01 January 2009

Senarai Manis Madu & Pahit Hempedu 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di ambang tahun baru ini, Kak Ain melihat percikan bunga api di sekitar KLCC dan Times Square dari balkoni rumah. Kak Ain juga ingin berkongsi sedikit imbasan hidup Kak Ain sepanjang tahun 2008.


Buat julung-julung kalinya, inilah SENARAI MANIS MADU 2008 & SENARAI PAHIT HEMPEDU 2008 dalam hidup AinMaisarah.

(Harap tidak tertidur membacanya ya!)

*************************************************************************

SENARAI MANIS MADU 2008


1) AinMaisarah entah macam mana boleh menulis hingga enam buah buku (Alhamdulillah!) Semuanya diterbitkan dalam tahun 2008 iaitu:

~AKU MAHU BULI
~IMPIANA II
~TAK BISA MEMILIHMU
~AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA
~AKU MAHU KE NEW YORK I
~AKU MAHU KE NEW YORK II


Enam buku ini juga mencatat jualan yang membanggakan. Aku Mahu Buli, Tak Bisa Memilihmu dan Aku Mahu Teman Tapi Mesra semuanya sudah masuk cetakan ketiga. Alhamdulillah!

2) Dalam tahun 2008 ini, AinMaisarah berpeluang menjejakkan kaki ke Sabah dan Sarawak (Nota tambahan: Sabah dan Sarawak adalah dua buah negeri yang tidak pernah dikunjungi AinMaisarah sebelum ini) Harapnya tahun 2009 Cik Abang ada tugasan di Milan - Paris - New York pula! Itu doa yang selalu dibisik dalam hati! =D


3) Sehingga akhir tahun 2008, AinMaisarah masih lagi muat menyarung baju saiz M (walaupun sudah naik 5kg berbanding berat badan unggul zaman dulu-dulu) AinMaisarah juga masih muat memakai baju kebaya oren di dalam gambar di bawah. Nota tambahan: Kebaya oren ini dibeli tujuh tahun yang lampau!


4) Alhamdulillah, dua gajet elektronik paling didambakan selama ini sudah berjaya dimiliki.

a) Komputer riba Mini HP hadiah dari Cik Abang.

b) Kamera Cyber Shot Sony Slim T yang dibeli dengan wang royalti penulisan.


5) AinMaisarah menemui T-Shirt panjang yang sangat disukai sekitar bulan Mac 2008 ketika berjalan-jalan di Pavilion. T-Shirt Desigual ini merupakan belian baju paling berbaloi tahun 2008.


6) Tahun 2008 juga, AinMaisarah menemui kasut but paling selesa dan tidak melecetkan kaki. AinMaisarah hanya dipakai kasut but ini lima kali sahaja sepanjang tahun 2008. Terasa sayang sangat nak menyarungnya. Takut lusuh pula!


7) Tahun 2008 juga sudah tertakdir, AinMaisarah menemui tiga helai tudung yang fabriknya paling senang dipakai di seluruh alam maya! Tanpa membuang masa, AinMaisarah tak toleh kiri dan kanan. Terus sahaja borong semua warna yang ada! Bila pakai tiga tudung ini, AinMaisarah rasa terlebih berseri-seri bak bulan purnama =D (Oh, maaf! Terlebih perasan pula!)


8) AinMaisarah juga tentu tidak akan melupakan Pesta Buku Antarabangsa 2008. Itu adalah antara saat paling manis mengalahkan madu! Ketika itu, AinMaisarah dapat bertemu mata secara langsung dengan para pembaca buku. Ya Allah! Tuhan sahaja yang tahu betapa seronok, teruja, terharu dan gembiranya AinMaisarah di kala itu =D Sekarang AinMaisarah sedang mengira hari dan menunggu masa Pesta Bulan Antarabangsa 2009 menjelma pula.


9) Tahun 2008 juga mencatatkan rekod AinMaisarah menyembur 50 ml minyak wangi CK Eternity dan 30 ml minyak wangi Salvatore Ferragamo. Apabila dikira-kira, AinMaisarah menggunakan 80 ml minyak wangi sepanjang tahun 2008. Cik Abang berpuas hati dengan catatan rekod ini dan berharap Kak Ain mengekalkan penggunaan minyak wangi pada kadar berpada-pada.


10) Alhamdulillah, tahun 2008 juga menyaksikan rumah pusaka tinggalan arwah abah di Larkin AKHIRNYA sudah ada penyewa tetap. Penyewa jangka panjang iaitu tadika pusat asuhan Islam (PASTI) sudah menyatakan hasrat mahu menyewa selama lima tahun. Alhamdulillah, ini menjanjikan pendapatan tambahan buat ibu AinMaisarah yang merupakan ibu tunggal.


