14 November 2008

Tentang Borang Peraduan Duta Aku Mahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Kak Ain mahu menerangkan tentang borang peraduan Duta Aku Mahu. Banyak e-mel yang Kak Ain terima, menyatakan bahawa borang peraduan yang disediakan tidak dapat dimuat turun.

Okey! Sekiranya tidak dapat muat turun borang tersebut, tidak mengapa. Jangan risau! Jangan susah hati!

Para pembaca yang ingin menyertai peraduan hanya perlu menaip sahaja butiran diri di dalam e-mel yang disertakan dengan gambar penyertaan. Beritahu Kak Ain:

Nama duta:
No. tel duta:
Tarikh lahir:
Alamat surat menyurat:
Alamat e-mel:
Nama guru kelas:
No. tel wakil guru:
Alamat sekolah:
Senarai nama-nama rakan di dalam gambar:

Kepada yang mengepos gambar pula, tuliskan butiran diri yang diperlukan di atas sehelai kertas kosong (tidak mengapa sekiranya tidak boleh menggunakan borang yang dicetak)

Gambar yang dihantar (samada melalui medium e-mel atau pos) perlulah disertakan bersama dengan butiran diri bagi memudahkan pihak PTS One menghubungi pemenang.

Kak Ain harap semua dapat menyertai pertandingan mudah ini. Hadiah lumayan menanti. Boleh menang box set novel berkembar Ain Maisarah bertajuk Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II. Gambar-gambar penyertaan juga akan dimasukkan dalam Buku Tahunan Sri Bangsar iaitu buku yang menjadi penutup kepada 10 siri Aku Mahu.

Ini adalah tiga gambar yang confirm masuk Buku Tahunan Sri Bangsar. Glamorlah jawabnya! =D

Ini adalah kiriman Cik Adik Aqilah bt Suhaizam. Guru pun bergambar sama? Sporting betul!


Ini pula kiriman gambar Cik Adik Anis Syaza. Kak Ain sudah tahu yang mana satu orangnya. Comel sungguh pengawas kita ;D Terima kasih kerana memperkenalkan diri pada Kak Ain ya!


Gambar terakhir yang Kak Ain ingin kongsikan adalah kiriman Cik Adik Nabilah. Amboi! Pelbagai bangsa pelajar di kelas Nabilah! Tentu meriah!


Kepada yang belum menghantar gambar, cepat-cepat-cepat! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 November 2008.

Jangan ketinggalan!

Salam Sayang,
AinMaisarah

8 comments:

Halimatus Saadiah said...

Kak Ain...sori ek..
Ima tk dpt hantar gambar peraduan tu..
bkn psl sume kwn Ima tk sporting..
Tapi tak berkesempatan nk ambil gambar..
busy ngan keputusan UPSR tu..
Kalau beli aje buku tu ngan Kak Ain leh tk??
Bila ek buku tu mula dijual?
Kalau Ima nk beli kedua-kedua..disediakan dalam box set tk???
Hrp² kak ain jawab pertanyaan Ima ni...

~+.leogurl.+~ said...

kak ain, nama duta tu nama siapa?

AfrinaRuslyn said...

kak ain..
bile boleyh diumumkan & mendapat priize tuk duta aku mahu ke new york nie?

FaRah said...

kak ain..
daya akan secepat mungkin hantar gambar tu..

anis said...

kak ain, afrina ada dalam gambar tu sebab tulah dia tanya bila nak dapat prize tu..hehehhee

AinMaisarah said...

Salam Ima,

Tidak mengapa, cuba lain kali pula. Ini mesti kes sibuk bergembira dengan keputusan periksa ni.

Leogurl,

Nama Duta adalah nama orang yang masuk pertandingan ini. Contohnya jila Leogurl yang masuk, letak nama Duta itu sebagai nama LeoGurl.

Afrina,

Wah wah wah.. dah tak sabar nak lihat pemenang ke? Kak Ain akan umumkan selepas tarikh tutup. InsyaAllah 1 Dec 2008. Pengumuman di blog ini tau!

Farah,

hantar jangan tak hantar.

Anis,

Ohhh ini kawan-kawan lah ni yer? Bagitau semua rakan yang bergambar tu semua Kak Ain kirim salam!

Salam Sayang,
AinMaisarah

jaja_guyz said...

kak ain,
leh x kalau x letk no. tepon guru???
n kalo gamba tue ade budak laki tp x ltek name diorang???
tolong jawab eh kak...

fatimah said...

assalamualaikum,kak ain..

mula-mula sekali nak cakap terima kasih banyak-banyak sebab dah mudahkan cara nak isi borang..
mula-mula tu rasa tak semangat je..tapi bila tau je,rasa semangat plak nak hantar gambar,hehe..
thanks ye,kak ain!

insya-4JJl nanti saya antar guna e-mail..

yg semangat,
fatimah =D