Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Aduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh!
Percaya atau tidak, hari ini barulah Kak Ain berpeluang menulis dan menghadap komputer! Huh! Awal tahun 2009 ini betul-betul mencabar jiwa!
~Hari Isnin sibuk membetulkan telefon bimbit/kad sim/bateri yang meragam. Seharian Kak Ain di Plaza Low Yatt.
~Hari Selasa pula selesaikan pendaftaran internet, faks dan telefon di TM Point.
~Hari Rabu adalah hari bercelaru lagi haru-biru. Kak Ain baru terperasan kad pengenalan Kak Ain hilang. Mulalah telefon semua tempat dan tercari-cari di mana Kak Ain tertinggal kad pengenalan itu. Maklumlah, 2-3 hari lepas Kak Ain banyak berurusan dengan pegawai kaunter yang semuanya meminta kad pengenalan. Akhirnya dapat dikesan bahawa Kak Ain tertinggal kad tersebut di pusat jualan CELCOM Plaza Low Yatt. Fuh! Selamat!
Dan hari ini... AKHIRNYA dapat juga Kak Ain berikan laporan penuh tentang aktiviti promosi buku di Kerteh dan Kuantan yang berlangsung pada hari Sabtu lalu.
Di sini Kak Ain ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang sudi datang berjumpa Kak Ain dan Kak Yayah. Sememangnya ia merupakan kenangan manis yang tidak akan dilupakan!
Kepada yang tidak dapat hadirkan diri, sila cuci mata dengan gambar-gambar yang disertakan di sini ya =D InsyaAllah ada rezeki di lain kali, kita akan berjumpa juga!
Pagi Sabtu lalu, hari Kak Ain bermula seawal pukul 7.00 pagi menunggu di Restoren Al-Esfan Batu Caves. Sementara menanti ketibaan Kak Yayah, Kak Ann dan Kak Dila... Kak Ain memesan sekeping roti canai dan segelas teh tarik yang berbuih indah. Ikutkan hati, Kak Ain nak dua keping roti canai dan sepinggan mi goreng mamak. Tapi Kak Ain ingatkan diri sendiri. Tak boleh makan banyak-banyak. Takut perut meragam memberontak. Tergendala pula perjalanan.
Pukul 7.15 pagi... Kak Yayah, Kak Dila dan Kak Ann mula menunjukkan hidung mancung masing-masing. Pukul 8.00 pagi barulah kami memulakan perjalanan ke Kerteh. Kak Dila bertugas sebagai pemandu berhemah yang memandu dengan cermat sekali walaupun hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami.
Alhamdulillah, 12.15 tengahari kami selamat sampai ke destinasi. Oooh! Ini rupanya Mesra Mall, Kerteh! Ini kali pertama dalam sejarah, Kak Ain menjejakkan kaki di atas lantai kilat Mesra Mall Kerteh.
Kami terus ke Pizza Hut bagi sesi makan tengahari. Pizza Hut dipilih kerana lokasinya yang terletak berhadapan sahaja dengan kedai buku POPULAR. Ini bagi memastikan kami tak terlewat mengisi slot promosi penulis yang sudah dijadualkan.
Oleh kerana ada masa 45 minit sahaja, kami semua makan gaya kunyahan laju yang tak ingat dunia. Memang tak control ayu langsung!
Pukul 1.00 tengahari, kami memenuhi undangan kedai buku POPULAR dan duduk di tempat penulis yang disediakan. Buku-buku siri Aku Mahu dan Dear Yayah sudah tersusun rapi di bahagian hadapan kedai.
Malangnya, tiada kemudahan alatan pembesar suara di kedai buku itu. Jadi pengumuman tidak dapat dibuat. Pengenalan diri penulis juga tidak dapat diwar-warkan.
Di Kerteh ini, pengunjungnya juga kurang. Mungkin kerana hujan tak henti-henti mencurah di luar sana. Mungkin juga kerana faktor sesi persekolahan 2009 akan bermula keesokan harinya (Ahad) bagi negeri Terengganu dan Kelantan. Mungkin adik-adik pembaca sedang sibuk membuat persiapan BACK TO SCHOOL di rumah masing-masing.
Namun Kak Ain cukup gembira apabila dapat berjumpa Cik Adik Aqilah yang sudah sedia menunggu di kedai buku POPULAR dan membeli set box Aku Mahu ke New York.
