08 October 2008

Masak-Masak di Aidil Fitri: Bhg 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Masih dalam semangat berhari raya? Minggu ini Kak Ain pasti banyak undangan rumah terbuka dan majlis hari raya yang sudah ditanda atas kalendar. Selalunya ketika majlis begini, juadah hari raya sekali lagi akan memenuhi meja.

Secara jujurnya, Kak Ain sendiri sudah puas benar makan lemang dan rendang ketika di kampung Perak. Sememangnya di Perak, juadah utama ketika hari raya adalah lemang yang dicecah dengan rendang. Kalau di kampung Kak Ain di Johor, ketupat dengan kuah lodeh menjadi hidangan setiap rumah.

Di kampung Perak, proses membuat lemang dan rendang dilakukan sendiri. Sehari sebelum raya, semua dikerah turun padang menyiapkan segala bahan. Kelapa yang digunakan adalah sebanyak 30 biji. Beras pulut pula sebanyak 4 gantang. Paling istimewa, lemang buatan sendiri ini dicampur dengan jagung dan kacang. Memang sedap!


Ini adalah gambar campuran santan, kacang, jagung, beras pulut dan garam yang dikacau rata sebelum dimasukkan ke dalam buluh.

Tugas membakar lemang tentunya digalas oleh kaum lelaki (siapa lagi kalau bukan Cik Abang!)


Kak Ain meneruskan tugas menyiapkan bahan-bahan rendang pula. Ini adalah pandangan belakang seorang AinMaisarah sedang memotong daging dengan jayanya =D


Siap lemang dan rendang, mak mertua ajak buat kuih badak berendam dan lompat tikam pula. Nanti Kak Ain sambung cerita lagi tentang masak-masak di Aidil Fitri ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Siapa yang masuk dapur dan tolong memasak menjelang Aidil Fitri, sila angkat tangan! Kak Ain nak tengok betapa rajinnya adik-adik di sini =D

29 comments:

hana said...

mesti penat kak ain...
nak hana urutkan x?
hehehe

pu3mimi said...

nak angkat mata pon x boleh.x laratla ...wehwehweh

misz qiqin said...

sy angkat tgn & kaki skali!
hihihi...
penat kak ain... sy tlg mak sy masukkan beras dalam ketupat. tidur pukul 1.pagi

Fatin Hanani said...

salam kak ain..

fatin pun masak gak..
hehehe
=)

hana said...

hana pndi masak rendang n rebus ketupat..

Nadhirah said...

Sya angkat jari sbb rajin makan jer..~
heheh

nurulbalqis said...

Wah wah wah...
rajin nye Kak Ain...
Balqis cume tolong kacau jew...
Hehehehehe....
Ibu ngan ayah yg buat semua...
:D

FaRah said...

saya angkat tangan! Mesti bestkan Hari Raya kat perak? Taun ni mmg farah rase meriah sgt raye

aini said...

salam..

nak angkat tgn mcm berat je..hehe..
tapi kite tlg jgk..

tolong tengok n tlg makan..!!
hahaha..

ALyA WoNdErS said...

Angkat Tangan! :)

sara said...

Angkat tangan !

hehe..raya sara kali ni memang agak meriah. masa sara lebih di dapur.

Jagung dan kacang? Sara pula buat lemang ubi dan tepung. Lemang jagung dan lemang pun ada, tapi yang itu beli.

p/s: Sara pun balik Kuala Kangsar tau

ainon mohd said...

Seronoknya ada mak mertua!

Abby said...

wow..mase raye haritu sdare,keluarga n abby wat dodol..
mmm mesti pdih mater cik abang mase jge lemang kan..yelaa.asap masuk mate..

Abby said...

ankat tgan sket r.!

najwaamira said...

Angkat tgn??
Kak ain mesti x nmpaknya..
haha..
sy tolong anyam ketupat and kcau2 rendang...haha..duit raya pun bnyk dpt!
lbih bnyk drpd biasa!
kan dah bsr,kena dpt lebih!
hehe//

irah zafirah said...

Saya kena turun tangan sbb tak tolong mak pun.Pemalas punya anak dara.Saya nak tanya Kak Ain satu soalan.Knp setiap gambar dalam rumah pink,tudung Kak Ain sama?Mungkin lain tapi nampak macam sama bagi saya.Saya tolong kakak sepupu saya panggang lemang je lah.

(xxxx~Miss^-^Anis~xxxx) said...

asalam kak ain!


wah2 rajinnya kak ain...anis tolong 2 benda jer...yg 1 tolong tengok jer..no2 tolong anyam ketupat bawang...

elamat beraya!

AinMaisarah said...

Salam Hana,
Isk! Cik Abang dah jeling-jeling ni. Dia cemburu bila Hana kata nak urutkan Kak Ain! Hahaha!

Salam Pu3mimi,
Alah! Kasihannya! Ini mesti Pu3mimi jadi ketua chef memasak di malam raya. Penat sangat sampai tak larat nak angkat mata ya! =D

Salam Misz Qiqin,
Tugas Kak Ain sama dengan Qiqin bila balik kampung Johor. Selalunya Kak Ain ditugaskan masukkan beras dalam ketupat. Lauk yang nak dimasak pula adalah ayam masak merah, lodeh, sambal kacang dan rendang. Kalau di Perak lebih ringkas. Hanya lemang dicecah rendang sahaja.

Salam Fatin,
Kak Ain nak tanya ni. Fatin tolong masak apa? Mesti sedap masakan tu jadinya. Ceritalah dan kongsi resepi dengan semua.

