26 November 2008

JK Rowling Terima Pendapatan RM31 Sesaat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jam sudah menunjukkan pukul 1.28 pagi. Kak Ain sedang berusaha bersungguh-sungguh menahan mata yang asyik nak tertutup-tutup! Terasa berat nak meneruskan penulisan buku IMPIANA III =(

Apabila mood menulis tidak menjelma, Kak Ain akan melayari internet dan mencari info tentang penulis lain. Itu adalah rutin yang Kak Ain lakukan bagi menaikkan semangat dan fokus pada tugasan.

Kak Ain terjumpa artikel menarik ini mengenai penulis JK Rowling yang menghasilkan siri Harry Porter.

LONDON - Penulis novel terkenal, JK Rowling memperoleh pendapatan menakjubkan berjumlah £3 juta (RM18.46 juta) seminggu iaitu bersamaan dengan £5 (RM30.76) sesaat.


Majalah kewangan Forbes melaporkan bahawa Rowling memperoleh pendapatan lumayan tersebut daripada tujuh siri novel Harry Potter yang mencatatkan jumlah jualan sebanyak 375 juta naskah.

Rowling, 43 tahun, juga mendapat beberapa peratus bahagian daripada keuntungan filem Harry Potter yang diadaptasi daripada novel itu dan jualan cenderamata termasuklah mainan serta permainan video.

Harta penulis terkenal itu dianggarkan bernilai £560 juta (RM3.45 bilion) dan dijangka meningkat apabila tiga buah lagi filem Harry Potter dijadual akan ditayangkan.

Seorang jurucakap Forbes, Lacey Rose berkata, perubahan Rowling daripada seorang ibu tunggal yang terpaksa bergantung pada bantuan kebajikan kepada bilionair adalah satu keajaiban.

Rowling yang sudah menyiapkan kesemua siri novel Harry Potter merupakan penulis yang memperoleh pendapatan paling tinggi di dunia. -

Baca sahaja artikel ini, mata Kak Ain jadi segar-bugar. Bersemangat nak menulis kembali rasanya! Kak Ain mahu ikut jejak langkah JK Rowling yang bergelar jutawan dalam bidang penulisan.

You can do it too, AinMaisarah! Fuh! Fuh! Fuh! (Ini ekspresi sedang meniup semangat kepada diri sendiri)

Okey, Kak Ain nak menulis semula! Sampai jumpa lagi!

Salam Sayang,
AinMaisarah

14 comments:

Aliya said...

yeah you can do it Kak Ain (:
best of luck ~

AinMaisarah said...

Salam Aliya,

Ya Allah! Terkejut Kak Ain! Ada lagi manusia yang masukkan komen pukul 3.00 pagi???

Huisk... rupanya Aliya di UK ya? UK pukul berapa sekarang? Mesti seronok di sana! =D

Terima kasih atas sokongan Aliya. Kak Ain terharu ni =( ada juga yang meneman Kak Ain menulis pagi-pagi begini.

Salam Sayang,
AinMaisarah

Aliya said...

KakAin,

Terkejot ke org hanta comment pukul 3 pagi? Haha. UK pukul 8 malam sekarang. Seronok jugak, katanye esok salji! (:

Sy akan sentiasa menyokong KakAin (: Buku KakAin memang bestbest! (:

Bole tak nak tanye something?
Sy nak msk KelabTemanTapiMesra tapi nak gne alamat kt sni ke Malaysia?

Oklah KakAin, takut sy ganggu KakAin menulis pula.

Selamat malam! (Waktu sini) (:

farah_hanum said...

salam kak ain...
yeah...teruskan semangat kak ain tapi dalam islam...chaiyok kak ain..

wassallam..
farah hanum

p/s:kalau alya nak tau kwn saya pun ade di UK namanya nabilah...

FarAhANi said...

Kak Ain,



You can d kak Ain!Mesti boleh buat!
Nanti,kalau dah siap boleh tidur puas-puas.:P

Hahaha!Ok.Semoga Berjaya Kak Ain.

Salam,
DJ Farah

irah zafirah said...

Salam kak Ain,

yes..Kak Ain memang boleh.Mana tahu kak ain boleh jadi sekaya J.K Rowling. Tapi kat Malaysialah je lah.Kalau buku Kak Ain sampai ke UK (United Kingdom) ada harapanlah jadi mcm J.K Rowling.

Good Luck.

Halimatus Saadiah said...

Yes Kak Ain can do it!!Jgn tangguhkan lg tau penulisan buku impiana III tu..nanti cian pembaca-pembaca di luar sana tunggu..hu..hu..

nurulbalqis said...

Salam Kak Ain...
Insyaallah Kak Ain boleh lakukan...
Sy ttp menyokong Kak Ain...
Hehehehe...
Cepat2 siapkan buku baru ye...
Syg Kak Ain !!

_-:eDdY:-_ said...

hye kak ain sye yakin kak ain boleh buat....teruskan semangat kak ain...all the best...ok la kak ain sye nak tido nie da malam la...assalammualaikum...sampai berjumpa lagi...

_-:eDdY:-_ said...

hye sye lupe nak ckp sye nak tanye macam mane nak masuk kelab teman tapi mesra...

_-:eDdY:-_ said...

saye nak sangat kak ain pegi melawat blog sye...

ilmar imia @ emi mli said...

selain menulis, adakah ain maisarah mempunyai pekerjaan lain?

*paling suka novel TAK BISA MEMILIHMU =)

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

hehhe....dayah tau kak ain boleh punye..tp kenelah usaha sket yek!!:DD

ann said...

Salam

Chaiyok2 Ain. Tak sabar nak tunggu Ain siapkan Impiana III...