23 November 2008

Lagi, Lagi, Lagi Gambar Peraduan Duta Aku Mahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Kak Ain masukkan lagi gambar-gambar penyertaan PERADUAN DUTA AKU MAHU. Banyak sungguh gambar yang Kak Ain terima. Terima kasih kepada semua yang sporting berposing demi peraduan ini.

Penyertaan pertama adalah kiriman Kyna dari SMK Perimbun, Cheras. Kepada yang mahu berkenalan dengan Kyna, orangnya memakai rantai kuning di dalam gambar. Hah! Kalau nak tahu, Kyna adalah salah seorang pelanggan tetap yang membeli buku terus dari Kak Ain. Hari ini baru Kak Ain kenal wajahnya =D



Gambar berikutnya dikirimkan oleh Syazwani yang bersekolah di SMK Munshi Abdullah Melaka. Wah! Sampai sanggup curah-curah air demi mahu merakamkan gambar kreatif. Selamat kamera tak basah sama!



Gambar seterusnya adalah kiriman Cik Adik Nurul Aishah, Sri Al-Huda Gombak. Kak Ain sukakan cogan kata yang dikirim bersama gambar iaitu KAMI LAKUKAN. ALLAH TENTUKAN. Cool sungguh cogankata anda semua! =D



Penyertaan ini pula datangnya dari Cik Adik Nurul Ain. Sekali tengok, gaya tangkap gambar Nurul Ain dan rakan-rakan macam duduk dalam kapal terbang. Ini mesti sudah berangan-angan nak ke New York ya!



Ini pula kiriman Cik Adik Amalina dari Temerloh. Buat pengetahuan semua, Cik Adik Amalina pernah memenangi hadiah surat kreatif Peraduan Aku Mahu Buli. Kali ini nampaknya mencuba pula menyertai Peraduan Duta Aku Mahu. Kak Ain ucapkan selamat berjaya!


Gambar ini pula kiriman Cik Adik Syafira Saufi yang bersekolah di SMK Puncak Alam. Kak Ain dapat rasakan, Syafira dan rakan-rakan adalah insan-insan yang menghargai keindahan pemandangan. Tentu tenang hati apabila melihat langit yang membiru dan awan yang berarak. =D


Satu lagi penyertaan adalah kiriman Cik Adik Ash Sarge Kaur, dari Taiping. Orangnya comel bercermin mata. Ahli kelas semuanya berbilang bangsa. Nampak semuanya ceria tersenyum gembira!



Okey, ini pula gambar Syahirah. Syahirah bersekolah di SMK Dato' Haji Mohd Redza Negeri Sembilan. Orang nogori rupanya!



Mari kita cuci mata melihat gambar penyertaan Cik Adik Noor Syafiqah. Syafiqah adalah Duta Peraduan Aku Mahu yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dengkil. Kak Ain harap Syafiqah war-warkan tentang kemunculan buku Aku Mahu ke New York yang akan berada di pasaran awal Disember ini ya!


Penyertaan terakhir yang diterima adalah kiriman Cik Adik Fatimah yang bergambar dengan rakan-rakan SMK Sultanah Bahiyah, Kedah. Nampak gayanya, ini geng pendekar hip hop. Cool bergaya anda semua! =D



Itulah sepuluh penyertaan yang diterima sepanjang minggu. Kepada yang belum menghantar gambar, cepat hantarkan hari ini juga. Kak Ain tunggu!

Salam Sayang,
AinMaisarah

14 comments:

Halimatus Saadiah said...

wah....mmg ramai ye pelajar yang masuk pertandingan ni..
jd kak ain..kalau ima tk menang..simpan buku aku mahu ke new york 1 dn 2 untuk ima ek!!:D

Anonymous said...

Kak Ain,
kenapa ada gambar yang tak mencukupi 20 orang?
bukan sepatutnya kena bergambar seramai 20 orang ke??

yang musykil;
anonymous....

gemini girlz said...

hye kak ain!!yeyeyeye!!
gmbr dina dah msuk...
gmbr dina atas nama nurul ain...
akak waktu nak buat penilaian...

pilih dina tau...

yang menunngu keputusan
addina

Anonymous said...

mne bleh klau x cukup 20 org kn??????????????

irah zafirah said...

kak ain ada 1 penyertaan x cukup org diterima

ainie said...

mana gambar yg saya emailkan ke kak ain?????

AinMaisarah said...

Salam Ima,
Jangan risau. Kak Ain akan simpankan buku AMKNY untuk Ima. InsyaAllah buku akan mula dijual awal bulan Disember. Sekarang masih lagi di kilang peretakan.

Salam Anonymous,
Harap maklum bahawa gambar yang tidak mencukupi ahli sebanyak 20 orang secara automatik tidak akan dipilih sebagai pemenang.

Tetapi Kak Ain tetap menerima gambar tersebut bagi dimuatkan dalam Buku Tahunan Sri Bangsar.

Salam Dina,
=D Kak Ain kenal wajah Dina & Ain! Ingat lagi Dina dan Ain pergi ke Alamanda & Mid Valley. Wajahmu tetap di hati =D Heheh. Tentang pemilihan pemenang, Kak Ain serahkan 100% kepada juri bebas PTS One.

Salam Irah,
Amboi! Tajamnya mata mengira! Memang dapat A dalam subjek matematik ya? Heheh. Kak Ain tahu ada gambar yang tak cukup 20 orang. Gambar itu walau tak menepati kriteria peraduan, ianya tetap dimasukkan dalam Buku Tahunan Sri Bangsar. Harap maklum ya.

Kepada Aini,
Kak Ain sudah menerima gambar kiriman Aini. Tetapi Kak Ain simpan dahulu kerana sudah cukup 10 gambar dalam satu entri. Kak Ain akan masukkan gambar kiriman Aini dalam entri seterusnya ya. Tungguuuuuuuuuuuuu! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

FarAhANi said...

Kak Ain,


Mau buku AKMNY!!!!

Jangan lupa visit blog.=D

Sayang Kak Ain!

Nanti jangan lupa,buat video 'Disebaliktabir Aku Mahu kE New York!'

DJ Farah mau tempek video tu kat situ.:D


Salam Sayang,

DJ Farahani

fatimah said...

assalamualaikum...kak ain..

alhamdulillah!!!
masuk jugak gambar saya n kawan-kawan...
T-hee...

yang selalu berharap nak menang,
fatimah

p/s:klu yang tak pakai baju sekolah pun masuk jugak ker???

misz qiqin said...

kak ain...
esok hari terakhir peraduan aku mahu ke?

bile kak ain nak umumkan pemenangnye?

*misz qiqin*

misz qiqin said...

kak ain!
luper.. luper.. luper!

simpankan set aku mahu ke new york utk sy! xsabar nk baca!

SAYANG KAK AIN!! ;p

Anonymous said...

salam kak ain,

shaikha tak msk peraduan nii sebab tak sempat nak amik gambar....kak ain tlg simpankan novel set berkembar utk shaikha yeh????

salam,
shaikha

Anonymous said...

kak ain..

tak paham la..
boleh ke edit gambar yang siap ada alien ke bunga2 ke atau berbintang2...

yang tak paham2
AY

top 2 the;hand said...

Wah...Banyak orang dah masuk pertandingan ni.....