Salam Hana,
Amboi! Kak Ain tabik dengan Hana! Pandai buat rendang! Umur Hana berapa ye? Kak Ain sekarang sedang berguru nak belajar buat Rendang Tok, resepi khas orang Perak.

Salam Nadhirah,
Tolong makan pun dapat pahala juga. Bila ada yang sudi makan, tukang masak rasa berbesar hati. Hilang penat memasak bila makanan yang dihidang habis licin disapu semuanya! =D Kak Ain selalunya bila dah memasak, tak berapa selera nak makan. Itu sebabnya Kak Ain jarang memasak! =D Heheh.

Salam Balqis
Ayah dan ibu masak apa? Balqis balik beraya di kampung atau beraya di Puchong tahun ni?

Salam Farah,
Tahun ni raya di kampung Perak lebih bersifat nostalgik. Kami tak banyak beraya ke rumah orang lain. Sebaliknya menunggu tetamu datang beraya. Meriah memang meriah. Tapi penatnya tak terkata!

Salam Aini,
Tolong tengok-tengok tahun ini. Tolong memasak pula tahun depan! Heheh.

Salam Alya,
Tahniah! Tak teragak-agak nampaknya Alya mengangkat tangan ya! Alya tolong masak apa tahun ni?

Salam Sara,
Boleh cerita sikit pada Kak Ain... macam mana rupanya lemang ubi dan tepung tu? Kak Ain tak pernah rasa. Masak dalam buluh juga?

Salam Puan Ainon yang dihormati,
=D Memang seronok ada mak mertua, Puan. Tapi setiap saat di hari raya, asyik terkenang juga mak sendiri di Johor =(

Salam Abby,
Sedapnya dodol! Dulu-dulu waktu Kak Ain kecil, teringat lagi pakcik-pakcik bergilir mengacau dodol. Susah nak membuatnya. Tapi bila dah masak... memang sedap tak terkata!

Salam Najwa,
Tahniah Kak Ain ucapkan kerana pandai menganyam ketupat di usia muda. Kak Ain dulu pun pandai anyam ketupat ketika usia 15 tahun. Itupun ketupat sate saja! Isk! Malunya!

Salam Irah,
Aduh! Ada juga yang perasan tudung yang Kak Ain suka pakai! Isk.. Isk.. Isk.. Cekap sungguh mata Irah! =D Sebenarnya Kak Ain ada tiga helai tudung hitam/putih corak sebegitu. Memang ia tudung 'favourite' Kak Ain.

Salam Anis,
Anis pun rajin juga kerana tolong menganyam ketupat bawang! =D Kak Ain juga nak mengambil kesempatan mengucapkan 'Selamat Hari Raya'... Maaf Zahir Batin ya!

Salam Aidil Fitri,
AinMaisarah

AnGeL DeViLiA said...

Ima pun rajin gak tolong mak ima masak..ye lah..adik beradik ima cuma ader 2 je pompuan..mesti kena rajin..kebiasaan ima balik raya kat thailand..tapi tahun ni beraya kat malaysia jer lah..maser hari raya aidiladha nanti nak balik thailand..kui..kui..

shasha said...

saya!!
(tkg mkn je, hehe ^^)
bkn apa, mak saya sendiri x bg tlg, hehe :D

Nurul said...

KAK AIN! rindu pada kak ain sudah menebal setebul bulu beruang kutub. lama tak dengar khabar dari kak ain. hampir setiap hari saya melawat blog kak ain yang tersayang tapi ke mana kak ain menghilang. anyway, saya ingin memohon jutaan kemaafan daripada kak ain. maaf zahir dan batin.

Duhai kak ain yang loving,
saya hanya dapat mengangkat tangan ni setinggi 3 suku sahaja kerana tolong ibu di dapur sikit-sikit sahaja. hehehe... jangan marah. saya tolong buat biskut raya je. sedap tau kak ain.

anyway, saya akan mengambil PMR 3 hari je lagi. kak ain doakan yang terbaik buat saya ye dan juga buat pelajar form 3 seluruh Malaysia ye. sebab exam ni penentu masa depan kami. tata

sentiasa mengingatimu,
Nurul

khadijah said...

Assalammualaikum Kak Ain.Nak tanya ni.Lauk-lauk jadi tak?Ataupun ada peristiwa-peristiwa yang kelakar.Tapi,kalau sedap,bagilah saya yang berada di Terengganu ni.Saya bab memasak ni,emmmmmmmm biasa je lah.Tapi saya ada tolong juga.Saya............siang ayam!Takpalah.Bye!

nurulbalqis said...

Tahun ni Balqis raya pertama di Puchong dulu.
Esok tu baru balik Johor...
Kampung kita sama laa Kak Ain...
Hehehehe...
Balqis kat Muar :D

farah hanum said...

salam kak ain...
rasanya...dah lama farah tak masuk rumah pink kak ain ni...erm...turun tangan...:-(tak tolong sbb main ngan sepupu hehehe mesti best kakain masak di Perak...

yang dah lama tak masuk rumah pink...
farah hanum.

Anonymous said...

KAK AIN,KALU KAMPUNG KAK AIN KAT JOHOR,BELAH MANA?

nurfarahani said...

saya!!


saya pandai masak ketupat.tu jer....




p/s:kak ain,klau kak ain makn ketupat,jangan lupa saya!kalau kak ain lenguh ,meh saya tolong.

Siti Nazirah said...

saya tak raya pun..
raya kat hospital je..:(

Anonymous said...

salam kak ain,

bile shaikha akn dpt buku tuu..rase dah tak sabar nak bace...

salam,
shaikha

job said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,成人圖片區,性愛自拍,美女寫真,自拍