Kak Ain juga segan bercampur malu apabila berjumpa dengan pembaca buku bernama Faiz ini. Ini kerana Faiz sudah nampak aksi Kak Ain menepek bedak, mencelak mata dan mengoles pelembab bibir ketika di meja Pizza Hut. Kebetulan pula Faiz bekerja secara sambilan di Pizza Hut sementara menanti keputusan SPM. Kak Ain doakan Faiz mendapat keputusan cemerlang dalam SPM ya! Harapnya dapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi sekitar KL. Boleh jumpa Kak Ain lagi di Pesta Buku PWTC 2009! =D
Tepat pukul 2.00 petang, kami terpaksa beredar kerana perlu bergegas ke lokasi kedua di Kuantan Megamall pula. Sepanjang perjalanan, hujan renyai bertukar lebat.
Kami sampai Kuantan pukul 4.15 petang. Sudah jadi lumrah wanita, mesti ke bilik air menyegarkan diri, membetulkan tudung dan mengambil gambar! =D
Pukul 4.45 petang, kami mula melilau mencari kedai buku POPULAR. Sibuk bertanya sini sana. Badan pula sudah penat seharian duduk dalam kereta. Sila lihat gaya Kak Yayah dan Kak Ann berjalan. Sudah longlai. Sudah lemah. Namun demi para pembaca di Kuantan, kami gagahkan diri juga.
Walaupun penat, wajah Kak Yayah, Kak Dila dan Kak Ann tetap ceria!
Di Kuantan, suasana lebih ceria. Ada mikrofon yang disediakan bagi membolehkan pihak PTS mengumumkan kehadiran Kak Ain dan Kak Yayah.
Di Kuantan juga, Kak Ain berkesempatan berjumpa Amirah dan Asyiqin. Keduanya malu-malu dengan Kak Ain. Tapi Kak Ain sempat temuduga mereka berdua. Mereka pernah baca buku Aku Mahu Popular dan Aku Mahu Saiz S. Terima kasih kerana sudi datang berjumpa Kak Ain ya! Terima kasih juga buat kakak Amirah iaitu Cik Sheralina yang menghantar dan menunggu hingga selesai sesi promosi buku. Jasamu dikenang! =D
Kak Ain juga berkesempatan berjumpa dengan Puteri Amirah. Tinggi lampai dan ceria orangnya! Tahniah juga kerana mendapat keputusan straight A's dalam PMR ya!
Kak Ain juga berjumpa dengan Cik Adik Najiah yang comel molek ni. Sempat Najiah hulurkan buku autograf bagi pihak kawan baiknya iaitu Shaikha Shuhada. Bila agaknya Kak Ain nak jumpa Sheka sendiri? =D
Semasa di Kuantan juga, Kak Yayah menganjurkan peraduan menulis entri diari Dear Yayah. Berbelas peraduan yang diterima. Kak Ann pedih-pedih mata membaca dan mengadilinya.
Pukul 6.00 petang, keputusan diumumkan. Tahniah Kak Ain ucapkan kepada tiga pemenang utama dan semua pemenang saguhati.
Pukul 6.30 petang, kami meminta diri. Sempat mengambil gambar kenang-kenangan bersama warga kerja POPULAR di Kuantan.
Pukul 6.40 petang, kami bergegas mencari surau. Solat Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dilakukan secara jamak dan qasar bagi memudahkan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. (Nota gambar: Kak Yayah dan Kak Ann boleh jadi model telekung! =D)
Sebelum pulang, kami singgah di Restoren Nara Tanjung Lumpur bagi menikmati makan malam. Jamuan makan malam hidangan Thai ini sungguh memuaskan hati! Terima kasih pihak PTS kerana sudi belanja AinMaisarah makan malam. =D
Pukul 9.30 malam, barulah Kak Dila memandu pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan, seperti biasa kami sibuk bertukar cerita dan informasi tentang dunia buku. Sesekali ada juga terselit cerita zaman dulu-dulu (Oh! Kak Ain sudah tahu rahsia disebalik karektor Jihan dan Hazman dalam Dear Yayah itu! =D)
Alhamdulillah, kami berempat selamat tiba di Gombak pukul 1.05 pagi. Cik Abang sudah siap sedia menunggu menjemput Kak Ain.
Di sini Kak Ain ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada:
~Kak Dila kerana sudi memandu sepanjang perjalanan.
