15 November 2008

Gambar Peraduan Duta Aku Mahu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kak Ain nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca sporting yang telah menghantar gambar menyertai Peraduan Duta Aku Mahu. Kak Ain akan sentiasa memasukkan gambar-gambar penyertaan yang diterima dari masa ke semasa. Jadi selalu-selalulah menjenguk ke sini ya!

Gambar pertama yang diterima adalah kiriman Cik Adik Hidayah. Ikutkan cerita, Hidayah mengambil gambar ini ketika majlis Hari Kantin di sekolahnya. Hai! Muka kekenyangan semuanya ye! Heheh =D


Gambar seterusnya kiriman Cik Adik Liyana Nadhirah. Ada yang memegang papan tanda tertulis 'PTS SEMPOI' =D I like!


Gambar ketiga adalah kiriman kreatif Cik Adik Syafika. Amboi! Syafika dan rakan-rakan bergambar dan berposing bentuk LOVE. Comelnya!


Gambar keempat ini pula dikirim oleh Cik Adik Aqilah bt Suhaizam. Ini adalah penyertaan kedua yang dihantarnya. Bagus! Kak Ain puji usaha Aqilah.


Gambar kelima adalah kiriman Cik Adik Solehah atau nama glamornya Sol. Kak Ain nak tanya... sekolah Sol semuanya memang perempuan sahaja ya? Ataupun pelajar lelaki malu-malu kucing nak bergambar?


Cik Sol juga menghantar dua penyertaan. Penyertaan yang lagi satu ini berbentuk kolaj pula. Kreatif sungguh pembaca buku Kak Ain ni!


Gambar yang terakhir tetapi tak kurang comelnya adalah kiriman Cik Adik Halimatus Saadiah atau lebih mesra dikenali sebagai Ima (bertudung merah di barisan hadapan) Ima seorang pengawas rupanya! =D


Kepada para pembaca lain, masih belum terlewat mahu menyertai peraduan Duta Aku Mahu yang berlangsung ini. Tarikh tutupnya adalah pada 24 November 2008.

Hadiah yang menanti adalah set box buku terbaru AinMaisarah bertajuk Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II.

Cepat - Cepat - Cepat! Hantarkan gambar anda sekarang juga!

Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah

9 comments:

ratu anis said...

arghh kak ain..sedihnye...sye x dpt msuk peraduan duta aku mahu...sklh sye dh mla cuti mnggu lps...x smpt nk kumpul kwn2...sedihnye...jeles ngok gamba2 dowang...ok lah bye...

salam sedih,
anis

Fazsky3 said...

Kak Ain........................... x dpt la....................... nk msk sbb sek dh mula cuti x sempat nk kmpl org cam ne????????????!!!!!!!!!!!!

Annan_97 said...

kak ain.. sy suka yg dia buat bentuk love tu.. kreatif.. kalau kak ain buat jadi duta.. sy undi 10/10.. hihi..

teya lorrghh said...
This comment has been removed by the author.
fatimah said...

assalamualaikum...
kak ain,

rasa cam xde harapan lak bila tengok gambar-gambar tu..
kreatif..

tp takpe,saya tetap akan antar jugak!!
harap-harap menang..amin
=D

Sara said...

Sekolah dah mula cutilah Kak Ain :(

Kusyi Hirdan said...

Salam Ain

Kreatifnya mereka semua ni!!! Sungguh membanggakan. Siapa agaknya yang menang nanti :)
PTS sempoi :) hehhe.... gambar ni ada kelainan.

Anonymous said...

Salam Kak Ain,

Yg Girls of Gen14 tue dari mane arr???

Yg wat bentuk love tu lawa la...

atikah_ikhwan said...

maaf kk ain....
gmbr yg keempat tu dari sk jln 3 yer...???
nmpk mcm sk saya je