SENARAI PAHIT HEMPEDU 2008

1) Pintu kereta sebelah kanan remuk sedikit akibat dilanggar motor mat rempit. Tambah sakit hati, mat rempit itu cuma ada 50 sen dalam poket apabila disuruh membayar ganti rugi. Huh! Terasa nak sekeh-sekeh kepala mat rempit durjana itu!


2) Awal tahun 2008, jubah kesayangan AinMaisarah terkoyak di hujungnya kerana tersangkut besi kerusi. Memang sedih menangis meraung-raung AinMaisarah dibuatnya! =( Sehingga sekarang AinMaisarah masih tercari-cari tukang jahit yang mampu menampal/memperbaiki/menjahit jubah ini dan mengembalikannya kepada keadaan asal.


3) Sepanjang 365 hari dalam tahun 2008, jerawat pasir di muka AinMaisarah masih membiak dengan subur sekali. Kawasan kesukaan jerawat pasir ini adalah bahagian dahi dan dagu AinMaisarah. Nota tambahan: AinMaisarah sudah mencuba produk SKII, Garnier dan The Body Shop bagi menyahmatikan spesies jerawat pasir ini. Malangnya tiada satu pun yang berjaya! =(


4) AinMaisarah dimasukkan ke hospital penghujung 2008. Ketika itu pula, proses pembikinan novel berkembar Aku Mahu ke New York sedang berada pada peringkat paling akhir. Kelam-kabut jadinya apabila kesihatan tidak mengizinkan AinMaisarah melunaskan kerja. Harapnya masalah kesihatan yang sama tidak menjenguk lagi pada tahun 2009 ini.

**********************************************************************************

Wah! Panjangnya senarai Kak Ain! Adakah anda sudah penat membaca? Kak Ain juga sudah penat menaip! Rasanya setakat ini sahaja SENARAI MANIS MADU 2008 dan SENARAI PAHIT HEMPEDU 2008 dalam hidup AinMaisarah yang dapat dicoretkan.

Secara keseluruhan, Kak Ain amat bersyukur pada Tuhan kerana senarai gembira dalam hidup Kak Ain ini terlalu banyak. Senarai pahitnya pula pendek sahaja. Kini tahun 2008 sudah berlalu pergi. 2009 pula memunculkan diri.

Kak Ain berharap, moga-moga tahun 2009 ini semakin mematangkan diri, semakin tercapai misi, semakin bahagia hati dan semakin banyak royalti!

AMIN! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

32 comments:

Zaimin said...

Selamat Tahun Baru Kak Ain!

alifmimyanun said...

aduhai, pasal jerawa pun nak letak.
boolehla.

ha, bile nak tulis buku lagi ?
saye mencarik peluang nak lukis illustrasi je.

ihih hih hi hi hih hi ihih hi.

Anonymous said...

Selamat Tahun BAru kak Ain..

Hana ada bukak kempen HAPUS jerawat..

1) jgn makan kacang
@) jgn berangan selalu..

sekian KEMPEN HAPUS JERAWAT

Farahani said...

Wah!


Selamat Tahun BaruKak Ain!


Wow Cyber -Shot!
Dah lama nak beli.kempunan...Huhuhu..=PP

Farah Hanum said...

salam kak ain...
Happy new year!!!
semoga tahun 2009 kak ain bertambah banyak kenangan manis.Gamba semua ni kak ain guna kamera cyber-shot tu ke?hehehe.t-shirt ngan but tu cantik. memang sayang kalau lusuh.Klah sini je saya nak cakap...
Chaiyok-chaiyok 2009!!!

wassallam...
farah hanum.

Anonymous said...

Happy New Year Kak Ain!!!
Semoga Kak Ain lebih maju dalam bidang penulisan ner....
Saye akan tetap sokong Kak Ain...

Caiyok!!!Caiyok!!

Anonymous said...

Selamat Tahun Baru K.Ain..!!
Semoga Tahun 2009 ni K.Ain
dapat buat novel yang bagus
sekali..!!!

Maira

Batrisyia said...

Salam Kak Ain!!

Selamat Tahun Baru 2009...
Semoga Kak Ain dpt rezeki yg melimpah-melimpah bagaikan air Laut Merah pada tahun 2009 ni..

Mak saya pun ada laptop Mini HP tu....kebetulan pulak saya tgh guna laptop tu....hihihi...=D

Batrisyia said...

