11 October 2008

AinMaisarah di Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kak Ain sekarang berada di Pulau Pinang. Sampai pukul 3.30 pagi tadi.

Sesungguhnya Kak Ain sangat penat, mengantuk dan letih. Ikutkan hati, Kak Ain tak mahu ke Pulau Pinang. Kerja Kak Ain masih menimbun-nimbun bergunung-ganang perlu disiapkan. Tetapi bila fikirkan Cik Abang bawa kereta seorang diri dari KL ke Pulau Pinang tengah-tengah malam, Kak Ain jadi risau. Bahaya pula. Sekurang-kurangnya, apabila Kak Ain ikut sama, ada juga kawan nak berkaraoke sepanjang 6 jam perjalanan (Lagipun Kak Ain memang takut duduk rumah seorang diri!)

Kali ini sekali lagi Cik Abang perlu beri latihan kepada promoter MAXIS tentang produk Ikhlas MAXIS. Dengar khabar, hari Rabu ini sesi latihan akan diadakan di Sarawak pula. Nak pergi Sarawak lagi??? Adoi! Bila kerja Kak Ain nak siap kalau macam ni??? =(

Kak Ain akan khabarkan kepada semua sekiranya Kak Ain bertolak ke Sarawak minggu hadapan.

Doakan kerja Kak Ain siap ya! =( Huh!

Kepada semua, jaga diri =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

16 comments:

Anonymous said...

K. Ain,
Jgn lupe amik gambar dan citer ttg P.Pinang tau,,
Bestlh K. Ain asyik pegi berjln jer.. nak ikut ;)

halim said...

Kak Ain....thanx sebab singgah blog Ima...Ima pun nak mohon maaf kepada kak ain...Kak Ain pun jaga dirilah yer apabila jalan-jalan tu...=D

Anonymous said...

Hye kak ain..saya nak ucapkan terima kasih kat akak sebab saya dah dapat buku Remaja@pts0ne.. :) gembira tak terhingga sampai lompat2 saya haha..by the way semoga kak ain siap kerja yang bertimbun2 tuh..! dan semoga selamat sampai kat sarawak tuh yerh..! sekom!

Anonymous said...

salam...kak ain hana doakan semoga perjalanan kak ain berjalan dengan lancar okey

Anonymous said...

jgn lupa..entri baruuu masukkan juga...i will miss you,kak ain.-syahirah.

Alya said...

Jaga diri elok-elok ya Kak Ain!
Ha, nanti kalau Kak Ain ada masa
boleh lah tolong ambilkan gambar
di Penang, nak tengok bahagian
mana Kak Ain menjelajah, sebab Alya
pun selalu juga ke Penang walaupun menetap di Sungai Petani, Kedah.

Salam,
Alya :)

Anonymous said...

Bestnye selau melancong.
Tak bestnye,nanti buku kak ain lambat keluar.
Kak Ain tak ceritakan masa Kak Ain gi Sarawak dulu.
OK. Take care.

FaRah said...

Kak Ain, ambil gambar di sana dan kongsilah bersama kami di Rumah Pink.. saya doakan kan kerja akak siap sepenuhnya dengan cukup sempurna.

p/s= kak ain, buku remaja@ptsone dah selamat sampai ke tangan saya pada hari ini! saya telah pon membaca cerpen kak ain.. memang menarik.. mane kak ain dapat idea nak buat lemang sushi?

~dhira~ said...

Jaga diri baik2 !!!

Anonymous said...

salam kak ain,
wah, banyaknye tempat yang perlu kak ain pergi. tak apelah kak ain, itulah rezeki namanya. tag, tah, nanti kak ain dapat idea baru nak tulis cerita yang best, menarik dan yang paling penting hangat untuk kami. betul tak kawan-kawan semua?
baiklah, semoga bergembira di sana.

p/s: kak ain jangan lupa makan kek lapis sarawak yang sedap tu banyak-banyak ye.

Anonymous said...

Assalamualaikum,Kak Ain,
Jaga diri baik-baik di Sarawak nanti.
Saya doakan Kak Ain dapat siapkan kerja dengan sempurna.

solehah kd said...

salam k.ain~
uh sudah lame tdk komen kat blog kak ain~hehe..
eh2
SELAMAT HARI RAYE~
slelah dtg blog soleha bace post psl raye~
eh2 mase raye arituh k.ain ade balek JB yerk??

Nur Aqilah said...

assalamualaikum kak ain,
firstly,thx 4 visit my blog!
hah!kak ain jgn luper amik gmbr ktpenang tu tau...sy nk tngk gak!
ari tu sy pon ader b'cuti kt situ...best sgt,rase mcm nk tngl je kt situ....semoge perjlnn kak ain b'jln ngan lncr...bye^_^

Anonymous said...

wah..kesian nyer kak ain...ok abby doakan keje kak ain siap..dan kak ain bole pgi sarawak dengan tenang..dan jgn tension2.. =D

MIRA said...

Nanti blh ambil gmbr at penang lagi ya?Aku mahu ke new york bila nak kluar?

Arna Suicided. said...

Hah!? Bosannya... Kak Ain kena jugak pergi sana... tapi tak pe! kak ain tetap idola ku! Anyway Kak Ain, Cik Abg keje ape?