Tapi takder kalendar pon... :(
Sedih laa...
Tak tau laa saya kalau dah habis sebab yang saya beli tu last one punys.........
Rasa macam nak menangis la...

Anonymous said...

Salam Kak Ain,


Comel suara Kak Ain!So cutee!!
Kak Ain,nak tanya.

Buku Aku mahu ke New York berapa harganya?


Nak belilah!!!Tapi...

Nak dapatkan persetujuan daripada ibuayah.Sebab mak ayah saya ni mana bagi nak beli buku novel.Oklah kak ain!Dah banyak saya bertanya itu ini,berceloteh itu ini.

Saya nak melawat Ikim.FM.Akak nak ikut?

Ini dia!

http://www.ikim.gov.my/ikim.fm/index.php


Weeeee~~~!

Semoga berjaya buat Kak Ain dan rakan-rakan!


Salam Ceria,
Farahani


Memang ceria rasanya.Kak Ain doakan saya supaya buku itu tak habis,dan dapat dibeli !Chow dulu Kak Ain!~~~~~

Fifiey Azmi said...

Salam Kak Ain! Terkesima saye dibuatnye bile dgr suare Kak Ain tuh! Cute sgt! Mcm budak2 kiut umo 2 tahun... Hehehehehehehe... Ala, xpe... Sikit je kesasulan Kak Ain tu... Huhuhu... Anyway! Go Kak Ain! You're the best! Alamak, terlebih sudaa~ Hehehe

Siti Nazirah said...

waa!!lpas tau yang PTS takkan cetak setbox tu lagi,cepat2 saya ke MPH giant s'ban ni..nasib baik ada...tinggal 2 je..thanx Kak Ain!!

zuhaidah said...

kak ain
i've post an entry about AKMY in my website

-a fan of u =))

A said...

hye kak ain...

saya dh beli set tu. bagus sngt!
AMKNY 1 tu bes citenye...
mase saya bace AMKNY 2 saya terharu sbb org kampung ny tu tetibe dpt byk kemudahan dn kejutan. :)

novel comel tu sy kesian kt pai'e tu. hahahaha!