Lupa pulak nak letak ni::

Kaya jugak ye Kak Ain....boleh beli mcm2 produk kecantikan...siap boleh beli SK II lagi tu...
Kak Ain beli la pulak Loreal...mana la tau boleh hilang....Kalau Kak Ain nak yg mahal punya, ambik la Clinique...hihi..=D

cikadlynn said...

Selamat tahun baru Kak Ain!!!

Sem0ga panjang umur!Nanti bolehlah saya baca novel kak ain lagi sampai ke tua!

Hehe.Jgn amik hati ya kak ain!=D

Anonymous said...

Batrisyia~Mestilah kak ain kaya!Tengoklah brapa jumlah buku dia terbitkan!Huahaha

Fatihah N. said...

happy new year KAK AIN...

-smoga tahun 2009 lebih baik drpd tahun2 sbelumnye..
-hope kak ain tulis buku yg ngetop2 lagi

~amin~

Anonymous said...

selamat tahun baru kak ain!!!
semoga kak ain dpt tulis lebih byk buku2 lagi yepp (:

luv u!!

Hidayah said...

Hai!Selamat Tahun Baru!Wah!Cantiknya camera cyber skinny short tu!Mesti mahal kan. :(Apa apaa pun,semoga karier kak ain semakin maju.Chaiyok chaiyok!

Anonymous said...

Salam kak ain,
selamat tahun baru :D

MIRA said...

Happy NY Kak Ain!

Hidayah said...

Kak Ain,
Visit my blog k!
www.hidayah-site.blogspot.com

Farisah Adriana ♥ said...

Happy New Year Kak Ain!!
Emm..saya arap sesangat agar Kak Ain akan menulis 10 buah buku plak taon niy..Kak AIn tanding yg lepas..!!
Sya tk sabar2 nak baca buku Kak Ain pada thn 2009 plak!!:D
Cayang Kak AIn...

Salam tahun baru!!,
FARISAH=)

Cezz Nyn said...

k.ain ......
visit my blog ...
klau der masa ..
http://lollipopdestination.blogspot.com

halim said...

Hepi new year kak ain!!

star dazzle said...

salam kak ain,
selamat tahun baru kak ain,saya gembira mendengar berita gembira kak ain dan sedih membaca berita sedih kak ain,boleh saya tanya kenapa kak ain selalu masuk hospital ?kak ain sakit ye?ok,BTW,happy new year again.

salam,
nuraina

Anonymous said...

HAPPY NEW YEAR KAK AIN....
HOPEFULLY YOUR 2009 IS BETTER THAN 2008....

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Seronok baca "Senarai Manis Madu & Pahit Hempedu 2008" Kak Ain ni.

Hehe , mesti seronok pegang duit and beli barang dengan duit hasil titik peluh kita sendiri kan ?
Congrats atas kejayaan buku AMKNY !

Tak sabar nak jumpa Kak Ain di Pesta Buku 2009 !

Hanis Aqilah

Hello Kitty said...

Selamat Tahun Baru 2009 Kak Ain!!!Semoga 2009 Ni, Akak Tak Masuk Hospital Lagi Gara-Gara Menulis...

Anonymous said...

Salam kak ain...

selamat tahun baru 2009!
sy seronok sgt bace tulisan k.ain,,,mmg k.ain ni bbakat! hrp k.ain akn tulis byk lg buku..sy akn terus sokong k.ain...k.ainlah idola sy tau!!!!

sy tunggu impiana 3 & aku mahu bergaya...good luck k.ain!

Anonymous said...

k.ain mmg cool!

She is Afiqah Zakiyah said...

Happy New Year, Kak Ain!

Cybershot? Wah, berbaloi lah tulis buku ea! BTW, visit lah blog saya...

Puan Ainon Mohd. said...

Tokok satu lagi:

Tahun 2008 AinMaisarah memecahkan rekod sebagai pengarang pertama di Malaysia yang menerbitkan 2 buah novel kembar edisi bumper!

Anonymous said...

salam,

banyak ye coretan penutup lembaran 2008. anyway kak ain, nurul harap 2009 nanti menjanjikan pengalamn dan ingatan yg sangat menggembirakan dan tak dapat dilupakan...
wasalam....

Anonymous said...

salam kak ain,,

cantiknya camera cybershot kak ain!
lagi satu....saya nk tny nih...kak ain ade tulis buku baru lagi tak??????

Anonymous said...

assalamualaikum kak ain,
lama tak lalu kat sini...
banyaknya senarai..
bagusla kalau senarai manis madu lagi banyak =PP
semoga doa kak ain tu termakbul..
amin...

Anonymous said...

happy new year sume!!!korg ape thn baru ni????

azam