~Kak Yayah kerana berkongsi cerita rahsia =D
~Kak Ann kerana jadi penghibur dan raja lawak sepanjang perjalanan!
InsyaAllah di masa akan datang, sekiranya Cik Abang izinkan... Kak Ain akan turut serta lagi sesi promosi buku merangkap hari girls day out ini =D
Salam Sayang,
AinMaisarah
06 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Salam KakAin.
Hah.. Baru diupdate sekarang ek !
Apa2-pun, mesti best kan kpd siapa2 yang jumpa KakAin.
P/sss.. Tanak datang SungaiPetani ?
Nanti Alya ngan kengkawan konvoi jumpa KakAin ! =p
kak ain,bila impaiana 3 nak keluar? =)
~SITI~
i mean,impiana...
~siti~
Thanx Kak Ain sbb up date blog. sonok sangat dengar citer Kak Ain...
Salam k.ain! thanx sbb update blog! Sy mmg ttunggu citer k.ain...balik skola jerk trus bukak komputer sbb rindu sgt nk tau pasal k.ain..
skrg senyum lebar bace lapora k.ain yg pjg & best sgt!!!!!
SYG KAK AIN,
misz qiqin
kak ain nie asyiqin thx kak ain update gmbr kiteorng...thnx sgt2... kak ain nanti kak ain dtg r kak kuntan lgik yerk....kak ain...
-asyiqin-
Hye Kak Ain..
Alhamdulilah kak Ain c-hat dan ceria...
Skrg dh bkk sklh...
Tpi sering gak dtg jenguk blog kak Ain !!
Jeles Jas dgn fans kak Ain kat Kerteh & Kuantan..
Klu ader rezeki,Jas akan jumpa kak Ain,Kak Yayah,Kak Dila dan Kak Ann !!
Klu Kak Ain ader mse free leh lah dtg singgah blog Jas
http://www.unexpectable-life.blogspot.com/
Salam ceria:
Jas !!
kak ain,seronoknya!bile nak pergi ipoh?apa projek besar tu.huh.
Fuhhhh..!!akhirnya Kak Ain update blog gak..!!Setelah sekian lamer saya menunggu..:D
Kesiannyer Kak Ain ditimpa memacam masalah...
Kak Ain biler nak dtg Batu Pahat plak??
Anyway klu kak Ain ader maser terluang..Kak Ain lawat lr blog sayer...
http://eisya-pinkgurlz.blogspot.com
eemm..anyway cepat2 ler dtg BP!!
Salam gembira,
e!sYa
Hello KakAin Chubby2 =D
Knape lmbt Update?!
penat Shila tunggu =(
Anyway,mmg BUSY jadual seorg penulis yang terkenal ;)
and,boleh tak bagitao rahsia Jihan & Hazman kat buku Dear Yayah tu =D
Shila ni ponn peminat Dear Yayah selain buku Aku Mahu..
And Shila ada Ke-empat2 buku Dear Yayah tersebut :D
pssttt:Shila jumpa KakAinMaisarah dekat PWTC 2009,but insyaallah,sbb shila kne study for UPSR!harap dpt straight A!
kak ain,bila buku cerita yang kak ain nak buat cite nak keluar???
thanks 4 update blog.irah tengah bosan sgt nieee...dah lama tunggu berita.
bila nak dtg skudai???
k.ain dh update blog....beshnye...anyway thankz coz letak pix amirah n asyiqin kt blog k.ain nih..perperpun biler nk dtg kuantan lagik...bleh lh amirah dtg lagik....buku aku mahu ker new york pun dh abih...yg kerdue lg sket nk abih...buku aku mahu saiz s pun dh abis...
~amirah~
salam kak ain,
sebenarnya saya merupakan salah satu peminat Dear Yayah juga.(saya minat buku kak ain gak)ceritakanlah tentang rahsia Jihan ngan Hazman.PLEASE!!!!!
salam Kak Ain!!
sayang nyer saya x tahu yg Kak Ain nk dtg kat Kerteh... :(
eeiiii,,, geram btol!! kan dah terlepas nk jmpe Kak Ain & Kak Yayah..
nway ble plak team PTS nk dtg kat Kerteh lg??! arap2 dtg lah mse cuti ye.. :)
~zlynn nur mysara~
i!i!i!+[o_0]+!i!i!i
-luv all ur novel-
Post a Comment