15 October 2008

AinMaisarah di Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Salam sayang dari Sabah! Kak Ain baru sahaja sampai ke negeri bawah bayu ini pukul 9.20 pagi tadi. Mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Johor seawal pukul 7.10 pagi.

Mulanya, Kak Ain ingatkan hanya perlu mengikut Cik Abang ke Sarawak. Di saat akhir, pihak MAXIS minta ke Sabah juga dan buat latihan bagi promoter MAXIS di Kota Kinabalu.

Hah! Kalau nak tahu, Kak Ain sudah temankan Cik Abang buat latihan promoter MAXIS di Pulau Pinang, Kedah, Seremban, Melaka, Sabah dan Sarawak. Kami pusing enam negeri dalam masa lima hari! Fuh! Memang meletihkan!

Mujur sepanjang penjelajahan meneman Cik Abang ini, Kak Ain seronokkan diri mengambil gambar. Ini gambar yang Kak Ain tangkap dari sisi cermin tingkap kapal terbang. Unik sungguh bentuk sungai pusing-pusing di bumi Sabah ini. Cantik sangat!



Di Sabah ini, Kak Ain menginap di Hotel Promenade. Ianya terletak betul-betul berhadapan dengan Kota Kinabalu Water Front.




Okeylah semua, perut Kak Ain lapar berbunyi-bunyi. Ada masa Kak Ain masukkan entri lagi. Sekarang Kak Ain nak keluar makan tengahari.

Jaga diri baik-baik!

Salam Sayang,
AinMaisarah

8 comments:

FaRah said...

kak ain!
wah seronoknya ke sabah pula!
seronok betul kak ain dapat menjelajah bnyk negeri dlm mse 5 hari?
mesti penat sangat-sangat kan?
anyway, semoga kak ain dapat ilham yg baru dan best di negeri org! farah doakan kak ain selamat pergi dan pulang!

FaRah said...

kak ain!
wah seronoknya ke sabah pula!
seronok betul kak ain dapat menjelajah bnyk negeri dlm mse 5 hari?
mesti penat sangat-sangat kan?
anyway, semoga kak ain dapat ilham yg baru dan best di negeri org! farah doakan kak ain selamat pergi dan pulang!

kak ain, buku remaja@ptsone dah selamat sampai ke tangan saya! seronok sangat saya mse posmenn dtg rumah! terlompat-lompat! saya telah pon membaca cerpen kak ain.. memang menarik.. mane kak ain dapat idea nak buat lemang sushi?

FaRah said...
This comment has been removed by the author.
ALyA WoNdErS said...

Helohelo, Kak Ain!
Kak Ain ada ke Kedah?
Kedah dekat bahagian mana?
Hehehehehe ..

BabyChachaLovesMusic said...

knapa kak ain asyik pergi bercuti jer..?ahlah..x ajk saya:(..ceh!xdelah gurau jer..bezzlah kan kak ain dpt peri mana2 jer kak ain nak..saya setahun sekali,barulah dpt pergi...!

BabyChachaLovesMusic said...

kak ain.bleh x kak ain ajar saya cara nak bwat blog secantik kak ain nie????plzzz....:(

Faz said...

kak ain.bleh x kak ain ajar saya cara nak bwat blog secantik kak ain nie????plzzz....:(

irah zafirah said...

Saya dah pernah gi KK.
So,ni kiranya dah pusing satu Malaysia lah.
Best tu kalau ganti puasa kat situ.Macam kakak sepupu saya ganti puasa kat Sarawak.Seronok dia dapat buka awal.OK. Take care.Have fun.