12 November 2008

Gambar-Gambar Penyertaan Duta Aku Mahu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Adoi! Hari ini Kak Ain baru nak bernafas semula setelah hutang-hutang berkaitan buku Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II selesai dilangsaikan. Alhamdulillah!

Hari ini, lapang sedikit masanya. Oleh itu Kak Ain ingin kongsikan bersama, gambar-gambar penyertaan Peraduan Duta Aku Mahu yang Kak Ain terima melalui medium e-mel.

Penyertaan pertama datangnya dari Cik Ira Hazira atau nama glamornya Peya. Cik Peya menghantar dua penyertaan sekaligus! Wah! Bagus! Bagus! Inilah semangat yang Kak Ain mahukan!


Penyertaan kedua pula dihantar oleh Cik Farah. Kak Ain cuma nak tahu... yang mana satu Cik Farah dalam gambar yang diberi? Kak Ain nak berkenalan dengan lebih dekat ni =D


Penyertaan ketiga dari Cik Eleen Zulkarnain. Ceria sungguh anda semua. Hmm... Kak Ain tak tahu yang mana satu Eleen dalam gambar ni. Beritahu Kak Ain dalam e-mel ya!


Penyertaan yang baru Kak Ain terima hari ini pula adalah kiriman Cik Adik Puteri Iman. Kak Ain harapkan Puteri Iman akan menghantar e-mel sekali lagi kepada Kak Ain kerana gambar yang diterima tidak disertakan dengan sebarang maklumat peribadi. Nanti sekiranya penyertaan Puteri Iman dipilih sebagai pemenang, Kak Ain perlukan alamat bagi menyerahkan hadiah kepada pemenang. Harap maklum kepada Cik Adik Puteri Iman ya!


Kepada semua para pembaca, cepat-cepat-cepat! Hantarkan penyertaan anda sekarang. Hadiah set buku berkembar AinMaisarah menanti!

Salam Sayang,
AinMaisarah

14 comments:

Anonymous said...

kak ain..hana x leh sertai..kak ain tlg simpankan novel berkembar leh x..hana bli lah..sian hana n kak ain...asyik kena menyamar..dia kata dia faboulous

Nuha K said...

kk ain td br jer sye bkk kk ain nyer blog tetibe jer sye kk blek kk ain dh update jp jer(lepas sye bacer komen yg menyar kk ain tuh cpt sungguh...ngee...

kk ain,buku aku mahu k new york tuh kuar bulan dicember jer ker huh????....

salam ...
nuha k...

NA. said...

Salam kak Ain,
saya pun sama macam Nuhakd98
mula-mula buka blog Kak Ain saya baca cerita tentang orang yang menyamar sebagai Kak Ain..
bila buka lagi sekali :)
tengok-tengok Kak Ain update lagi :))
bestnya!!
tapi sayang, saya tak dapat menyertai peraduan Aku Mahu Duta :(
akhir tahun ni, tak ramai budak form 3 yang datang sekolah..
form 4..periksa akhir tahun..form 5 ceramah..
form 3 cuti awal sikit, Jumaat minggu lepas..
melepas peluang saya :(

Wassalam.

Nina said...

Samalah Sara,

tak berpeluang nak sertai. esok sudah hari terakhir sekolah. Cikgu pula lepas-lepas exam ni asyik buat spot check sahaja.

:'(

p/s: ada perasan juga orang menyamar sebagai Kak Ain. Tapi Insya-Allah, sara kenal kak ain yang betul mana satu ;D

halim said...

Kak Ain...

Insya-Allah Ima ambil gambar bersama kengkawan Ima esok..Kak Ain tunggu penyertaan daripada Ima tau!!
=D

Anonymous said...

slam...
gmbar geng lyana dh tangkap cma tunggu hantar jer..
s0 kak ain tunggu ler gmbar 2 erk??..

Anonymous said...

Kak ain,,
saya beli jer lah buku tu. Kak ain saya ada satu soalan.

Kak Ain kata kak ain akan bagi buku tu secara face t face.Kami drjh 6 ni nanti dh pegi sk menangah yg lain. Macam mana kak ain nak hantar. Ke Kak Ain main post jer buku tu.

Alya said...

Assalamualaikum, Kak Ain..
Pertama sekali, Alya tengok ada satu gambar tuu tak cukup 20 orang. Diterima tak?

Lagi satu, Alya ak minta jasa baik Kak Ain untuk tolong simpankan satu set novel berkembar untuk Alya.
Ini email Alya = alyachan.97@gmail.com

Salam,
Alya.

Anonymous said...

wah wah wah..
cantik posing2 kakak2 n abg2 sme =p
mmm abby pon cam hana gak.
kak ain tolg simpkan novel bekamba tu.

terima kasih.

Hanisah said...

Assalamualaikum Kak Ain,

Lame saya tak komen di sini. Saya pun same, tak berpeluang mahu menyertai peraduan ini. Kak Ain tolong simpankan novel berkembar Aku Mahu Ke New York ye.

Salam,
Hanisah.

Emel:nisa_az97@yahoo.com
Blog:average-gurlz.blogspot.com

Anonymous said...

hai kakAinMaisarah!!
ye saya lah Cik Farah yg kakAinMaisarah maksudkan dlm entri tesebut.
wah, tak sangka betul!
tapi saya ada satu benda yg saya tak puas hati..
hmmm...
kakAinMaisarah, nama saya tidak ada huruf 'h'... hehehe..
untuk pengetahuan kakAinMaisarah, saya ialah pengawas sekolah yg muka macam anak cina bertudung yg disebelah pengawas lelaki berbaju ungu.. di hadapan sekali tu..
harap nampak!
hehehe


fara

Anonymous said...

kak ain,boleh tak kalau saya hantar gambar dalam email dengan gambar melalui pos?
Saya dah tangkap gambar...dah
heheh

Anonymous said...

salam kak ain..

wahh byk jgk yer pesaingan
smua pandai2 berposing
akk kalau ada terima sy punye penyertaan akk bg tahu sy ye
sbb sy takut xsempat smpi ke tgn akk
nama sy siti junaidah bt ma'mun

tp kn kak sbnrnya susah jg peraduan ni
sbb memerlukan kerjasama smua
letih sy apabila ada sesi pengambaran di sklh ari tu..
mcm2 karenah..jd sy arap akk ade terima penyertaan sy tu yaa..

~jun~

Batrisyia said...
This comment has been removed by the author.